BARABEREH

BARABEREH


KANTOI HARGA BERBEZA, GIANT TIPU PELANGGAN ?

Posted: 10 Aug 2014 09:17 PM PDT


Pasaraya Giant sekali lagi mencetuskan kebimbangan pelanggannya apabila tersebarnya dua gambar yang mendakwa Giant menipu pelanggannya.

Dua gambar yang dimuat naik oleh Eizan Amrey di laman Facebook bukanlah satu cerita yang baru. Malah perkara ini juga terjadi di pasaraya yang lain.

Puan Eizan mendakwa dia telah ditipu oleh Giant berikutan dengan harga produk yang dibayar tidak sama dengan harga yang ditawarkan di bahagian produk sejuk beku, Burger Lembu, jenama Ramly.

Dia bagaimanapun merujuk hal tersebut pada supervisor yang bertugas pada ketika itu dan malangnya jawapan yang diberikan tidak memuaskan.


"Puan buatlah aduan melalui email. Biar 1 Malaysia boleh tengok. Kalau aduan bertulis di Customer Service, susah nak dapat respon atau or lambat sangat. Puan bukan orang pertama. Kes macam ini dah terlalu banyak terjadi di Giant 1 Malaysia. Kami yang bekerja di hadapan kaunter ini yang terpaksa menanggung amarah dan makian orang ramai. Puan buat le report ye" - Supervisor Giant

Pengakuan sebegini benar-benar membimbangkan para pengguna yang berbelanja di pasaraya Giant. Apakah ini bermaksud Giant tidak pernah mengambil peduli aduan bertulis pelanggan mereka? - My Media Hub 

TAHNIAH, 16 GAMBAR EMMA MAEMBONG KINI BERHIJAB SEPENUHNYA

Posted: 10 Aug 2014 08:57 PM PDT

Alhamdulillah. Berita gembira untuk dikongsikan buat kita semua umumnya dan peminat Emma Maembong khasnya. Pelakon comel ini telah mengesahkan yang dirinya kini telah berhijab sepenuhnya bermula sejak 1 Syawal yang lalu.

Penghijrahan ini pastinya menggembirakan hati para peminat dan juga kekasih Emma Maembong, Zizan Razak. Kata Emma menerusi Berita Harian:-

Saya tidak mahu terburu-buru dalam hal ini. Biar ia terjadi tanpa paksaan atau dorongan sesiapa. Malah ramai yang suka perubahan ini.

Zizan sendiri antara yang menyambut baik hijrah saya ini. Sebelum ini saya perlahan demi perlahan menetapkan hati untuk bertudung dan Alhamdulillah ia dipermudahkan




Tahniah diucapkan kepada Emma Maembong atas hijrah ini. Semoga istiqamah dan semakin dimurahkan rezeki. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Emma Maembong bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. BEAUTIFULNARA




















NUAR AYAM, PENYAMUN BERPAKAIAN ALIM, SASARAN PEMANDU WANITA !

Posted: 10 Aug 2014 08:33 PM PDT



Hebahan untuk orang ramai mengenai kes berkaitan dengan samun dan rompak.

Berkaitan kes samun yang berlaku di Kota Bharu, Jeli, Pasir Mas, Bacok dan Kuala Krai yang melibatkan saspek bernama panggilan Nuar Ayam.

Berdasarkan beberapa kes samun yang dilakukan oleh saspek ini, modus operandi yang digunakan adalah seperti berikut:
  • Guna pistol angin dan akan menembak cermin kereta mangsa
  • Suspek akan berlakon untuk bantu dan kemudian akan menyamun mangsa
  • Suspek akan buat pemakaian seorang alim
  • Setakat ni suspek mobile dan disyaki akan tunggu di kawasan pam minyak
  • Suspek bergerak sendiri

Mangsa:
  • Semua mangsa perempuan yang memandu berseorangan

Kenderaan:
  • Mercedes Master Peace warna silver
  • Myvi kuning disyaki Myvi baru
  • Motokar jenis bonet belakang petak bukan Proton warna merah maroon
Senjata:
  • Pistol angin ball bearing
Kes terlibat:

  • Pasir Mas: 3 kes positif pengecaman oleh mangsa dari sebelum raya sehingga semalam
  • Kuala Krai: 1 kes positif juga
  • Kk.bharu: 1 kes

Pohon semua pihak untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan ini disamping untuk mengesan saspek.

Pastikan keselamatan diri diutamakan memandangkn saspek memiliki pistol angin ball bearing.

Bersama ini diedarkn gambar saspek. 

VIDEO PEMANDU BMW MENGAMUK, PECAHKAN HELMET BIKER DI JALANAN TERSEBAR

Posted: 10 Aug 2014 08:22 PM PDT


TEMASEK: Seorang pemandu BMW menghempas dan menendang topi keledar milik pemandu motosikal di Pan Island Expressway (PIE).

Sebelum itu, kedua-dua mereka bertikam lidah sebelum pemandu BMW SGC2282S bertukar menjadi ganas.

Menurut perakam video berkenaan, kejadian bermula dengan pertikaian yang mungkin disebabkan penunggang motosikal yang tidak sengaja mencalarkan kereta pemandu tersebut.

Keadaan mula menjadi kecoh dan bertukar menjadi pergaduhan apabila pemandu BMW itu gagal mengawal emosi dan membaling topi keledar penunggang tersebut.

p/s: mereka belum bertemu dengan Kiki lagi.. 
 

REMAJA PEREMPUAN DIROGOL BERGILIR-GILIR GARA-GARA TERPEDAYA DENGAN AYAT MANIS LELAKI DI WECHAT

Posted: 10 Aug 2014 08:10 PM PDT


Kuala Terengganu: Terpedaya dengan ayat manis melalui aplikasi WeChat menyebabkan seorang remaja perempuan dir0gol bergilir-gilir teman lelaki yang baru dikenali serta tiga lelaki lain di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai di sini, awal Julai lalu.

Mangsa berusia 14 tahun dikatakan baru berkenalan dengan suspek berusia 22 tahun sebelum mengatur temu janji.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pada mulanya mangsa tidak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatannya.

"Mangsa akhirnya membuat laporan selepas dir0gol buat kali kedua pada 4 Ogos lalu. Mangsa enggan mangsa keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang sebelum dibawa ke sebuah rumah.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila terdapat tiga lelaki lain sebelum dir0gol bergilir-gilir.

Wan Abd Aziz berkata, mangsa dihantar pulang malam hari sama oleh suspek.

"Suspek kemudian cuba untuk menyentuh mangsa namun mangsa merayu supaya dihantar pulang ke rumah. "Mangsa cuba menjerit tetapi suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum mer0gol remaja itu," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, mangsa kemudian dir0gol bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya itu.

Katanya, suspek tanpa rasa bersalah kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam hari sama.

"Pada mulanya mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya. Namun mangsa akhirnya datang ke balai polis untuk membuat laporan selepas dir0gol buat kali kedua pada 4 Ogos lalu.

"Susulan laporan itu, polis menahan suspek yang kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad depan.

"Selain itu polis turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini," katanya. - HMetro 

WAJAH KEKASIH TIDAK SECANTIK DALAM INTERNET, LELAKI NEKAD BUNUH DIRI

Posted: 10 Aug 2014 07:55 PM PDT


Seorang lelaki di Filipina bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli belah.

Mark Anthony Perez dipercayai berasa terlalu kecewa selepas wajah kekasihnya tidak secantik seperti gambar yang dimuat naik di internet.

Dia dan wanita tersebut bercinta empat bulan lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial, tetapi tidak pernah bertemu lantaran jarak tempat yang jauh antara satu sama lain.

Menurut sumber, kekasihnya itu dikatakan kerap menggubah wajahnya menggunakan aplikasi khas untuk kelihatan lebih cantik dan menarik.

Walaupun kekasihnya sudah mengenakan solekan tebal, lelaki itu masih melihatnya sebagai tidak cantik dan merasa tertipu. Mark menangis selepas mereka bertemu dan tidak mampu mengawal diri sebelum bertindak membunuh diri.

Kesan dari kecederaan paru-paru dan otaknya, Mark disahkan mati serta-merta di tempat kejadian. -MyMediaHub

GAMBAR GADIS BERTUDUNG HISAP *TOOOOTS* JADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL

Posted: 10 Aug 2014 06:37 PM PDT

Sekeping gambar seorang awek cun bertudung sambil menjilat ehem2 (korang rasa ape ye???) viral di laman sosial menimbulkan kontroversi.

Foto berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna facebook dan mendapat ramai komen. Rata-rata yang mengomen mengutuk tindakan gadis berkenaan kerana perbuatannya yang tidak bermaruah dan memalukan diri sendiri.

Kepada gadis-gadis diluar sana, jagalah maruah diri anda, jangan upload gambar yang tidak senonoh di laman sosial.

Penulis tidak pasti kesahihan gambar ini, mungkin benar ataupun diedit. Jika benar, semoga gadis ini kembali ke pangka jalan. Sumber

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment