BARABEREH

BARABEREH


GAMIS DESAK KERAJAAN BATALKAN KONSERT MARIAH CAREY

Posted: 04 Aug 2014 09:11 PM PDT


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa kerajaan supaya membatalkan konsert Mariah Carey sebagai tanda berkabung ekoran nahas pesawat MH17.

Katanya, kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengumumkan hari berkabung untuk mangsa nahas MH17.

"Gamis amat kesal dengan penganjuran konsert Mariah Carey yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 22 Oktober depan," kata Presiden Gamis, Abdul Malik Ab Razak dalam satu kenyataan.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada siri jelajah ke Asia dan melancarkan album terbarunya penyanyi tersebut yang berjudul 'Me. I Am Mariah…The Elusive Chanteuse'.

Malaysia, katanya, telah menjadi pilihan lokasi pertama Mariah di rantau Asia Tenggera selepas mengadakan persembahan di China.

Menurut Abdul Malik, di saat rakyat dalam kesedihan berikutan nahas MH17 dan serangan Israel ke atas Gaza, GAMIS kesal dengan penganjuran konsert tersebut.

"Ketika saudara Islam di Gaza dibunuh jasad mereka oleh Israel dan Amerika Syarikat, kita begitu mudah merelakan anak muda dirobek akidah dan akhlak mereka dengan hidangan hiburan dan model pemakaian seksi," katanya.

Salein itu, Abdul Malik berkata, Gamis sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam memandang serius penganjuran konsert yang yang menurutnya mampu merosakkan budaya dan pemikiran anak muda.

"Melalui promosi artis luar negara dengan penampilan seksi dan tidak menutup aurat, ia akan mempengaruhi gaya hidup anak muda dan sangat bahaya bagi produk kepimpinan negara masa akan datang," katanya lagi, lapor Malaysiakini.

NGERI, KEDUA-DUA PAYUDARA WANITA DIPOTONG DENGAN GUNTING !

Posted: 04 Aug 2014 09:03 PM PDT


HESHAN – Malang menimpa seorang wanita apabila dia dituduh cuba merampas suami orang dan sebagai balasannya, kedua-dua payudaranya telah dipotong dengan menggunakan gunting, dalam satu serangan yang menakutkan.

Wanita itu, Xiao Lin telah diserang oleh seorang wanita, iaitu isteri kerana bekas rakan sekerjanya yang menyangka bahawa Xiao Lin menggoda dan mahu merampas suaminya.

Penyerang terbabit, dikenali sebagai Meng Tsao telah menyerang ke Xiao Lin di rumahnya sebelum menyarung wajah wanita berkenaan dengan sebuah beg.

Selepas mengikat Xiao Lin, Meng Tsao kemudiannya menelanjangkan wanita itu lalu memotong payudaranya dengan gunting.

Xiao Lin kemudian sempat membuka beg yang disarungkan di kepalanya dan terkejut apabila mendapati Meng Tsao yang menyerangnya. Ketika kejadian, Xiao Lin sedang menonton televisyen di rumahnya.

Pada mulanya Xiao Lin, yang sudah berkahwin itu menyangka dia diserang oleh seorang perogol namun tidak menyangka kejadian lebih buruk menimpanya apabila payudaranya dipotong dengan gunting.

Menurut polis, Meng Tsao mengaku melakukan serangan tersebut dan selepas siasatan suami Meng Tsao memberitahu bahawa dia pernah terpikat dengan Xiao Lin namun cintanya itu telah ditolak.

Suami Meng Tsao pernah memberitahu isterinya itu bahawa Xaio Lin seorang yang menarik, justeru apabila lelaki itu memfailkan perceraian, Meng Tsao menyangka Xiao Lin menjadi penyebab kepada keruntuhan rumahtangganya, lapor Mynewshub.

22 GAMBAR ROMANTIK LISA SURIHANI & YUSRY DI AIDILFITRI

Posted: 04 Aug 2014 08:58 PM PDT



Lisa Surihani sememangnya sejak sebelum berkahwin lagi merupakan 'Malaysian Sweetheart' dan walaupun sudah mempunyai suami, rasanya tiada siapa lagi mampu mengambil gelaran itu daripada Lisa.

 Semoga rumah tangga yang dibina akan kekal abadi buat selama-lamanya. Insya Allah sama-samalah kita doakan agar Lisa dan Yusry cepat-cepat dikurniakan cahaya mata untuk melengkapkan lagi keluarga mereka. Pasti mereka berdua tidak sabar untuk menimang anak sendiri. Mana tahu ada rezeki raya tahun depan bertiga pula. Amin.

































GAMBAR PENUMPANG WARGA ISRAEL BUNGKUS DIRI DALAM PLASTIK DALAM KAPAL TERBANG

Posted: 04 Aug 2014 07:10 PM PDT


ISRAEL - Gambar seorang lelaki ultra ortodok Yahudi yang berbungkus dalam beg plastik menaiki kapal terbang menjadi perdebatan di Internet sejak seminggu lalu.

Gambar tersebut telah diambil oleh salah seorang penumpang dalam penerbangan El Al Israel dan menghantarnya ke sebuah portal Ateisme dengan keterangan gambar yang menyebut: "Seorang ortodok Yahudi membungkus dirinya dengan beg plastik kerana terbang dengan penumpang wanita."

Menurut laporan Haaretz sebuah portal media negara itu, ultra ortodok Yahudi berpegang kuat kepada peraturan ketat pengasingan jantina di khalayak ramai.

Syarikat penerbangan El Al Israel telah melihat peningkatan dalam bilangan penumpang lelaki ultra ortodok ini untuk menukar tempat duduk mereka bagi mengelak duduk di sebelah penumpang wanita.

Laporan itu juga menyebut seorang wanita telah menyaman syarikat penerbangan itu kerana mendakwa dia terpaksa duduk di bahagian belakang pesawat kapal terbang selepas seorang lelaki ultra ortodok tidak mahu duduk di sebelahnya.

Walau bagaimanapun, perbuatan lelaki itu tiada kena mengena dengan terpaksa duduk di sebelah wanita berkenaan, sebaliknya seorang pengguna laman sosial dengan nama 'thenewyorkgod' menjelaskan beliau (lelaki ortodok Yahudi) adalah cohen, iaitu 'keturunan imam suci' di gereja.

"Golongan ini tidak dibenarkan untuk berjalan atau terbang di atas kawasan tanah perkuburan, yang akan menyebabkan mereka tidak suci lagi," katanya.

Malah, sudah menjadi kebiasaan untuk lelaki suci (atau lebih dikenali sebagai Kohen atau Cohen) membungkus diri mereka dalam beg plastik ketika dalam perjalanan ke Israel.

Pada tahun 2001, El Al Airlines telah memutuskan tidak membenarkan ultra ortodok Yahudi berketurunan imam untuk menggunakan beg plastik ketika penerbangan itu melintas di atas tanah perkuburan Holon.

Syarikat penerbangan itu menjelaskan: "Bagi pertimbangan keselamatan dalam penerbangan, penumpang tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat dengan berlindung dalam beg plastik, lapor The Rakyat Post.

EINA AZMAN BAKAL BERNIKAH DENGAN LELAKI SIKH, DATUK PADUKA GURMET SINGH

Posted: 04 Aug 2014 06:59 PM PDT


Pelakon wanita yang sering kali dilanda kontroversi, Eina Azman akhirnya mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Sikh pada penghujung tahun ini.

Jejaka yang berjaya menambat hati gadis berusia 19 tahun ini, Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, pada mulanya tidak mengetahui Eina adalah seorang pelakon kerana mengakui kurang mengenali nama-nama selebriti tempatan.

Eina mendedahkan sikap bertanggungjawab, matang dan suka menasihatinya, merupakan ciri-ciri yang ada pada Gurmet yang berjaya mencuri hatinya untuk menjalinkan perhubungan dengan jejaka tersebut.

"Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami," katanya memetik Harian Metro.

Sementara itu, Eina menyatakan perbezaan agama dan jurang usia yang besar bukanlah menjadi halangan buat mereka kerana ibunya turut membantu teman lelakinya memahami ajaran Islam sedikit demi sedikit, lapor Mynewshub.

UPDATE: EZANY DEDAH PUNCA RAHSIA RUMAHTANGGA GOYANG

Posted: 04 Aug 2014 06:53 PM PDT


SHAH ALAM - Pelakon Ezany Nizariff mendedahkan rumah tangganya bersama Lizda Nuryanti Abidin, 32, mula bermasalah sejak awal perkahwinan mereka lagi aiitu kira-kira tujuh tahun lalu.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, berkata, sepanjang tempoh tersebut dia cuba bertahan bagi menyelamatkan perkahwinan tersebut dan menganggap kemelut yang berlaku kini berada di tahap kritikal dan sudah tidak dapat untuk diselamatkan.

"Masalah bukan berlaku baru-baru ini tetapi sejak awal perkahwinan kami lagi tetapi sebagai seorang suami saya cuba bertahan untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

"Sepanjang tempoh itu saya banyak bersabar sehinggalah hadirnya saya ke mahkamah pada hari ini (semalam)," katanya kepada mStar Online.

Ezany ditemui selepas sebutan pertama permohonan cerai secara baik yang difailkan Lizda di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling dekat sini pada Isnin.

Pada prosiding tersebut, Ezany selaku defendan tidak bersetuju untuk bercerai secara baik sebaliknya membuat permohonan nusyuz terhadap isterinya itu yang difailkan pada pada 22 Julai lalu. Kes bersambung pada 3 September depan.

Dalam pada itu, Ezany enggan mendedahkan punca sebenar konflik yang berlaku dalam rumah tangganya kerana khuatir masalah sedia ada akan bertambah buruk sehingga memberi kesan kepada prosiding di mahkamah.
Jelas Ezany, cukuplah sekadar beberapa berita mengenai konflik rumah tangganya sebelum ini sudah menjadi perhatian umum dan baginya ia sudah memberi gambaran mengenai apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka.

"Banyak benda yang tidak boleh saya perkatakan secara terbuka kerana ia terlalu peribadi dan saya juga tidak berniat untuk membuka keaiban mana-mana pihak," ujarnya.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.

Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak, lapor mStar.

KELIBAT BUAYA PUNCA KESESAKAN JALAN RAYA

Posted: 04 Aug 2014 06:49 PM PDT


KELIBAT seekor buaya digelar Longlong mengejutkan orang ramai hingga menyebabkan kesesakan trafik luar biasa berlaku di Manila, Filipina baru-baru ini.

Difahamkan, orang ramai menyangka bahawa buaya yang diangkut pada bumbung sebuah van di tengah Manila itu adalah buaya gergasi yang dikhabarkan sudah mati pada tahun lalu.

Namun, untuk mendapatkan kepastian, van tersebut telah dikerumuni orang ramai untuk melihat kesahihan buaya berkenaan.

Malangnya, buaya sepanjang 21 kaki yang dibawa itu adalah buaya diperbuat dari gentian kaca direka cipta khas sebagai memperingati kematian buaya gergasi tersebut.

Pemandu van berkenaan berkata, Longlong akan dihantar ke Taman Buaya Pasay City sebagai replika khas di taman berkenaan.

"Buaya ini dicipta sebagai sebagai satu penghormatan kepada 'Lolong' iaitu buaya air masin terbesar di dunia yang mati dalam kurungan tahun lalu," katanya kepada Manila Times.

Dicipta oleh Juvy Bangut dan Jessie Suerte, kos untuk mencita Longlong dikatakan mencecah harga AS$2,000 (RMxx) dan disiapkan kira-kira tiga bulan. -SinarHarian

MENAKJUBKAN, PADERI TERIMA SMS DARIPADA SYAITAN !

Posted: 04 Aug 2014 05:37 PM PDT


Warsaw: Seorang paderi Poland yang menjalankan ritual menghalau hantu pada seorang remaja perempuan mendakwa dia dihubungi oleh syaitan melalui teks pesanan ringkas (SMS).

Paderi Marian Rajchel dari Jaroslaw, tenggara Poland berkata dia mula mendapat SMS berunsur kebencian selepas gagal mengusir syaitan itu daripada remaja terbabit.

Rajchel percaya makhluk itu menggunakan tubuh badan remaja berkenaan sebagai perantaraan untuk melepaskan geram menerusi telefon bimbit.

"Biasanya pemilik telefon tidak sedar mereka dipergunakan seperti ini. Bagaimanapun dalam kes seperti ini ia jelas berlaku," katanya.

Rajchel mendakwa syaitan dan pengikutnya tidak takut menggunakan teknologi moden. Antara mesej itu, menurut akhbar Austrian Times berbunyi: "Dia tidak akan keluar dari neraka ini, dia milik aku. Sesiapa yang membantunya akan mati."

Paderi berkenaan menjawab SMS itu dan menerima satu lagi jawapan berbunyi: "Baik kamu diam, paderi. Kamu tidak boleh menyelamatkan diri kamu sendiri. Bo.doh. Paderi tua yang bo.doh."

Menurut Rajchel, kejadian itu jelas menunjukkan remaja itu dirasuk dan memerlukan bantuan. -PenMerah

3 GAMBAR TERKINI ISTERI JOHAN RAJA LAWAK DENGAN BABY BUMP

Posted: 04 Aug 2014 09:46 AM PDT

Kini pelakon yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak iaitu Ozlyn sedang melalui fasa mengandung. Dan dari gambar yang dikongsi oleh pasangan suami isteri ini, memang sudah jelas kelihatan baby bump si Ozlyn.

Ozlyn dengan gaya rambut pendek memang nampak comel sekali.

Bagi perkembangan si suami pula, Johan juga sedang menjalani rehab dari pembedahan lututnya tu. Dah semakin pulih.

Semoga pasangan suami isteri ini sentiasa di murahkan rezeki dan bahagia selalu. :)

SUMBER: HOTLIPS CORNER



TINDAKAN BERANI BAKAR BENDERA ISRAEl DI MAJLIS PERSANDINGAN, PASANGAN PENGANTIN MALAYSIA INI POPULAR DI ISRAEL

Posted: 04 Aug 2014 09:09 AM PDT


SHAH ALAM - Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.

Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul "Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day ".

Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.

Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat 'bala bencana' dek kerana perbuatan itu.

Patrick Gleen Hendry yang dipetik sebagai berkata "semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan".

Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut.

4 GAMBAR: PRODUK TERBARU CADBURY GUNA GAMBAR BABI SEBAGAI HIASAN BUNGKUSAN !

Posted: 04 Aug 2014 08:46 AM PDT



Cadbury mengeluarkan produk baru Buttons tetapi mempunyai gambar yang dipercayai seperti hidung khinzir. Macam mana kita nak berpandangan positif.. dah warna pun warna dia.. dengan telinganya macam tu.. biarlah Cadbury sendiri yang beri penjelasan.

KREDIT FOTO: DAILY TRAFIC REPORT





DAZRIN & AMYRA TIDAK JADI KAHWIN, ENGGAN KONGSI PUNCA KEGAGALAN

Posted: 04 Aug 2014 08:31 AM PDT


KUALA LUMPUR – Rencana pernikahan pasangan pelakon, Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli, yang dijadualkan pada Jumaat ini tidak akan berlangsung seperti yang dirancang.

Ibu kepada Amyra yang juga pengurusnya, Norzaridah Ahmad, mengesahkan perkara itu ketika ditemui HIP di Balai Berita, Bangsar, hari ini.

Beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga dan kesepakatan itu dicapai pada Ramadan lalu.

"Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama.

"Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami.

"Mengenai jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika ini," katanya.

Pasangan berkenaan bertunang pada 25 Ogos tahun lalu, selepas tiga tahun berkenalan. Amyra dan Dazrin dikenali menerusi drama Jodoh, lapor Berita Harian.

UPDATE 4 GAMBAR TERKINI: PASANGAN KEJAM BUNUH REMAJA DITAHAN POLIS

Posted: 04 Aug 2014 08:10 AM PDT


Pasangan yang dikatakan membunuh seorang remaja di Jalan Labu semalam telah pun ditahan berikutan tersebarnya foto-foto aksi terlampau mereka di Facebook. 5 GAMBAR SUSPEK: GARA-GARA BUNYIKAN ENJIN MOTOSIKAL, LELAKI DIPUKUL HINGGA MATI





Berikut merupakan ringkasan berita mengenai penangkapan pasangan tersebut.


Polis menahan sepasang kekasih berusia 21 dan 19 tahun dipercayai terbabit  dalam pembunuhan seorang remaja di tapak pembinaan di Batu 3, Jalan Labu, di sini, semalam.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua suspek ditahan di Ampangan, dekat sini,  jam 6 petang semalam. Katanya, polis turut memburu tiga lagi individu berusia awal 20-an yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

Dalam kejadian itu, mayat Amir Fazli Suhaimi, 18, yang bekerja di Kompleks  Sukan Nilai, dekat sini, ditemui tertiarap di dalam sebuah lubang di tapak  pembinaan terbabit, jam 8.20 pagi kelmarin.

Foto terkini pasangan tersebut kini viral di Internet:




3 GAMBAR: AZLEE SENARIO KINI TERLANTAR DI HOSPITAL

Posted: 04 Aug 2014 02:54 AM PDT


Pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Azlee kini berada di wad di Hospital Damansara kerana masalah kesihatan.

Azlee atau nama sebenarnya, Mohd Azlee Bin Jaafar yang kini berumur 47 tahun dimasukkan ke wad kerana masalah hempedu.

Ramai juga peminat yang mendoakan dan mengucapkan selamat kepada Azlee Senario. Mari kita doakan agar pelawak legend ini selamat dan cepat sembuh.

Senario kini hanya dianggotai oleh 3 pelawak iaitu Azlee, Wahid dan Lan Pet Pet. Antara bekas ahli senario ialah, Saiful Apek, Shamsul Ghau Ghau dan Yassin.

Gambar di bawah:


Antara komen peminat:



Sumber: Hotlips Corner

BOIKOT TAHAP MAKSIMA, BAWA & MAKAN NASI KERABU DI McDONALD !

Posted: 04 Aug 2014 02:41 AM PDT

Seorang lelaki mengambil langkah unik memboikot produk berkaitan Israel apabila muncul di restoran McDonald bersama dengan Nasi Kerabu bungkus dan Teh 0. Tindakan beliau mendapat pujian ramai pengguna media sosial. Namun, lokasi dan identiti lelaki tersebut tidak pula dinyatakan dalam gambar itu.


UPDATE: EZANY TOLAK PERMOHONAN CERAI ISTERI

Posted: 04 Aug 2014 02:34 AM PDT


SHAH ALAM - Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Isnin membenarkan permonohan pelakon Ezany Nizariff untuk menolak permohonan cerai secara baik yang dibuat isterinya Lizda Nuryanti Abidin, 32, pada 17 Julai lalu.

Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar membuat keputusan itu selepas Ezany memberitahu mahkamah dia sudah memfailkan permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap Lizda pada 22 Julai lalu.

Mohd Nurulazhar bagaimanapun memerintahkan pasangan berkenaan membentuk satu jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka sebelum kes berkenaan disambung semula pada 3 September depan.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.

Selain nusyuz, Ezany menfailkan dua lagi tuntutan terhadap isterinya berhubung hak penjagaan dua anak mereka.

Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari.

Sementara itu, Ezany ketika ditemui diperkarangan mahkamah memberitahu, dia tetap akan meneruskan dengan permohonan nusyuz terhadap isterinya biarpun wanita berkenaan meminta diceraikan secara baik.

Jelas Ezany, perkara itu adalah yang terbaik buat masa ini selepas mendapat khidmat nasihat peguam mengenai kes berkenaan.
|
"Buat masa ini saya ikut apa yang dinasihatkan oleh peguam dan selebihnya kita tunggu pada perbicaraan nanti," katanya.

Tambah pelakon itu, dia juga telah menfailkan dua lagi tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung hak penjagaan sementara dan hak penjagaan kekal terhadap dua anak mereka.

"Insya-Allah kes berkenaan (penjagaan anak) akan disebut di mahkamah pada 25 dan 27 Ogos ini dan anak-anak kini tinggal bersama saya selepas isteri bertindak keluar rumah sejak 19 hari lalu," katanya.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak, lapor mStar.

SONGSANG, 9 GAMBAR ARTIS AF3 TUKAR JANTINA !

Posted: 04 Aug 2014 02:29 AM PDT


Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoriti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki - Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Menerusi blog hotlips-yuya.blogspot.com. Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke 3, Amylia telah sekali lagi mencuri tumpuan di industri hiburan tanah air.

Kali ini penyanyi tersebut menyambut hari raya dengan berpakaian seperti lelaki dengan lengkap memakai baju melayu serta bersongkok.

Amylia yang lebih dikenali sebagai Amy AF3 merupakan antara peserta yang menyerlah juga selain Mawi, Marsha Milan, Reza, Amylea, Yazer, Felix, Eliza dan Kefli.

Ramai yang terkejut dengan perubahan besar bekas peserta AF ini.

Amilia juga sebelum ini pernah digossipkan dengan skandal songsang satu ketika dahulu..








5 GAMBAR SUSPEK: GARA-GARA BUNYIKAN ENJIN MOTOSIKAL, LELAKI DIPUKUL HINGGA MATI

Posted: 04 Aug 2014 02:12 AM PDT


SEREMBAN - Seorang pekerja lelaki Kompleks sukan Nilai ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam sebuah lubang di Jalan Labu, Batu 6 semalam.


Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mayat Amir Fazli Suhaimi Fadzil, 18, ditemui oleh orang awam. Mayat ditemui hanya memakai seluar dan tidak berbaju.


Pemeriksaan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan lebam di bahagian mata dan hidung berdarah. Dompet mangsa juga tidak ditemui. Namun sebuah motosikal Yamaha 125Z dipercayai milik mangsa ditemui 40 meter dari lokasi kejadian.


Sebuah topi keledar berwarna biru, sehelai baju dan jam tangan turut ditemui tidak jauh dari mayat mangsa berserta beberapa kesan darah. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindakan selanjutnya.

Polis bagaimanapun telah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun & 19 tahun yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu.

Kedua-dua suspek bersama 3 lagi rakan subahat yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipukul sehingga mati.







Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.  -MyMediaHub

7 GAMBAR: GADIS BERANI MATI, GADAI NYAWA DAPATKAN GAMBAR TERBAIK TUNJUK SOKONGAN KEPADA PALESTIN & MH17

Posted: 04 Aug 2014 12:41 AM PDT

 
Tanpa sebarang perasaan takut, seorang gadis melayu sanggup membahayakan nyawa sendiri semata-mata hendak menyampaikan mesej sokongan terhadap Gaza, Palestin & keadilan untuk MH17.

Berada di satu bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur, gadis ini sanggup mengadai nyawanya semata-mata untuk mendapatkan photoshoot yang superb menarik dan ditambah 'enak' dengan mesej sokongan padu terhadap umat Islam di Gaza dan MH17 yang ditembak jatuh bulan lepas.

Entah bagaimana mereka mendapat keizinan untuk berada di tempat bahaya itu. Sudahlah tidak dilengkapi dengan alat keselamatan, jika tersilap langkah, pasti maut yang menanti di bawah.













Bukan begini caranya nak menyatakan sokongan terhadap Gaza mahupun menuntut keadilan untuk MH17. Perbuatan sebegini sebenarnya nampak terdesak mahukan perhatian orang ramai yang akhirnya dilabelkan sebagai satu tindakan yang tidak cerdik.

Remaja sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru untuk mendapat perhatian dan pujian orang ramai.

Orang ramai dinasihatkan, jangan perjudikan nyawa semata-mata untuk mendapatkan gambar sudut yang terbaik seperti yang dilakukan oleh gadis dalam gambar ini. Mohon pihak berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

2 Comments

  1. "Get daily updates on top artists with exclusive subscription deals—don't miss out on the latest news!" For complete information, visit our website here https://jenitaameliajen.wixsite.com/berita-artis

    ReplyDelete
  2. "Keep up to date with the latest news from the world of celebrities, movies, music, and fashion. We bring you the most interesting stories straight from the center of the glitz and glamour of the entertainment world!" For complete information, visit our website here https://sites.google.com/view/168news/infotainment

    ReplyDelete