BARABEREH

BARABEREH


WANITA JADIKAN ANAK KUCING SEBAGAI ANAK SUSUAN

Posted: 11 Aug 2014 09:07 PM PDT


Seorang pengguna Facebook memuat naik status kontroversinya yang mengundang persoalan dan kepelikkan orang ramai berikutan tindakannya membiarkan anak kucing menhisap susu beliau.

Wanita yang menggunakan nama Sandra El de Souza mendedahkan secara terbuka seekor kucing peliharaannya enggan menyusukan anak kucing yang baru lahir. Anak kucing itu kemudiannya memanjat dada Sandra dan mengeledah bahagian pakaian dalamnya.

Sandra tanpa berfikir panjang terus menyuapkan mulut anak kucing berkenaan dengan putingnya dan membiarkn anak kucing itu menyusu sehingga kekenyangan.

Apa yang menjadi persoalan Sandra ialah, apakah tindakannya itu bertentangan dengan agama dan dia meminta pencerahan rakan-rakannya melalui Facebook.

Bagaimanapun, screenshot pertanyaannya itu mula menjadi viral setelah dikongsikan oleh rakannya sendiri.

Jika ini satu gurauan dari Sandra atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, sila hentikan segera kerana tidak molek mempermainkan rakan anda sebegini.

PUNCA NAMA ANAK SCHA AL YAHYA & AWAL, "BABY LARA" DIKRITIK

Posted: 11 Aug 2014 08:16 PM PDT


Tahniah Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari, bayi mereka yang diberi nama Lara kini sudah hampir 3 minggu usianya. Wajah anak pasangan selebriti popular ini akan disiarkan secara eksklusif di Astro nanti.

Ramai yang menyukai nama Lara tersebut dan menyambut baik nama anak Scha dan Awal ini. Namun ada juga peminat yang mengkritik nama berkenaan.

Ini mungkin kerana dalam bahasa melayu, lara ada juga bermaksud berduka atau sengsara (Kamus Dewan, DBP).

Ada peminat yang memberitahu Lara mempunyai maksud yang baik dalam bahasa Latin, Ukraine dan Rusia iaitu famous,graceful dan protection.

Apapun tunggu je nama penuh baby Lara tu. Mungkin nama penuhnya nanti ada makna yang baik.



GAJAH MATI AKIBAT KAKI TERSEPIT DI CELAH DAHAN POKOK CEMPEDAK

Posted: 11 Aug 2014 08:04 PM PDT


KOTA TINGGI – Seekor gajah dewasa dilaporkan mati akibat sebelah kakinya tersepit di celah dahan sebatang pokok cempedak di Felcra Dusun Panti, Kota Tinggi pada Khamis lepas. Haiwan berkenaan dipercayai cuba memanjat pokok tersebut untuk mendapatkan buahnya.

Seorang peneroka, Mohd. Nasir Hashim, 57, berkata gajah itu ditemui terbaring pada pangkal pokok tersebut oleh seorang pekerja di dusun berkenaan, lapor Kosmo!

17 GAMBAR PROSES PEMBEDAHAN TUKAR JADI MAKNYAH

Posted: 11 Aug 2014 07:49 PM PDT

 
Secara fitrahnya Allah menjadikan manusia berpasangan dengan erti kata lain menjadikan kaum lelaki dan kaum perempuan.

Namun ada sebahagian dikalangan kita yang tidak syukur di atas nikmat kurniaan tersebut maka mereka bertindak diluar batasan dengan membuat pemedahan untuk menuukar jantina yang lelaki ingin jadi wanita manakala yang wanita ingin menjadi lelaki.

anda saksikan sendiri bagaimana proses pembedahan untuk menjadi mak nyah lihat gambar-gambar dibawah silakan share biar mereka berfikr sebelum mahu mengubah kejadian tuhan













 

AKSI PELAJAR PEREMPUAN SEKOLAH MENENGAH SELFIE CELAH KELANGKANG

Posted: 11 Aug 2014 07:29 PM PDT


Selfie adalah trend semasa dunia tapi bila dilakukan oleh manusia yang belum panjang akal maka ia boleh memakan diri.Contohnya seorang pelajar perempuan sekolah menengah telah kantoi melakukan perbuatan ini ketika masih mengenakan uniform sekolah, tidak pasti sama ada untuk suka-suka atau diberikan kepada pakwe.

Malangnya gambar itu tersebar dan tak fasal-fasal celah kelangkangnya kini sudah dilihat ramai orang.Pengajaran daripada kejadian ini mudah saja; kepada adik-adik di luar sana janganlah bergambar bukan-bukan dan mengaibkan diri sendiri.

Kami percaya adik dalam gambar ini sudah mendapat pengajaran berguna dan diharapkan ia turut dijadikan iktibar buat kaum hawa lain di luar sana tanpa mengira usia. SUMBER

LAGI KEJADIAN MAYAT DIBUNGKUS & DIBIARKAN DI TEPI JALAN DI BUKIT MERTAJAM

Posted: 11 Aug 2014 07:17 PM PDT



BUKIT MERTAJAM: Penduduk di Bukit Minyak di sini, sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat yang seumpama sudah siap dikafankan ditinggalkan di tepi jalan.

Dalam kejadian terbaru berhampiran Medan Selera, Bukit Minyak di sini, jam 7 pagi semalam, orang ramai yang curiga dengan bungkusan berkenaan bertindak menghubungi polis yang kemudian mengesahkan ia mengandungi mayat.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya memandang serius perkara itu berikutan kejadian penemuan mayat dalam keadaan sama sudah berlaku beberapa kali dengan kes pertama dilaporkan awal tahun ini.

"Sejak tujuh bulan lalu kejadian sama sudah lima kali berlaku, kami sedang jalankan siasatan dengan teliti untuk mengetahui dari mana mayat itu berasal serta pihak yang meninggalkannya di tepi jalan.

"Kami sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti mayat berkenaan serta punca kematiannya, laporan awal diperoleh ia dipercayai membabitkan lelaki warga asing," katanya.

Ketika ditemui mayat berkenaan dipercayai dibungkus dengan kain cadar warna biru dan kuning dengan bahagian tengah badan dan kaki diikat menggunakan kain merah.

Selain itu, turut tertera pada kain cadar berkenaan adalah perkataan 'love' serta corak berbentuk hati.

TUKANG URUT TERKEJUT PELANGGAN YANG DIURUT MATI

Posted: 11 Aug 2014 07:01 PM PDT


Miri – Seorang tukang urut wanita terkejut apabila mendapati pelanggan lelaki yang diurutnya meninggal dunia dalam kejadian di sebuah pusat refleksologi di Jalan Merpati, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, Yap Kien Bun, 41, dari Taman Desa Jaya, Tanjung Rambutan, Perak disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Miri yang tiba di premis terbabit pada jam 12.30 tengah malam sebaik dimaklumkan pemiliknya.

Difahamkan, lelaki itu berseorangan ke premis itu untuk mendapatkan khidmat urut dan dipercayai tidak sedarkan diri kira-kira setengah jam ketika berada di dalam bilik.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, tukang urut wanita pelik apabila mendapati lelaki itu tidak memberikan tindak balas ketika diurut menyebabkannya curiga.

"Wanita tukang urut itu cuba memanggil dan menggoncang badan mangsa, namun tiada tindak balas menyebabkan dia bergegas memaklumkan perkara itu kepada majikannya.

"Curiga sesuatu tidak kena, majikan terbabit menghubungi talian kecemasan sebelum pemeriksaan pasukan paramedik mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau unsur jenayah terhadap mangsa.

"Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Miri, di sini, untuk dibedah siasat manakala keterangan tukang urut serta majikannya diambil bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut, lapor Hmetro.

6 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIJILAT

Posted: 11 Aug 2014 06:47 PM PDT


Menjilat adalah perkara yang biasa dilakukan manusia. Ais krim atau batang ais krim merupakan beberapa makanan yang kerap dinikmati dengan cara dijilat. Namun, untuk hal-hal berikut, menjilat menjadi perkara yang sebaiknya dielakkan:.


1). Jangan menjilat bola mata.

Di Jepun, penduduk di sana suka saling menjilat bola mata orang lain, iaitu sebuah trend baru yang disebut oculolinctus. Hasilnya? Terjadinya suatu lonjakkan infeksi, goresan, dan bintil pada mata mereka.


2). Jangan menjilat katak.


Beberapa jenis katak menghasilkan halusinogen yang sangat kuat yang disebut bufotoxin. Beberapa orang dilaporkankan telah meninggal setelah mereka mencuba menjilat kodok untuk kepentingan rekreasional, seperti halnya ramai atlet yang menggunakan dadah. Mereka meninggal kerana mengalami overdos. Bahkan di California, memiliki Katak Sungai Colorado dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.


3). Jangan menjilat apa pun di lantai.

Percaya dengan "peraturan 5 detik" ketika makanan jatuh ke lantai? Pertimbangkanlah kembali dengan menyemak hasil kajian Jamie Hyneman dan Adam Savage serial MythBusters. Mereka mengalisa bagaimana makanan dijatuhkan ke lantai yang telah terkontaminasi/tercemar dalam interval 2 hingga 6 detik. Ternyata "peraturan 5 detik" hanyalah rekaan semata.

Bahkan dalam keadaan tertentu, dengan berada di lantai hanya dalam waktu milidetik, sudah ada bakteria yang terikat. Seberapa kotor makanan yang telah jatuh tersebut akan tergantung pada kelembaban makanan, geometri permukaan dan kondisi lantai, bukan waktu


4). Jangan menjilat senduk adunan telur.
Senduk digunakan untuk mencampur puding, adunan tepung, dan juga telur, seharusnya jangan dijilat. Telur perlu dihangatkan minimum 71 darjah Celsius untuk menghindari racun dari bakteria Salmonela. Terutama untuk kanak-kanak, orang tua, atau mereka dengan sistem kekebalan tubuh yang buruk.


5). Jangan menjilat adunan mentah.
Pada 2011, pusat pengendali penyakit di AS melaporkan wabak dari sejenis E. coli yang membuatkan 77 orang sakit di 30 negeri di AS. Pelakukanya bukanlah telur atau susu, melainkan adunan tepung mentah makanan. Badan pengawas makanan AS mengesyorkan untuk memasak adunan sebelum memakannya, agar bakteria berbahaya terbunuh. Pastikan pula untuk mencuci tangan sebelum menyentuh adunan.


6). Jangan menjilat bateri.

Anda dapat menjilat bateri jika ia memiliki bentuk yang umum digunakan: berbentuk silinder. Namun jika menjilat bateri 4 segi panjang, dengan tegangan 9 volt, yang kedua kutubnya berdekatan, berhati-hatilah. Jika kedua kutub tersentuh lidah secara bersamaan, Anda akan terkena kejutan elektrik.

PELAKON & PELAWAK ROBIN WILLIAMS MATI DIPERCAYAI BUNUH DIRI

Posted: 11 Aug 2014 05:18 PM PDT


LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak, Robin Williams ditemui mati di kediamannya hari ini di utara California dipercayai akibat bunuh diri, kata syerif Marin County.

Mendiang berusia 63 tahun.

Bahagian koroner syerif berkata, pihaknya mengesyaki kematian berpunca akibat bunuh diri tetapi punca kematian masih disiasat. - Reuters

AARON AZIZ BAKAL BERGANDINGAN DENGAN BINTANG BOLLYWOOD KAJOL

Posted: 11 Aug 2014 04:48 PM PDT


KL, 11 OGOS 2014: Sebelum ni, Murai Batu ada kasitau yang bintang Bollywood Kajol bakal datang ke Malaysia pada 20 Ogos ini kerana tugas.

Haaaa... Statement yang Murai Batu buat hari tu bukannya propah ya. Sebab, Kajol memang betul-betul akan datang ke menjejakan kaki ke negara ini.

Semuanya disebabkan oleh BollywoodOne. Yang penting, pelakon tempatan iaitu Lisa Surihani dengan Aaron Aziz juga bakal terlibat sama dengan Kajol demi menjayakan BollywoodOne itu nanti.

Wow!...Satu gandingan yang cukup menarik. Lebih-lebih lagi Aaron Aziz dengan Kajol. Lagipun, Aaron Aziz dulu pun pernah jayakan siri Cinta Bollywood di Singapura masa mula-mula jadi pelakon. Haaa.. Dah kenalah tu...

Apapun, Mesti korang semua terujakan dan tahu perkhabaran ini dengan lebih lanjutkan? Tunggu....Murai.com

VIDEO LELAKI CUBA JERAT PELAJAR PEREMPUAN SEKOLAH MENGENAH SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH TERSEBAR !

Posted: 11 Aug 2014 04:34 PM PDT



Kejadian dirakam pada 8/8/2014 kira-kira jam 5 petang oleh pelajar perempuan tingkatan 5 di hadapan Sekolah Menengah Saujana Utama, Sungai Buloh.

Penunggang motosikal berkenaan mendekati beberapa pelajar perempuan dan menceritakan tentang kematian bapanya. Lelaki itu kemudian bertanya sama ada mereka mengenali mana-mana rumah orang kaya bagi membolehkan dia meminta bantuan kewangan serta minta ditunjukkan jalan.

Apabila tidak dilayan, lelaki berkenaan cuba berkenalan dengan pelajar perempuan yang ada di situ selain dari bertanyakan alamat dan nombor telefon mereka. Dia juga memperkenalkan dirinya sebagai Din dan memberikan nombor telefonnya (017-3131093) untuk menjadi abang angkat.

Sekali lagi pelajar perempuan yang ada pada waktu itu tidak mengendahkan lelaki terbabit. Lalu lelaki itu mula terkumat kami membaca beberapa patah ayat sebelum beredar.

Selepas menonton video yang dirakam berkenaan, rakan-rakan pelajar perempuan tersebut mengesahkan mereka juga pernah didekati oleh lelaki yang sama dengan kisah yang sama ketika menjamu selera di KFC Saujana Utama pada 11 Jun 2014.

Menurut sumber terkini, lelaki berkenaan masih bebas dan merayau-rayau di kawasan sekolah dan Saujana Utama. Mohon ibu bapa nasihatkan anak-anak perempuan yang tinggal di kawasan Saujana Utama, berhati-hati.

GAMBAR KELIBAT MISTERI TERAKAM DI KULIM KEDAH

Posted: 11 Aug 2014 02:39 AM PDT


Seorang follower Daily Traffic Report telah berkongsi satu gambar misteri kepada admin page Facebook ini.

Dalam gambar yang dirakamkan di sebuah majlis drag kereta di Kulim, Kedah semalam entiti berambut panjang dan berjubah putih kelihatan dalam gambar tersebut meski pun kelibatnya tidak disedari ketika gambar diambil.

Bagaimanapun ramai yang mempertikaikan keaslian foto ini apatah lagi gambar makhluk mencurigakan di belakang itu dikatakan terlalu jelas berbanding yang biasa ditemui.

Apa pun, kami difahamkan gambar ini sebenarnya diambil untuk merakam mekanik kereta tersebut bersama piala yang dimenangi.

Tapi mungkin sebab teringin hendak bergambar kenangan bersama agaknya, maka 'cik ponti' di belakang itu pun tumpang sekaki buat photobomb, lapor Mynewshub.

RAKAMAN VIDEO DETIK CEMAS PELAKON EJA, NORYN AZIZ DIROMPAK

Posted: 11 Aug 2014 02:35 AM PDT


Sebuah rakaman kamera CCTV yang memaparkan detik cemas kejadian rompakan yang dilakukan ketika rumah terbuka seorang pelakon, Eja Othman.

Turut berada di tempat kejadian adalah penyanyi terkenal iaitu Noryn Aziz dan anaknya. Mujurlah, tiadak berlaku sebarang kejadian yang tidak dingini.

PENDUDUK TERKEJUT DILANDA HUJAN BATU BEBERAPA MINIT

Posted: 11 Aug 2014 02:23 AM PDT



TAMBUNAN – Penduduk beberapa perkampungan di daerah ini terkejut apabila mengalami hujan batu selama beberapa minit, petang semalam.

Hujan lebat kira-kira jam 3.30 petang disusuli hujan batu itu mengundang panik dalam kalangan penduduk, namun pada masa sama menarik perhatian ramai apabila ada mengambil gambar ketulan ais bersaiz kecil yang bertaburan di atas rumput.

Penduduk pekan Tambunan dikenali sebagai Ryan, 40, berkata kejadian itu disedarinya selepas terdengar bunyi bising di atap rumah menyebabkannya keluar untuk meninjau dan terkejut melihat ketulan kecil ais bertaburan di bumbung serta rumput.

"Perkara itu berlaku hanya beberapa minit, syukur kerana ia tidak mendatangkan kerosakan atau kecederaan kepada penduduk," katanya kepada BH.

Difahamkan, gambar ketulan kecil ais itu turut dimuat naik dalam laman sosial oleh beberapa penduduk dan mendapat perhatian orang ramai.

Pada masa sama, beberapa pengguna jalan raya yang melalui pekan Tambunan turut terkejut apabila ais mencurah jatuh di cermin kenderaan.

Robert Rudy, 37, kakitangan awam di pekan Tambunan, berkata beliau dalam perjalanan pulang ke rumah melalui Kampung Karanaan apabila cermin kenderaan ditimpa ketulan ais.

"Saya dan beberapa pengguna jalan raya terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan kerana penglihatan agak terhad selain bimbang impak daripada ketulan ais itu mungkin mengakibatkan cermin kereta pecah," katanya, lapor Berita Harian.

VIDEO TENTERA ISRAEL PENAKUT MENYOROK DALAM PERUMAHAN RAKYAT PALESTIN TERSEBAR !

Posted: 11 Aug 2014 01:03 AM PDT



Bukti demi bukti bahawa tentera rejim Israel sedang dalam ketakutan semakin terserlah apabila video yang menunjukkan ketakutan mereka tersebar di internet.

Video yang disiarkan dilaman Facebook, sekumpulan penduduk kawasan perumahan di Palestin bertindak menyerbu sebuah rumah dan menemui kira-kira 14 orang askar rejim Zionis bersembunyi ketakutan di dalam sebuah bilik.

Para penduduk kemudian bertindak menghalau kesemua askar rejim laknat berkenaan supaya keluar dari rumah itu.

Askar-askar berkenaan pastinya kecut akibat serangan dan tekanan oleh pejuang Hamas melalui briged al-Qassam yang memerangi mereka habis-habisan.

SCHA & AWAL GELAR ANAK SEBAGA "LARA"

Posted: 11 Aug 2014 12:25 AM PDT

 
Cantiknya nama yang diberikan oleh Awal dan Scha untuk puteri sulung mereka. Menerusi salah satu gambar yang dikongsikan oleh Scha di akaun Instagramnya, si comel hasil perkahwinan mereka berdua ini telah dinamakan 'Lara'. Cantik namanya. Sedap menyebut. Pasti Lara akan membesar secantik namanya kelak.

Tulis Scha:-

Salam and good morning from mumny and Baby Lara. Have a great Sunday


 Tak sabar rasanya nak tahu nama penuh. Lara Sofea pun sedap jugak kan? Diharap anda juga turut bersabar kerana tempoh pantang 44 hari Scha akan tamat tidak lama lagi. Ketika itu pastinya wajah dan nama penuh anak selebriti ini akan diumumkan.

3 GAMBAR: KISAH WANITA MAKAN AYAM HIDUP-HIDUP

Posted: 11 Aug 2014 12:17 AM PDT


Meloyakan namun dilihat sebagai enak bagi Miskaulah yang berasal dari Indonesia dengan hobi peliknya iaitu makan ayam hidup hidup dan minum darah ayam tersebut.

Sukar untuk bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu! Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.


Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari! Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.

Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.

KEJAM ! 4 GAMBAR MAYAT WANITA MENGANDUNG DISUMBAT DALAM BEG BAPAKAIAN

Posted: 11 Aug 2014 12:06 AM PDT

 
MAYAT seorang perempuan dipercayai warga asing dalam lingkungan umur 20-an ditemui mati dibunuh dengan kejam sebelum disumbat ke dalam beg pakaian dan dicampak ke longkang di Taman Jaya,Gemas Negeri Sembilan.

Hasil pemeriksaan awal yang dijalankan,mangsa didapati mengandung dan punca kejadian sedang disiasat. Mayat telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.


NGERI, PEKERJA MEDAN SELERA DISIMBAH MINYAK PANAS OLEH KUTU RAYAU KL!

Posted: 11 Aug 2014 12:02 AM PDT

Keadaan mangsa yang disimbah minyak panas.


Kuala Lumpur: Berang tidak diberikan makanan, seorang kutu rayau bertindak menyimbah minyak panas ke badan seorang pekerja medan selera di Kompleks Pertama, di sini, menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Sofea Batrisyya, 30, yang juga warga Indonesia didatangi seorang lelaki ketika dia bekerja di medan selera terbabit.

Suspek yang juga seorang kutu rayau berusia 40 tahun itu dikatakan meminta makanan daripada mangsa tetapi tidak dihiraukan.

Lelaki itu yang kemudiannya marah kerana tidak diberikan makanan terus masuk ke dalam dapur dan mengambil minyak panas.

Suspek menyimbah minyak panas berkenaan ke badan mangsa menyebabkannya menggelupur kesakitan sebelum dibantu oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment