BARABEREH

BARABEREH


WAHAI PARA ISTERI, SAIZ BUKAN UKURAN

Posted: 16 Aug 2014 09:25 PM PDT



Pernahkah anda dengar rungutan si isteri mengatakan alat kelamin anda kecil, tidak memuaskan dan tidak hebat? Jika ada, bagi saya ia pelik bagi mereka yang berkahwin.

Anda berkahwin dan kini mendapat teguran daripada isteri mengenai saiz anggota kelamin anda. Saya ingin bertanya, adakah saiz anggota kelamin begitu mustahak untuknya, sedangkan itu tidak pernah dibangkitkan atau ditanya ketika dia bersetuju diijabkabulkan dengan anda?

Lagipun, dalam keadaan tidak terangsang, sememangnya anggota kelamin lelaki kelihatan kecil. Jika saiz anggota kelamin menjadi pilihan, saiz yang bagaimana seorang wanita itu inginkan iaitu sebesar mana dan sepanjang mana?

Mengikut ukuran anggota kelamin, ereksi berukuran 12 sentimeter (sm) dan ukur lilit 10 sm adalah saiz untuk kebanyakan lelaki di negara ini. Malah, saiz berkenaan dikira biasa untuk sebilangan besar lelaki Asia.

Dimensi dalaman faraj wanita Asia pula ialah 6 sm sebelum penetrasi. Ketika penetrasi, dimensinya mengembang dua kali ganda.Untuk wanita yang mempunyai otot lantai pelvis yang kendur selepas bersalin dan tanpa melakukan senaman kemut, dimensi mengembang tiga kali ganda!

Jadi, sukar untuk berasa tusukan zakar, lebih-lebih lagi jika mukosa faraj menghasilkan banyak cecair yang melicinkan gerakan zakar. Mungkin, masalah sebenar yang terjadi apabila anda berdepan situasi terbabit bukan disebabkan saiz dan bentuk zakar tetapi hakikatnya, dimensi faraj yang berubah.

Pernah ada suami bertanyakan soalan ini kepada saya. Namun, dia perlu merujuk kepada isterinya, kenapa sebelum ini dia puas dengan hubungan kelamin dan kenapa pula mahu merungut sekarang?

Wanita yang tidak tahu hakikat ini akan mudah menyalahkan pasangannya. Sepatutnya, ia dirujuk kepada pakar atau doktor dan jangan mendesak sehingga memberi tekanan kepada pasangan.

Pertanyaan seperti ini juga akan membuatkan lelaki menjadi tertekan.Namun, jika benar si isteri tidak puas dengan saiz zakar anda, ia perlu dibawa berbincang dan mencari kata penyelesaian bagi menjamin keharmonian rumah tangga.

Kajian menunjukkan ada wanita memilih saiz anggota kelamin yang sesuai kerana baginya, saiz besar itu merangsang visual (stimulasi visual) dan ia memberi gambaran suami boleh memberi kepuasan kepadanya.

Selain itu, ereksi yang panjang juga sesuai untuk melakukan apa-apa posisi dan ia tidak mudah terkeluar selain dapat menyentuh bahagian lebih dalam seperti belakang rahim dan serviks.

Jika itu yang isteri pilih, mahu tidak mahu, anda perlu cuba usahakan secara baik, melalui perubatan moden yang baik dan selamat. Di samping itu, si isteri perlu tahu kesihatan pasangannya sungguh mustahak.

Jangan kerana kehendak isteri, suami terjebak dengan rawatan yang boleh membahayakan kesihatannya seperti mendapat suntikan minyak bunga atau kimia peradang ke dalam kulit zakar dengan tujuan menebalkan kulit zakar supaya ukur lilitnya lebih luas dan dapat memenuhi ruang pembukaan faraj.

Kesudahannya, ereksi yang berlaku akan menyakitkan dan kulit menjadi radang. Jadi lebih baik mereka berdua mencari jalan selamat dan sesuai untuk tujuan itu.

Si isteri boleh memantapkan dimensi anggota kelaminnya dengan senaman Kegel (www.kegelexercise) atau mengguna peralatan yang boleh membantunya memantapkan otot lantai pelvis.


sumber:forum.cari.com.my

KERANA ZUL ARIFFIN, NAIB PRESIDEN ASTRO SHAW TERIMA UGUTAN BUNUH !

Posted: 16 Aug 2014 08:58 PM PDT


Gayatri Su-Lin Pillai, Naib Presiden Astro Shaw telahpunmenjalin hubungan cinta dengan Zul Ariffin sejak 2 tahun yang lalu iaitu pada penghujung tahun 2012 dan cinta mereka sehingga kini masih membara.

Terbaca di Rakyat Post, hanya kerana bercinta dengan kekasih yang sedang meletup dengan drama Rindu Awak 200%, Gayatri Su-Lin Pillai telah menerima ancaman ugutan bunuh.

Zul Ariffin pada mulanya hanya ketawa apabila menerima SMS itu.

Walaubagaimanapun, menyedari berkemungkinan SMS itu merupakan ancaman serius, Zul Ariffin telah menasihati teman wanitanya itu untuk lebih berjaga-jaga.

Sebelum ini, pasangan ini telah dikecam kerana peminat fanatik Zul Ariffin tidak dapat menerima bahawa aktor ini dan Gayatri Su-Lin Pillai sedang bercinta (BACA SINI).

Apa nak buat, dugaan bercinta. Harap pasangan ini tabah hadapi dugaan sebegini.

GAMBAR ZUL ARIFFIN & KEKASIH DIHENTAM PEMINAT

Posted: 16 Aug 2014 12:32 AM PDT


Pelakon yang namanya meletup kerana drama Rindu Awak 200% iaitu Zul Ariffin sememangny dah lama bercinta dengan Gayatri Su-Lin Pillai.

Pasangan kekasih ini hadir bersama di sebuah majlis sempena pengumuman calon finalis Festival Filem Malaysia.

Admin Rotikaya telah memuatnaik gambar pasangan Zul Ariffin dan Gayatri di majlis itu namun dihentam oleh peminat.

Ternyata para peminat seperti tidak dapat menerima bahawa mereka berdua ini pasangan kekasih.

Apapun itu hak Zul Ariffin, biarlah dia nak bercinta dengan siapapun kan. Haha.



Jom layan komen peminat Zul Ariffin ni: sumber


KISAH CINTA SONGSANG PENGACARA TERKENAL TERSEBAR !

Posted: 15 Aug 2014 11:44 PM PDT


Post ini bakal membuatkan anda tertanya-tanya, siapakah pengacara yang dimaksudkan? Gambar yang diperolehi dari laman Twitter ini mula viral di Facebook. Teruskan membaca kisah cinta songsang si pengacara di bawah:

Mengucap panjang apabila mendengar kisah yang disampaikan seorang rakan. Katanya, dia mempunyai kawan yang menjalin hubungan ongsang dengan seorang pengacara terkenal.

Mula-mula Aida tidak percaya. Namun bila ditunjukkan beberapa bukti termasuk sejarah perbualan di WhatApps mahu tidak mahu memang agak percaya dengan apa yang diberitahu.

Katanya, memandangkan si pengacara itu tinggal sendirian di bandar besar ini, jadi dia menawarkan rumahnya sebagai tempat persinggahan jika rakannya itu ke Kuala Lumpur.

Memandangkan si pengacara ini sudah berkahwin, modus operandinya sangat teliti. Dia akan pastikan isterinya tiada di rumah sebelum menjemput kekasih gelapnya datang beras-mara.

Selalunya ketika isteri pengacara itu pulang ke kampung adalah waktu sesuai untuk mereka bertemu.

Pada mulanya rakan Aida tidak mengesyaki apa-apa tentang rakan sekampungnya itu. Namun bila sudah kerap diminta hantar ke sebuah lokasi untuk diambil pengacara terbabit ke destinasi seterusnya, dia mula sangsi.

Bila diminta bercakap benar, baru dia tahu apa yang berlaku. Memang dia terkejut memandangkan rakannya itu bukan tinggal berdekatan jadi dia pelik bagaimana mereka berkenalan.

Rupa-rupanya si pengacara terbabit mendekatinya melalui laman sosial sebelum menjalinkan hubungan songsang itu selama setahun.

Kata rakan Aida itu, dia sebenarnya agak terkilan dengan pengacara yang cukup terkenal dengan kata-kata pujangga itu.

Depan orang bukan main kata-katanya dijaga tertib. Bab agama juga dia ahli. Namun kalau lihat perbualan cinta tidak masuk akalnya pasti ada yang mahu muntah. Keji!

Lebih sakit hati apabila melihat cara pengacara itu di televisyen yang cukup berbeza dengan dirinya sebenar. Apabila Aida dengar kisah-kisah macam ini memang kecut perut. Di luar nampak normal. Tetapi rupanya ada personaliti yang berbeza. - MyMediaHub

HINT DARI ARTIKEL INI:
Terkenal dengan kata-kata pujangga
Tertib berkata-kata
Pandai bab agama 

"SAYA MASIH SAYANGKAN ROMIE" - HANEZ SURAYA

Posted: 15 Aug 2014 11:16 PM PDT



Bercakap kepada Berita Harian, Hanez Suraya memberikan hint yang hubungan cinta antara dirinya dengan Romie sudah berakhir atas sebab tekanan ramai pihak.

Namun, kenyataan terbarunya hari ini menimbulkan lagi persoalan apakah benar hubungan mereka berdua telah berakhir atau masih diteruskan?

Hanez Suraya rela hubungannya dengan Romie berakhir tetapi Romie pula terus berusaha menawan hatinya dan membuatkan Hanez lemah dan semakin sayang serta tidak dapat menjauhkan diri.

"Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah," jelas Hanez.

"Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir. Saya pernah terdetik untuk putuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya"

"Malah saya cuba membawa diri untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya," tambahnya lagi.

Hanez Suraya bakal menyambut ulangtahun kelahirnya pada 22 Ogos ini mendedahkan dia telah lama tidak mendapat tawaran berlakon dari mana-mana pihak dan sepanjang tempoh ini, dia mula belajar ilmu dan selok belok perniagaan. 

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment