BARABEREH

BARABEREH


KUCING DIBUNUH DENGAN KEJAM OLEH JIRAN AKIBAT MASALAH PERKAUMAN

Posted: 18 Aug 2014 03:31 PM PDT


Entah apa dosa seekor kucing ini sampai sanggup diperlakukan sekejam ini. Dah hilang sifat perikemanusiaan dalam diri si pelaku agaknya. Yang pasti, perangai si pelaku jauh lebih teruk dari binatang.

Haniz Azrini memuat naik gambar kucingnya yang menjadi mangsa jirannya yang tidak berhati perut. Kucingnya mati dibunuh dan dipercayai dipukul dengan menggunakan objek tumpul sehingga mengakibatkan kecederaan parah di bahagian kepala yang membawa kepada maut.

Menurut Hanis, sikap perkauman yang menebal pada jirannya menjadi punca kepada tragedi tersebut.

Amatlah malang jika anda mempunyai jiran yang tidak berhati perut seperti ini. Kucing bukanlah seperti manusia yang dikurniakan akal. Apa jua yang dilakukan oleh haiwan comel ini datangnya dari sifat semulajadi mereka. Kita sebagai manusia haruslah mengerti dan bersabar dengan karenah haiwan kecil ini.

Kes ini serius. Jika benar ia melibatkan perkauman, adalah wajib Hanis Azrini melaporkan kejadian ini kepada pihak polis agar si pelaku dikenakan hukuman yang setimpal. Kucing ini juga layak mendapat keadilannya. - My Media Hub

BOIKOT TAK KENA TEMPAT: KERETA DIREMUKKAN GARA-GARA PELEKAT MCDONALDS

Posted: 18 Aug 2014 04:06 PM PDT


Sebelum ini kecoh kes kereta dirosakkan disebabkan oleh pelekat makanan segera McDonalds yang dilekatkan di cermin kereta.

Nampaknya, perbuatan itu masih lagi berlarutan. Terbaru, sebuah kereta Kelisa telah dirosakkan oleh kerana terdapat pelekat tersebut dicermin hadapan kereta terbabit.

Memetik laporan dari Wanista, kereta itu sengaja diremukkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan pemilik kelisa ini mengalami kerugian teruk.

Memang tidak salah memboikot, tapi jangan lah sampai merosakkan harta orang dan membahayakan nyawa yang lain. Kalau nak boikot, boikot lah produk kerana tujuan utama boikot adalah nak melumpuhkan ekonomi Israel, lapor SiakapKeli.com.

PENARI SEPARA LUCAH, DEWI PERSIK DIPILIH UNTUK MEMPERDENGARKAN BACAAN AL-QURAN

Posted: 18 Aug 2014 03:29 PM PDT

Dewi Perssik dipilih untuk memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran

Jakarta: Penyanyi dangdut yang juga aktres kontroversi, Dewi Persik dipilih untuk memperdengarkan bacaaan ayat suci al-Quran pada perhimpunan agung Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang ditetapkan pada 31 Ogos dan 1 September depan.

Perkara itu dimaklumkan pengerusi jawatankuasa pemandu perhimpunan Abdul Kadir Karding.

Menurutnya perhimpunan itu diadakan di Surabaya.

"Jawatankuasa menetapkan Dewi Persik menjadi qariah dalam acara berkenaan," kata Abdul Kadir.

Menurutnya, PKB tidak berdepan masalah untuk meminta Depe, nama popular Dewi Persik, untuk membacakan ayat suci al-Quran pada majlis itu meskipun dia terbabit dengan pelbagai kontroversi.

"Buat kami, membaca ayat suci itu baik.

Meskipun dia (Depe) artis kontroversi, tidak ada masalah untuk meminta dia membaca ayat suci.

Tambahan pula dia juga anak kiai di Jember, Jawa Timur dan lulusan sekolah Islam pula.

"Kami sudah beberapa kali mendengar dia mengaji dan suaranya memang bagus.

"Jadi tidak salah untuk memberi kesempatan kepada Depe menjadi seorang daripada qariah pada acara itu," katanya.

Dia juga berkata, walaupun PKB dikenali sebagai parti yang dianggotai penyokong Nahdlatul Ulama (NU), ia tetap memberikan peluang kepada golongan profesional untuk bergabung dalam parti yang diketuai Muhaimin Iskandar itu.

"Pada perhimpunan kali ini, kami membuka peluang kepada golongan profesional termasuk artis untuk bergabung.

Ini kerana kita tidak mahu PKB dilihat sebagai parti berdasarkan Islam dan anggota NU saja.

Kami mahu membukanya kepada semua golongan," kata Abdul Kadir.

Selain mengaji, Depe juga akan menyanyi pada perhimpunan itu.

PKB juga turut mengundang artis lain seperti raja dangdut Rhoma Irama, Raisa dan Rossa ke perhimpunan itu.- Agensi

KES PUKUL ISTERI: WARDINA PERSOALKAN CARA KERJA AIRASIA

Posted: 18 Aug 2014 03:10 PM PDT


Latar belakang: Di media sosial hari ini kecoh dengan kisah seorang suri rumahtangga yang telah dikasari oleh suaminya yang juga seorang juruterbang syarikat AirAsia. Wanita itu telah membuat satu laporan polis berhubung keganasan yang berlaku namun suaminya kini didakwa menculik anak mereka dan meminta laporan polis ditarik semula. (Sumber: 1 / 2 / 3)

Dan, Wardina Safiyyah menulis satu status yang kami kira sebagai kurang matang dalam aspek mempersoalkan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab atas kejadian tidak boleh diterima akal ini — beliau mempersoalkan etika / cara kerja / kredibiliti AirAsia.


Status Wardina Safiyyah itu menerima komen tidak puas hati daripada orang ramai yang turut tertanya tanya apakah kaitan perilaku pekerja itu dengan majikan atau syarikat tempat beliau bekerja. Semestinya, Wardina tampil dengan penjelasan berikut.

"Of course it has nothing to do with his work performance. I just feel the company need to know personalities your staff poses. Air Asia did not do anything wrong. That is not what I am saying"

"I am just disgusted with men who beat their wife. If any staff from a company is a murderer, rapist, pedophile the company ought to know and send their staff for rehabilitation. It's a mental illness. We love Air Asia. We just hate abusive men. And yes this is purposely done so that Air Asia looks into the matter and question him. Thanks for understanding," tulisnya. -ROTIKAYA

4 GAMBAR TASHA SHILLA BERCUTI BERSAMA KEKASIH DI PHUKET

Posted: 18 Aug 2014 09:05 AM PDT

UPDATE: HOTEL LEGOLAND MINTA MAAF KEPADA NORA DANISH

Posted: 18 Aug 2014 05:54 AM PDT


KUALA LUMPUR - Hotel Legoland Malaysia Resort memaklumkan pihaknya telah pun memohon maaf kepada pelakon Nora Danish dan keluarganya di atas insiden terperangkap di dalam lif yang menimpa mereka sekeluarga ketika menetap di hotel tersebut.

Menurut Pengurus Perhubungan Legoland Malaysia, Deviga Doreraja, pihaknya telah meminta maaf secara peribadi dengan Nora dan keluarganya sejurus selepas kejadian tersebut, yang berlaku pada Ahad.

Deviga turut menambah dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, kejadian tersebut berlaku disebabkan masalah teknikal yang melibatkan lif terbabit, yang dikatakan berhenti berfungsi di antara dua tingkat bangunan hotel itu.

Pihak hotel Legoland Malaysia Resort kini sedang bekerjasama dengan pembuat lif, Antah Schindler Sdn. Bhd. untuk mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kerosakan lif.

Deviga turut mengesahkan bahawa Pengarah Hotel, turut ada bersama Nora dan keluarganya untuk memastikan semua keperluan dipenuhi, mengikut piawaian antarabangsa hotel.

Ketika ini, pihak Legoland Malaysia sedang menyiasat dengan lebih lanjut mengenai dakwaan yang dibuat Nora dalam akaun media sosialnya.

Pada Ahad, Nora Danish memuat naik gambarnya bersama keluarga di dalam lif di hotel Legoland Malaysia Resort yang dikatakan berhenti berfungsi.

Dalam laman Instagram milik Nora, artis itu menyatakan bahawa dia, kakaknya dan seorang pengawal peribadi terperangkap dalam lif selama satu jam dan cuba menghubungi penjaga lif selama sepuluh minit sebelum dijawab.

Menurut Nora lagi, dia marah apabila penjaga lif memberikan alasan bahawa perkara sebegitu selalu berlaku kerana ia sesuatu yang sangat merbahaya, lapor Astro Awani.

BERITA SEBELUM INI: SEJAM TERPERANGKAP DALAM LIF, NORA DANISH MENGAMUK DENGAN HOTEL LEGOLAND

"PEMUDA UMNO PUCHONG KER, PEMUDA OBAMA KER, BUKAN MEREKA BAGI SAYA MAKAN" - AZWAN ALI

Posted: 18 Aug 2014 05:10 AM PDT


Pengacara dan selebriti penuh kontroversi, Azwan Ali menyelar tindakan cawangan Pemuda Umno Puchong yang menyebarkan khabar beliau kononnya mengamuk kerana abangnya iaitu YB Mohamed Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak tidak dipilih oleh Pakatan Rakyat sebagai menteri besar Selangor.

Menurut personaliti yang cukup terkenal dengan tagline "Amboi… Amboi… Amboi!" ini, beliau tidak terkesan langsung dengan khabar tersebut sebaliknya menyifatkan ia sebagai fitnah.

"Besar hama pun saya tak hairan! Pemuda Umno Pucong ker…, Pemuda Obama ker… bukan mereka yang bagi saya makan. Saya mengamuk ker atau tidak, tak ada kena mengena dengan mereka. Tak perlu lah nak meroyan atau nak sentap (terasa) kerana Twitter saya adalah hak saya. Saya tak saman mereka dah cukup baik!

"Kepada pemuda Umno Puchong, tolonglah bermuhasabah. Jangan pandai-pandai menabur bidaah! (mengada-adakan sesuatu yang tak ada).

"Buktikan kalau betul saya ada tweet tentang hal itu. Saya harap pihak tersebut bermuasabah. Inilah masalah UMNO… rosak kerana fitnah!", kata 'Raja Kontroversi' ini ketika dihubungi Malaysian Digest.com sebentar tadi.

Azwan, 47, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tweet di laman sosial Twitter @PemudaUmnoPuchong hari ini yang menulis "Azwan Ali mengamuk, abg dia tak terpilih ole PR sbg MB Selangor…".



Bagaimanapun pelakon filem 'Aku No.1′ ini mengakui yang baru-baru ini beliau memang ada mengemaskini twitternya dengan ayat berbaur politik tetapi tiada kaitan dengan ketidakpuas-hatiannya kerana abangnya tidak terpilih.

Sebaliknya Tweet beliau ialah itu ialah luahan pendapatnya mengenai kepimpinan pemerintah di Selangor sekarang.

"Saya akui, saya ada tweet pasal kepimpinan pemerintahan di Selangor. Pada tweet saya itu, saya minta pemerintah sekarang ini supaya sedar lah diri. Orang dah kalau tak suka, tolong lah letak jawatan. Tetapi kalau tentang tak puas hati Azmin tak jadi menteri besar, memang saya tak ada tweet",katanya.

Selain sinonim dikaitkan dengan isu panas dalam dunia hiburan, Azwan atau juga dikenali sebagai 'Diva AA' ini sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi menerusi tweet-tweetnya tentang dunia politik.

Sekitar tahun 2012, beliau juga pernah menggemparkan negara ekoran kenyataan ugutan bunuh terhadap kakaknya, Ummie Hafilda. Namun isu itu telah selesai selepas kedua beradik itu kembali berdamai dan saling memohon maaf.

Baru-baru ini, sewaktu muncul dalam sebuah program hiburan Azwan Ali ada membuat satu kenyataan yang beliau sudah serik dan tidak mahu lagi terlibat dalam sebarang perbalahan seperti isu-isu sebelum ini, lapor Malaysian Digest.

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment