BARABEREH

BARABEREH


2 GAMBAR GADIS BERTUDUNG TERLUPA PAKAI SELUAR DI DALAM !

Posted: 12 Aug 2014 05:36 PM PDT



Pening kepala tengok gadis ini. Kalau tuan-tuan pening melihat situasi politik di Selangor, bawak-bawak jugak lah bersabar dengan apa yang ada di sekeliling.

Contohnya seperti kejadian di bawah. Tidaklah kami dapat pastikan sama ada ini fesyen terbaru masa kini atau sekadar isyarat protes kepada MB Khalid ataupun kempen anti Yahudi.

Tudung punya cantik di atas, di bawah pula dah macam bertelanjang.

Terlupa pakai seluar agaknya...bersangka baik ajalah


"OH KALAU TENTANG ITU SAYA TAK MAHU KOMEN" - JIMMY SHANLEY

Posted: 12 Aug 2014 01:16 AM PDT


Penyampai radio dan pengacara Jimmy Shanley tidak mahu memberi sebarang kenyataan mengenai hal dia dikatakan tidak berjumpa dengan anak perempuannya sejak dia berkahwin baru pada Jun lalu. Spekulasi tambah kuat apabila dua beranak itu dikatakan tidak berpeluang menyambut Syawal bersama-sama.

Jelas penyampai radio Ultra.fm ini, dia enggan mengulas mengenai perkara itu kerana tidak mahu kenyataannya disalaherti dan bimbang ianya akan menimbulkan lagi isu dan kontroversi.

"Oh kalau tentang itu saya tak mahu komen. Nanti kalau saya komen, akan ada pula cerita lain dari pihak sebelah sana (pihak bekas isteri). Saya tak mahu nanti timbul banyak-banyak isu. Jadi saya tak mahu lah buat sebarang komen. Bagi sesiapa yang mengikuti Instagram saya, mereka tentu tahu lah kan", katanya ringkas ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ultra.fm bertempat di hotel Novotel Kuala Lumpur, malam tadi.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, sebelum ini pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012. Hasil perkahwinan singkat itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun.

Meskipun sudah berpisah, konflik di antara Jimmy dan bekas isterinya masih berterusan hingga kini apabila masing-masing berebut dan bertelagah tentang hak penjagaan Zahrah.

Jimmy kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Mariam Jamilah pada 8 Jun lalu.

Diajak pula berkongsi mengenai kehidupan barunya, Jimmy memberitahu makan pakainya lebih terjaga sejak kembali bergelar suami. Meskipun sibuk dengan rutin harian, namun dia akan tetap meluangkan masanya bersama isteri tersayang pada hujung minggu.

"Kehidupan okay! Seronok. Lebih terurus dari segi makan dan pakai saya. Setiap kali nak balik kera saya teruja sebab saya tahu ada orang tunggu saya di rumah berbanding dulu seorang diri. Lucunya, kadang-kadang saya terlupa yang saya ni dah kahwin sebab kadang-kadang saya terkejut kalau tengah-tengah tengok TV, ada orang kat sebelah saya",katanya sambil tertawa sebelum meneruskan perbualan,

"Sekarang ni saya memang sibuk dengan pengacaraan dan sebelah malam pula dengan tugas di konti. Alhamdulillah rezeki. Mujur isteri memahami kesibukan saya. Tapi hujung minggu memang sebolehnyya aya tak akan ambil apa-apa job kerana mahu luang masa dengan isteri.

"Ini pun sebenarnya saya baru pulang dari Korea. Pada bulan Ramadan lalu saya ke sana untuk mengikuti satu sesi latihan kerana saya dilantik sebagai moderator untuk memperkenal dan mempromosikan barangan buatan negara itu. Pelbagai barang yang akan dipromosikan nanti. Tapi buat masa ini saya tak boleh dedahkan leboh lanjut kerana akan ada pelancarannya pada bulan November nanti", tuturnya.

Dalam pada itu Jimmy juga berkata sambutan Aidilfitrinya kali ini lebih bermakna kerana pertama kali beraya dengan keluarga dan sanak saudara sebelah isterinya.

"Seronok dan meriah sebab ni tahun pertama saya berya dengan keluarga sebelahh isteri. Hampir setiap hari kami berkunjung ke rumah terbuka. Tak kurang juga ramai tetamu yang berkunjung ke rumah ibu mertua saya, tak menang tangan nak melayan.

"Saya dan isteri sebenarnya ada bercadang nak adakan rumah terbuka. Tetapi memandangkan setiap hujung minggu kami banyak undangan rumah terbuka, jadi mungkin open house di rumah saya akan diadakan selepas Syawal nanti", katanya.

Idam Anak Kembar
Ditanya pula mengenai perancangan masa depan dan zuriat, Jimmy berkata dia memang mahu segera menimang cahaya mata tetapi menyerahkan semuanya kepada Allah.

"Memang nak besarkan keluarga. Mudah-mudahan kami diberikan rezeki. Saya sebenarnya idamkan anak kembar lelaki", katanya yang turut memberitahu mereka suami isteri bercadang untuk berbulan madu ke Eropah pada November depan, lapor Suara.TV. KUALA LUMPUR POST

BUKU PESONG AKIDAH KANAK-KANAK ISLAM TERSEBAR

Posted: 12 Aug 2014 01:06 AM PDT


Lagi buku kanak-kanak memesongkan akidah anak-anak muslim ditemui di negara ini.

Sudah banyak buku yang menggunakan tema sebegini untuk mengelirukan anak-anak kita. Dimanakah pemantauan? Inilah akibatnya jika kalimah Allah dibenarkan digunapakai oleh orang bukan muslim.



Pihak berkuasa tidak boleh berlembut dengan golongan ini. Memang sudah terang dan jelas niat mereka memesongkan anak-anak orang muslim. Kerajaan harus tegas dalam hal ini.

Mohon para ibubapa/penjaga memantau bahan bacaan anak-anak anda.

"SAYA TIDAK TERIMA SEBARANG TEMU RAMAH, MAAF BERI SAYA RUANG" - NEELOFA

Posted: 12 Aug 2014 12:45 AM PDT


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Neelofa yang kini hangat digosip bakal berkahwin dengan seorang kerabat diraja enggan memberikan kerjasama untuk ditemu ramah oleh pihak media berhubung perkara itu.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 25, ditemui ketika menjalani latihan pementasan teater berjudul Bahaya Wanita di Istana Budaya di sini malam tadi.

"Saya tidak mahu sebarang temu ramah. Maaf. Bulan ini dan bulan depan, saya tidak menerima sebarang temu ramah. Beri saya ruang," ujar pelakon filem Lemak Kampung Santan itu, lapor Kosmo!.

BERHENTI KERJA SEBAGAI PRAMUGARI DEMI ZURIAT, CADANGAN ARIL UNTUK ISTERI

Posted: 12 Aug 2014 12:27 AM PDT



KUALA LUMPUR 12 OGOS 2014: Penyanyi dan penyampai radio, Aril Pilus akui ada memberi cadangan kepada isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 28, agar berhenti kerja sebagai pramugari di Saudi Arabian Airlines di Arab Saudi.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 29, berkata, dia telah memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada isterinya itu. Jelasnya, keputusan tersebut dibuat bagi merancang untuk mendapat cahaya mata pada tahun depan.

"Ini bukan pilihan tapi desakan. Saya bagi tempoh dia bekerja hingga hujung tahun ini dan saya memang mahu anak pada tahun depan.

"Sejak berkahwin kami memang sukar untuk berjumpa kerana dia tinggal di Jeddah dan terpaksa ambil cuti panjang jika ingin pulang ke Malaysia.

"Jadi saya bagi tempoh hingga akhir tahun ini pada isteri supaya dia puas melalui kariernya dahulu dan tidak menyesal selepas berhenti kerja nanti," katanya ketika dihubungi Murai.

Menurutnya lagi, dia tidak menghalang isterinya untuk terus bekerja dalam bidang pernerbangan sama ada sebagai tenaga pengajar atau pramugari sambilan di syarikat penerbangan lain.

Ini kerana jelasnya, dia memahami minat mendalam isterinya dalam bidang tersebut yang diceburi hampir enam tahun lalu.

"Saya faham dia sangat taksub dengan kerjaya dia sekarang, dia boleh bercerita tentang enjin kapal terbang dan memiliki pengetahuan tentang industri penerbangan.

"Saya tidak akan halang dia untuk terus terlibat dalam bidang tersebut," ujarnya.

Mengulas tentang insiden pesawat MH370 dan MH17 yang berlaku kepada Malaysian Airline System Berhad (MAS), Aril berkata, dia sedar risiko yang dilalui isterinya ketika bertugas.

"Bukan setakat insiden terhempas malah risikonya lebih tinggi kerana isteri saya bertugas di negara Timur Tengah yang kian bergolak.

"Saya kini lebih menghormati kerjaya sebagai pramugari kerana tidak semua orang sanggup bekerja dengan risiko yang tinggi setiap hari," katanya. -Murai.com

LUAHAN HATI TAUKE JAMBU KEPADA PARA BLOGGER YANG "BUDIMAN"

Posted: 12 Aug 2014 12:21 AM PDT


Tauke Jambu telah meluahkan perasaannya yang ternyata kecewa dan sedih apabila dituduh macam-macam ekoran gambar aweknya yang cun tersebar.

Tuduhan yang negatif itu ternyata mengguris hati si Tauke dari kumpulan Jambu ini. Ialah kalau orang kata yang bukan-bukan mestilah sedihkan.

Ini luahan hati Tauke:

Salam.maaf kalau salah.wahai blogger2 budiman berpada lah bila nak buat kenyataan kadang2 kenyataan tu boleh mengguris hati.

Demi periuk nasi kamu sanggup malukan dan hinakan org lain? Aku tau aku tak sempurna..tapi adakah itu bermakna aku tak bole dpt yg terbaik?? Adakah bila aku berpasangan dgn si cantik bermakna aku guna ilmu?? Atau guna harta benda konon tuk pancing??

Fikirkanlah apa akan berlaku pada org yg kita malukan dan hina.. Tulisan anda sgt berpengaruh..jadi gunakanlah ke arah yg baik n positif ..maaf sekali lagi.

Itulah kata hati dari Tauke. Tauke kini dikatakan bercinta denga seorang model freelance bernama Nadia.

Semoga Tauke bahagia selalu dan dapat yang terbaik buat dirinya. SUMBER



-

"@DAPHNEIKING LAH MODEL AKU, TEMPAT MENGADU, DAN TEMPAT ANU..." - STATUS LUCAH SUAMI DAPHNE IKING

Posted: 11 Aug 2014 11:55 PM PDT


Pengacara terkenal yang sungguh cantik berasal dari Sabah, Daphne Iking mencetuskan kontroversi di akaun instagram miliknya apabila memuat naik sekeping gambar berbaur lucah.

Gambar yang dimuat naik oleh suaminya menerusi akaun bernama Joelebosi berbunyi:"@daphneiking lah model aku, bini aku, mak kepada anak2 aku, tempat aku mengadu dan tempat utk anu... #bedifuldivers #ripcuremy

Mungkin status tersebut berbaur 'lucah' sedikit, tapi penulis yakin niat Joe hanyalah untuk bergurau mungkin?

Lagipun, Joe ni memang jenis orang yang open minded dan dia seakan-akan tak peduli pun jika ada orang yang mengecam dirinya. Dah banyak kali pun dia kena, tapi Joe masih coolio!

apa pula pendapat korang? rasanya caption Joe ni melampau ke tidak? sumber

PASANGAN SUAMI ISTERI MATI JATUH GAUNG AKIBAT SELFIE DI TEBING GAUNG

Posted: 11 Aug 2014 09:59 PM PDT



CABO DE ROCA - Pasangan warga Poland yang sedang bercuti bersama anak-anak mereka di Portugal mati setelah jatuh gaung ketika cuba bergambar `selfie' di tebing sebuah cenuram.

Menurut portal beritaMashable, penyiasat percaya pasangan itu melepasi halangan berhampiran tebing cenuram Cabo de Roca untuk bergambar `selfie', apabila mereka tergelincir dan jatuh ke gaung.

Anak-anak mereka yang berusia 5 dan 6 tahun, walau bagaimanapun, terselamat kerana berada di belakang pagar halangan. Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.

Mayat mereka ditemui Isnin, selepas cuaca buruk memaksa pegawai penyelamat menangguhkan pencarian mereka sebelum itu.

Anak-anak mangsa kini berada di bawah jagaan diplomat Poland. Mereka juga akan diberi kaunseling bagi menangani trauma setelah melihat kematian ibu bapa mereka, laporthe Independent.

Cabo de Roca ialah puncak paling ke barat Eropah, berlatar belakangkan Lautan Atlantik. Ini bukan kali pertama bergambar `selfie' menjadi satu langkah berbahaya.

Pada 5 Ogos, Oscar Otero Aguilar yang berusia 21 tahun mati tertembak setelah bergambar `selfie' dengan senjata tersebut.

Pada 31 Julai, Francois Hofer dipijak lembu jantan di Perancis ketika cuba mengambil gambar `selfie' di hadapan haiwan itu. Dia bernasib baik kerana terselamat.

Pada April tahun lepas, seorang wartawan Sun Sports di Fox, Kelly Nash hampir terkena bola besbol di kepalanya ketika bergambar `selfie' semasa perlawanan antara Astros-Red Sox, lapor Agensi/ Astro Awani.

ZAIN ZAIDIN KONGSI GAMBAR "LOVE BITE" CHE TA !

Posted: 11 Aug 2014 09:49 PM PDT


Lebih kurang jam 10 malam semalam (Isnin), Zain Saidin memuat naik sekeping gambar yang telah mencetuskan ramai peminat di akaun Instagram miliknya.

Gambar tersebut yang mempamerkan bahagian belakang Zain ditulis dengan kapsyen 'Apabila Rozita Che Wan buat love bite ;p #bekam'.

Agak comel apabila Zain turut meletakkan tag nama isterinya@rozitachewan1 pada foto berkenaan.

Bagaimanpun foto Zain yang baru menjalani rawatan tradisional atau lebih dikenali bekam tersebut tidak dikritik oleh pengikutnya di Instagram, sebaliknya ramai tidak menyangka Zain Saidin seorang yang kelakar dan pandai bergurau.

Untuk pengetahuan, Zain dan Rozita Che Wan bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada November depan.

Semoga ibu dan bayi dalam kandungan yang kini sudah masuk usia 7 bulan sihat sentiasa walafiat. Zain Saidin pasti orang paling teruja ketika ini untuk bergelar bapa. sumber

KANTOI, WANITA MENGAMUK SETELAH KANTOI MENCURI DALAM PASARAYA ! (VIDEO)

Posted: 11 Aug 2014 09:28 PM PDT



Dah kantoi mencuri, nak mengamuk sakan pulak. Apa la nak jadi dengan auntie ni, memalukan diri je. Apapun jom saksikan video yang telah dirakam..... SUMBER


LIHAT VIDEO DI SINI (DURASI 3:04)

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment