BARABEREH

BARABEREH


ADAM RAIHKAN HARI LAHIR FIZA ELITE

Posted: 19 Aug 2014 05:50 PM PDT



SELEPAS rujuk semula sebagai suami isteri pada 17 Julai lalu, nampaknya cahaya kebahagiaan kian menerangi rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite.

Semalam menerusi akaun Instagram Fiza memuat naik beberapa gambar sambutan hari lahirnya yang dibuat di sebuah restoran Arab.

Fiza kelihatan tenang dan gembira di samping Adam, anak-anak dan rakan terapat termasuk pelakon veteran, Aznah Hamid yang hadir meraikannya.

Kami doakan semoga bersama pertambahan usia ini Fiza akan semakin matang melayari alam rumah tangga dan beroleh kebahagiaan hidup yang sejati, lapor Mynewshu

BAKTERIA BERBAHAYA DALAM AIR MESIN LAYAN DIRI !

Posted: 19 Aug 2014 02:05 AM PDT


PETALING JAYA – Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan. Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari.

Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens – jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat.

Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.

The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Starmenjalankan ujian terhadap 15 sampel.

Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur.

Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman.

Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air.

"Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas," katanya.

"Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman," kata Pek.

"Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan."

Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens. Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej.

Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama.

Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air. Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons.

Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia.

Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150, lapor mStar.

"SIANG MENCUCI MALAM MENGGOSOK"

Posted: 19 Aug 2014 01:51 AM PDT


Pada zaman sekarang menggunakan khidmat pembantu rumah untuk melancarkan urusan rumah tangga adalah perkara biasa.

Tapi kalau melihat pada iklan yang ini, kami rasa lain macam saja terutama bila pembantu rumah yang ditawarkan dikatakan rajin, cekap dan MANJA manakala motto syarikat adalah 'siang mencuci malam menggosok'.

Lagi pun kalau macam inilah rupa pembantu rumah yang ditawarkan kami rasa ramai yang terus tukar niat daripada nak dijadikan bibik terus ambil jadi bini, lapor Mynewshub.

RITA RUDAINI DEDAH AIDIL TIDAK BERI BELANJA RAYA ANAK-ANAK

Posted: 19 Aug 2014 01:41 AM PDT


Semalam, Rita Rudaini mendedahkan kepada Kosmo! Aidil tidak memberi sebarang perbelanjaan untuk sambutan hari raya untuk anak-anak mereka dan hanya menghantar mesej bertanya khabar.

Dipetik dari Kosmo!:

"Sehingga kini dia langsung tidak memberi duit belanja atau persiapan raya untuk anak-anak. Saya bukanlah hendak berkira kerana masih lagi mampu, tetapi itu merupakan salah satu tanggungjawabnya sebagai seorang bapa," ujar Rita Rudaini.

Rita turut mengakui dia enggan membalas mesej Aidil itu kerana terlalu geram dengan sikap ayah kepada dua orang anaknya yang bersikap melepaskan tangan & sudah lama tidak bertanya khabar.

"Saya tidak pernah halang kalau dia hendak beraya dengan Rayyan dan Qaqa, tetapi saya rasa sangat kasihan dan kerap menangis apabila mengenangkan nasib anak-anak," dedahnya pada Kosmo! 

LELAKI MELAYU ISYTIHAR MURTAD DI TWITTER !

Posted: 19 Aug 2014 01:38 AM PDT

 

Tidak diketahui apa punca seorang lelaki mengaku telah murtad di Twitter. Mungkinkah ini salah satu caranya untuk lariskan produk? Entahlah…

Orkid Anggerik, @phleumic atau nama sebenar, M. Faiz Syahmi mengisytiharkan dirinya telah murtad. Namun, dia mengakui bahawa dia percaya Tuhan itu wujud.

Faiz bagaimanapun memilih nama Yuen Zhou sebagai nama barunya. Namun, bimbang dimarahi oleh kaum cina, maka dia menukar kepada nama lain. Faiz mengaku, semasa dirinya masih islam, dia juga adalah seorang pendakwah dan pendekar islam.

Bagi Faiz, Islam tiada lagi fungsinya di dunia ini. Faiz juga menjelaskan dia tidak berbangga beragama Islam. Bukannya dia tidak mahu ikut, tetapi dek malas dan malas nak mempercayai islam lagi.

Dalam masa yang sama, Faiz masih belum memberitahu keluarganya mengenai status murtadnya itu dan dia menjangkakan perkara ini akan menjadi viral di media sosial dan media cetak tidak lama lagi.






Semudah itu lelaki ini mengisytiharkan dirinya murtad. Mohon pihak jabatan agama mengambil tindakan serta merta terhadap lelaki ini dan beruskan secukup-cukupnya kepala lelaki ini agar dia bertaubat dan sedar bahawa apa yang diucapkannya itu boleh membinasakan masa depannya di dunia dan akhirat. - My Media Hub

GAMBAR TERKINI ROZITA CHE WAN, BERAT BADAN NAIK 17KG

Posted: 18 Aug 2014 10:26 PM PDT



16 tahun tidak mengandung, Rozita Che Wan yang kini di usia 41 tahun masih kelihatan anggun walaupun berbadan dua.

Che Ta mengakui dia tidak sabar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya dengan Zain. Che Ta juga memberitahu, proses kehamilannya itu membawa kepada beberapa perubahan yang ketara.

"Walaupun saya tidak mengalami alahan teruk dan mengidam macam-macam, namun saya tidak terlepas dari pertambahan berat badan lebih kurang 17 kilogram.

"Selain itu, sejak hamil ini, saya suka makan burger daging, Sebelum ini, memang saya tak makan.

"Perubahan emosi seperti cepat marah juga ada tapi tidaklah keterlaluan," katanya.

Che Ta telah mula berehat dari kerja-kerja di lokasi sebelum Ramadhan lagi kerana bimbang dengan soal keselamatan kandungannya dan ingin memberi penjagaan yang sewajarnya.

"Insya-Allah, saya merancang untuk menjaga sendiri bayi kami nanti sehingga habis tempoh berpantang dan menyusu. Selepas itu, barulah saya mempertimbangkan untuk kembali bekerja," kata duta Safi Rania Gold ini. 

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment