BARABEREH

BARABEREH


KESAKITAN KEMALUAN TERUNGKAI

Posted: 21 Aug 2014 08:44 PM PDT


Kuala Lumpur – Kesakitan pada kemaluan seorang kanak- kanak berusia tujuh tahun terungkai selepas pemeriksaan doktor mengesahkan dia menjadi mangsa rogol di ibu kota, kelmarin.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan kebiasaannya dihantar ke rumah pengasuh selepas pulang dari sekolah ketika ibu bapanya bekerja. Sumber polis berkata, kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa mengadu sakit ketika membuang air kepada ibunya.

"Ibu kanak-kanak itu pada mulanya tidak menyangka buruk, namun selepas mangsa beberapa kali mengadu sakit, dia dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan," katanya. Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan kemaluan mangsa bengkak selain ada pendarahan.

"Mangsa dipercayai menjadi mangsa rogol dan ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut," katanya, lapor Hmetro.

PASANGAN SUAMI ISTERI KANTOI TENGAH MALAM

Posted: 21 Aug 2014 08:43 PM PDT


Johor Bahru – Sepasang suami isteri antara 10 suspek yang ditahan polis dalam operasi cegah jenayah sejak kerana dipercayai terbabit dalam jenayah jalanan dan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Pasangan berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota polis menjalankan rondaan cegah jenayah di bandar raya ini mengesan kenderaan yang mencurigakan kira-kira jam 12.45 tengah malam 10 Ogos lalu.

Pasangan berkenaan cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menahan mereka dan pemeriksaan dalam kenderaan menemui tiga pisau, pistol mainan, gari dan pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk pecah rumah.

Polis turut menemui uniform Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), komputer riba dan dokumen pengenalan diri serta kad juruwang automatik (ATM) dipercayai milik mangsa mereka.

Semakan rekod kesalahan mendapati kedua-dua suspek mempunyai empat rekod jenayah dan ujian saringan air kencing mereka juga positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, dengan penahanan pasangan berkenaan dipercayai dapat membantu pihaknya menyelesaikan empat kes pecah rumah di kawasan Johor Bahru Selatan.

Menurutnya, selain pasangan suami isteri itu, polis percaya menumpaskan tiga lagi kumpulan yang aktif melakukan jenayah jalanan serta pecah rumah berikutan penahanan beberapa orang berusia antara 20 hingga 30-an.

Katanya, mereka antara kumpulan penjenayah yang mendalangi beberapa jenayah pecah rumah, samun tepi jalan dan pecah kereta di sekitar Johor Bahru.

"Antara kumpulan yang berjaya ditumpaskan itu membabitkan penahanan dua lelaki dan dua wanita di Kota Tinggi dan Seri Alam, Selasa lalu.

"Satu lagi kumpulan berjaya ditumpaskan berikutan penahanan dua lelaki berusia 27 dan 28 tahun di Setia Indah, 8 Ogos lalu," katanya, lapor Hmetro.

MH17: 31 GAMBAR SUASANA SAYU DI HARI MALAYSIA BERKABUNG

Posted: 21 Aug 2014 08:37 PM PDT

1. Penerbangan khas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ETA 0940 #mh17



2. 17 keranda dan 3 bekas abu mayat. Inilah wajah-wajah mangsa tragedi #MH17



3. Van jenazah sudah bersedia menanti kepulangan mangsa nahas MH17 di Kompleks Bunga Raya. Semoga upacara berjalan lancar



4. Duta-duta antrabangsa turut hadir memberi penghormatan terakhir di Kompleks Bunga Raya KLIA



5. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hishammuddin Hussein tidak dapat menahan kesedihan memeluk ahli keluarga mangsa nahas tragedi #MH17.



6. Pesawat khas MAS yang membawa pulang 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, telah mendarat di KLIA pada 9.54 pagi ini




7. Ahli keluarga nahas #MH17 menahan sebak ketika pesawat yang membawa jenazah tiba di Lapangan terbang KLIA


8. Kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) termasuk kru teknikal, pramugari dan pramugara berkumpul di hadapan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini untuk menzahirkan rasa simpati pada majlis penghormatan jenazah.




9. Upacara memasukkan keranda ke dalam van jenazah sedang berlangsung




10. Anggota tentera mengambil tempat untuk mengusung keranda jenazah mangsa #MH17



11. Noriah Daud, 57, ibu pembantu juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi tidak dapat menahan sebak sebaik keranda-keranda mangsa MH17 diturunkan dari pesawat



12. Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi, Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Junied kelihatan bersama-sama anakanda beliau. Semoga beliau tabah dan sabar menerima dugaan ini



13. Ahli keluarga membaca Yassin ketika keranda dibawa masuk ke van jenazah



14. Sementara itu, di tempat lain, Guru-guru dan seluruh pelajar Sekolah Kebangsaan Subang turut mengadakan bacaan yassin.




15. Persiapan untuk pengkebumian jenazah Allahyarham Mohd Ali di Kg Raja Pagoh Johor. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman



16. Persiapan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya untuk pengebumian Ahmad Hakimi Hanapi dan Nur Shazana Mohamed Salleh



17. 10:55 pagi, kesemua 20 jenazah selamat dikeluarkan dari pesawat. Van jenazah mula meninggalkan perkarangan Kompleks Bunga Raya, KLIA untuk dibawa ke masjid





18. Detik bertafakur seluruh Malaysia





19. Dua orang wanita bermurah hati edarkan 600 sandwich percuma kepada orang awam di KLIA pagi ini.



20. JURURAWAT bersama pesakit bertafakur selama 1 minit sempena Hari Perkabungan Negara bagi memperingati Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa Tragedi MH17 di Hospital Pakar KPJ Johor.




21. Petugas MAS tidak dapat menahan sebak




22. Di Lebuhraya Persekutuan, pemandu berhentikan kereta untuk bertafakur.

Kredit foto Friends of Barisan Nasional & Facebook Rakyat Malaysia

RITA RUDAINI MENGAMUK DENGAN TM UNIFI

Posted: 21 Aug 2014 08:22 PM PDT

Sebelum ini Nora Danish meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Hotel Lego melalui laman Instagram. Kali ini Rita Rudaini pula mengamuk di Instagram gara-gara TM UNIFI.

Berikut luahan hati Rita:



Arini saya pasang TMUNIFI kat umah. Biasalah sebelum nak apply, semua manis mulut. Lepas dah pasang, bila call bagitau masalah, da senyap.

Saya kecewa dengan TM sebab saya tengok unifi network saya cuma sampai kat tangga saja. Kata 1 rumah, so untuk apa saya bayar bulan-bula kalau cuma boleh guna di tingkat bawah saja?

So kalau nak pasang TMUNIFI ni memang tak boleh ada tangga ek kat rumah? Sebab network tak larat panjat tangga untuk naik tingkat atas.

SO TMUNIFI TOLONG NOTIS MEMO NI!! SO UPSET!!!

Luahan hati yang baru dimuat naik pada malam tadi bagaimanapun menerima respon peminatnya yang bersetuju dengan pendapat Rita kerana mereka juga menghadapi masalah dengan TMUNIFI.

Dalam masa 10 minit luahan itu dimuat naik di Instagram, Rita menerima panggilan dari TMnet dan akan datang menyelesaikan masalahnya pada hari ini.


Mudahnya menjadi artis. Mengadu, mengamuk, meluahkan rasa tak puas hati di laman sosial, pasti akan mendapat respon yang segera. - My Media Hub

6 GAMBAR GADIS BERGELIMPANGAN GARA-GARA MABUK

Posted: 21 Aug 2014 07:28 PM PDT



Beginilah jadinya bila awek cun kita dah mabuk teruk...

hilang terus kecantikan dan keayuan dalam diri mereka...

Ini memudakan lelaki hidung belang mengambil kesempatan terhadap manusia sebegini...

Moral of the story... jauhilah minuman keras...

Usahlah berkawan rapat dengan kawan-kawan yang kaki botol...







DAVID TEO BENGANG DENGAN STESEN RADIO PERLEKEHKAN LAGU "KACANG"

Posted: 21 Aug 2014 06:53 PM PDT


PETALING JAYA - Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) David Teo berasa pelik apabila single lagu pertamanya berjudul Kacang tidak diterima baik oleh pihak stesen radio tempatan sedangkan ia mendapat sambutan di YouTube dengan jumlah lebih 112,000 tontonan.

David berkata, lagu yang turut menampilkan penyanyi Fida Ibrahim, Zarul dan Cat Farish itu hanya dimainkan selama seminggu di beberapa buah stesen radio menerusi segmen lagu baru tempatan dan kemudian ia tidak lagi ke udara.

"Mereka (pihak radio) menganggap lagu itu tidak mencapai piawaian seperti yang dikehendaki.

"Jika benarlah lagu saya itu biasa-biasa sahaja, tidak mungkin Kacang mendapat jumlah tontonan yang tinggi di YouTube, malah ia masih lagi ditonton sehingga kini. Malah liriknya juga sarat dengan mesej yang berguna buat masyarakat kita," katanya yang dihubungi mStar Online.

Tambah David, dia tidak terkilan pun dengan mana-mana stesen radio kerana menganggap Kacang sudah mencetuskan fenomena tersendiri walaupun hanya menerusi di YouTube sahaja.

Bagaimanapun, David menyifatkan kebanyakan stesen radio di negara ini terlalu syok sendiri kerana memutarkan lagu-lagu yang diminati pihak stesen terbabit tanpa mengikut trend terkini di media sosial.

"Sebelum ini saya memberikan lagu Kacang kepada stesen radio untuk mereka jadikan ia sebagai eksklusif sebelum memuat naik klip video di YouTube. Malangnya ia hanya dimainkan untuk beberapa kali sahaja.

"Patutlah… baru saya faham mengapa ramai penggiat muzik berbakat hanya popular di laman sosial, tetapi tidak secara arus perdana.

"Sudah tiba masanya pihak radio mengubah format mereka mengikut cara media sosial yang lebih kemas kini berbanding cara mereka memilih lagu," tegasnya.

Sementara itu, David berkata, dia telah melaburkan sebanyak RM30,000 untuk lagu tersebut termasuklah kos pembikinan klip video bagi memberikan kualiti yang terbaik buat penonton yang menyaksikannya, lapor mStar.
 

VIDEO LELAKI KANTOI CURI DUIT MASJID DIPUKUL DENGAN KIPAS ANGIN

Posted: 21 Aug 2014 06:15 PM PDT


Kes-kes kecurian duit masjid atau tabung masjid sudah biasa kita dengar. Kebanyakan kes seperti ini biasanya dirakam oleh CCTV yang dipasang oleh pihak masjid.

Terbaru, satu kes kecurian telah berlaku di sebuah masjid dan pencuri itu juga berjaya ditahan oleh jemaah di dalam masjid tersebut.

Apabila disuruh mengaku dan melihat semula rakaman, pencuri berkenaan berkata dia hanya hendak memasukkan duit ke dalam tabung itu.

VIDEO KJ & NAZRI AZIZ SAHUT CABARAN #ICEBUCKETCHALLENGE

Posted: 21 Aug 2014 06:11 PM PDT


PETALING JAYA – Cabaran baldi ais ALS atau ALS ice bucket challenge semakin mendapat sambutan di Malaysia dengan terkini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz pula menyahutnya.

Semalam (Rabu), Khairy memuat naik video beliau melakukan cabaran itu serta melontarkan cabaran berkenaan kepada ratu skuasy negara Nicol David, Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Rahman Dahlan dan Nazri.
Khairy kemudian mengirim tweet gambar Nazri menyahut cabaran itu dengan nota, "Jadi Nazri Aziz sudah menerima cabaran saya. Menunggu @mpkotabelud @NicolDavid #IceBucketChallenge. "


Cabaran baldi ais ALS kini popular di media sosial, sama ada di kalangan selebriti dan orang awam yang mencampak air ais atas diri sendiri sebagai kempen kesedaran terhadap amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau lebih dikenali sebagai Penyakit Lou Gehrig.

Cabaran ini mensyaratkan peserta untuk merakamkan video mereka menuang air ais ke atas badan sendiri dan kemudian melontarkan cabaran terhadap tiga orang lain.

ALS ditakrifkan oleh Persatuan ALS sebagai penyakit kemerosotan neuro progresif yang menjejaskan sel-sel saraf dalam otak dan saraf tunjang.

Kemerosotan progresif neuron pergerakan dari otak ke saraf tunjang, dan dari saraf tunjang ke otot-otot, akhirnya membawa kepada kematian. Apabila tindakan otot terjejas, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat penyakit ini, lapor Antarapos.

UPDATE: GAMBAR MAYAT ROBIN WILLIAMS DENGAN KESAN JERUTAN DI LEHER TERSEBAR

Posted: 21 Aug 2014 09:25 AM PDT


Inilah gambar yang tersebar luas di laman sosial Pelakon Good Will Hunting, Mrs Doubtfire, 63, ini didapati menjerut leher sendiri menggunakan tali pinggang ketika ditemui di kediaman mewahnya di Tiburon, California 11 ogos lalu.

Gambar sijil kematian Robin yang dikeluarkan semalam (20 Ogos) telah disebarkan di internet sebelum keputusan autopsi diumumkan.

ROZITA CHE WAN ALAMI PENDARAHAN KECIL

Posted: 21 Aug 2014 01:53 AM PDT


Jika tiada aral melintang, tinggal dua bulan sahaja lagi pasangan Rozita Che Wan & Zain Saidin bakal menimang cahaya mata pertama mereka yang dijadual akan lahir sekitar Oktober nanti. Ya, pasti ramai tidak sabar untuk menanti khabar gembira ini.

Hadir ke majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Laugh Out Loud semalam, Zain Saidin buka cerita tentang satu insiden yang dialami oleh isteri tersayang yang terjadi pada awal bulan Ramadhan yang lalu.

"Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja siram pokok pada hari berkenaan. Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi. Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan"

"Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama. Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak," cerita Zain Saidin kepada Berita Harian.

Pelakon itu turut memaklumkan yang anak mereka sudah pun mempunyai kontrak bersama Astro sebagai hak eksklusif penyiaran dan pastinya kita akan menanti lebih lama untuk mendapatkan gambar wajah anak pasangan ini nanti.

"Bakal anak kami pun akan ada hak siaran eksklusif Astro. Itu rezeki anak namanya. Kami turut tumpang gembira," tambah Zain Saidin lagi. -ROTIKAYA

SADIS, FELIXIA YEAP DITUDUH JUAL DIRI GARA-GARA KONGSI GAMBAR STERENG PORSCHE

Posted: 21 Aug 2014 01:25 AM PDT


Menarik juga kajian yang dilakukan oleh Felixia Yeap atau lebih dikenali dengan nama Raisyyah Rania selepas memeluk agama Islam. Baru-baru ini Felixia telah berkongsi sekeping gambar dirinya di dalam sebuah kereta Porsche. Gambar tersebut menunjukkan tangannya sedang memegang stereng kereta mewah tersebut. Tujuan utama Felixia berkongsikan gambar ini ialah untuk mengalakkan dirinya bekerja lebih keras dan berkongsi rasa cintanya terhadap kereta.

Walaupun dengan jelas sudah menulis Porsche tersebut adalah bukan miliknya, masih terdapat komen-komen yang tidak masuk akal diterima oleh Felixia. Antaranya Felixia dikatakan menjual diri untuk memperolehi kekayaan sebegini. Malah ada yang menuduh Felixia masuk Islam kerana mahukan kekasih kaya dan bersikap materialistik semata-mata. Felixia telah memberi komentarnya sendiri berdasarkan kajian yang telah dilakukan. Agak menarik juga penemuan Felixia:-

What I noticed when I tried posting something out of the norm or what was "expected" of me as a newly reverted Chinese-Muslim.

Eg : Something like the picture of my hand on a Porsche steering. Which happened not to be mine, unfortunately. It was a show car.
(Bag is not valid for discussion/debate as it was bought with my own savings a few years back.)

Motive of posting : To encourage and remind myself to work harder, and to share my love for cars which I have always liked since I was in kindergarten.
Being a Muslim now does not mean one cannot indulge in what we used to love before we were Muslim, provided that it is not harmful or haram.

Feedbacks from SOME Muslims :
They tend to zoom into my nails, hand socks and other really small pictures of the picture. They are the ones who expect perfection in a newborn Muslim and that is why our dakwah fail at this point. People would never be perfect and people are afraid to be given the hard pressure to be perfect. Some commented just based on seeing my hand on a luxury car steering lock and not by reading/understanding what was written in the post. Things like calling me Cina bukit melalak, show off, etc.

Feedback from SOME non-Muslims :
They tend to go all hyped up (again also without reading) by assuming I'm selling myself for luxury stuffs and assuming that is why I reverted into Islam. Again, they take one glance of just one picture and ignored all the rest of pictures about the religion that I have been posting and just fire their guns blindly. Happy that they found a "proof" to back up their incapabilities to understand why a Malaysian Chinese girl would suddenly revert into Islam without any materialistic reasons or gain. Some commented vulgarities like I'm selling my ***** and all. One even tried to do reverse psychology and blindly claim and made Islam look like a religion where one is not allowed to enjoy anything from the world. Islam actually encourage one to be successful in the world and afterlife. It's a balanced religion. That is why we like to wish newborns with "Semoga berjaya di dunia dan akhirat".

Terribly sorry if this is too frank or hurt anyone's feeling here.
THANK YOU to those who stood up with a clear mind and understood the greater good of my postings. You guys rock!!!

Again, the Porsche unfortunately isn't mine…and even if it's mine, you should be happy. It shows that reverting into Islam does not stop your rezeki and income. That my friend, is already a dakwah point.

Allahuakhbar.



Biasalah manusia memang begitu. Ada je yang tak puas hati dengan orang lain. Ini memang asam garam kehidupan. Anggap sahaja sebagai satu ujian. Apa pun, agak kecewa kerana berdasarkan pemerhatian sebentar tadi, gambar-gambar lama Felixia Yeap masih ada dan tidak dibuang seperti yang dijanjikan. Untuk makluman, Felixia sebelum ini berjanji akan membuang gambar-gambar seksi miliknya sebelum Ramadhan. Sekarang ini Syawal pun dah nak habis. Mungkin Felixia terlupa. Harap-harap boleh disegerakan SUMBER

"NEELOFA CEMARKAN MARUAH SAYA" - HANS ISAAC

Posted: 20 Aug 2014 11:46 PM PDT


Disaat pelakon dan pengacara, Neelofa dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai desas-desus yang mengaitkannya dengan kerabat sebuah negeri di Pantai Timur, pelakon Hans Isaac pula terkejut apabila pengacara program MeleTOP itu telah mengeluarkan kenyataan yang hubungan mereka telah putus di tengah jalan walaupun mereka tidak pernah mengumumkan sedang menjalinkan cinta sebelum ini.

Menurut Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac mengakui tindakan Neelofa mengeluarkan kenyataan sebegitu sedikit menjejaskan imejnya yang sedia maklum mengendalikan syarikat dalam bidang korporat.

"Saya terkejut besar apabila dia keluarkan kenyataan mengenai hubungan kami telah berakhir sedangkan kami telah capai kata sepakat untuk tidak membuka mulut mengenai perkara ini.

"Apabila berita tersebut keluar ianya memberi kesan terhadap diri saya kerana sedia maklum saya berada juga bekerja dalam bidang korporat dan tidak menunjukkan imej yang baik buat syarikat saya. Ianya menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan korporat saya," ujar Hans Isaac kepada Astro Gempak ketika ditemui di sidang media Supermokh Restaging di Istana Budaya.

Dalam pada itu, Hans tidak menafikan atau mengiyakan mengenai gosip kononnya Neelofa dilamar kerabat diraja di sebuah negeri Pantai Timur, tetapi percaya khabar angin yang sering tersebar melibat selebriti selalunya benar.

"Saya tidak mengiyakan atau menafikan tentang berita tersebut. Tetapi mungkin ada kebenarannya sebab tidak, kenapa gosip tersebut boleh tersebar luas? Dan mengapa Neelofa harus tunggu sehingga dua bulan baru ingin keluar kenyataan mengenai berita tersebut?," tegas Hans.

Namun jelas Hans, perasaan marahnya sudah reda dan tidak menafikan masih menyayangi Neelofa tetapi hanya sekadar rakan sahaja.
"Perasaan marah sudah semakin reda dan saya tidak bermusuhan dengan Neelofa. Kami masih lagi berkawan masih berkomunikasi seperti biasa. Ya memang saya akui perasaan sayang masih ada tetapi sekadar rakan sahaja tidak lebih dari itu.

"Kini saya hanya fokus dengan kerja harian yang sememangnya padat dan tidak mahu fikir soal peribadi yang menimpa diri sebelum ini. Memang kadang kala ada rasa sunyi tetapi saya tidak mahu perkara ini menyelubungi diri saya. Jadi ada sahaja aktiviti yang saya lakukan untuk elak perasaan tersebut timbul," tambah Hans lagi.

Dalam pada itu, Hans dan pelawak terkenal Harith Iskander bakal mengarahkan semula teater Supermokh Restaging buat kali kedua selepas mendapat permintaan ramai dari pelbagai pihak. Pementasan Supermokh Restaging bakal berlangsung dari 8 September hingga 21 September depan yang mengisahkan kehidupan bintang bola sepak legenda, Mokhtar Dahari.Selain Awie, ianya turut dibintangi oleh Maya Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

PRINTSCREEN CHATTING JURUFOTO CUBA PUJUK MODEL MUSLIMAH BUAT AKSI GHAIRAH

Posted: 20 Aug 2014 11:43 PM PDT


Kami tahu terdapat ramai wanita di luar sana yang cukup berbangga andai dapat menjadi model.

Tapi dalam keterujaan tersebut silalah berhati-hati kerana sejak dulu lagi dah ramai perempuan yang terperangkap gara-gara keinginan mahu popular seperti ini.

Contoh lelaki berhidung belang yang mahu mengambil kesempatan dapat dilihat dalam print screen yang disiarkan ini.


Berlagak konon juru gambar (entah betul entah tidak), lelaki ini meminta mangsa merakam gambar seksi lalu dihantar kepadanya.

Bagi menyembunyikan niat jahatnya dia berselindung di sebalik pujukan mahu mencari model muslimah dan wanita tersebut tidak perlu menanggalkan tudung.

Model muslimah kehapa kalau diminta bergambar persis pelakon lucah?

Jadi kepada kaum hawa di luar sana, berwaspadalah dan jangan terlalu teruja bila ada lelaki kononnya juru gambar menghampiri anda lalu menyatakan hasrat mahu menjadikan anda seorang model.

Silap-silap anda cuma bakal menjadi model lucah untuk tatapan dirinya yang sangap!  MYNEWSHUB.MY

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment