BARABEREH

BARABEREH


WANITA MALAYSIA SERTAI "JIHAD SEKS" DI TIMUR TENGAH

Posted: 27 Aug 2014 02:48 AM PDT


Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider.

Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.

Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria.

"Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.

"Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis," kata seorang pegawai risikan kepada The Malaysian Insider.

Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.

"Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.

"Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini," kata sumber.

Pegawai risikan berkata, bukan wanita Malaysia saja yang melakukan jihad seksual kerana ada juga wanita Islam lain terbabit.

"Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai Isis," katanya.

Pegawai risikan berkata, Isis mengeluarkan dekri atau edik pada Jun tahun ini menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.

"Sebaik saja selepas bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan Isis, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks," dedah pegawai risikan.

"Dalam pengisytiharannya, Isis mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi edik atau dekri itu," kata pegawai berkenaan.

Pegawai risikan berkata, rakan sejawatannya di Britain mendedahkan lebih 600 umat Islam British dipercayai berjuang untuk Isis.

"Jumlah itu termasuk wanita Islam British yang bukan berjuang di barisan hadapan, tetapi masih terbabit dengan melakukan jihad seksual.

"Pegawai risikan Australia mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia berada di Syria berjuang di smaping Isis," kata pegawai risikan itu.

Walaupun Putrajaya pada awalnya mendedahkan kira-kira 30 rakyat Malaysia berlepas ke Timur Tengah berjuang untuk Isis, tetapi angka itu dipercayai sebenarnya lebih tinggi.

"Pemeriksaan yang dilakukan dengan rakan sejawatan kami di luar negara mendedahkan mungkin jumlah rakyat Malaysia di Timur Tengah mencecah 50 orang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Setakat ini, 3 rakyat Malaysia dilaporkan maut di Syria ketika berperang menentang pasukan Presiden Syria Bashar Al-Assad.

Mat Soh, 53, dilaporkan terbunuh selepas dilanggar lori tangki ketika pertarungan sengit antara Isis dengan pasukan Syria minggu lalu.

Pada Jun, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, mati selepas insiden bunuh diri yang menyebabkan lebih 20 askar Iraq maut di pangkalan mereka di Al-Anbar.

Identiti rakyat Malaysia ketiga yang maut dalam satu insiden masih belum disahkan oleh pihak berkuasa di sini.

Sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011, lebih 190,000 kematian dilaporkan setakat ini, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kejadian pembunuhan paling mengerikan ialah pada 20 Ogos ketika Isis melancarkan satu rakaman menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan berjihad, bercakap dengan loghat selatan Inggeris, memenggal kepada seorang wartawan dan jurugambar warganegara Amerika, James Foley.

Foley ditangkap di Syria pada penghujung 2012. Rakaman video itu menunjukkan beliau dibunuh di kawasan padang pasir.

Video bertajuk 'Pesanan kepada Amerika' itu dimuat naik di YouTube sebagai amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berhubung serangan terhadap militan di Iraq.

Sebelum dibunuh, wartawan berusia 40 tahun itu dipaksa membaca satu kenyataan yang menyalahkan Amerika atas kematiannya, lapor The Malaysian Insider.

VIDEO PEMANDU PUSING-PUSING DI TENGAH JALAN KERANA STRESS DIBUANG KERJA

Posted: 27 Aug 2014 01:58 AM PDT


Kuala Terengganu: Tertekan dibuang kerja, seorang lelaki menimbulkan kekecohan apabila berpusing-pusing dengan keretanya di tengah lampu isyarat sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dalam kejadian di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam.

Malah sebelum itu, lelaki berusia 23 tahun itu turut melanggar sebuah kereta Suzuki Swift dipandu seorang wanita berusia 27 tahun di hadapan sebuah Hotel Grand Continental Kuala Terengganu pada jam 8.50 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Halim Mohd Ishak berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu itu yang memandu Toyota Vios tersalah jalan apabila memasuki jalan sehala lalu bertembung dengan Suzuki Swift itu.

Beliau berkata, sebaik kemalangan berlaku, pemandu Toyota Vios itu terus berlalu tanpa mengendahkan kereta dilanggarnya.

Lelaki itu yang dipecat di Johor Bahru ditahan polis. -myMetro

UPDATE: DUA MODEL SEPARUH BOGEL DI IPOH PERAK MENGAKU BERSALAH

Posted: 27 Aug 2014 01:57 AM PDT


IPOH - Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret sebentar tadi.

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong, lapor Berita Harian.

FELIXIA YEAP TEGUR PASANGAN "PENGANTIN" SEPARUH BOGEL

Posted: 26 Aug 2014 11:32 PM PDT


Kuala Lumpur – Aksi sepasang model yang berpakaian pengantin separuh bogel berhampiran sebuah bank di sekitar Jalan Sultan Yussof, Ipoh, Perak kelmarin turut mendapat perhatian bekas model yang baru memeluk Islam, Felixia Yeap atau Raisyyah Rania Yeap, 28.

Raisyyah berkata, dia berharap apa yang berlaku itu tidak menjadi ikutan, selain menyeru wanita tidak berpakaian menjolok mata di tempat awam kerana maruah wanita tidak ternilai.

Menurutnya, dia pernah menjadi model seksi sebelum ini termasuk memakai pakaian seksi seperti model wanita berkenaan, tetapi ia dilakukan di tempat tertutup atau pantai persendirian.
"Selama saya menjadi model (bidang peragaan sebagai model seksi sebelum ini) saya sudah banyak kali menjadi model pakaian

seperti itu, tetapi semuanya dilakukan di tempat tertutup atau pantai persendirian (sudah tentu tiada lagi sekarang, itu masa lampau saya)," katanya menerusi coretan dalam laman Facebooknya, malam kelmarin.

Mengulas insiden menarik perhatian ramai itu, beliau berkata, mereka (model, penganjur dan jurugambar) semestinya ada keberanian, tetapi mungkin mereka lupa kesannya kepada sensitiviti umat Islam negara ini.

AARON AZIZ TAYANG SELUAR DALAM PUTIH DI INSTAGRAM

Posted: 26 Aug 2014 09:15 PM PDT


Aaron Aziz tayang spender putih di Instagram.. Ramai terkejut apabila melihat sendiri foto yang dimuat naik oleh hero pujaan ramai ni.

Mana taknya, foto yang dimuat naik oleh Aaron pada tengah malam tadi ini bukan lagi sekadar foto biasa-biasa, tetapi foto seluar dalam berwarna putih.

Kebanyakan followers Instagram Aaron juga tertanya-tanya apakah punca pelakon itu upload foto seluar dalam dan ada juga yang nakal bila bertanyakan siapakah empunya bagi seluar dalam lelaki itu.

Rasanya macam ada maksud yang tersirat di sebalik foto seluar dalam dan captionnya tu kan? Seperti sudah mengagak bahawa foto ini bakal jadi kontroversi, ada juga peminat yang mempersoalkan tentang tindakan Aaron itu yang dilihat agak tidak sensitif. sumber

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment