BARABEREH |
- PUNCA FAIZAL TAHIR SEMAKIN KURUS
- LELAKI CINA UPLOAD GAMBAR HINA POLIS TRAFIK SEDANG BERTUGAS VIRAL DI FACEBOOK
- PROTON IRIZ BARU DILANCAR DILANGGAR PERODUA VIVA (2 GAMBAR)
- ADEGAN FILEM TAMIL PALING GILA DALAM SEJARAH ANTARABANGSA (VIDEO)
- KANTOI, ADEGAN DRAMA MELAYU GUNA TELEFON TERBALIK JADI BAHAN LAWAK
- KICAP PEKAT SOFIA GUNA BOTOL KITAR SEMULA ARAK ?
- PENEMUAN TERBARU CIUM PISANG DAPAT TURUN BERAT BADAN !
- GELAGAT NORA DANISH & NEDIM BUKA STOKIN ALA SCENE OMBAK RINDU
- AERIL ZAFRIL & WAWA ZAINAL DIDAPATI BERSALAH BERNIKAH TANPA KEBENARAN
- SERET ANJING GUNA KERETA, LELAKI DIBURU BERJUTA-JUTA PENGGUNA LAMAN SOSIAL !
- "AZWAN ALI GAH SELAMA 27 TAHUN BUKAN KERANA PERTOLONGAN MANA-MANA MB" - AZWAN ALI
- GILIRAN SHARNAAZ AHMAD TEGUR WARTAWAN MALAYSIA
- UPDATE ISU HUTANG: ND LALA CABAR DEN WAHAB !
PUNCA FAIZAL TAHIR SEMAKIN KURUS Posted: 25 Sep 2014 08:16 PM PDT Faizal Tahir akui kurus kerana sibuk urus anak. JAYA: Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus adalah disebabkan sibuk dengan tanggung jawab sebagai bapa kepada lima orang cahaya mata. Faizal berkata, kesemua anaknya sangat aktif sehingga membuatkan dia tidak boleh duduk diam membiarkan mereka bersendirian. "Saya kurus bukan sebab sakit tetapi kerana sibuk dengan anak-anak, maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active. "Boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka, lebih lagi kalau kami keluar ke pusat beli-belah berhampiran sehingga pekerja di situ tahu muka saya akan kejar anak-anak," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran album Faizul AF 2013, di Talent Lounge, di sini, Khamis. Lima cahaya mata Faizal iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, dan Ahmad Rifa'ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3, dan Siti Nawar Malaeka, 1, hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran. Tambah Faizal, dia tidak pernah mengambil tahu tentang berat badan sebenarnya kini, bagaimanapun mengakui tentang kesusutan. Faizal berkata, tekanan kerja bertambah selepas dia menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Faithful Music sejak awal tahun lalu. "Hidup saya hanya tumpu pada kerja dan anak-anak sahaja, selepas wujudnya Faithful Music tekanan kerja lebih bertambah. Namun saya gembira kerana kami sudah ada tiga orang artis iaitu Hanie Soraya, Aziz Harun dan Elizabeth Tan. "Disebabkan terlalu sibuk juga saya sering lupa untuk makan, seperti semalam seingat saya, saya hanya makan sekeping sandwich sahaja," ujarnya. Sementara itu, ditanya, tentang kerjaya nyanyiannya, Faizal berkata, dia hanya akan menyanyi jika mendapat sebuah karya berbeza daripada yang pernah dibuat sebelum ini. Bagaimanapun, Faizal mengakui rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya. "Buat masa ini memang belum ada rancangan untuk menyanyi, Insya-Allah saya akan menyanyi jika ada lagu yang bagus dan lain daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini. "Kalau diikutkan memang ada rasa rindu sangat untuk buat persembahan seperti dahulu, ramai juga peminat saya yang bertanya bila saya buat persembahan seperti dahulu, tapi buat masa ini belum lagi ada perancangan untuk itu," ujarnya. |
LELAKI CINA UPLOAD GAMBAR HINA POLIS TRAFIK SEDANG BERTUGAS VIRAL DI FACEBOOK Posted: 25 Sep 2014 07:56 PM PDT Seorang pengguna Facebook, Kent Tan, mengelar dua orang anggota polis trafik dalam gambar yang dimuat naik olehnya itu sebagai monyet menjadi viral di laman Facebook serta dikecam orang ramai. Caption gambarnya yang berbaur hinaan dan hasutan terhadap kedua anggota polis itu menimbulkan kemarahan orang ramai sedangkan dia tidak mempunyai bukti yang dua anggota terbabit melakukan perkara seperti didakwa olehnya itu. "Those 'Monkey' is looking for extra income... please beware at Melaka raya near at Standard Charted bank." - tulis Kent Tan Tidak tahukah dia? Majoriti Pegawai dan Anggota POLIS hari ini rela bermatian untuk menjaga keamanan dan ketenteraman semua rakyat Malaysia. Adakah patut ia disamakan dengan monyet? Inilah kesannya bila ISA dimansuhkan. Maka golongan anti polis ini mula menunjukkan kebiadaban dan kurang ajarnya pada anggota keselamatan negara. Maka dengan itu, sokonglah dituntut semula ISA dikembalikan SUMBER: ISUPANAZ.BLOGSPOT.COM |
PROTON IRIZ BARU DILANCAR DILANGGAR PERODUA VIVA (2 GAMBAR) Posted: 25 Sep 2014 06:31 PM PDT Tak sampai 24 jam setelah dilancarkan hari ini, 2 keping gambar tersebar di sebuah Forum terkenal menunjukkan Proton Iriz telah kemik di bahagian bonet akibat dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Viva. |
ADEGAN FILEM TAMIL PALING GILA DALAM SEJARAH ANTARABANGSA (VIDEO) Posted: 25 Sep 2014 04:18 AM PDT Kita sedia maklum bahawa banyak adegan dalam filem Tamil memang banyak mengarut. Ada dua kemungkinan selepas menonton video di bawah, sama ada anda tergamam tidak boleh terima sebab mengarut tahap gaban atau tidak henti-henti ketawa berdekah-dekah seperti admin. |
KANTOI, ADEGAN DRAMA MELAYU GUNA TELEFON TERBALIK JADI BAHAN LAWAK Posted: 25 Sep 2014 03:59 AM PDT Bukan nak mengata atau mengutuk .. tetapi inilah realitinya drama Melayu yang bawa malu betul ... katanya drama Cinta Ibadah, Maya Astro ...Pelakun wanita yang sedih pilu menalipon cara terbalik... dikatakan lama juga dia berbual. Hey!!! Apa daaaa... ini perkara kecil mudah ada asas pun boleh silap .. betul-betul bikin malulah dari Pengarah, pelakun, penyuting dan saluran Astro yang siar drama ini tanpa tapisan terlebih dahulu. OMAKKAU |
KICAP PEKAT SOFIA GUNA BOTOL KITAR SEMULA ARAK ? Posted: 25 Sep 2014 02:11 AM PDT Gambar kicap jenama Sofia keluaran khas untuk warga Angkatan Tentera Malaysia menggunakan botol kitar semula dari botol minuman berasaskan arak Carlsberg mulai tersebar. Menerusi applikasi laman sosial Whatsapp, kini tersebar sekeping foto yang mendakwa botol kicap khas untuk kegunaan warga angkatan tentera Malaysia menggunakan botol kitar semula daripada arak jenama terkemuka iaitu Carlsberg. Jika perkara ini benar, rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa kerana pengilang langsung tidak menjaga aspek halal dalam proses pengeluaran kicap berkenaan. |
PENEMUAN TERBARU CIUM PISANG DAPAT TURUN BERAT BADAN ! Posted: 25 Sep 2014 02:03 AM PDT Terdapat satu penemuan terbaru yang agak memeranjatkan mengenai buah pisang yang tidak ramai ketahui selama ini. Menurut artikel dari sebuah laman web, mencium pisang mampu menurunkan berat badan khasnya buat kaum wanita. Inilah cara yang paling mudah, murah dan sihat bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. |
GELAGAT NORA DANISH & NEDIM BUKA STOKIN ALA SCENE OMBAK RINDU Posted: 25 Sep 2014 01:37 AM PDT Macam orang-orang tua selalu cakap 'masa bercinta, bau kentut pun wangi.' Tapi tu hanyalah perumpamaan je, jangan dibuat betul-betul pula. Ha.. ni nak cerita sikit tentang pasangan yang sedang hangat bercinta. Siapa lagi kalau bukan Nora Danish dengan buah hatinya, Nedim. Lewat malam semalam, kami menerima screenshot foto Nora yang terpaksa membukakan stokin Nedim. Ala, macam dalam scene filem Ombak Rindu tu! Apa yang boleh kami katakan, kami bagi 5 bintang dengan reaksi comel Nora dan pose bossy yang di'lakon'kan oleh Nedim itu. Macam real je Nora kena buli dengan Nedim kan? Dah terlanjur dapat gambar ini, kami pun lihatlah komen daripada para peminat pula. Apa lagi, peminat pun memang teruja melihat foto ini dan mendoakan agar mereka berdua cepat-cepat ke jinjang pelamin. Malah, dek kerana 'keberkesanan' lakonan mereka, ada juga followers Nedim yang mencadangkan agar dia menceburi bidang lakonan. Wah..kalau Nedim masuk dunia hiburan, tak dapat nak cari makanlah pelakon-pelakon lelaki yang sedia ada sekarang ni. Tapi, logik juga kan cadangan mereka. Mana tahu memang Nedim ada bakat lakonan terpendam ke kan? Sumber : ohbulan.com |
AERIL ZAFRIL & WAWA ZAINAL DIDAPATI BERSALAH BERNIKAH TANPA KEBENARAN Posted: 25 Sep 2014 01:14 AM PDT Pelakon Aeril Zafril didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Khamis atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. Aeril atau nama sebenarnya Suhairi Sunari, 26, dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat. Dalam pada itu, aktres Wawa Zainal yang juga isteri Aeril turut mengaku bersalah bersubahat atas kesalahan sama dan dikenakan denda sebanyak RM800 atau penjara sekiranya gagal membayar denda. Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 22, melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 134 (subahat) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Kedua-dua pasangan itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Aizan Md Idrus manakala pertuduhan dibuat Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmat Khairi. Menurut pertuduhan, Aeril dan Wawa melakukan pernikahan tanpa kebenaran pada 25 Februari 2012 di sebuah rumah beralamat 2, Lorong 7A, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam. Sementara itu, bapa angkat Aeril, Wahap Raub yang turut dituduh bersubahat dalam kes berkenaan turut dikenakan denda sama seperti Wawa. Dua lagi tertuduh iaitu bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong yang bertindak sebagai wali dan Salim Asari tidak menghadirkan diri kerana berada di Sabah. Dalam perkembangan sama, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan pasangan itu gagal selepas mereka menghilangkan diri sejurus kes itu selesai. Pasangan itu yang pada mulanya berjanji untuk memberikan kenyataan membiarkan sekumpulan wartawan menunggu di perkarangan mahkamah selama 30 minit sebelum diberitahu mereka telah pulang. Aeril dan Wawa bernikah buat kali kedua dengan kebenaran pada 4 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia 15 bulan. Sumber Mstar Online. |
SERET ANJING GUNA KERETA, LELAKI DIBURU BERJUTA-JUTA PENGGUNA LAMAN SOSIAL ! Posted: 25 Sep 2014 01:08 AM PDT GUANGZHOU – Seorang lelaki di bandar ini 'diburu' berjuta-juta pengguna laman sosial selepas tindakannya mengheret seekor anjing dengan menggunakan sebuah kereta di sebatang jalan di bandar Shantou di wilayah Guangdong, China tersebar di internet, lapor London Evening Standard Online kelmarin. Tindakan kejam lelaki tersebut dirakam dengan menggunakan telefon bimbit oleh seorang pengguna jalan raya sebelum memuat naik video berkenaan di laman sosial popular China, Weibo. Video berkenaan memaparkan anjing berkenaan diseret di belakang kereta yang dipandu laju sehingga menyebabkan kakinya berdarah. Pengguna laman sosial berkenaan yang terkejut dengan tindakan tersebut kemudiannya 'memburu' pemandu berkenaan dengan menyiasat latar belakangnya sebelum menyiarkan nama, alamat dan nombor telefon lelaki itu. Ekoran itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zheng membuat permohonan maaf di sebuah stesen televisyen tempatan selepas tertekan dengan dengan kecaman yang diterimanya. "Saya sebenarnya mahu menghalau anjing itu kerana ia sering menggigit dan menyerang orang," katanya, lapor Agensi. |
"AZWAN ALI GAH SELAMA 27 TAHUN BUKAN KERANA PERTOLONGAN MANA-MANA MB" - AZWAN ALI Posted: 25 Sep 2014 12:31 AM PDT Tadi admin ada terbaca satu portal pro BN yang update isu Azwan. Nama pengacara sensasi, Azwan Ali, tiba-tiba menjadi sebutan sebaik sahaja abangnya, Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. |
GILIRAN SHARNAAZ AHMAD TEGUR WARTAWAN MALAYSIA Posted: 25 Sep 2014 12:11 AM PDT Kewujudan media sosial memudahkan komunikasi antara manusia sejagat. Kemudahan ini ada baik dan ada buruknya. Sharnaaz Ahmad kali ini telah menggunakan akaun Instagramnya untuk memberi teguran kepada program hiburan H!Live. Menurut Sharnaaz, wartawan H!Live tidak mempunyai rasa hormat terhadap dirinya. Ada benarnya kata-kata yang ditulis oleh Sharnaaz ini. Berikut ialah teguran yang diberikan oleh Sharnaaz." Tidaklah pula diketahui apa yang terjadi sehingga Sharnaaz membuat teguran ini. Diharap teguran ini diambil dengan hati terbuka. Tak mahu berpanjangan. Kang tak pasal-pasal ada gerakan memboikot Sharnaaz Ahmad pulak. Ingatlah media dan artis saling memerlukan. Tak gitu? BEAUTIFULNARA |
UPDATE ISU HUTANG: ND LALA CABAR DEN WAHAB ! Posted: 25 Sep 2014 12:02 AM PDT APA yang kami lihat selepas berlangsungnya sidang media khas Shila Amzah & ND Lala semalam, kekusutan dengan media berbahasa Melayu gagal untuk diselesaikan selepas sidang media yang diadakan bertukar kepada serangan peribadi kepada segelintir wartawan. Baru baru ini juga, Den Wahab ada mendedahkan sekali lagi kepada pihak media yang ND Lala masih berhutang dengan dirinya berbelas ribu ringgit yang masih tidak dibayar sehingga ke hari ini tetapi Den Wahab sendiri sudah malas untuk memikirkan perkara itu. ND Lala dalam sidang media mencabar Den Wahab dan mana mana individu yang memfitnah diri dan keluarganya untuk tampil membuat laporan polis dan sanggup berhadapan di mahkamah jika benar seperti apa yang didakwa. "Kepada Kak Pora, Den Wahab dan sesiapa sahaja yang buat fitnah ini, sila lakukan laporan polis. Dakwa saya dan kita berhadapan. Saya sudah jawab persoalan ini kepada rakan media pada bulan Mac tahun lalu. Saya sudah jawab, saya siap rakamkan lagi, tetapi ianya tidak dikeluarkan oleh pihak media. Saya tak tahu mengapa tidak dikeluarkan," kata ND Lala. Dalam majlis yang sama juga, ND Lala dan Shila Amzah meminta para wartawan hiburan tempatan untuk merujuk kembali etika kewartawanan yang menjadi panduan selama ini, lapor RotiKaya. CERITA SEBELUM INI: |
You are subscribed to email updates from BARABEREH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment "BARABEREH"
Post a Comment