BARABEREH

BARABEREH


FENOMENA SPORNOSEKSUAL MELANDA SELEBRITI LELAKI MALAYSIA

Posted: 15 Aug 2014 08:34 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2014: Pada Jun lalu, penulis dan wartawan Britain, Mark Simpson telah memperkenalkan satu lagi istilah iaitu spornoseksual yang merujuk kepada golongan lelaki berbadan sasa yang obses menayangkan badan mereka dalam foto berbentuk selfie untuk dikongsi di laman sosial.

Beberapa selebriti popular tempatan cenderung berkongsikan gambar selfie menayangkan badan mereka di laman sosial masing-masing.

Antara selebriti lelaki tempatan yang gemar memuat naik gambar-gambar fizikal mereka yang sasa lagi hebat di laman sosial Instagram iaitu Nazim Othman, Anding, Ryzal Jaafar dan tidak ketinggalan finalis pencarian HimByHatta, Afifi Razi atau Pipi Razi.

 




Mungkin bagi sesetengah individu beranggapan, cara mereka itu agak menunjuk-nunjuk atau tidak patut tetapi jika memandang dari sudut lain seperti kesihatan fizikal dan keyakinan diri, itu adalah habuan yang mereka dapat selepas berhempas pulas menjalani latihan fizikal.




Apatah lagi gaya kehidupan masyarakat kita yang obsess dengan makanan sehingga alpa untuk menjalani sebarang corak senaman fizikal, maka langkah mereka itu setidak-tidaknya dapat menarik perhatin ramai untuk menjalani gaya hidup sihat.

Perkara itu dipersetujui oleh Pipi Razi kerana baginya tak kira lelaki atau wanita, budaya selfie adalah sudah menjadi kebiasaan ketika ini dan bersetuju lelaki spornoseksual memang mahu dirinya menjadi ikutan kepada orang lain.




"Sekarang ini, semua yang ke gim mahu memiliki badan yang cantik, jadi secara tidak langsung mereka mahu menunjukkan perkembangan tubuh masing-masing selepas bersenam.

"Kepada mereka yang selfie tanpa baju tujuannya ialah untuk memberi inspirasi kepada orang lain dan selfie adalah salah satu cara untuk menunjukkan hasil kerja keras yang dilakukan," katanya yang dihubungi.

Spornoseksual berasal dari gabungan perkataan sukan (sport) dan porno (porn) yang telah didedahkan Simpson menerusi artikel berjudul The Metrosexual is Dead. Long Live The 'Spornosexual'.

Kebanyakan lelaki spornoseksual boleh ditemui di gim dan gemar mengenakan singlet, baju-T berleher V atau langsung tidak berbaju.

Melihat kepada laman Instagram Anding (Andingindrawani), pelakon kacak berkenaan sememangya kerap menjalani aktiviti senaman di dalam gimnasium dan telah berkongsi banyak foto selfie yang menayangkan otot di badannya. murai.com



KANTOI, GELAGAT LELAKI GAMBAR BAWAH SKIRT WANITA DI KOMUTER DIRAKAM (VIDEO)

Posted: 15 Aug 2014 08:22 PM PDT


Oleh kerana keadaan komuter yang padat, lelaki berbaju kuning ini selamba sahaja merekod video bawah skirt seorang perempuan yang berdiri membelakanginya.

Tetapi, perbuatannya itu telah terkantoi setelah seorang penumpang lain merakam aksi dia ketika melakukan perbuatan terkutuk itu.

Memang keji betul sikap lelaki berbaju kuning ini. Para wanita yang menaiki komuter, silalah berhati-hati. Kalau boleh, janganlah pakai skirt pendek jika nak naik komuter. SUMBER

NEELOFA BAKAL BERKAHWIN DENGAN SULTAN ?

Posted: 15 Aug 2014 07:18 PM PDT



KUALA LUMPUR: Sumber dalaman istana dari sebuah negeri di Pantai Timur menafikan desas-desus yang kerabat diraja negeri tersebut bakal berkahwin dengan pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Neelofa.

Ketika dihubungi Astro AWANI, sumber tersebut yang enggan dikenali memberitahu cerita itu hanyalah khabar angin semata-mata.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya spekulasi tersebut. Saya berharap tiada pihak yang akan terus menggembar-gemburkan cerita ini kerana ia tidak benar.

"Kalau cerita ini betul, pasti pihak istana akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan kedudukan sebenar. Tetapi hingga sekarang tiada kenyataan dikeluarkan, bermakna cerita itu tidak benar," kata sumber tersebut.

Sementara itu, Neelofa sewaktu dihubungi Astro AWANI bagi menjawab spekulasi itu pula berkata, dia tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga September depan untuk berlaku adil dengan pihak media lain.

Khabar angin Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya mula mendapat perhatian pihak media sejak awal minggu ini.

2 GAMBAR BABY BUMP ALMY NADIA KINI JELAS KELIHATAN

Posted: 15 Aug 2014 07:16 PM PDT

Pasti lebih bahagia apabila pasangan yang baru berkahwin dan tidak lama kemudian disahkan hamil, samalah seperti pasangan Almy Nadia dan Fiz Fairuz yang dapat tahu kehamilannya kurang 2 bulan berkahwin.

Malah lebih bahagia lagi mereka masih mood honeymoon dan terbaru menerusi foto yang dikongsi Almy dalam Instagram, mereka ke Universal Studio Singapore untuk berbulan madu.

Dalam foto-foto mesra dan ceria mereka itu, sekeping foto Almy yang sedang berdiri itu kelihatan agak jelas seperti perutnya sudah nampak baby bump. Wah comel sekali!

Berikut merupakan foto yang dimaksudkan:

Tak pasti usia kandungannya kini tapi jangkaan kurang lebih 3 bulan dari kiraan yang pernah diberitahu sebelum ini.

Tak kisah lah, apa-apa pun semoga Almy dan kandungan sihat sehingga selamat dilahirkan nanti hendaknya. murai.com

VIDEO DETIK LELAKI SEMPAT MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN BUAYA

Posted: 15 Aug 2014 04:32 PM PDT


SEORANG lelaki sempat menyelamatkan diri dan terlepas daripada dibaham seekor buaya. Rakaman lelaki tersebut dikejar buaya dapat dilihat menerusi video mendebarkan yang dirakam yang menunjukkan lelaki tersebut berenang ke pantai berhampiran setelah menyedari dirinya dikejar haiwan pemangsa yang lapar.

Mereka yang menyaksikan kejadian itu menjerit kepada lelaki itu apabila melihat buaya itu terlalu hampir dengannya. Namun, hasrat buaya itu untuk membaham mangsanya tidak kesampaian apabila seseorang membaling objek dari jeti, lapor mStar.

Percikan air cukup untuk membuatkan buaya tersebut berenang ke arah yang berlainan.

25 GAMBAR SYAFIQAH, AWEK TERBARU MAMAT SEPAH

Posted: 15 Aug 2014 03:02 AM PDT


Inilah kekasih Mamat Sepah bernama Syafiqah yang mesra dipanggil Kaka. Memang comel dan cun orangnya.

Syafiqah berkenalan dengan Mamat Sepah di pusat beli belah Johor Premium Outlet. Syafiqah masih lagi belajar di MSU Shah Alam.

Memang ramai juga yang kata, wajah kekasih Mamat Sepah ni ada iras-iras isteri Beego iaitu Linda Hashim. Memang kalau tengok sekali imbas ada sikit-sikit sama.

Jika tiada aral melintang, Mamat Sepah nak masuk meminang kekasihnya ini pada tahun 2015. Namun segala masih di dalam peringkat perancangan sahaja. InsyaAllah berjalan lancar.

25 Koleksi gambar Syafiqah, kekasih Mamat Sepah di bawah: SUMBER

















































"TOLONG JANGAN HUBUNGI SAYA LAGI...." - KIKI #CDM25

Posted: 15 Aug 2014 02:56 AM PDT



PETALING JAYA – Wanita yang dirakam memukul kereta seorang lelaki warga tua dengan Stering Lock, dilaporkan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa tetapi enggan mengulas mengenai perkara itu.

Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, yang dikenali sebagai Kiki, berkata: "Tolong jangan hubungi saya lagi, saya tidak akan memberi apa-apa komen", ketika dihubungi The Star Online pada Jumaat

Perkasa Selangor telah mengumumkan Siti Fairrah sebagai salah seorang daripada ahli baharunya dengan memuat naik gambar wanita itu sedang memegang kad keahlian dan sijil bersama-sama dengan seorang lagi anggota baharu di laman Facebook Perkasa Selangor pada Khamis.

"Setiausaha Kehormat Perkasa Selangor menyampaikan kad dan sijil keahlian Perkasa kepada dua orang ahli baharu Siti Fairrah Ashykin Binti Kamaruddin (Kiki) dan Mohd Syahidzuan Bin Samsudin di pejabat Perkasa Selangor," tulis Perkasa di halaman itu.

Tindakan ini dibuat selepas Perkasa Selangor melancarkan dana untuk membantu 'meringankan beban kewangan' Siti Fairrah untuk membayar denda RM5,000 pada bulan Julai.

KEGIATAN 6 WANITA HAMIL TERBONGKAR !

Posted: 15 Aug 2014 02:36 AM PDT


HANGZHOU – Polis di sini semalam menahan enam wanita hamil yang didakwa mencuri 300 pakaian bernilai 100,000 yuan (RM56,000) dari 11 kedai dalam masa tiga jam.

Akhbar Zhejiang News melaporkan, polis menerima laporan mengenai kegiatan wanita berkenaan daripada seorang pembantu kedai.

Rakaman televisyen litar tertutup sebuah kedai menunjukkan dua wanita hamil memasukkan pakaian berkenaan ke dalam beg plastik.

Kamera di kedai lain merakam dua lagi wanita mengandung mengalihkan pandangan pekerja kedai sementara dua rakan mereka, juga hamil, memasukkan pakaian ke dalam beg mereka.

Hasil siasatan menunjukkan wanita berkenaan juga menjalankan kegiatan mereka di beberapa bandar besar lain sebelum pulang Hunan, bandar tempat tinggal mereka, untuk menjual semula pakaian yang dicuri itu.

Seorang wanita terbabit berkata, mereka berbincang mengenai operasi mereka ketika bermain mahjong dan yakin tidak akan ditangkap kerana hamil, lapor Agensi.

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment