BARABEREH

BARABEREH


"AWIE TAK PERNAH DAFTAR NIKAH..." - ROZANA

Posted: 22 Aug 2014 01:36 AM PDT



KUALA LUMPUR - Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun hanya menyedari perkahwinannya selama ini yang telah mencecah lapan tahun tidak pernah didaftarkan di negara ini selepas dia merujuk masalah rumah tangganya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira dua bulan lalu.

Rozana, 36, berkata, suaminya pernah memberitahu kepadanya sebelum ini perkahwinan mereka di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 telah didaftarkan dan dia terkejut apabila diberitahu tiada sebarang rekod perkahwinan mereka berhubung perkara itu.

"Selepas tragedi 2 Jun lalu saya pergi ke Jawi dengan niat untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangga kami dan apabila mereka semak surat perkahwinan kami di setiap negeri, ia tiada dalam rekod.

"Pada ketika itulah baharu saya mengetahui perkahwinan kami masih belum didaftarkan sepanjang sembilan tahun berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Rozana ditemui pada satu sidang media khas yang diadakan di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Jumaat. Dia turut ditemani oleh dua peguamnya iaitu Majdah Muda dan Rubiah Jaffar.

Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu Rozana berkata, sejak kejadian tersebut Awie tidak pernah menghubunginya untuk bercakap mengenai soal perkahwinan atau perceraian sebaliknya terus membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak mereka.

Jelas Rozana, dia keliru dengan tindakan suaminya itu sedangkan status perkahwinan mereka tidak dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan.

"Kami belum pun bercerai dan dia sudah sibuk dengan soal hak penjagaan anak-anak kami sedangkan status perkahwinan pun belum disahkan dan didaftarkan di Malaysia.

"Saya sendiri tidak merebut anak-anak dengan dia tetapi dia yang membuat permohonan malah aduan yang saya lakukan sebelum ini langsung tidak melibatkan mahkamah syariah," jelasnya.

Sementara itu, Rozana berkata, dia akan mempertahankan haknya sebagai seorang ibu terhadap tiga anak-anaknya yang kini di bawah jagaan sementara suaminya.

Jelas Rozana, demi kembali bersatu dengan anak-anaknya dia tidak akan berdiam diri dan akan memastikan haknya sebagai seorang isteri dan ibu terbela di mahkamah.

"Saya akui sebelum ini saya takut dan trauma dengan dia tetapi kini tidak lagi kerana saya akan melawan kembali untuk mendapatkan hak saya selepas dua bulan tidak bertemu dengan anak-anak.

Mengulas mengenai pelbagai cerita kurang enak yang disebarkan tentang dirinya, Rozana berkata, dia tidak mempunyai hak untuk menghalang sesiapa sahaja yang ingin bercakap mengenainya kerana hanya dia dan keluarga sahaja yang tahu keadaan sebenar.

"Tidak mengapa jika ada pihak yang ingin memburuk-burukkan saya dan kalau hendak balas setiap tuduhan itu memang susah dan Awie sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan anak-anak dan saya sememangnya tidak pernah meninggalkan mereka.

"Apa yang boleh saya katakan sekiranya seseorang tidak tahu situasi dan keadaan sebenar lebih baik jangan beri pendapat atau komen kerana hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu cerita sebenar," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, peguam syarie Rozana, Majdah Muda, berkata, pihaknya akan menfailkan jawapan permohonan bantahan awal bagi mengetepikan perintah hak penjagaan (hadanah) sementara yang difailkan oleh Awie 21 Julai lalu.

Jelas Majdah, pada 17 September baharulah mahkamah akan meminta kedua-dua belah pihak memberi hujahan dan kemudiannya membuat keputusan terhadap perkara itu.

Awie turut mengemukakan bantahan terhadap permohonan Rozana untuk membatalkan permohonan injunksi yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) olehnya pada 16 Julai lalu untuk menghalang wanita itu daripada mendekati atau menghubunginya dan anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.

Pada 22 Julai lalu Awie berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah, di sini iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hadil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, lapor mStar.

MH17: 3 GAMBAR SAYU ANAK PRAMUGARI MENANGIS DEPAN KERANDA IBU

Posted: 22 Aug 2014 01:29 AM PDT


Muhriz Marzaidi yang baru berumur 10 tahun tidak dapat menahan air matanya sejurus melihat keranda ibunya.

Muhriz yang dilihat amat merindukan ibunya itu dilihat menangis teresak-esak dihadapan keranda Mastura Mustafa seorang pramugari MH17 yang turut terkorban dalam nahas tersebut.


Muhriz adalah satu-satunya anak lelaki, waris kepada Mastura Mustafa

"NABILA DATANG KE RUMAH SAYA BERSAMA KEKASIH" - AMY SEARCH

Posted: 21 Aug 2014 11:58 PM PDT


Lagenda Rock, Amy Search tidak menafikan bahawa selepas hubungannya bersama anak sulungnya, Nabila Huda pulih pada Adilfitri lalu, aktres yang mempunyai seorang anak perempuan, Keisha Laila, 4, itu datang ke rumah bersama teman lelakinya.

Bagaimanapun Amy menyifatkan ia hanya kunjungan sempena Aidilfitri dan tidak pernah berbincang secara serius tentang fasa hubungan Nabila dengan kekasihnya yang juga seorang pengusaha restoran terkenal di ibu kota.

"Benar, Nabila datang ke rumah saya bersama kekasihnya pada Aidilfitri baru-baru ini. Pada waktu itu, kami berkenalan dengan lebih jauh tetapi bukan membincangkan hal masa depan mereka. Saya percaya apabila tiba masa dan jodoh, ia tidak ke mana. Mereka juga sudah matang dalam hal ini," tambahnya.

Dalam pada itu Amy juga mengakui terkejut dengan desas-desus yang mendakwa anak sulungnya itu mahu menamatkan zaman jandanya dengan meminta restunya untuk bernikah buat kali kedua.

Kata Amy, perkara itu (minta restu untuk berkahwin) tidak pernah berlaku. Malah mereka juga belum mem bincangkan perkara serius itu.

"Tidak ada perbincangan ataupun Nabila minta restu daripada saya untuk berkahwin lagi," ujarnya, lapor Kosmo!

GAMBAR DUA PASANGAN PELAJAR SEKOLAH BERMADU ASMARA DI SAWAH PADI

Posted: 21 Aug 2014 11:53 PM PDT


Sekali pandang gambar ini, mata akan tertancap pada keindahan bendang atau sawah padi berwarna hijau kuning. Tapi kalau pandang betul-betul ada benda yang mencacatkan keindahan iaitu aksi dua pasangan budak sekolah menengah yang sedang duduk di bangsal tengah bendang tersebut.

Kedua-dua pasangan termasuk dua pelajar perempuan yang masih memakai uniform sekolah kelihatan enak bercengkarama termasuk salah satu pasangan beraksi bagai suami isteri.

Kami harap juru gambar Zulkifli Bakar yang merakam panorama memalukan di atas telah menegur adik-adik yang lupa diri ini selepas gambar mereka diambil. Bayangkan kalau tengah sawah yang luas tu pun boleh buat aksi macam ini, kalau di belakang pokok pisang tak tahulah apa jadi, lapor Pilihan Anda.Com.

"CUKUP-CUKUPLAH..." - EMMA MAEMBONG

Posted: 21 Aug 2014 11:25 PM PDT


Kuala Lumpur - "Jujurnya, kalau ditanya lagi mengenai perkahwinan atau (hubungan dengan) Zizan. Saya dah tak ada mood nak bercerita. Cukup-cukuplah."

Itu luahan pelakon Emma Maembong yang mulai rimas dengan andaian masyarakat mengenai hala tuju hubungannya dengan pelawak Zizan Razak berikutan keterbukaannya berkongsi kisah mereka selama ini.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, sikap terbuka dan mesra dalam menjawab pertanyaan mengenai perancangan perkahwinan mereka selama ini akhirnya menimbulkan salah faham kepada keluarga sendiri.

"Selama ini terlalu banyak saya berkongsi apabila orang bertanya bila nak berkahwin dan sebagainya. Malah, ada pula yang diputarbelitkan dan ditokok tambah sampaikan orang luar pandai-pandai buat andaian sendiri.

"Rasanya sudah tiba masa orang keliling hormati saya pula. Tak sedaplah ayah dan keluarga mulai berpandangan serong terhadap saya disebabkan cerita-cerita yang timbul," katanya.

Sumber memberitahu, keterbukaan pelakon siri Yes Boss itu berkongsi kisah hubungannya dengan Zizan selama ini memakan diri dan menimbulkan salah faham kepada keluarganya sendiri.

Difahamkan, bapanya, Ismail Maembong dan keluarga kurang senang dengan liputan berterusan mengenai isu perancangan perkahwinan pasangan itu sedangkan keluarga sendiri tidak mengetahui sebarang perkembangan mengenainya, lapor Hmetro.

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment