BARABEREH |
- MEGAMAL PACIFIC, PENANG GUNA SIMBOL YAHUDI SEBAGAI HIASAN HARI RAYA
- UPDATE: "SEMUA DAKWAAN ITU ADALAH MENGARUT" - KIKI #CDM25
- #MH17: SAYU, ANTARA BARANG-BARANG PERIBADI MANGSA PESAWAT
- 2 REMAJA PARAH DIBELASAH ABANG LONG KAWASAN GARA-GARA TIDAK PUASA
MEGAMAL PACIFIC, PENANG GUNA SIMBOL YAHUDI SEBAGAI HIASAN HARI RAYA Posted: 21 Jul 2014 02:10 AM PDT Di musim perayaan ini, rata-rata pasaraya di Malaysia mula untuk menghiasi ruang legar pasaraya mereka dengan hiasan sempena sambutan Aidil Fitri buat semua yang beragama Islam di negara ini. Lain pula ceritanya di Megamal Pacific, Perai Penang apabila kami menerima kiriman gambar dari pengunjung yang mengatakan mereka terkejut dengan tindakan pasaraya itu meletakkan simbol Yahudi di dalam hiasan Aidil Fitri pasaraya mereka. Simbol yang sebenarnya dikenali oleh Star of David ini amat popular dengan komuniti zionis hingga ianya disemadikan di bendera Israel sehingga hari ini. Sejak kurin ke-17 lagi, ianya digunakan dengan panggilan "Shield of David" yang juga digunapakai dalam buku sembahyang Yahudi iaitu Siddur yang bertajuk God of Israel. Mungkin pihak pasaraya ini mempunyai penjelasan sendiri mengapa hiasan tersebut digunakan yang mana sepatutnya memahami ianya adalah berkenaan Aidil Fitri dan simbol tersebut amat sensitif untuk rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam. Ada kemungkinan juga mereka tersilap kerana menyangkakan ianya simbol bintang (Rub el Hizb) yang biasa digunakan dalam senibina Islam. -OhMedia! |
UPDATE: "SEMUA DAKWAAN ITU ADALAH MENGARUT" - KIKI #CDM25 Posted: 21 Jul 2014 02:03 AM PDT Kuantan – Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak keterlaluan dengan membuli seorang lelaki warga emas, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, minggu lalu, bukan disebabkan selepas dimaki oleh mangsa. Sumber polis sebaliknya berkata, berdasarkan siasatan, Kiki dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang selepas lelaki itu tidak mahu keluar dari kereta, selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kecil. "Keterangan lelaki berkenaan juga mengesahkan dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kiki pada masa kejadian," katanya. Menurutnya, surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak ganas kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab. "Saya sudah membaca surat berkenaan dan pada saya semua dakwaan itu adalah mengarut," katanya. Semalam, satu kenyataan disebarkan di laman sosial bahawa Kiki bertindak keterlaluan selepas dimaki oleh lelaki berkenaan. Ia turut menyatakan bahawa lelaki berkenaan turut menghamburkan kata cacian berbaur perkauman. Sementara itu, Kiki dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda di Mahkamah Majistret di sini, esok, lapor Hmetro. |
#MH17: SAYU, ANTARA BARANG-BARANG PERIBADI MANGSA PESAWAT Posted: 21 Jul 2014 02:00 AM PDT Sehingga kini dilaporkan sebanyak 196 mayat nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 telah berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat antarabangsa. Kesemua mayat yang dikumpulkan itu kemudiannya telah dialih ke lima gerabak kereta api yang dilengkapi peti sejuk untuk menempatkan mayat-mayat tersebut. Selain gambar-gambar menyayat hati kematian tragis 283 penumpang dan 15 anak kapal ini, barang-barang peribadi yang turut dibawa bersama oleh sebahagian penumpang MH17 turut menyimpan seribu satu kisah yang pastinya meruntun hati kita yang melihatnya. Antaranya terdapat buku katalog percutian di Bali dan Lombok, Indonesia yang pastinya mahu dijadikan sebagai rujukan oleh mangsa-mangsa MH17 yang tidak berkesampaian sampai ke destinasi yang dituju. Selain itu, barangan elektronik seperti komputer riba juga turut ditemui dengan kesan pecah serta beg-beg 'backpack' milik mangsa yang telah dikumpulkan di satu tempat di sekitar lokasi nahas di timur Ukraine, Donetsk. Seperti yang kita juga sedia maklum, seramai lebih kurang 80 mangsa MH17 terdiri daripada kanak-kanak, dan tidak hairanlah banyak buku-buku kanak-kanak selain anak patung yang ditemui di antara barang-barang peribadi yang dibawa penumpang penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbabit. – MYNEWSHUB |
2 REMAJA PARAH DIBELASAH ABANG LONG KAWASAN GARA-GARA TIDAK PUASA Posted: 21 Jul 2014 01:43 AM PDT SUMBER: MYMEDIAHUBONLINE Sebuah Facebook Page yang menggunakan nama Persatuan Kongsi Gelap Melayu baru memuat naik sekeping gambar yang memaparkan 2 orang remaja dibelasah teruk. Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pondok kosong di Jerlun itu, dua remaja melayu terbabit didapati tidak berpuasa dan sedang menjamah makanan. Berang dengan penemuan itu, seorang lelaki yang berstatuskan Abang Long Rafi terus membelasah dua remaja melayu terbabit tanpa sebarang belas kasihan. Admin page berkenaan pula berkata, "Nasib baik aku xdk situ. Klu ada mmg patah kaki la barua dua ekoq ni". Pada sangkaan admin, tindakannya memuat naik gambar berkenaan akan mendapat sokongan dari LIKERS nya yang berjumlah 6,426 orang, namun respon sebaliknya yang diterima. Majoriti LIKER page Kongsi Gelap Melayu tersebut mengutuk tindakan mereka dan meminta jika benar admin anak jantan, turunlah bertemu dan berentap dengan orang yang berkelayakan. Ada juga yang hairan mengapa mereka sanggup menjadikan budak-budak bawah umur sebagai lawan? Sedangkan ada banyak lagi cara yang baik untuk menegur tindakan mereka yang tidak berpuasa. Bukannya mengambil tindakan mengikut pertimbangan sendiri. Dan apa yang paling memalukan, perlukah mencemarkan imej melayu dengan budaya Kongsi Gelap? |
You are subscribed to email updates from BARABEREH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment "BARABEREH"
Post a Comment