BARABEREH

BARABEREH


RITA RUDAINI MENGAMUK LAGI, GILIRAN CUSTOMER SERVICE PRA-SEKOLAH JADI MANGSA

Posted: 28 Aug 2014 08:44 PM PDT


Rita Rudaini mengamuk lagi! kali ini menerusi akaun Instagramnya, hot mama ini meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh individu di sebuah pra sekolah.

Kejadian berlaku apabila customer service yang mengangkat panggilan Rita di sekolah berkenaan nak tak nak je layan panggilan menyebabkan Rita naik angin.

"SO RUDE!!! ckp m nak xnak n bila kita kata sori, i xdgr..dia jwb 'o xdgr ek? (nada perli n kasar)"

Mungkin lepas ni sekolah berkenaan akan mengeluarkan notis minta maaf, maklumlah cust always right. Gossipanas.blogspot.com

FOTO ADEGAN GHAIRAH KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI TERSEBAR

Posted: 28 Aug 2014 08:30 PM PDT


Foto adegan ghairah yang memperlihatkan seorang wanita cantik berpakaian seragam kakitangan kerajaan negeri daerah Kota Bandung sedang heboh di dunia maya.

Beberapa keping foto tersebut menampilkan seorang wanita berambut panjang sedang melakukan hubungan intim dengan seorang lelaki disebarkan melalui sebuah blog berjudul New! Donwnload bokep PNS cantik Kota Bandung dan laman web lucah tempatan di Indonesia.

Blog tersebut juga menampilkan hampir 20 keping foto yang diambil secara cetakan skrin dari video lucah berkenaan. Beberapa komen mendakwa wanita berkenaan adalah kakitangan kerajaan negeri di daerah Bandung. Setelah disiasat, wanita seksi di dalam video tersebut bukan kakitangan yang disebut-sebut tetapi lebih mirip kepada Rinada, bekas isteri Andika The Titans dan adik sepupu bekas Datuk Bandar Bandung, Ayi Vivanda.

Namun demikian, Datuk Bandar Bandung, Ridwan Kamil menafikan wanita di dalam video tersebut adalah pegawainya.

Beberapa sisasatan yang dilakukan pula mendedahkan Rinada yang juga seorang penyannyi sering tampil dengan mengenakan pakaian seragam ala Peawai Kerajaan Kota Bandung.

Sehingga setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari Rinada atau Andika The Titans.

Sumber: Infospesial

NGERI, KEPALA PEMANDU TOYOTA HILUX PECAH DIHIMPIT MINUMAN HEINEKEN !

Posted: 28 Aug 2014 08:12 PM PDT

Pendang: Seorang pemandu lelaki maut dalam keadaan yang mengerikan apabila kepalanya pecah akibat terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di KM55.7, Lebuhraya Utara-Selatan semalam.

Dalam kejadian pada jam 5.40 pagi, anggota bomba terpaksa mengutip setiap cebiasan otak mangsa yang berusia 30 tahun berasal dari Jitra yang sudah tidak bernyawa dalam kenderaannya.




Kereta Toyota Hilux terbabit sarat dengan minuman keras Heineken dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum merempuh belakang treler yang membawa muatan simen dari arah yang saman.

Kereta mangsa dipercayai gagal mengelak treler simen yang tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkan kemalangan tersebut. - Harian Metro

"SAYA PUNYA PASAL LAH....." - OZLYN, ISTERI JOHAN

Posted: 28 Aug 2014 05:55 PM PDT


Pelakon Ozlynn tidak ambil pusing akan kritikan foto yang dimuat naik di laman sosial Instagram baru-baru ini yang mana menunjukkan suaminya Johan (Raja Lawak) serta anak-anak mereka sedang bersembahyang. Foto tersebut telah disalah erti oleh segelintir pihak yang mendakwa mereka sengaja bermegah dan menunjuk-nunjuk.

Bidasnya, tindakan tersebut bukanlah bertujuan mahu menujuk-nunjuk. Sebaliknya sekadar berkongsi sesuatu hal yang baik dengan pengikut-pengikut mereka.

"Kita sedia tahu yang follower ni ada banyak jenis. Ada yang mahu jadi pengikut kita sebab mereka betul-betul peminat kita dan menyokong kerjaya kita. Ada tu yang bertujuan nak berniaga. Ada juga yang stalker dan lepas tu saja nak timbulkan isu. Biasanya kalau kami dapat kritikan, kami akan respon dengan kata-kata yang baik.

"Kalau benda baik (foto tersebut) itu disalah erti, saya tak boleh cakap apa lah. Lagipun itu saya punya IG, jadi saya punya pasal lah kan… Kami tak melenting dengan kritikan itu. Bagi saya, itu perkara kecil saja. Tapi saya lebih suka kalau orang menghormati hak peribadi kita", katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis sidang media Tribute P. Ramlee, di Menara KL, semalam.

Jelas Ozlynn lagi, pada awalnya Instagram (IG) milik bersama suaminya itu diwujudkan kerana mahu berkongsi apa saja aktiviti yang mereka lakukan dan ianya hanya untuk tatapan keluarga mereka saja. Tetapi memandangkan ramai peminat yang mahu menjadi follower mereka, maka mereka mengambil keputusan untuk tidak memprivasikannya.

Justeru apa saja komen positif juga kritikan negatif dari pengikut-pengikut mereka, Ozlynn dan Johan menerimanya dengan terbuka dan mengambil pendekatan tidak melayan sesetengah pihak yang sengaja mahu mencetuskan isu berdasarkan foto-foto yang dimuat naiknya.

"Sebab saya letak nama IG kami sebagai @jozlynnhanania kerana IG itu sebenarnya untuk kami nak kongsi segala hal dikalangan keluarga, keluarga saja. Sebab itu pada asalnya IG kami itu private. Tapi bila beribu yang minta nak follow, kami pun public kan lah.

"Bila IG tu tak lagi private, beerti saya dan Johan dah sedia nak kongsikan apa saja aktiviti atau apa saja perkara peribadi yang kami rasa nak kongsi, bersama pengikut-pengikut kami. Selalunya kami kongsikan perkara yang baik-baik. Dan kalau misalnya kami dapat 500 komen, hanya 5 daripada komen itu ialah komen negatif tetapi yang lain semuanya positif. Jadi kami tak kisah sangat kalau ada yang kritik.

"Misalnya foto sembahyang tu, ada dikalangan mereka tak komen apa-apa tapi mereka tag pada suami mereka. Ada yang tag dan tulis komen, "bila mereka sekeluarga juga boleh jadi seperti keluarga kami (solat berjemaah dengan anak-anak)". Pada kami, sekurang-kurang kami berjaya tunjukkan contoh yang baik pada pengikut-pengikut kami. Benda yangg baik kita kongsikan bersama, apa salahnya kan…", katanya.

Sementara itu Ozlynn yang kini hamil tujuh bulan bakal muncul menerusi telemovie tribute P. Ramlee yang akan ditayangkan di TV1 tidak lama lagi, lapor Malaysian Digest.

SI GADIS BERTUDUNG BESAR MAHU SAMAN PENYEBAR GAMBARNYA DI MEDIA SOSIAL (4 GAMBAR)

Posted: 28 Aug 2014 05:50 PM PDT

Aimi Baharin, gadis yang menjadi popular setelah muncul di TV3 dengan fesyen tudung peliknya mengugut mahu menyaman pengguna media sosial yang menyebarkan gambarnya.

Ini berikutan ramai yang mengutuk beliau namun ada juga yang memujinya. Apapun, sebagai seorang muslimah apa sahaja gaya yang dikenakan perlulah menutupi aurat dengan sempurna.

Sebenarnya, gaya tudung begini memang stail kegemaran Aimi sejak dahulu dan mereka yang rapat dengannya sudah lama tahu.

Lagi gambar:



"ANJING GILA MELAYU LAKNATULLAH" - DASAR MULUT LASER AZWAN ALI

Posted: 28 Aug 2014 02:25 AM PDT

 
Setelah ditegur oleh pelakon Sharnaz Ahmad, Azwan Ali yang lebih dikenali sebagai mulut laser kembali melatah dan membalas kritikan aktor itu dengan jawapan yang agak kasar berhubung isu selfienya ketika istiadat penghormatan mangsa MH17 jumaat lalu.

Katanya menerusi laman sosialnya, "#MelayuSYURGAmsia untuk semua pengikut, Tuhan merahmati anda. # MelayuLAKNATULLAHmsia? Sesetengah Melayu yang bangkai bernyawa yang gemar menyalak macam anjing gila contoh artis bapok coverina,รข€

Tulisnya lagi, "Tujuh kali menunaikan umrah setiap tahun tanpa henti sejak 2009. Sebesar hama tidak terjejas caci hina yang datang dari #MelayuLAKNATULLAHmsia,"
 

4 GAMBAR JAIS KE RUMAH DATUK RAMLI MS SIASAT STATUS HUBUNGAN DENGAN ALYAH

Posted: 28 Aug 2014 02:11 AM PDT




Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.

Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.

Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.

Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.

Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.

Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.

Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.-bharian



VIDEO PELAJAR DIBELASAH SEKUMPULAN REMAJA DI LADANG SAWIT TERSEBAR

Posted: 28 Aug 2014 01:06 AM PDT



lan remaja lelaki membelasah mangsa mereka di sebuah ladang kelapa sawit tersebar di laman Facebook.

Tidak diketahui apa punca sebenar kejadian tersebut. Namun, kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang dikatakan berlagak gengster di sekolah. Tidak puas hati dengan sikap poyo mangsa, sekumpulan remaja berkenaan bertindak membelasahnya di ladang kelapa sawit.

Salah seorang remaja berpakaian putih dilihat kerap kali menyepak mangsa. Dia juga sempat memukul mangsa dengan sebatang kayu di bahagian kiri bahu mangsa.

Dalam ke'pailangan' lelaki itu membelasah 'lauknya', dia sempat memberi amaran kepada mangsa agar tidak melaporkan kejadian itu pada ibu bapanya. Jika tidak, mereka akan membelasahnya sekali lagi.

Para netizen mengecam tindakan sekumpulan remaja berkenaan. Ramai di antara mereka meletakkan comment berbentuk 'TAG' pada Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia agar sekumpulan remaja berkenaan ditangkap dan dikenakan tindakan tegas. 

"WAHAI HARIAN METRO...." - FELIXIA YEAP NAIK ANGIN DENGAN HARIAN METRO

Posted: 28 Aug 2014 01:09 AM PDT


Felixia Yeap atau kini dikenali dengan nama Raisyyah Rania Yeap berang dengan berita yang diterbitkan tentang dirinya di dada akhbar tempatan, Harian Metro Online. Beliau mengatakan berita tersebut suatu fitnah kepada dirinya. Tulis beliau:

Wahai Harian Metro...TOLONGLAH JANGAN TULIS SEBARANGAN!!!!
Saya tak pernah kata apa yang ditulis pada tajuk artikel ni!!!
Ini fitnah!

Dan tolong jangan asyik kata saya ni "bekas model"...saya MASIH SEORANG MODEL!
Sejak bila saya dah bersara???
*MARAH*
Sebenarnya tiada yang pelik kerana begitulah tugas media yang pasti menambah perencah ke dalam artikel agar menarik lebih banyak pembaca.

NGERI ! VIDEO LELAKI MASIH HIDUP SELEPAS KEPALA TERTUSUK BESI (5 GAMBAR)

Posted: 27 Aug 2014 11:46 PM PDT


BEIJING - Nyawa masih panjang. Seorang lelaki yang sedang mengubah suai rumahnya terjatuh dan kepalanya tertusuk pancang besi di wilayah Guangxi.

Mangsa, Ho, 50, tertusuk besi sepanjang lebih setengah meter di bahagian kanan dahi serta menembusi rahang kirinya.

Doktor yang merawat mangsa juga terkejut melihat keadaan mangsa yang bukan sahaja masih hidup tetapi juga berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, doktor terpaksa memanggil pasukan bomba untuk memotong sebahagian besi tersebut untuk memudahkan pembedahan rumit yang akan dilakukan pada mangsa bagi mengeluarkan besi berkenaan.

Menurut doktor, Ho bernasib baik kerana besi yang menembusi kepalanya itu tidak terkena pada oragan penting dan otak yang boleh menyebabkan mangsa mati serta merta.









Keadaan Ho semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi. - Mail Online

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment