BARABEREH

BARABEREH


ISU TERGENDALA , ASTRO BALAS DENGAN PEMBERIAN "HADIAH" KEPADA PELANGGAN

Posted: 26 Aug 2014 08:34 PM PDT


Berikutan gangguan perkhidmatan astro baru-baru ini, pihak astro telah meminta maaf dan mengeluarkan kenyataan bahawa gangguan itu disebabkan kebakaran.

Akibat dari gangguan itu, pihak Astro telah mendapat kritikan ramai. Tapi sebagai tanda meminta maaf dan penghargaan kepada pengguna, pihak Astro telah membuka kesemua salurannya(kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) secara percuma bermula 29 Ogos, 6 Petang sehingga 1 September, 12 malam kepada pelanggan di semenanjung, lapor Siakapkeli.com.

Berikut adalah kenyataan dari Astro.

Pelanggan Astro yang dihargai,

Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.

Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.

Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.

Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.

Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.

TV3 TIDAK HORMATI PERMINTAAN TERAKHIR ALLAHYARHAM SHARIFAH AINI

Posted: 26 Aug 2014 06:36 PM PDT


Siapa yang menonton Majalah 3 Isnin 25 Ogos 2014? Sudah pasti ramai yang menonton Majalah 3 semalam yang memaparkan kisah biduanita negara, arwah Dato' Sharifah Aini.

TV3 telah menyiarkan kisah perjalanan hidup bidang seni arwah Dato' Sharifah Aini. Ini adalah satu dokumentari menarik dan dapat membuatkan ramai orang lebih mengenali perjalanan seni biduanita ini.

Tetapi, akibat daripada siaran kisah ini di Majalah 3 ramai penonton tidak berpuas hati dengan tindakan TV3 yang dikatakan tidak sensitif dengan permintaan terakhir arwah.

Sebelum Dato' Sharifah Aini meninggal dunia beliau ada berkata dan memohon supaya gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat tidak disiarkan di televisyen. Namun, semalam TV3 telah menyiarkan satu dokumentari mengenai diri arwah dengan memaparkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat.

Pengguna laman sosial facebook mula mengecam tindakan TV3 yang menyiarkan gambar-gambar tidak menutup aurat arwah Dato' Sharifah Aini. SUMBER

4 GAMBAR TERKINI DIDIE ALIAS SELEPAS PROSES BERPANTANG

Posted: 26 Aug 2014 02:11 AM PDT


Pelawak dan pelakon komedi, Didie Alias yang ditemui buat pertama kalinya di sesi sidang media Anugerah Lawak Warna, selepas beberapa bulan yang lepas mengalami proses berpantang kini telah selamat melahirkan bayinya yang comel, yang diberi nama Muhammad Dayyan.


Dia yang memberitahu setelah 15 tahun tidak melahirkan anak agak kekok apabila buat pertama kalinya memegang bayi itu.

"Sudah 15 tahun saya tidak mempunyai bayi dan sekarang ini cuba perbetulkan keadaan itu. Saya melahirkan bayi ini melalui proses pembedahan bukannya bersalin secara normal.Rutin awal ketika itu, memang saya agak kekok apabila mula-mula mahu menyusukan bayi dan banyak benda berulang kembali lagi pula mendapat bayi lelaki yang membuatkan suami dan saya sendiri begitu teruja kerana anak bongsu saya sebelum ini merupakan seorang perempuan," katanya



Turut menjelaskan bahawa kesihatan bayi lelakinya itu di tahap baik dan sihat. Bagaimanapun buat seketika Didie akan memberikan sepenuh perhatian kepada bayinya itu kerana masih menyusu badan. Segala undangan majlis-majlis korporat tetap akan diterimanya kerana masa yang diambil untuk menjayakan sesuatu persembahan itu agak sekejap berbanding di lokasi penggambaran.

Anak Anak Bergaduh, Berebut Mahu Jaga Adik Baru

"Alhamdulillah, buat masa sekarang bayi saya sihat dan tak putus-putus sehingga sekarang orang mengucapkan tahniah. Buat pertama kalinya selepas bercuti beberapa bulan saya akan muncul dalam Super Spontan pada Jumaat ini. Tawaran lakonan sekiranya telemovie saya akan pertimbangkan kerana masa yang diambil dalam proses penggambaran tidaklah terlalu lama berbanding drama bersiri. Undangan majlis korporat tetap akan saya jayakannya," tambahnya.

Didie turut beritahu bahawa dia masih mengamalkan amalan tradisional dalam proses berpantang seperti membengkung perut, mengurut dan sebagainya.

"Saya berpantang masih mengikut adat tradisional seperti membengkung dan mengurut," ujarnya ringkas. Tambahnya lagi, suaminya agak teruja dengan kelahiran bayi lelakinya ini kerana zuriat inilah merupakan salah satu pewaris untuk dirinya.

Sementara itu, dia juga berkata anak-anaknya terlalu teruja sehinggakan mereka semua bergaduh untuk menjaga ahli keluarga baru mereka ini.

"Suami saya sungguh teruja kerana tidak menyangka bahawa saya boleh memberikan dia zuriat lagi dan apabila malam dialah yang akan menjaga kerenah anak. Anak-anak saya terlalu teruja sehingga bergaduh hendak menjaga adiknya ini," katanya sambil tersenyum. -ROTIKAYA

UPDATE: "KALAU TAK TAHU APA-APA, JANGAN CUBA NAK MEMANDAI-MANDAI" - AZWAN ALI

Posted: 26 Aug 2014 02:00 AM PDT


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara TV sensasi, Azwan Ali berkata dia tidak kenal siapa itu Sharnaaz Ahmad dan menegaskan dia tidak akan ambil peduli dengan komen negatifnya yang dibuat mengenai gambar selfienya di Dataran Merdeka baru-baru ini.

"Dia tu siapa? Dia ingat aku selfie masa tengah berfakur ke? Tolong sikit kalau tak tahu apa-apa jangan cuba nak memandai-mandai, sah-sah aku selfie sebelum bertafakur, aku ada dekat dataran pada pukul 9 pagi ok! Sebelum bertafakur aku selfie untuk kenang-kenangan, yang dia sibuk apahal! katanya dihubungi Murai.

Kata Azwan sewaktu diminta mengulas kritikan aktor Sharnaaz Ahmad di Instagram sewaktu dia berselfie di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Menurutnya lagi, Azwan tidak berkudis pun dengan komen yang dilontarkan pelakon itu dan menganggap dia seorang yang biadap dan terlalu mentah untuk memberi komen kepada dirinya.

"Aku dalam industri hiburan sudah 22 tahun, yang dia baru setahun jagung, lagipun aku tahu bila waktu yang sesuai nak berselfie, ramai yang 'naik hantu' sebab keliru dengan 'caption' gambar itu, hakikatnya aku tidak berselfe ketika negara sedang bertafakur," katanya dengan panjang lebar.

Azwan juga telah bertanyakan pendapat kepada ulama mengenai gambar itu, dengan ringkas ulama itu membalas ialah yang penting adalah niat, kalau niat itu ikhlas dan baik, biar Allah S.W.T yang menilai bukan insan yang bergelar manusia.

"Ini Azwan Ali, memang aku 'no border' dengan komen-komen yang cuba jatuhkan nama aku, sudah biasa, yang penting peminat-peminat yang menyokong aku tahu diri aku yang sebenar," kata Azwan mengakhiri perbualan, lapor Murai.

1. AZWAN ALI GELAR SHARNAAZ SANGKAK MURAHAN, LEVEL LUBANG JAMBAN

RATUSAN MAYAT BERGELIMPANGAN DI PANTAI

Posted: 26 Aug 2014 01:21 AM PDT


MAYAT sekumpulan pendatang asing warga Afrika ditemui terdampar akibat lemas di pantai kira-kira 30 kilometer timur Tripoli.

Kejadian itu berlaku selepas lebih 200 pekerja asing dikhuatiri lemas apabila sebuah bot yang mereka naiki tenggelam lebih kurang sebatu dari pantai Libya ketika mereka cuba menyeberangi tanah besar Eropah.

Menurut pengawal pantai tempatan, kapal kecil yang dipenuhi lelaki, wanita dan kanak-kanak karam lewat Jumaat lalu. Abdel-Latif Ibrahim berkata, lebih 16 orang berjaya diselamatkan termasuk lima kanak-kanak.
Pengawal pantai Libya cuba mengangkat mayat mangsa yang ditemui, dipercayai lebih 200 tenggelam selepas bot kecil yang mereka naiki untuk menyeberangi tanah besar Eropah karam.

Jurucakap pengawal pantai Libya Abdellatif Mohammed Ibrahim berkata: "Beberapa batu daripada pantai, mereka menemui mayat dalam bot kayu yang dinaiki sebahagian daripada 200 pendatang asing tersebut.

"Kami berjaya menyelamatkan 16 orang dan menemui 15 mayat. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana 170 orang masih lagi hilang."

Beliau menambah: "Difahamkan antara mereka adalah warga Somali dan Eritreans serta rakyat negara lain. Bayi berusia 18 bulan antara yang terkorban dalam kejadian malang itu.

Sekurang-kurangnya, 3,500 pendatang asing dengan 19 mayat berjaya ditemui sejak Jumaat. Kapal Sirio dari Itali berjaya menemui 18 mayat sementara 73 orang diselamatkan menggunakan rakit, lapor mStar.

GADIS HINA BAPA SENDIRI, BODOH! DI FACEBOOK

Posted: 26 Aug 2014 12:52 AM PDT


Golongan remaja pada hari ini semakin biadab dan kurang ajar. Malah, ada yang tergamak bersikap biadab dengan ibu bapa mereka sendiri, apatah lagi dengan orang lain. Langsung tiada perasaan hormat pada orang yang lebih tua.

Itulah yang dilakukan oleh seorang gadis yang memuat naik status memaki bapanya sendiri di Facebook.

Menurutnya, dia langsung tiada niat nak sambung belajar. Tetapi dia terpaksa juga menyambung pelajaran ke peringkat IPT hanya kerana ingin keluar dari rumah kerana dia rimas dengan perangai bapanya yang dianggap bodoh.


Mungkin dia mempunyai alasan sendiri mengapa dia sanggup berbuat demikian. Tetapi, jika dilihat pada gambar-gambar yang ada dalam Facebook perempuan ini, tidak hairanlah dia sanggup mengelarkan bapanya bodoh. - My Media Hub

UPDATE: PASANGAN SEPARUH BOGEL DI IPOH BAKAL DIKENAKAN DENDA RM100 SAHAJA

Posted: 26 Aug 2014 01:20 AM PDT


Ekoran dari gambar pasangan separuh b0gel dalam sesi photoshoot di Ipoh tersebar, polis Perak mengesahkan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan itu di atas kelakuan yang disifatkan tidak bermoral dan berakhlak.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani menjelaskan mereka akan menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Walau bagaimanapun, menurut seorang pengamal undang-undang, sekiranya pasangan tersebut disabitkan bersalah, mereka hanya akan dikenakan denda RM100 sahaja.

Dipetik dari portal Suara.tv,

"Kalau ikut undang-undang, pasangan tersebut sekiranya disabitkan dengan kesalahan hanya akan di denda sebanyak RM100.00.

"Pada saya pasangan tersebut sepatutnya disiasat di bawah Akta yang lain, kerana tindakan mereka semalam seperti ingin bermain dengan undang-undang" katanya.

Di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336), Seksyen 14 – Kelakuan Aib, sesiapa pun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghina atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghina atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan mengugut aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan atau di mana keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100.

Namun, menurut seorang peguam yang enggan didedahkan namanya, tindakan pasangan cina itu juga boleh dilabelkan sebagai menganggu ketenteraman awam kerana tindakan tidak senonoh mereka.

Menurut beliau lagi mungkin ada di kalangan mereka (masyarakat bukan Islam) yang enggan mengakui hakikat itu, tetapi mereka sepatutnya menghormati masyarakat Islam dan Melayu yang merupakan kelompok terbesar di negara ini.

Seksyen 509 Kanun Keseksaan memperuntukan, barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

"MARUAH SAYA & ANAK BUKAN DI BAWAH TAPAK KAKI DIA" - RITA

Posted: 25 Aug 2014 11:54 PM PDT



KUALA LUMPUR - Rita Rudaini menyifatkan tindakan tegasnya memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 terhadap bekas suami, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak di mahkamah semalam bukan kerana mengejar wang tetapi untuk memberi kesedaran.

"Saya bukan nak duit dia (bekas suami) pun. Sejak berkahwin lagi saya tak pernah ambil duit dia satu sen pun. Malah saya guna duit hasil berlakon untuk belanja sendiri. Dia pun saya belanja dan manjakan dulu.

"Tuntutan mutaah ini nak sedarkan pada dia yang jangan ingat boleh layan saya dan anak macam sampah apabila sudah senang dan tak mahu kami lagi. Maruah saya dan anak bukan di bawah tapak kaki dia.

"Kalau masa kahwin lain dia boleh habiskan beratus ribu ringgit, kenapa dia tak boleh bayar tuntutan untuk saya sekeluarga. Di dunia ini dia boleh menafikan serta berbohong… tapi di akhirat nanti nak lari mana gamaknya," katanya kepada BH Online sebentar tadi, lapor Berita Harian.

Rita disahkan cerai talak satu dengan Zafuan pada 5 September lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak, Airit Rayyan Rizqin (5) dan Airit Qaqa Arjuna (3)

12 GAMBAR NGERI ANAKONDA TELAN BUAYA

Posted: 25 Aug 2014 11:39 PM PDT

ANAK NORA DANISH & ERRA FAZIRA DIKRITIK KERANA BERPELUKAN

Posted: 25 Aug 2014 11:25 PM PDT



BUKAN sahaja selebriti yang mendapat perhatian peminat mereka, sebaliknya anak-anak selebriti turut tidak ketinggalan sama menjadi tumpuan mereka-mereka di luar sana.

Terbaharu, anak Nora Danish dan Erra Fazira dikritik sebahagian besar peminat gara-gar gambar mereka berpeluk sakan disiarkan di laman instagram.

|
Anak Nora, Putra Rayqal Ramli dan anak Erra Fazira, Engku Aleesya sekarang dilihat selalu bersama kerana menemani ibu masing-masing menjalani latihan teater Bahayanya Wanita yang dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-bar ini.

Tapi, bagi penulis, tak salah rasanya kalau budak-budak beraksi macam ni, lagipun mereka belum akil baligh lagi, takkan perkara macam ini pun jadi isu.

KAMAL ADLI & INTAN LADYANA SAH PUTUS CINTA

Posted: 25 Aug 2014 11:07 PM PDT


Pelakon Intan Ladyana menjelaskan bahawa dia tidak ada lagi hubungan istimewa bersama sama dengan pelakon kacak Kamal Adli yang sebelum ini telah bercinta sejak tahun 2009 dan hampir 5 tahun hubungan tersebut telah termeterai.

Bertemunya di majlis sidang media Anugerah Lawak Warna 2014, dia dengan tenang menjawab bahawa dia kini kembali solo dan tidak mempunyai hubungan lagi dengan Kamal Adli.

"Kami sudah tidak ada apa-apa lagi. Hubungan ini berakhir sejak akhir Ramadan lagi," katanya.

Dia yang sebenarnya telah memberitahu bahawa keputusan untuk berpisah telah lama difikirkan dan kini telah rasminya dia putus. Baginya tidak ada jodoh antara mereka berdua. Punca kenapa hubungan mereka berantakan hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.

"Tak ada jodoh antara kami berdua. Kenapa kami buat keputusan ini saya tidak boleh beritahu"

Sementara itu, Intan secara berseloroh telah memberitahu selepas ini tidak akan ada lagi orang yang asyik bertanyakan tentang hubungannya lagi dan dengan itu dia berasa sedikit lega. Dalam perkembangan lain, Intan telah tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Komedi dalam filem menerusi lakonan dalam Adnan Sempit 3.-ROTIKAYA

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment