BARABEREH

BARABEREH


3 GAMBAR: TUDUNG "CENDAWAN BARU TUMBUH" MELLY GOESLOW JADI BAHAN LAWAK

Posted: 20 Aug 2014 07:01 PM PDT


Umum mengetahui artis seberang Indonesia, Melly Goeslow kini telah pun berhijrah memakai hijab.

Namun gaya tudungnya seakan tidak kena sehingga ada menggekarnya mangsa fesyen.

Pebagai jenis hijab yang pelik yang digayakan oleh penyanyi popular ini dan antara yang menjadi perhatian ialah tudung fesyen cendawan yang menjadi bahan ketawa.

Namun ada yang bersyukur kerana penyanyi ini walaupun pelik-pelik tapi masih menutup aurat.

lihat foto di bawah:



5 GAMBAR: ZALIF SIDEK KANTOI KACAU TUNANG ORANG ?

Posted: 20 Aug 2014 07:27 PM PDT


Baru-baru ramai memberitahu bahawa Zalif Sidek sudah mempunyai kekasih baru. Zalif Sidek juga ada mengaku tentang hal ini.

Ini kata Zalif Sidek:
"Saya cuba membiasakan dia dengan gaya hidup saya sendiri sebagai selebriti supaya dia lebih faham dengan karier saya. Sebab itu, jika berkesempatan dan dia ada masa terluang saya akan membawanya ke majlis-majlis seni,"

Edisi kantoi pula, dari Rotikaya, maklumat terkini mengatakan, kekasih Zalif Sidek bernama Syahirah ini sebenarnya sudah pun bertunang.

Apa lagi pihak lelaki khabarnya tidak senang duduk dengan laporan dan gosip percintaan Zalif Sidek dan Syahirah.

Ini laporan Rotikaya:
Rakan yang rapat dengan Syahirah ini menjelaskan yang gadis itu kini dalam keadaan tertekan selepas pengakuan Zalif Sidek kepada media tentang status mereka sedangkan mereka sekadar berkawan dan tidak lebih daripada itu.

Nampaknya ada penjelasan yang harus dilakukan oleh Zalif Sidek tentang isu ini dan rakan gadis itu turut mengirimkan beberapa keping gambar Syahirah bersama tunangnya jika ada yang tidak percaya akan kisah ini. Jangan sampai tunang orang mengamuk sudah.

Diharap Zalif Sidek dapat menjelaskan perkara ini. Tak baik kacau tunang orang.







PEMINAT KECEWA HAFIZ SUIB MEROKOK

Posted: 20 Aug 2014 06:34 PM PDT


Peminat Kecewa Hafiz Suib Merok0k Baru-baru ini satu gambar Hafiz Suib sedang memegang sebatang rok0k telah dimuat naik di laman sosial penyanyi itu.

Ada beberapa peminat kecewa dengan gambar itu kerana Hafiz Suib dikatakan merok0k.

Sebenarnya peratusan rakyat Malaysia yang merok0k adalah tinggi terutama lelaki. Dianggar lebih 4 juta perok0k di Malaysia ini.

Bagi artis pula sememangnya banyak je yang merok0k dan ini termasuk selebriti wanita. Antara yang terbuka tentang merok0k ialah Nabila Huda dan Erma Fatima


Walaupun ini perkara biasa namun mungkin artis lebih berhati-hati dengan tidak memuatnaik gambar merok0k kepada umum.

Apapun itu hak individu masing-masing.

In antara komen kepada Hafiz Suib: SUMBER


"ME...LAYU", SHILA HAMZAH HINA MELAYU, DIKRITIK TERUK OLEH PEMINAT

Posted: 20 Aug 2014 05:58 PM PDT


Shila Amzah dikatakan mencetuskan kontroversi sekali lagi apabila status yang ditulisnya di akaun Instagramnya yang bertulis "Me-Layu.. :)" menimbulkan kemarahan followernya.

Status tersebut seolah-olah memperlekehkan dan memandang rendah orang melayu. Bagaimanapun, Shila akhirnya akur dan membuat penjelasan berikut;

GAMBAR BUAH DADA JULIA PEREZ DIRAMAS TERSEBAR

Posted: 20 Aug 2014 04:19 PM PDT



Baru bulan lepas penyanyi dangdut dengan imej murahan dari Indonesia, Julia Perez atau Jupe mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar dia bergomol dengan anjing di bulan Syawal.

Kini dia tampil dengan kontroversi baru apabila gambar payu daranya diramas 'teman tapi mesra' tersebar di internet. Apabila ditanya berkaitan isu ini oleh Kapanlagi.com, Jupe yang beragama Islam nyata tergamam.

Tanpa menafikan gambar itu memang asli Jupe menyatakan dia sedang berfikir bagaimana gambar yang dipos di Path untuk tatapan kawan-kawan terapat itu boleh tersebar ke pengetahuan umum. Justeru, dia akan bertanya kepada pengurusnya bagaimana hal tersebut berlaku.

Menyentuh tentang lelaki yang melakukan aksi lucah bersamanya dalam gambar tersebut, ia tidak lain tidak bukan merupakan Diego yang sering dikaitkan bercinta dengan Jupe namun pelantun Aku Rapopo ini bertegas mereka hanya kawan biasa, lapor Mynewshub.

DAYANG, DIANA DIKRITIK TAYANG LURAH DADA

Posted: 20 Aug 2014 04:09 PM PDT


SEBENARNYA, agak jarang kita mendengar cerita tidak enak mengenai penyanyi hitam manis, Dayang Nurfaizah. Tapi, gara-gara gambar yang dimuatnaik oleh Lisa Surihani menerusi akaun Instagramnya, ramai pula yang menghentamnya.

Gambar tersebut memaparkan Dayang bersama Awal Ashaari, Tiz Zaqyah, Lisa dan Diana Danielle selepas satu sesi penggambaran sebuah majalah, semalam.


Ternyata pakaian yang dipakai oleh penyanyi itu agak terdedah di bahagian dada sehingga mengundang kritikan ramai. Pada masa yang sama, Diana juga turut menerima teguran yang hampir serupa lantaran statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Harapnya, kedua-dua mereka dapat menerima secara positif teguran tersebut ya.Apapun, pesanan kami kepada tukang komen, berilah komen secara sopan dan berhemah, lapor Mynewshub.

2 GAMBAR: ADIRA BERTUDUNG NAMUN DIKRITIK PEMINAT

Posted: 20 Aug 2014 04:05 PM PDT


Sejak Ramadhan yang lalu, semakin ramai selebriti wanita yang berhijab. Antaranya Neelofa, Ziana Zain, Emma Maembong dan ramai lagi.

Terbaru, khabar baik yang diterima, pelantun lagu 'Dewi Cinta' Adira kini sudahpun berhijab penuh.

Alhamdulillah. Baguslah kan, akhirnya terbuka hati Adira untuk berhijab.

Namun, di sebalik penghijrahannya, ada beberapa peminat yang mengkritik penampilan terbarunya yang dikatakan tidak elok untuk wanita bertudung.

Semuanya kerana tudung yang dipakai Adira kelihatan pendek dan tidak menutup sebahagian tubuhnya. Kata peminat tersebut, jika ingin bertudung, biarlah melepasi paras dada.


Ada betulnya juga apa yang dikatakan peminat tersebut. Kami sendiri lihat kebanyakkan selebriti yang berhijab semakin kelihatan seksi.


Bukan Adira saja yang dikritik sebegini, sebelum ini, aktres Uqasha Senrose pun pernah ditegur peminat kerana memakai baju mengikut bentuk badan walaupun sudah berhijab.

Bukan apa kan lebih elok jika sudah berhijab, cara pakaian pun dijaga supaya tidak terbonjol sana-sini.

Pelik juga kami bila lihat sesetengah selebriti yang berhijab, tetapi masih menampakkan aurat.

Kadangkala terfikir juga sama ada mereka berhijab demi tuntutan atau sekadar berfesyen?

SHARIFAH SAKINAH BUAT HAL LAGI, TAYANG BENTUK BADAN & PAYUDARA

Posted: 20 Aug 2014 06:01 PM PDT


Sharifah Sakinah sekali lagi menimbulkan kontroversi menerusi akaun Instagramnya apabila memuat naik sekeping gambar yang memperlihtkan bentuk payudara dan bodynya yang seksi semasa bersenam dengan kapsyen "Get fit be healthy with @fitnessakinah @the30minutetrainer."

Seorang follower menulis teguran berikut "respect islam, respect yourself...then people will respect u more..."

Apapun, tidak dinafikan Sakinah memang seorang yang seksi dan rajin bersenam.


15 GAMBAR SITI NURHALIZA BERMAIN "WARNA"

Posted: 20 Aug 2014 02:04 AM PDT



Kalau orang comel, letak apa pun tetap comel juga. Sekiranya ada gelaran pelari paling comel walaupun telah disaluti serbuk warna di 'The Color Run' yang telah berlangsung hujung minggu lalu, pastinya ia menjadi hak mutlak Datuk Siti Nurhaliza. Walaupun penuh taburan serbuk warna di wajahnya, kecomelan beliau masih jelas terserlah.


Jelas terserlah kemeriahan, kegembiraan dan keseronokan di wajah para pesertan 'The Color Run' ini. Semuanya tersenyum riang. Pasti seronok berlari sambil dibaling serbuk warna. Datang berlari memakai baju putih dan apabila balik sudah dipenuhi dengan warna-warna pelangi. Best kot!!!



Kalau tak silap, ini adalah kali pertama 'The Color Run' diadakan di Malaysia. Diharap ia akan diadakan lagi tahun hadapan. Lagi beberapa gambar Datuk Siti Nurhaliza yang maintain comel dengan membaca artikel ini sepenuhnya.















DUA WANITA ISLAM BERKAHWIN, DINIKAHKAN LELAKI GAY DAKWA DIRI SEBAGAI IMAM

Posted: 20 Aug 2014 01:53 AM PDT



STOCKHOLM – Dua wanita beragama Islam ini menjalinkan hubungan terlarang. Tanpa mempedulikan tegahan agama, Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar yang berasal dari Iran ini telah berkahwin.

Menyedihkan apabila pasangan ini dinikahkan oleh seorang lelaki gay yang mendakwa sebagai Imam Zahed yang berasal dari Algeria.

Sarah dan Maryam yang amat gembira dengan perkahwinan itu dan menikmati kehidupan mereka sebagai pengantin. Jika mereka berada di negara asal Iran, sudah pasti hukuman yang menanti adalah hukuman mati dan 50 kali sebatan.

Maryam kini sedang mengandung anak sulung manakala Sahar pula mengalami pengakit tulang. Sementara gay yang `menikahkan' mereka ini pula kini berpengkalan di Afrika Selatan.

Entah bagaimana pernikahan haram itu dilaksanakan namun disebabkan mereka berada di Sweden, maka semuanya dihalalkan atas nama hak kebebasan manusia. Sarah dan Maryam melarikan diri dari Iran, kerana mahu meneruskan hubungan terlarang itu, lapor Mynewshub.

JIRAN DURJANA, MPK "LAPANG", GERAI NASI LEMAK DEPAN RUMAH DISAMAN

Posted: 20 Aug 2014 01:22 AM PDT


18 Ogos yang lalu, gerai kecil-kecilan Noor Zariah yang dibuka betul-betul di hadapan rumahnya sendiri telah diserbu oleh pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Menurut Noor Zariah, ini bukanlah kali pertama gerainya diserbu dan dikenakan tindakan oleh MPK. Namun, kali ini dipercayai berpunca dari jirannya yang tidak berpuas hati dan terus membuat aduan kepada MPK.


Dedah Noor Zariah lagi, firasat dia kuat mengatakan jiran yang membuat aduan berkenaan adalah jirannya yang berkerja di Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA).

"Orang sini memang kenal perangai dia, sebab ada kuasa" kata Noor Zariah.

Bagaimanapun, ramai rakan-rakan Facebook menasihati Noor Zariah agar bersabar dan jangan patah semangat untuk berniaga lagi.

Kebanyakan rakan-rakan Facebook mangsa tidak menyalahkan tindakan pegawai MPK, kerana mereka hanya menjalankan tugas berdasarkan aduan orang awam. Namun, yang menjadi persoalannya ialah kenapa peniaga kecil-kecilan orang tempatan terutamanya bangsa melayu diserbu/disita berbanding dengan rumah urut, kedai-kedai yang sah-sah tak ada lesen berniaga dibiarkan beroperasi?

Apalah sangat keuntungan menjual nasi lemak sehari. Bukannya mampu kaut sampai RM3,000 dalam satu pagi. MPK terlalu 'lapang' sangat sampai sanggup ambil kes-kes kecil seperti ini berbanding dengan kes-kes besar yang melibatkan perniagaan orang cina. Ini realiti. Bukan rasis.. - My Media Hub

NABILA HUDA MOHON MAAF

Posted: 20 Aug 2014 01:11 AM PDT


Sedia maklum, sebelum ini Nabila Huda merupakan seorang yang agak terbuka untuk berkongsi tentang kehidupannya. Paling ketara, selain berkongsi mengenai perkembangan aktiviti lakonannya, aktres yang mesra dengan panggil Abil ini juga tidak lokek untuk berkongsi mengenai percintaanya. Malah dia sering memuat naik foto-foto aktiviti di masa lapangnya menerusi laman sosial Instagram.

Namun semenjak dia memadamkan kesemua gambar di lnstagramnya beberapa bulan lalu, ternyata Abil kini seorang yang sangat berahsia dan enggan lagi berkongsi apa-apa tentang perihal peribadinya kecuali tentang kerjaya lakonan sahaja.

"Tiada apa yang nak dikongsikan. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya minta maaf… sila bagi soalan lain", katanya.

Biarpun diasak dengan pelbagai pertanyaan berhubung berita dia dan bapanya, Amy Search, yang sudah kembali pulih, Nabila, 30, tetap mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Kehidupan sekarang? Alhamdulillah…", tuturnya ringkas tatkala diajak berkongsi mengenai kehidupannya kini.

Laporan media sebeum ini menyebut pada 1 Syawal lalu, Amy Search meluahkan rasa syukur apabila Abil akhirnya telah kembali kepangkuan beliau selepas beberapa lama mereka tidak bertemu gara-gara kontroversi dan isu panas yang mengaitkan nama Abil sebelum ini. Ramai yang gembira dengan berita mengenai perdamaian dua beranak itu.

Perkembangan lain, dia bakal muncul menerusi filem biografi Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul 'Saloma' arahan Melissa Saila. Nabila dipertanggungjawab menghidupkan watak biduanita negara itu.

Menurut Nabila, sejak dari awal pengarah Melissa Saila menghubunginya dan memujuknya untuk hadir ujibakat, dia cuba mencari jalan untuk menolak. Ini kerana ketika itu dia kurang yakin untuk membawakan watak biduanita kesayangan ramai itu.

Bagaimanapun, kepercayaan yang diberikan oleh pengarah iaitu Melissa Saila dianggap sebagai satu cabaran.

"Saya ni nampak saja seorang yang yakin. Tapi sebenarnya saya ada sifat rasa tidak yakin pada lakonan saya. Lebih-lebih lagi bila diberikan watak Saloma. Ia tanggungjawab sangat besar dan mencabar bagi saya. Saya sampai terfikir kalau saya tersalah langka, apa akan jadi nanti?.

"Sejak awal lagi, bila kak Lis (Melissa Saila) minta saya datang ujibakat, saya teragak-agak. Ikutkan hati meang saya tak mahu pergi ujibakat itu. Tapi saya kenangkan kak Lis yang beberapa kali menghubungi saya dan beliau sangat berarap pada saya. Semasa di ujibakat pun saya buat tidak bersungguhh-sungguh. Baca skrip pun macam nak tak nak. Miming pun berterabur. Tapi kak Lis banyak yakinkan saya yang saya boleh bawa watak ini.

"Dua minggu lepas ujibakat, saya dimaklumkan yang saya dapat watak Saloma. Saya terkejut tapi saya ambil sebagai cabaran. Saya diberi biografi Saloma dan saya buat kajian sendiri, saya tengok Youtube. Memang sukar sebenarnya sebab saya bukan lair dizaman Saloma. Saya kenal Saloma pun hanya menerusi filem-filem beliau", katanya

Jelasnya lagi, sebagai persediaan dia banyak melakukan kajian mengenai Saloma dan merujuk kepada ahli keluarga Allahyarham untuk memastikan dia berjaya menterjemahkan watak berkenaan dengan baik.

"Di set, saya banyak mendapat tunjuk ajar daripada kak Lis dan mummy (Mariani). Mereka ajar saya lenggok menari betulkan dialog-dialog, cara bercakap dan berjalan. Tapi sebenarnya saya tak praktis sangat pun macam nak bawakan watak Saloma ni. Cuma bila saya dah pakai kostume, dah make-up, dengan sendirinya saya dapat jiwai watak itu dan rasa yang Saloma begitu dekat dengan diri saya", katanya

Selain Nabila, filem yang bakal ditayangkan menerusi Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini turut menampilkan Tony Eusoff sebagai Tan Sri P. Ramlee, Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak). SUMBER

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment