Lucknow (India) – Seorang lagi wanita dirogol bergilir-gilir di Uttar Pradesh dan kali ini suspek bertindak lebih berani dengan memuat naik rakaman kejadian itu dalam Facebook.
Menurut laporan akhbar Indiatoday, mangsa berusia 20 tahun didakwa dirogol oleh lapan lelaki termasuk kawannya yang merakam video perbuatan terkutuk itu.
Mangsa tidak membuat laporan berhubung kejadian Ogos lalu selepas tertuduh mengancam keselamatannya jika dia menceritakan kejadian itu kepada pihak lain.
Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, mangsa akhirnya melaporkan kes berkenaan setelah melihat gambarnya di media sosial itu.
Menurutnya, ketika kejadian, tiga suspek merakam perbuatan itu sementara yang lain memperkosanya, lapor Agensi.
0 Comment "RAKAMAN VIDEO ROGOL BERGILIR-GILIR DIMUAT NAIK KE FACEBOOK"
Post a Comment