BARABEREH

BARABEREH


NORA DANISH TOLAK RATUSAN RIBU RINGGIT JADI MODEL PRODUK ISRAEL, RESPEK !

Posted: 08 Aug 2014 02:27 AM PDT

 
Ya duit boleh mengaburkan mata seseorang. Lebih-lebih kalau angka yang bernilai ratusan ribu ringgit.Namun untuk Nora Danish, wang ringgit bukan ukuran kerana produk-produk tersebut merupakan barangan keluaran Yahudi. Pelakon jelita ini sanggup menolak tawaran hebat ini demi untuk Palestin. Respek!!!

Nora Danish khabarnya ditawarkan untuk menjadi duta beberapa produk penjagaan diri harian dengan setiap satunya bernilai enam (6) angka namun apabila mengetahui barangan tersebut termasuk dalam senarai barangan keluaran Yahudi, Nora Danish tanpa teragak-agak menolak untuk menjadi duta barangan-barangan tersebut secara baik. Tindakan menolak tawaran itu memang sangat 'awesome' dan apabila ia dilakukan secara baik, itu lebih awesome. Tak macam sesetengah orang boikot McDonalds sampai pergi buat kekacauan dan menjatuhkan nama baik Islam itu sendiri. Ish,ish,ish.


Tahniah kepada Nora Danish atas ketegasan anda ini. Respek sangat-sangat. Semoga makin dimurahkan rezeki selepas ini. Semoga dengan usaha Nora Danish ini sedikit sebanyak membantu saudara seagama kita di Palestin sana. Sumber asal RotiKaya.

JURUGAMBAR KECEWA TUN MAHATHIR CURI FOTO HASIL SENI

Posted: 08 Aug 2014 01:58 AM PDT


Tentu kita masih ingat beberapa keping foto seorang gadis bertudung yang diambil dari puncak sebuah bangunan demi menyatakan sokongannya terhadap Gaza.

Foto tersebut diambil oleh saudara Keow Wee Loong, jurufoto rasmi untuk MP Lembah Pantai, Nurul Izzah.

Foto-foto yang dihasilkan beliau memang mengkagumkan kerana beralatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam.

Namun hari ini, beliau telah mendakwa, salah satu fotonya telah 'dicuri' atau digunakan tanpa kebenaran oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Beliau turut memuatnaik cetakan skrin dari akaun twitter tersebut.

Walaupun foto tersebut tidak digunakan untuk memperleceh atau menghina, malah memuji keindahan Kuala Lumpur, Keow Wee Loong beranggapan ianya satu perbuatan yang tidak bermoral kerana diambil tanpa kebenaran apatah lagi dari seorang yang amat hebat.

Ramai pengikut beliau menyarankan agar beliau meletakkan 'watermark' pada gambar-gambar yang akan datang.

p/s: Tun Mahathir ada akaun twitter ke? SUMBER

5 GAMBAR KEKASIH BARU TAUKE JAMBU, PERGGHH !

Posted: 08 Aug 2014 01:51 AM PDT

Hikmat apa yang digunakan oleh Tauke sehingga begitu banyak awek cun menjadi miliknya. Power rangers sungguh. Mesti ada teknik rahsia yang kalau ditulis menjadi buku akan terjual laris macam pisang goreng panas. Kalau anda masih bujang dan susah mencari awek, silalah pergi belajar dengan Tauke.

Pelukan erat si awek ke pinggang Tauke Jambu jelas menunjukkan betapa dalamnya kasih sayang mereka. Kalau tak silap si gadis ini bernama Nadia. Freelance model lagi tue. Argh~~ Anda memang power mengorat Tauke. Respek!!!



Diharap Tauke cepat-cepat kahwin dengan si Nadia ini. Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Tahniah Tauke. BEAUTIFULNARA

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment