BARABEREH

BARABEREH


ALONG EYZENDY TAMPIL BUAT PENJELASAN ISU DITAHAN DI KELAB MALAM

Posted: 13 Aug 2014 06:03 PM PDT


Pelakon terkenal, Along Eyzendy dilaporkan telah ditahan polis di kelab malam pada April lalu. Bagaimanapun, Along Eyzendy dengan beraninya telah tampil bagi membersihkan namanya dan mendedahkan perkara sebenar apa yang berlaku di kelab malam itu.

"Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.

"Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan. Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan.

"Keluarga mana yang tidak marah jika perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarga mereka. Saya sudah beritahu apa yang berlaku pada malam itu.

"Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya dan lumrah kehidupan sebagai artis yang mudah terdedah dengan berita negatif," katanya. Sumber

VIDEO 18SG: KEKEJAMAN PEKERJA SEKSA KAMBING BIRI-BIRI

Posted: 13 Aug 2014 08:09 PM PDT



Sebelum anda menekan butang 'play', anda dinasihatkan tidak menonton video di bawah ini jika anda lemah semangat atau takut dengan darah dan fobia dengan keganasan.

Rasanya, tak sanggup tengok sampai habis. Video menunjukkan para pekerja di Australia menggunakan cara yang kejam dan tidak berperikemanusian bagi mendapatkan bulu kambing biri-biri.

Dipukul, ditumbuk, dipijak, itulah nasib yang diterima oleh kambing biri-biri berkenaan.

Sudahlah bulu diambil untuk mengaut keuntungan, ditumbuk pula di bahagian muka. Jika kambing biri-biri ini pandai bercakap, sudah tentu kambing membuat aduan di balai polis.

Meskipun sukar nak memotong bulu haiwan ini, tidak wajar menyeksa haiwan yang lemah & tidak berakal ini.

ISTERI JOHAN RAJA LAWAK BERANG PEMINAT TEGUR CARA ANAK SOLAT

Posted: 13 Aug 2014 10:09 AM PDT


Pelakon Ozlyn iaitu isteri kepada pelawak Johan Raja Lawak berang apabila ada segelintir pengikutnya di laman sosial Instagram menegur cara anaknya solat.

Perkara tersebut berlaku apabila Ozlyn memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan tiga anaknya yang masih kecil sedang berlatih untuk solat dan peminat menegur cara kedudukan kaki dengan betul ketika solat.

Bukan itu sahaja, Ozlyn juga turut ditegur oleh peminatnya untuk bertudung dan menjaga aurat.


Perkara-perkara seperti ini memang perkara yang sensitif bagi sesetengah orang. Tak salah untuk menegur, tapi haruslah dengan cara yang betul dan tidak mengaibkan. Sebaik-baiknya doakan lah yang terbaik. -OhMedia!

BAYI COMEL INI MAUT SELEPAS KOMA 6 HARI AKIBAT DIDERA

Posted: 13 Aug 2014 03:01 AM PDT



Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan yang dipercayai mangsa dera akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 7 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, selepas tidak sedarkan diri sejak Khamis lalu.

Bapa saudara bayi terbabit yang mahu dikenali sebagai Helmi berkata, mangsa Nurain Damia Mohamad Naqiuddin berusia setahun dua bulan sebelum itu menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepala selepas dikejarkan ke hospital pada Khamis lalu dan berada dalam keadaan koma selama enam hari.

"Buat masa ini jenazah Damia sedang menjalani proses bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Cheras iaitu di kawasan perumahan neneknya," kata Helmi ketika dihubungi Harian Metro.

Nurain Damia disahkan mengalami pendarahan otak selepas didakwa terjatuh daripada kerusi ketika di bawah jagaan pengasuhnya.

Bagaimanapun ibu mangsa kemudian membuat laporan polis selepas mengesyaki anaknya didera dan mendakwa sebelum ini ada kesan lebam pada badan bayi itu.

Damia sudah dua bulan diletakkan dalam jagaan pengasuh berusia 30-an yang turut menjaga seorang lagi kanak-kanak lelaki.- Metro

MURID TAHUN 2 MAUT TERCAMPAK KELUAR DARI KERETA IBU DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Posted: 13 Aug 2014 02:58 AM PDT


Parit Buntar – Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Megat Aris, Bagan Tiang di sini, maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandu ibunya ketika dalam perjalanan ke sekolah, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, difahamkan kenderaan itu terbabas dan terbalik akibat melanggar kabel elektrik di kiri jalan.

Mangsa Muhammad Ilham Zaki, 8, yang lengkap berpakaian sekolah maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari tingkap hadapan tempat duduk penumpang sebelum dihempap kereta itu.

Jurucakap polis mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat, lapor Hmetro.

TIZ ZAQYAH TAYANG TALI BRA !

Posted: 13 Aug 2014 02:34 AM PDT

 
Penampilan Tiz Zaqyah sememangnya sering sehaja menjadi perhatian tanpa mengira samada di dalam dunia lakonan atau kehidupan peribadinya.

Pada Kebiasaaanya Peminat akan menjadikan laman Instagram sebagai platform untuk melihat gambar-gambar terkini yang dikongsikan oleh artis kesayangan mereka.

Baru-baru ini, pelakon drama bersiri Nur Kasih, Tiz Zaqyah telah memuatnaik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya dengan selamba menunjukkan tali bra yang dipakainya ketika sedang mendukung seekor anak kecil Godzilla.

Perkongsian foto itu menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat fanatik di laman fanpage facebook rotikaya tentang keghairahan kaum perempuan mempamerkan tali bra secara terbuka kepada umum.


AL-FATIHAH, PELAWAK MAIDIIN IBRAHIM MENINGGAL DUNIA

Posted: 13 Aug 2014 02:11 AM PDT


ALOR SETAR: Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi, lapor Berita harian.

Al-Fatihah.

PELAJAR TINGKATAN 5 DIUGUT BAKAR OLEH GURU GARA-GARA LIKE FB I LOVE ISRAEL

Posted: 12 Aug 2014 11:12 PM PDT

 
PETALING JAYA: Beberapa pelajar dan guru-guru di Pulau Pinang didakwa mengancam untuk memboikot pelajar yang menekan butang 'like' pada laman Facebook 'I Love Israel'.

Status seorang guru didakwa menunjukkan dia dan rakan-rakan Facebooknya menyerang pelajar yang menekan butang 'like' di laman tersebut.

"Pelajar saya suka Israel? Saya malu," kata guru tersebut dari sebuah sekolah di Simpang Ampat, dalam Bahasa Melayu.

Kemaskini statusnya itu menyebabkan rakan-rakannya seolah-olah menyerang pelajar berkenaan, dengan salah seorang daripadanya menggesa supaya dia disiksa.

"...Kita boikot saja budak ini. Saya sebagai guru tidak pernah kenal pelajar ini. Mulai sekarang dan selepas ini, boikot, jangan kawan atau berkomunikasi dengannya," kata seorang lagi guru.

Ini diikuti oleh komen daripada guru wanita yang didakwa berkata: "Kita bakar dia hahaha."

Jurucakap keluarga berkata, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu takut nyawanya terancam dan takut untuk ke sekolah pada minggu ini.

"Dia tidak mendapat apa-apa panggilan telefon yang mengancamnya, tetapi terdapat beberapa rakan-rakannya memberitahu bahawa terdapat beberapa lelaki yang ingin memukulnya," kata jurucakap itu.

Katanya, pelajar itu sebenarnya tidak benar-benar 'suka' halaman Facebook tertentu, dan berpandangan bahawa ia (like) mungkin berlaku secara automatik.

Katanya, pelajar-pelajar lain juga mendapati Facebook mereka menunjukkan bahawa mereka 'suka' akaun Facebook 'I Love Israel' tanpa persetujuan mereka.

Tambahnya, dia dan keluarga pelajar berkenaan baru sahaja bertemu dengan penolong kanan sekolah yang berjanji bahawa tindakan akan diambil.

Laporan tersebut, katanya, juga telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan daerah.

Laporan dibuat di Balai Polis Bandar Tasek Mutiara pada Isnin.

Percubaan untuk mendapatkan penolong kanan sekolah bagaimanapun tidak berjaya. SUMBER

6 GAMBAR KEMALANGAN MAUT DIGILIS KERETAPI DI PANTAI DALAM KL

Posted: 12 Aug 2014 11:13 PM PDT


Kemalangan maut digilis keretapi berlaku di Pantai Dalam Kuala Lumpur berhampiran Flat PPR Sri Pantai. Kejadian ngeri yang dipercayai berlaku awal pagi ini di temui oleh orang awam dan menghubungi pihak polis.





BUDAK 12 TAHUN HAMIL DIROGOL BAPA SAUDARA !

Posted: 12 Aug 2014 10:40 PM PDT

 
Gambar Hiasan

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini, lapor Sinar Harian.

Mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di ruma, lapor Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd.

Menurut beliau, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.

"Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan," katanya.

Noor Mushar lagi, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan kanak-kanak berkenaan, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

"Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya daranya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya," katanya.

Satu laporan polis telah dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit selepas mangsa menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung dan kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar.

Polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan, lapornya lagi. SUMBER

4 GAMBAR: ANGGOTA JPJ DIKEPUNG 7 KERETA TONTO DI HIGHWAY KESAS, PAKSA 10 BUAH KERETA JPJ & PDRM MEMBANTU

Posted: 12 Aug 2014 10:31 PM PDT


Anggota JPJ Dikepong Dan Ditetak Tonto Di Highway Kesas? - Seorang suspek berbangsa india dipercayai anggota TONTO telah melanggar MPV JPJ sebelum ditahan. Kejadian menjadi kecoh apabila lebih daripada 7 buah kenderaan TONTO yang lain tiba di tempat kejadian.

Kejadian tersebut memaksa 10 buah kenderaan bantuan JPJ dan PDRM untuk eskort suspek yang ditahan ke Balai Polis sambil diekori TONTO yang lain. Difahamkan seoranng anggota JPJ telah cedera parah di tetak di lokasi kejadian.


Apakah yang berlaku sebenarnya? Jom kita baca penjelasan JPJ serta pencerahan berkaitan insiden tersebut. SUMBER

13 Ogos 2014

Kenyataan oleh JPJ Ibu Pejabat.

Isu "Anggota JPJ dikepong dan ditetak di highway KESAS"

Untuk makluman semua, hebahan di media sosial berkenaan dengan "anggota JPJ dikepong dan ditetak" adalah PALSU.


Kejadian yang sebenar berlaku pada semalam (12 Ogos 2014) yang telah dihebahkan berdasarkan gambar seperti yang dilampirkan adalah berkenaan dengan kes kemalangan kenderaan JPJ dengan seorang pemandu yang memandu secara berbahaya. Laporan polis telah dibuat dan kenyataan laporan tersebut adalah seperti berikut:



Kenderaan Terlibat :

1. M/4WD WRG7097 Jenis Toyota Fortuner (JPJ)
2. M/KAR NAD9380 Jenis Proton Saga

Siasatan :

Dijalankan di tempat kejadian dapati kemalangan berlaku di Susur Masuk ke Jalan Bukit Kemuning dari Shah Alam hala ke Klang.

Fakta kes :


Kejadian berlaku pada 12.8.2014 jam lebih kurang 1350hrs, dimana anggota Penguatkuasa JPJ melalui Susur ke Jalan Bukit Kemuning hendak balik ke pejabat di Padang Jawa tiba-tiba M/kar NAD9380 Jenis Proton Saga memotong cara bahaya - potong Q dan berlaku geseran di bahagian belakang sebelah kiri M/4WD WRG7097 milik JPJ dan pemandu M/KAR NAD9380 telah memotong dan menghalang M/4WD WRG7097. Berlaku pertengkaran mulut antara pemandu M/kar NAD9380 dan anggota JPJ tersebut.

Kecederaan : Tiada

Kerosakan :

1. M/4WD WRG7097 - Kesan calar sedikit dibahagian belakang kiri kenderaan.
2. M/KAR NAD9380 - Kesan calar sedikit dibahagian belakang kanan kenderaan.

Kes ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: FB JPJ

KISAH BERTUNANG SESAAT MENJADI VIRAL DI FACEBOOK

Posted: 12 Aug 2014 09:56 PM PDT


Mira Pak Nasir berkongsi kisah perkahwinannya yang tidak disangka-sangka melalui Facebook. Perkongsian kisah yang menarik itu telah dikongsi sebanyak 3,000 lebih pengguna Facebook.

Pada hari yang sepatutnya mereka bertunang bertukar menjadi hari pernikahan. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Mira dan suaminya. Moga bahagia berpanjangan. Amin.

Berikut kisah Bertunang Sesaat
Kahwin itu mudah kalau kita mudahkan!

1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku,
tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya

"mu nak nikah tak harini?"

suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha.

ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku ,

dia tanya "ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?"

ustaz tu cuma jawap " boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat"

ayah aku jawap "orang tak buat biar saya buat"

dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga,

dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku

mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.

inilah kisah bertunang sesaat

ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal, sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,

Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh,
ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku,

10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia,
memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah,

sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee

inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang,
kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot,

insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, jadi berzina itu jadi mudah!

by Mira Pak Nasir

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment