BARABEREH |
- PASANGAN SUAMI ISTERI ENGGAN KEBUMIKAN MAYAT ANAK, SIMPAN DALAM BILIK BEKU
- VIDEO ULAR TEDUNG DI KUIL DI KESANG PAJAK TERSEBAR JADI PERHATIAN DUNIA
- 9 GAMBAR: PUNCA WAJAH ANAK AWAL & SCHA AL YAHYA MASIH DIRAHSIAKAN
- PENJELASAN JOHAN AS'ARI UPLOAD GAMBAR BERSAMA SHILA AMZAH
- KERETA DILANGGAR WARGA SINGAPURA, AUNTIE #JKU3945 MENGAMUK, ANAK SEPAK KERETA
- DATO' ALIFF SYUKRI "TERLAJAK LARIS" DIHENTAM GARA-GARA SELUAR PENDEK
PASANGAN SUAMI ISTERI ENGGAN KEBUMIKAN MAYAT ANAK, SIMPAN DALAM BILIK BEKU Posted: 03 Aug 2014 09:17 PM PDT Sepasang suami isteri enggan mengebumikan mayat dua anak mereka yang meninggal dunia minggu lalu akibat terjatuh dalam kuari berbahaya, sehingga pihak berkuasa memberikan penjelasan kenapa kuari itu masih belum ditutup. Pasangan itu, Cai Libiao dan Wang kini meletakkan mayat anak mereka, Chung , 3 dan Hu, 5, dalam bilik beku. Chung dan Hu terjatuh dalam lubang kuari berkenaan ketika bermain bersama rakan-rakan mereka. Lubang itu telah digali sejak dua tahun lalu bagi membolehkan laluan baru dibina. Bagaimanapun ia telah terbiar dan dipenuhi dengan air, sekali gus menjadi tarikan kepada kanak-kanak untuk bermain di situ. Libiao dan Wang, kini merayu untuk mendapatkan pampasan dan penjelasan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian malang itu. Menurut jiran mereka, Shen Pai, pasangan berkenaan bertindak demikian kerana mahukan penjelasan agar perkara sama tidak berulang. "Pihak berkuasa mengetahui bahawa lubang itu sangat bahaya namun mereka tidak melakukan apa-apa meskipun sudah banyak aduan dibuat, lapor Mynewshub. |
VIDEO ULAR TEDUNG DI KUIL DI KESANG PAJAK TERSEBAR JADI PERHATIAN DUNIA Posted: 03 Aug 2014 09:11 PM PDT S. Subramaniam di Kuil Sri Pratiyangaraa Devi Sakhti Beddam di Taman Ria untuk upacara sembahyang pada Mei lalu di mana beliau menggunakan telefon pintarnya untuk merakamkan satu klip mengenai bagaimana seekor 'king cobra' menunjukkan 'aksi' menerusi upacara keagamaan. "Anak saudara perempuan saya berusia 25 tahun kemudiannya memuat turun aplikasi WhatsApp ke dalam telefon, dan mengajar saya bagaimana untuk menghantar mesej menggunakan aplikasi itu. "Bila saya melihat ular tedung ketika sedang melakukan upacara keagamaan, saya fikir untuk merakamkan perkara itu untuk rakan-rakan saya," katanya di sini, Ahad. Pada awalnya bapa lima anak itu berkongsi video berkenaan dengan kebanyakan rakan dan saudara-maranya. "Ramai yang memuji saya selepas saya menghantar video itu apabila mereka merasakan seorang lelaki tua dan sebelum ini membuat kerja-kerja sampingan seperti saya begitu mahir dengan penggunaan telefon pintar. "Ia merupakan cubaan pertama saya menggunakan aplikasi WhatsApp dan saya terkejut apabila video berkenaan tersebar luas malah disiarkan di saluran televisyen di India." Survana News di Karnataka di India menyiarkan rakaman itu semasa berita waktu perdana pada 29 Julai lalu, sebelum ia kemudiannya dikongsikan oleh stesen televisyen lain di India. Penyampai berita Survana News bercakap kepada beberapa pakar herpetologi mengenai bagaimana 'king cobra' boleh dapat ditenangkan dalam upacara keagamaan yang berlangsung selama sejam. Bagaimanapun, stesen televisyen pada awalnya mendakwa rakaman itu diambil dari sebuah kuil di Tamil Nadu tanpa menyedari bahawa ia sebenarnya dirakamkan di Melaka. "Saya tidak menjangkakan rakaman saya akan dikongsikan seluruh dunia apabila pihak pengurusan kuil turut menerima panggilan daripada seorang wanita di Switzerland selepas dia menyaksikan rakaman itu di media sosial, dan kemudiannya cuba menjejaki sumber itu," kata Subramaniam yang bangga dengan berita itu. Samil kuil K.M. Thinageswar Sivaachaariyar berkata, ular tedung itu dibawa masuk khusus untuk upacara keagamaan yang berlangsung pada Mei lalu. Beliau berkata, walaupun ular itu mengeluarkan bisa, tetapi ia tidak menjadi agresif apabila ayat-ayat dibacakan semasa upacara berlangsung. Thinageswar berkata, dua stesen televisten, satu dari Tamil Nadu dan satu lagi dari Tokyo, memohon kebenaran untuk membuat rakaman sewaktu ular tedung itu membuat 'kemunculan seterusnya' di kuih itu dari 19 hingga 30 Ogos ini. "Saya juga terkejut bagaimana stesen-stesen televisyen ini dapat menjejaki kuil ini, walaupun rakaman yang tersebar di media sosial itu tidak pernah menyebut tempat atau negara (ia dirakam)," kata Subramaniam, lapor mStar. "Saya begitu teruja untuk meletakkan lebih banyak video dan gambar di YouTube dan Facebook. Pada masa lapang yang ada ini boleh saya membuat rakaman mengenai perkara-perkara yang menarik dan berkongsinya dengan mereka yang lain." |
9 GAMBAR: PUNCA WAJAH ANAK AWAL & SCHA AL YAHYA MASIH DIRAHSIAKAN Posted: 03 Aug 2014 09:01 PM PDT Di laman sosial, ramai peminat yang melahirkan rasa tidak sabar dan meminta Awal dan Scha mendedahkan wajah anak mereka. Ada yang siap marah-marah lagi tue. Amboi, fanatik betul sesetengah peminat nie. Namun berita baik untuk anda semua, penantian tersebut akan berakhir tidak lama lagi. Menurut Awal, wajah puteri kesayangan mereka akan didedahkan selepas isterinya, Scha Al Yahya selesai berpantang. Tempoh berpantang seperti yang kita ketahui ialah 44 hari. Daripada pengiraan Abang Nara, kini Scha telah pun berpantang lebih kurang 3 minggu. Jadi kita hanya perlu menunggu dalam sebulan sahaja lagi sebelum dapat melihat wajah si comel ini. Diharap anda semua bersabar. Janganlah marah Awal dan Scha. Itu anak mereka. Jadi terpulanglah kepada mereka berdua untuk menentukan bila mahu mendedahkan wajah si comel kepada orang ramai. Nanti kalau korang ada anak, korang akan fahamlah perasaan tersebut. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Awal Ashaari, Scha dan puteri kesayangan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. BeautfiulNara |
PENJELASAN JOHAN AS'ARI UPLOAD GAMBAR BERSAMA SHILA AMZAH Posted: 03 Aug 2014 08:07 PM PDT PETALING JAYA - Pelakon Johan As'ari tidak mempunyai sebarang agenda apabila memuat naik gambarnya bersama penyanyi Shila Amzah di laman Instagram miliknya sehingga menimbulkan reaksi daripada peminat. Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 28, berkata, tujuan dia berbuat demikian bukan untuk mengungkit kisah lama tetapi hanya sekadar bertanya khabar terhadap bekas kekasihnya itu. "Saya jujur dengan hati dan diri saya dan tiada sebarang niat tertentu apabila memuat naik gambar berkenaan apatah lagi cuba memikat hatinya kembali dan ia sekadar ingatan saya kepada Shila," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi menerusi aplikasiWhatsApp pada Ahad. Johan sebelum ini pernah dikaitkan dengan Shila Amzah tetapi pelakon filem Juvana itu membuat pengakua menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Lana Nordin. Bagaimanapun percintaan singkat di antara Johan dan Lana hanya kekal selama sebulan. Dalam pada itu, Johan berkata, dia yakin Shila sudah melupakan segala peristiwa diantara mereka kerana wanita itu adalah seorang yang pemaaf dan baik hati. Jelas Johan, biarpun sudah tidak berhubung dengan Shila namun dia sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaannya yang sedang mencipta nama di China. "Shila adalah seorang wanita yang baik dan saya mengenali dirinya dia seorang yang suka membantu dan pemaaf. "Saya yakin dia telah melupakan segala yang berlaku sebelum ini biarpun kami sudah lama tidak bersua muka," katanya. Sementara itu, Johan berkata, dia terharu dengan sikap Shila yang sanggup meluangkan masa menziarahi ibunya, Datin Firdaus Abdul Kadir di hospital baru-baru ini biarpun jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti. "Saya terharu dia dan keluarganya sudi ziarah ibu saya ketika di hospital dan jelas menunjukkan dia sangat mengambil berat dan tidak mudah memutuskan silaturahim biarpun ada salah faham sebelum ini," katanya, lapor mStar. Dalam perkembangan lain, Johan kini berada di Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untuk penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi. |
KERETA DILANGGAR WARGA SINGAPURA, AUNTIE #JKU3945 MENGAMUK, ANAK SEPAK KERETA Posted: 03 Aug 2014 07:34 PM PDT 1 Ogos 2014, kira-kira jam 5.45 petang, seorang pemandu warga Singapura terlanggar kereta Proton Saga bernombor pendaftaran JKU3945. Pemandu berbangsa India terbabit yang dalam perjalanan menuju ke Kastam Singapura di Woodlands dipercayai membunyikan hon pada pemandu kereta Proton Saga tanpa diketahui apa punca dia bertindak sedemikian. Barangkali terkejut dengan bunyi hon kereta dari belakang, pemandu Proton Saga bertindak menghentikan kenderaannya secara tiba-tiba dan lalu dilanggar oleh pemandu Toyota Vios berkenaan. Keadaan mula tegang apabila pemandu lelaki (Toyota Vios) mula menaikkan tangan (ala-ala Karam Singh Walia) menyebabkan pemandu Proton Saga berang kerana menganggap tindakan itu menunjukkan seolah-olah dia dianggap bodoh dan tiada otak. Bagaimanapun, pemandu lelaki itu cuba meredakan keadaan serta masih berkeras mahu menyalahkan pemandu wanita itu yang menjadi punca kemalangan. Namun pemandu wanita itu menafikan dakwaan tidak berasas itu. Isteri kepada pemandu lelaki berkenaan juga mendakwa pemandu wanita terbabit ada menunjukkan isyarat lucah terhadap mereka. Pemandu lelaki nekad mahu membuat laporan polis, namun pemandu wanita yang berasal dari Malaysia enggan membuat laporan polis dan meminta bayaran ganti rugi. Malangnya permintaannya itu ditolak dan lelaki berkenaan menyuruh wanita terbabit menuntut ganti rugi dari pihak Insurans kereta wanita itu sendiri. Pada minit ke 1.51 video berkenaan, kelihatan seorang penumpang Proton Saga terbabit menendang bahagian hadapan kereta lelaki itu. Pada minit ke 2.00, lelaki itu mula nak mengutuk melayu dan menyebabkan wanita itu juga bertindak membalas balik kutukannya itu. |
DATO' ALIFF SYUKRI "TERLAJAK LARIS" DIHENTAM GARA-GARA SELUAR PENDEK Posted: 03 Aug 2014 07:12 PM PDT Pengasas D' Herbs, Dato Aliff Syukri telah menjadi tumpuan para pengguna laman Instagram apabila memuatnaik gambar yang menjadi kontroversi. Aliff Syukri kini bercuti bersama keluarga di luar negara dan ada beberapa gambar yang dimuatnaik oleh usahawan popular ini yang menunjukkan dia memakai seluar yang agak pendek. Akibat gambar itu banyak follower yang memberi komen menasihat Dato Aliff Syukri kerana memakai seluar terlalu pendek. Ramai juga yang menhentam usahawan ini dan akhirnya Aliff Syukri memberi komen dia tidak akan memakai seluar pendek itu lagi dan akan memakai seluar panjang.Haha macam-macam hal. |
You are subscribed to email updates from BARABEREH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment "BARABEREH"
Post a Comment