BARABEREH

BARABEREH


"JANGAN TIRU KAMI" - AERIL ZAFREL & WAWA ZAINAL

Posted: 26 Sep 2014 12:38 AM PDT


PASANGAN pelakon suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal meminta masyarakat khususnya golongan muda tidak meniru cara 'pernikahan rahsia' mereka pada dua tahun lalu yang menyalahi undang-undang Islam di negara ini.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairi Sunari, 27, berkata, keputusan bernikah tanpa mendapatkan kebenaran daripada jabatan agama bukan saja menyalahi undang-undang, malah menimbulkan fitnah dan kontroversi kepada mereka.

"Apa yang kami lakukan ini tidak seharusnya ditiru sembarangan oleh masyarakat. Kami ambil keputusan itu dulu ada banyak sebab dan faktor tanpa kami sedar ia mengundang masalah lain.

"Kami sudah melakukan kesilapan dan menerima hukuman daripada kesilapan itu. Saya harap apa yang terjadi pada kami ini dijadikan pengajaran kepada semua," katanya.

Aeril berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan pertuduhan ke atasnya dan Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 23, kerana bernikah dan bersubahat melakukan upacara itu tanpa mendapat kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk negeri Selangor.

VANIDAH IMRAN & RASHIDI ISHAK DIAMBANG PERCERAIAN ?

Posted: 26 Sep 2014 12:19 AM PDT


Satu ketika dahulu, rumahtangga Vanidah Imran dan Rashidi Ishak pernah menjadi perbualan hangat kerana lakonan mereka di dalam filem Tiga Hari. Mana tidaknya, salah satu babak di dalam filem tersebut menyaksikan ada dialog yang berkaitan cerai yang telah dilakukan. Kontroversi ini menjadi tumpuan ramai sehingga menyaksikan mufti Perak menasihati pasangan ini agar rujuk kembali.

Namun tidak berapa lama kemudian, kontroversi tersebut kembali sejuk dan mereka berdua dilihat menjalani kehidupan seperti biasa. Namun baru-baru ini ura-ura mengenai keretakan rumah tangga mereka kembali bertiup kencang. Ditanya mengenai kebenaran ura-ura bakal bercerai itu, Vanidah Imran menyarankan agar mana-mana pihak yang menimbulkan dakwaan itu merujuk dan mendapatkan bukti daripada mahkamah terlebih dahulu. Kata Vanidah:-

Pergi semak (di mahkamah) kalau betul ada fail di sana ya. Saya tak ada apa nak sorok (jika benar bercerai). Tapi kami tak perlu dedahkan kehidupan kami kepada masyarakat. Kami senang dengan ruang privasi kami.


Menurut Harian Metro, ada sumber yang mendakwa pasangan ini sudah tinggal berasingan sejak beberapa bulan yang lalu. Dikatakan punca kerenggangan rumah tangga mereka ialah akibat kontroversi di dalam filem 3 Hari pada tahun 2012. Apa pun diharap ini hanyalah ura-ura dan bukan kenyataan. Sayang pula kalau perkahwinan pasangan merpati 2 sejoli ini berakhir dengan perpisahan.

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment