BARABEREH

BARABEREH


5 GAMBAR TERKINI RAISYYAH RANIA FELIXIA YEAP YANG SEMAKIN MENAWAN

Posted: 14 Aug 2014 07:43 PM PDT



Wow! cantiknya gambar terbaru Felixia Yeap bertudung yang dikongsikannya menerusi akaun Facebook.

Sejuk mata memandang melihat gambar ini kan... semoga lebih ramai lagi selebriti diluar sana ikut jejak Felixia bertudung.

Jom saksikan beberapa lagi keping gambar di bawah. SUMBER




POTONG KEMALUAN UNTUK DISIMPAN

Posted: 14 Aug 2014 07:19 PM PDT


Pekan baru – Penahanan sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam pembunuhan membawa penemuan lebih mengejutkan, lapor media semalam.

Suspek, Muhamad Delvi (MD) dan Dita Desmala Sari (DD) dipercayai menculik kanak-kanak untuk diserang secara seksual sebelum dibunuh. Jenayah itu dilakukan bagi membolehkan pasangan terbabit mendapat kepuasan seksual sendiri.

Ketua Polis Bengkalis, Andry Wibowo berkata, siasatan awal menunjukkan MD dan DD akan mengadakan hubungan seks selepas meliwat serta membunuh kanak-kanak terbabit.

"Selepas dibunuh, mayat itu dipotong-potong," katanya. Andry berkata, suspek penduduk Perawang di daerah Siak. Katanya, suspek memujuk mangsa dengan menjanjikan makanan ringan sebelum dibawa ke tempat sunyi dan dicabul si isteri.

"Selepas dicabul, dibunuh dan dicincang, Muhamad Delvi dan Dita akan berasmara," katanya.Sementara itu, siasatan lanjut menunjukkan suspek turut dibantu dua individu lain iaitu Supiyan dan Diki Pranata. Mereka ditugaskan memotong kemaluan mangsa untuk disimpan, manakala tubuh dipotong dijual ke kedai arak.

Pengarah Jabatan Jenayah Daerah Riau, Arif Rahman berkata setakat ini mereka disyaki membunuh sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak di tiga daerah berasingan.

"Dalang utama jenayah ini ialah Muhamad Delvi, manakala tiga yang lain membantu.

"Pembunuhan ini berlaku seawal Januari tahun lalu," katanya, lapor Agensi.

JIJIK, 2 GAMBAR BANGKAI CICAK & LIPAS DALAM SOS CILI !

Posted: 14 Aug 2014 07:38 PM PDT


Apa perasan anda, apabila sos cili yang anda beli dan mahu digunakan bagi memasak hidangan ayam percik untuk dimakan bersama keluarga, mengandungi seekor cicak dan lipas.

Lebih menjijikkan sos cili yang dikeluarkan sebuah syarikat besar di negara ini itu, sudah berbau busuk sebaik sahaja tudungnya dibuka menyebabkan seorang wanita terkejut dan meminta bantuan suaminya untuk mengeluarkan bangkai cicak dan lipas dari botol berkenaan.

Wanita itu, Mawar Malinda Zakaria, 33, mendakwa, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter dan lipas dalam sos cili yang dibelinya di sebuah kedai runcit turut itu mempunyai tanda sijil halal dan tertera tarikh 2 April 2015, dipercayai tanda tamat tempoh.

"Saya mahu memasak ayam percik pada 6.30 petang, Selasa lalu dan apabila dibuka (tudung botol itu), saya terkejut melihat bangkai cicak dan lipas itu, tiba-tiba terkeluar dari botol berkenaan selepas beberapa kali saya berusaha menuang sos yang seakan-akan tersekat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Katanya, mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam kandungan sos cili itu, dia telah meminta bantuan suami untuk mengeluarkannya.

"Apabila dituang, ia memang sudah berbau busuk seperti bau bangkai," katanya.

Menurutnya, sos cili berharga RM3.70 itu dibeli di sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya empat hari lalu namun, dia tidak menyedari ada cicak dan lipas kerana kedudukannya terlindung di sebalik label botol sos.

Mawar Malinda yang merupakan kakitangan di Lembaga Muzium Negeri Sembilan dekat Jalan Sungai Ujong di sini berkata, dia dan keluarganya terutama tiga anaknya kini trauma dan enggan menggunakan produk itu lagi.

"Saya ada menghubungi bahagian perkhidmatan pelanggan syarikat terbabit bagi memaklumkan penemuan itu tetapi jawapan yang diberi tidak memuaskan tanpa mengambil kira perasaan saya sebagai pengguna.

"Dia mahu menggantikan saya sebotol sos cili yang baharu, itu sahaja," katanya sambil menegaskan akan membawa kes itu ke mahkamah melalui kes yang akan difailkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Tambahnya, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit, ekoran kelalaian pengeluar bahan makanan tersebut dalam memelihara kualiti produknya.

Berikutan kejadian itu, Mawar Malinda membuat laporan di Balai Polis Senawang malam tadi berikutan perasaan kecewanya selepas menerima jawapan yang tidak memuaskan hati daripada bahagian pelanggan syarikat besar itu.

"Saya nasihatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika memilih bahan perisa makanan dan periksa dengan teliti sebelum membuat pembayaran," katanya

PEMBANTU RUMAH DIBELASAH & DIROGOL

Posted: 14 Aug 2014 06:52 PM PDT


KUALA LUMPUR - Diacu parang dan dipaksa menyerahkan wang milik majikannya sebelum diperkosa dan dipukul. Itu nasib menimpa seorang pembantu rumah selepas seorang lelaki menceroboh sebuah rumah di Sri Petaling, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun ketika itu berada di dapur untuk menyediakan sarapan pagi majikannya terkejut apabila tiba-tiba muncul seorang lelaki dan mengacukan parang sebelum mengarahkannya supaya tidak melawan.

Menurut sumber, suspek kemudian meminta mangsa menunjukkan tempat simpanan wang majikannya, namun wanita itu memberitahu dia tidak tahu menyebabkan lelaki itu mengugut ingin membunuhnya.

"Malah suspek turut mengarahkan mangsa membuka pakaiannya sebelum merogolnya. Selepas memperkosa mangsa, suspek sekali lagi mengarahkan wanita itu menunjukkan tempat simpanan wang milik majikannya, namun dia enggan menyebabkan lelaki itu mengamuk dan terus menumbuk muka dan membelasahnya," katanya.

Sumber berkata, dalam kesakitan mangsa tetap memberitahu kepada suspek dia tidak tahu tempat simpanan wang itu, namun lelaki itu tidak mempercayainya dan terus mendesak mangsa.

"Mangsa kemudian menyelamatkan diri dengan melarikan diri dan bersembunyi di dalam tandas.

"Suspek kemudian bertindak menggeledah kediaman itu dan membawa lari sejumlah wang. Mangsa yang ketakutan hanya keluar dari tandas apabila terdengar suara majikannya," katanya.

Dia kemudian menceritakan kejadian itu kepada majikan sebelum mereka tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, lapor Hmetro.

AZLEE TAKUT JALANI PEMBEDAHAN KEDUA

Posted: 14 Aug 2014 06:34 PM PDT


SUNGAI BULOH - Anggota kumpulan Senario iaitu Azlee bakal menjalani satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan hempedu di dalam badannya pada September depan.

Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar, 47, berkata, pembedahan tersebut bakal dilakukan selepas dia membuang batu dalam hempedu yang telah memasuki usus di Hospital Pakar Damansara dekat sini pada 30 Julai lalu.

"Alhamdulillah keadaan saya sekarang beransur pulih selepas pembedahan pertama pada Hari Raya ketiga lalu.

"Bagaimanapun selepas luka bahagian dalam sembuh, saya akan melakukan satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan bahagian hempedu itu kerana bimbang batu yang masih terdapat di dalamnya akan merebak ke bahagian lain," katanya kepada mStar Online. Azlee ditemui di kediamannya di Saujana Utama di sini pada Khamis.

Hadir sama pada lawatan tersebut adalah Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez, penyanyi Rozita Rohaizad dan pelawak Helmi Gimmick.

Dalam pada itu, Azlee mengakui berasa takut ketika diberitahu pihak hospital dia perlu dibedah bagi mengeluarkan batu dalam hempedu yang telah memasuki ususnya.

Jelas Azlee, pada awalnya dia menyangka hanya terkena sakit gastrik namun selepas beberapa kali mendapatkan rawatan sepanjang Ramadan lalu keadaannya tidak pulih sehinggalah dia terpaksa bertemu pakar di hospital berkenaan.

"Terkejut juga apabila doktor memberitahu tentang keadaan saya dan apabila diberitahu saya perlu dibedah saya sangat takut kerana saya tidak pernah memasuki bilik pembedahan sebelum ini.

"Saya terpaksa memberanikan diri kerana sudah tidak tahan menanggung kesakitan dan apabila diberitahu perlu menjalani pembedahan kedua saya jadi lebih bimbang," jelasnya.

Tambah Azlee, pembedahan kedua itu nanti akan lebih besar kerana doktor akan menebuk pusat dan kedua-dua bahagian tepi perutnya bagi mengeluarkan hempedu tersebut.

Sementara itu, Azlee yang juga artis residen TV3 berkata, dia bernasib baik kerana kos perubatannya yang berjumlah RM16,000 di hospital berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak stesen tersebut.

Kata Azlee, lebih menyentuh hatinya, sepanjang berada di hospital, dia tidak putus-putus dikunjungi sahabat dan kenalan yang risaukan keadaan kesihatannya.

"Saya tidak pernah sedar rupa-rupanya saya dikelilingi oleh ramai sahabat handai yang begitu mengambil berat terhadap keadaan diri saya.

"Sampaikan ada di antara mereka datang menemani saya di hospital sehingga pukul tiga pagi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Freddie yang sempat meluangkan masa hampir satu jam bersama Azlee berkata, beliau gembira melihat perkembangan positif pelawak itu.

Jelas Freddie, lawatan tersebut bukan sahaja bagi menghargai sumbangannya dalam industri tetapi sebagai seorang rakan lama.

"Kami adalah sahabat lama dan berita mengenai masalah kesihatannya mengejutkan saya dan ramai pihak lain.

"Namun syukur keadaannya beransur pulih dan sama-sama kita mendoakan pembedahan kali kedua itu nanti berjalan dengan baik," ujarnya. Freddie turut menghulurkan sumbangan wang tunai kepada Azlee pada pertemuan tersebut bagi pihak Karyawan, lapor mStar.

PETRONAS TIPU PELANGGAN, PAYUNG HITAM PRIMAX YANG DIJANJIKAN TIDAK WUJUD (VIDEO)

Posted: 14 Aug 2014 03:10 AM PDT


Ramai pelanggan setia Petronas mengamuk gara-gara ketiadaan stok payung hitam Primax 95 di setiap Stesen Petronas yang dikunjungi mereka.

Payung edisi terhad Primax 95 Petronas yang mula dipromosikan semenjak 20 Julai yang lalu mengenakan syarat pelanggan harus mendapatkan 10 cop bagi mendapatkan payung percuma berkenaan. (Rujuk Gambar)

Namun, kebanyakan pelanggan yang telah mendapat 10 cop terpaksa berputih mata dengan jawapan yang diberikan oleh kakitangan Stesen Petronas ketika ingin menebus payung edisi terhad itu bahawa mereka kehabisan stok.

Apa yang menambahkan lagi kesakitan di hati, lebih 11 stesen Petronas yang dikunjungi memberikan jawapan yang sama.

Salah seorang pelanggan setia Petronas sempat membuat rakaman video bagi membuktikan penipuan Petronas ini:

Biarpun hanya hadiah payung, ianya amat bermakna bagi pelanggan. Pihak Petronas harus tampil memberikan jawapan berkenaan masalah ini. -MyMediaHub

"SAYA & ANAK-ANAK BAHAGIA TANPA ROZANA" - AWIE

Posted: 14 Aug 2014 02:45 AM PDT


Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah Awie dan anak-anaknya menjalani kehidupan tanpa seorang isteri dan ibu di sisi. Umum mengetahui mengenai kes mahkamah yang melibatkan diri penyanyi rock lagenda ini dengan isterinya, Rozana. Hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4 telah diberikan kepada Awie oleh pihak mahkamah dan Rozana dilarang mendekati mereka.

Menariknya menurut Awie tiada yang berubah dalam kehidupan mereka sekeluarga walaupun tanpa Rozana di sini. Kata Awie:-
Tiada apa yang berubah selepas kami tidak tinggal bersama. Cuma bula Ramadhan yang lalu buat pertama kali dalam hidup saya bangun pagi dan masak sahur untuk anak-anak.

Malah jika saya terlibat dengan penggambaran, bila masa rehat saya akan pulang dan masak lauk untuk mereka berbuka. Saya mahu mereka rasa nikmat makan air tangan bapa mereka.

Alhamdulillah anak-anak tak pernah komen apa-apa. Raya baru-baru ini mereka nyatakan hasrat nak pergi Legoland jadi saya bawa mereka ke sana.

Kehidupan kami 'happy' dan saya kini hanya mahu kembalikan hak mereka yang telah hilang. Segala kerja keras saya selama ini adalah untuk keselesaan anak-anak pada masa akan datang.

Syukur hak penjagaan anak diberikan kepada saya. Saya mahu lihat mereka membesar dan apa-apa berlaku biar di depan mata saya. Mereka nyawa saya, dunia dan akhirat


Alhamdulillah. Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ayah melainkan melihat anak-anak mereka gembira. Semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan walaupun tanpa seorang ibu di sisi. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Sama-samalah kita doakan agar jalan penyelesaian untuk mereka dapat ditemui segera. Amin. SUMBER

ADAM BUAT PENGAKUAN TINGGAL SERUMAH DENGAN FIZA DALAM TEMPOH IDDAH

Posted: 14 Aug 2014 02:40 AM PDT


Memang mengejutkan pengakuan Adam ni..

Penulis tak pasti pula apa hukum hakam suami isteri yang dalam tempoh edah, adakah mereka dibenarkan tinggal serumah atau pun tidak.

Walaupun begitu, hasil carian daripada Internet, memang tidak ada salahnya suami isteri tinggal serumah ketika dalam tempoh edah, dalam usaha untuk memperbaiki hubungan mereka.

Menerusi kenyataan Adam, dia mengaku pernah tinggal serumah dengan isterinya, Fiza Elite ketika mereka masih lagi dalam tempoh edah, beberapa bulan lalu.

Memetik kenyataannya dalam portal Gua, Adam berkata, "kami tinggal bersama sewaktu tempoh edah. Apabila saya bekerja di luar, saya akan duduk di rumah saya di Damansara dan apabila saya ada masa terluang, saya akan duduk di rumah Fiza di Taman Melawati. Bukan hari-hari tapi ada masanya. Saya ada menonton ceramath Ustaz Azhar Idrus di Youtube dan dia memberitahu mengenai hukum-hakam bagi mereka yang sudah bercerai".

"Kami hanya bercerai talak satu dan dia masih isteri saya. Saya masih perlu jaga makan dan pakainya. Wajib sebenarnya bagi pasangan yang bercerai untuk tinggal bersama sepanjang tempoh edah, namun cuma tak boleh bersama dan harus tinggal di bilik yang berasingan," katanya.

Untuk makluman, pasangan ini sudah pun merujuk semula pada 17 Julai lalu dan membuat pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam.

Adam dan Fiza diijabkabulkan pada 26 September tahun lalu di MAIS, yang dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat, pihak media dan dua anak perempuan Fiza hasil perkahwinan terdahulu. SUMBER

"KAWAN-KAWAN SAYA SEMUA NAK BURIT SAYA" - STATUS MELAMPAU AWEK BERTUDUNG

Posted: 14 Aug 2014 02:34 AM PDT


Terkejut juga melihatkan status seorang gadis di akauan Facebook yang menulis 'kawan2 saya semua nak burit saya..betul ke bohong?'.

Nak dikatakan akaun palsu, rakannya sudah mencecah 5000 orang. Yang followernya pulak hampir 2500 orang.

Jika benar status tersebut dibuat oleh gadis tersebut, makin hancurlah moral remaja pada masa kini. Walaupun bertudung, belum boleh menjamin kehebatan akhlak seseorang.


Jika ianya adalah sebuah akaun palsu, makan penganiayaan telah berlaku di sini, seharusnya tindakan undang wajar diambil kerana ini melibatkan maruah seseorang. SUMBER

BUAT SERANGAN SEKSUAL DALAM KAPAL, PRAMUGARA MAS DITAHAN DI PARIS

Posted: 14 Aug 2014 02:29 AM PDT


KUALA LUMPUR - Seorang pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) ditahan kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang penumpang wanita dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris.

MAS yang mengesahkan kejadian itu berkata ia berikutan dakwaan daripada penumpang pesawat penerbangan MH20 pada 4 Ogos lalu terhadap kru penerbangan terbabit yang menunjukkan tingkah laku seksual terhadapnya.

MAS dalam satu kenyataan berkata kru penerbangan terbabit telah ditahan untuk disoal siasat oleh pihak polis Perancis.

Menurut kenyataan itu, MAS tidak akan memandang ringan terhadap sebarang aduan daripada penumpang dan akan menerima setiap aduan dengan serius.

"Kami akan membantu pihak polis Perancis menjalankan siasatan dan menegaskan bahawa soal keselamatan dan keselesaan penumpang menjadi keutamaan kami," katanya.

Terdahulu, The Cubic Lane melaporkan seorang penumpang pesawat MAS penerbangan MH20 telah memfailkan aduan berhubung serangan seksual itu.

Penumpang terbabit mendakwa ketika menaiki pesawat berkenaan dia menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pesawat kepada kru penerbangan.

Salah seorang pramugara yang bertugas kemudiannya menawarkan tempat duduk di sebelahnya untuk 'menenangkannya'. Tawaran itu bagaimanapun menjadi serangan seksual, dakwa penumpang terbabit.

The Cubic Lane melaporkan penumpang terbabit terus membuat laporan polis sejurus selepas pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Roissy-Charles de Gaulle di Paris. Pramugara terbabit disoal siasat dua hari selepas itu dan mengaku selepas ditahan pihak berkuasa, lapor TRP.

LELAKI LETAK TANDATANGAN "PUK#MA#K" DI SURAT SAMAN AKHIRNYA DIKENAKAN TINDAKAN

Posted: 14 Aug 2014 02:50 AM PDT


Inilah wajah individu berkenaan yang dijatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM5,000 atau tujuh bulan penjara.

Akhirnya apabila dihadapkan kemuka pengadilan, Lim Pei Jye, 41, mengaku bersalah atas menandatangi surat saman dengan perkataan kesat di ruang tandatangan atas kesalahan tidak berhenti dilampu isyarat di Batu Feringgi pada 2hb Julai 2014 lalu, beliau dihukum penjara seminggu dan denda RM 5,000 atau penjara tujuh bulan.

Terlajak perahu boleh undur .. terlajak tanda tangan masuk penjara dan denda.

24 GAMBAR MENARIK ANZALNA JALAN-JALAN DI EROPAH

Posted: 14 Aug 2014 02:17 AM PDT




Antara tempat yang dilawati oleh Anzalna ialah Paris, Swiss, Monaco, Venice dan Spain. Salah satu gambar yang dimuat naik Anzalna menunjukkan dirinya di sebelah logo pasukan bola sepak Barcelona. Jom lihat gambar-gambar yang lain.... beautifulNara



Semoga percutian ini akan merapatkan lagi hubungan ahli keluarga Anzalna. Seronok juga sekali sekala bercuti beramai-ramai ke luar negara. Lagi beberapa gambar yang bakal membuatkan anda cemburu dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
























UPDATE ISU FB "I LOVE ISRAEL": PENGETUA DIMINTA ADAKAN PERHIMPUNAN KHAS

Posted: 14 Aug 2014 02:10 AM PDT


GEORGE TOWN - Pengetua sekolah menengah di Simpang Ampat dekat sini diminta mengadakan perhimpunan khas berhubung kes seorang pelajarnya disiasat polis selepas menekan butang 'like' di laman peminat 'I Love Israel' di Facebook baru-baru ini.

BERITA SEBELUM INI: PELAJAR TINGKATAN 5 DIUGUT BAKAR OLEH GURU GARA-GARA LIKE FB I LOVE ISRAEL

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Osman Hussain berkata perhimpunan itu bertujuan memberi peringatan kepada warga sekolah supaya lebih peka dan bersifat matang dalam mengeluarkan pendapat atau memberi respons mengenai isu sensitif yang berlaku di sekeliling mereka.

Jabatan Pendidikan negeri turut bercadang mengatur sesi kaunseling kepada pelajar dan guru yang mengkritik pelajar itu dalam masa terdekat dan telah berjumpa kedua-dua pihak semalam, katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendidikan Daerah Timur Laut di sini, Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan seorang guru dari sekolah yang sama turut mengkritik tindakan pelajar itu dalam Facebook miliknya sehingga mengundang komen daripada pengguna lain yang mengecam perkara itu.
"(Tindakan) Dua-dua (guru dan pelajar) tak berapa betul. Pelajar kena sensitif dengan masyarakat sekeliling, guru pula kena jaga, sayang pelajar walau siapapun mereka dan beri tunjuk ajar kalau mereka buat salah," katanya.

Beliau berkata pelajar berkenaan telah kembali bersekolah seperti biasa dan pihaknya menyerahkan kes itu kepada polis.

Osman turut meluahkan rasa kesal kerana perkara itu dihebahkan dalam laman sosial sehingga mencetus kontroversi sedangkan ia boleh ditangani secara muhibah dalam suasana 'kekeluargaan' kerana kedua-dua individu datang daripada sekolah yang sama.

"Kami juga akan meneliti tindakan sesuai yang boleh diambil terhadap kedua-dua belah pihak selepas siasatan polis selesai. Tak nak selesai macam itu sahaja, supaya mereka belajar sesuatu daripada insiden ini," katanya, lapor Bernama.

ALEXANDRA BOTEZ, PEMAIN CHESS PALING CANTIK DI DUNIA !

Posted: 14 Aug 2014 12:43 AM PDT



Berdarah Hidung! Alexandra Botez, Pemain Chess Paling Cantik Di Dunia! - Wow! cantik tak awek pemain Chess seorang ni? baru berusia 23 tahun dan berasal dari Kanada. Beliau sudah menjuarai banyak pertandingan antarabangsa dan bintang sukan Chess terkenal di Kanada. Korang bolehlah tengok banyak lagi gambar dia di facebook page kat sini https://www.facebook.com/botezchess

JIJIK, GAMBAR WANITA BERAK DI STESEN MRT SINGAPURA TERSEBAR

Posted: 14 Aug 2014 12:15 AM PDT

 
Wanita Selamba Kencing Dan Berak Di Stesen MRT Singapore - Sekeping gambar yang dikongsikan oleh seorang warga Singapore di portal The Real Singapore mencetuskan kekecohan orang ramai.

Seorang wanita China dikatakan dengan selamba kencing dan berak di sebuah stesen MRT di Singapore yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya.

Menurut lelaki berkenaan, wanita tersebut langsung tidak menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang di sekelilingnya.

Lebih memalukan, wanita berkenaan turut berbual dengan suara nyaring dan loghat China yang pekat di telefon sambil kencing.

Alahai... macam-macam ragam manusia zaman sekarang... saksikan gambar jelas dibawah. SUMBER


WOW, HANEZ SURAYA TAYANG PERUT & PUSAT DI SINGAPURA !

Posted: 13 Aug 2014 11:55 PM PDT


Selepas reda dengan kontroversi skandal dengan suami orang, nama pelakon Hanez Suraya tidak lagi diperkatakan ataupun dicemuh sebilangan besar peminat industri hiburan tempatan.

Namun, mungkinkah dengan perkongsian sekeping foto terbaharu Hanez ini bakal menaikkan kembali namanya sekali gus meraih perhatian daripada para tegarnya?

Dalam gambar berkenaan, Hanez mendedahkan sebahagian perutnya yang putih melepak untuk tontonan umum dan foto tersebut dipercayai diambil ketika aktres ini sedang bercuti di Singapura, baru-baru ini.

Memang tak dinafikan lagi Hanez merupakan salah seorang di antara selebriti yang mempunyai pakej menarik, berwajah cantik dan berbadan hot!

Sebab itulah dia tak kisah dedahkan sikit untuk peminatnya di luar sana. Tak gitu?

VIDEO LELAKI MANDI DENGAN ULAR DI TAB MANDI TERSEBAR

Posted: 14 Aug 2014 01:47 AM PDT


Memang berani mati pemuda dalam video ini. Mana taknya, dia sanggup mandi bersama-sama ular tedung dalam satu tub mandi. Memang cemas di kala dirinya hampir dipatuk ular tersebut, namun cepat-cepat dia 'handle' binatang merbahaya itu balik.

Nasiblah tak jadi apa-apa, kalau tak dia mungkin sudah menempah mautnya sendirinya kalau bisa daripada binatang berbisa itu terkena pada dirinya. Buat anda di luar sana, jangan sesekali cuba meniru aksi berbahaya ini ya, menurut Mynewshub.

KISAH MISTERI DI TANDAS PALM MALL, RAMBUT DIBELAI KAKI DITARIK SESUATU

Posted: 13 Aug 2014 08:19 PM PDT


Palm Mall yang pada asalnya sebuah projek gajah putih atau terbengkalai selama 10 tahun telah dibina semula menjadi pusat beli-belah kini menjadi perbualan hangat orang ramai.

Ianya gara-gara hebahan di akhbar bahasa mandarin yang mendakwa munculnya kelibat yang tidak diingini di dalam tandas pusat beli-belah tersebut. Ekoran dari insiden tersebut, semua tandas di Palm Mall tidak dipasangkan cermin.

Menurut sumber lagi, pernah berlaku kepada beberapa orang pengunjung yang menonton wayang di Palm Mall dimana rambut mereka diusik-usik oleh sesuatu. Bukan itu saja, kaki mereka juga turut ditarik dari bawah.

Bagaimanapun, pihak Palm Mall Seremban masih belum tampil menjawab dakwaan ini.

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment