BARABEREH

BARABEREH


#MH17: PEMBOHONGAN KUASA BESAR & MEDIA TENTANG INSIDEN MH17 !

Posted: 20 Jul 2014 09:23 PM PDT



1. Bagaimana kita mahu percaya kepada sebarang kenyataan Ukraine, Russia dan Amerika Syarikat di dalam tragedi pesawat MH17 yang meranap hati rakyat Malaysia?

2. Ketiga-tiga negara itu mempunyai dosa dan sejarah hitam menembak jatuh pesawat komersial sebelum ini.

a. Russia yang dulu dikenali sebagai Soviet Union telah menembak jatuh pesawat Korean Airlines (KAL007) pada 1 September 1983. Pesawat komersial itu ditembak jatuh oleh jet pejuang SU-15TM berhampiran Pulau Moneron. 269 orang mati dibunuh.

b. 78 penumpang dan anak kapal pesawat Siberian Airlines dibunuh apabila pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu tentera Ukraine. Kejadian yang berlaku pada 4 Oktober 2001 itu ketika pesawat komersial tersebut melalui Laut Hitam.

c. 290 penumpang dan anak kapal pesawat Iran Air (IR655) yang tidak bersalah, mati dibunuh oleh Amerika Syarikat pada 3 Julai 1988. Pesawat komersial tersebut ditembak jatuh di antara Dubai dan Abbas oleh peluru berpandu SM-2MR yang dilancarkan dari USS Vincennes, kapal perang tentera laut US



3. Sama ada 269 atau 78 atau 290 innocent people yang mati dibunuh, Amerika Syarikat, Ukraine dan Russia masih begitu juga tanpa rasa bersalah.

4. Dan sekarang, ketiga-tiga negara itu saling menuding jari sesama mereka dan blaming games ini sangat memualkan kita rakyat Malaysia.

5. Yang terbaru ialah dakwaan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh jet pejuang tentera undara Ukraine dan sumber kepada 'maklumat' ini ialah seorang pengawal trafik udara di Kiev yang bernama Carlos.

6. Bukan maklumat dan perincian daripada Air Controller tetapi daripada twitter pengawal trafik udara tersebut! Sungguh melucukan !

7. Jika benar wujud 'jet pejuang Ukraine' tersebut, bukan Carlos seorang tetapi seluruh staf Air Controller di Kiev akan tahu termasuk juga pesawat-pesawat lain yang berada berhampiran dengan pesawat MH17 ketika itu.

8. Sudah pasti akan berlaku intercept dan juga perbualan di antara pilot MH17 dengan pilot 'jet pejuang Ukraine' tetapi tiada laporan tentang perkara ini oleh pihak MAS.

9. Malah, agensi aviation yang terlibat seperti EuroControl dan International Air Transportation Association tidak ada pun membuat sebarang kenyataan tentang kewujudan 'jet pejuang Ukraine' itu.

10. Maka kerana itu, teori pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu Surface-to-Air dari pelancar BUK masih lagi dianggap logik.

11. Terdapat laporan yang mengatakan foto-foto yang menunjukkan bekas asap peluru berpandu SA-11 telah diambil berdekatan bandar Snizhne, timur Ukraine sebelum pesawat MH17 jatuh terhempas.





12. Realitinya, pihak media yang pro-Amerika, Russia, Ukraine dan media-media Barat telah menyulitkan kita untuk mengetahui yang mana satu berita yang benar atau hanya sekadar rekaan untuk menyalahkan lawan masing-masing.

13. Media-media tempatan sama ada konvensional atau pun digital juga terpaksa mendapat sumber berita daripada agensi-agensi berita antarabangsa yang kita sendiri semakin tidak pasti kesahihan dan kebenarannya.

14. Lebih-lebih lagi apabila berita MH17 ini melibatkan 2 kuasa besar dunia yang saling berdominan, bercakaran dan tidak pernah ikhlas untuk bekerjasama sejak era Perang Dingin lagi.

15. Memang sangat pahit, perit dan menyakitkan hati tetapi kesulitan-kesulitan yang amat besar ini yang terpaksa ditanggung sendiri oleh kita rakyat Malaysia.


KANAK-KANAK 9 TAHUN MENGEJUTKAN DUNIA, KAHWIN DENGAN WANITA 62 TAHUN !

Posted: 20 Jul 2014 08:34 PM PDT

 
MPUMALANGA (Afrika Selatan) - Seorang kanak-kanak lelaki mengejutkan dunia apabila muncul sebagai pengantin lelaki termuda buat kali kedua, pada usia sembilan tahun.

Saneie Masilela mengahwini seorang wanita berusia 62 tahun buat kali kedua selepas berkahwin pertama kalinya setahun lalu.

Menurut Saneie, upacara perkahwinan itu dilakukan kembali sebagai upacara rasmi tetapi ia dianggap sebagai sesuatu yang menjelekkan bagi penduduk kampung, lapor portal The Mirror.

Kedua-dua buah keluarga mendakwa, perkahwinan itu merupakan satu ritual selepas Saneie diberitahu oleh nenek moyang yang sudah mati supaya berkahwin pada tahun lalu.

Saneie bagaimanapun berkata apabila dia dewasa, dia akan mengahwini wanita yang seusia dengannya.

Menurut ibunya, ritual ini dilakukan bagi mengelak bala.

"Dengan cara ini, nenek moyang kami akan bahagia. Jika tidak tunaikan seperti yang diminta maka perkara buruk akan berlaku dalam keluarga," katanya, lapor TRP.

ISTERI DILARIKAN LELAKI LAIN, EZANY BUAT LAPORAN POLIS !

Posted: 20 Jul 2014 08:28 PM PDT


Belum pun selesai isu isteri meminta cerai, pelakon dan juga usahawan Ezany Nizariff sekali lagi diuji apabila isterinya itu dilaporkan telah dilarikan lelaki dikenali pada pada 17 Julai lalu.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani Mohd Nizariff membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 4.30 pagi apabila Ezany ingin bangun bersahur dan mendapati isterinya sudah tiada dan percaya isterinya itu keluar dari rumah kerana pintu hadapan rumahnya di tingkat bawah juga tidak berkunci.

"Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana," ujarnya kepada Harian Metro.

Ezany turut berkata beliau tidak ada pilihan lain selain membuat laporan polis apabila isterinya itu tidak pulang ke rumah sehingga semalam (20 Julai 2014). Bertabahlah Ezany.

#MH17: SAYU, SUARA PRAMUGARA NYANYI DENDANG PERANTAU SEBELUM PESAWAT BERLEPAS DIDEDAHKAN

Posted: 20 Jul 2014 04:33 PM PDT

 SHAIKH MOHD NOOR

Rakaman lagu Dendang Perantau oleh seorang pramugara MH17 pasti menyentuh hati ramai orang yang mendengarnya. Shaikh Mohd Noor merakamkan lagu Aidilfitri tersebut sebelum berlepas dari Amsterdam menuju ke negara kelahirannya, Kuala Lumpur. 

Adik Shaikh Mohd Noor, Siti Noradziah berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabilah Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi Whatsapp. 

"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group Whatsapp kami adik beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami," katanya. 

Menurut keluarganya di Klang, Shaikh Mohd Noor antara kru yang sepatutnya menaiki MH370 ke Beijing 8 Mac lalu. Namun, perubahan jadual menyebabkan Shaikh Mohd Noor tidak menaik pesawat berkenaan. 

Antara bait-bait ungkapan abangnya yang masih diingati Noradziah ialah, "kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu... kan best kalau meninggal dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-fatihah untuk abang".

Tetapi kali ini, kepulangannya dari Belanda ke tanak air bertukar tragedi apabila dia berada dalam pesawat MH17. 

Dengar rakaman Suarah Shaikh Mohd Noor : KLIK SINI

#MH17: KERAJAAN RUSIA KANTOI SUNTING MAKLUMAT INSIDEN DI WIKIPEDIA

Posted: 20 Jul 2014 04:17 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kerajaan Rusia dilaporkan telah menyunting maklumat di Wikipedia mengenai nahas penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menukarkan beberapa rujukan yang menunjukkan penglibatan kerajaan itu di atas insiden tersebut.

Portal The Telegraph yang berpangkalan di London menerusi penulisan Timbalan Ketua Teknologinya, Matthew Sparkes berkata, bot Twitter yang memantau suntingan pada laman web itu telah mengenal pasti alamat IP (nombor siri unik pada sesebuah komputer atau rangkaian) kerajaan Rusia yang membuat pengubahan tersebut.

Suntingan tersebut telah dapat dikesan oleh @RuGovEdits, sejenis bot Twitter yang akan memuat naik sebarang perubahan atau suntingan dalam Wikipedia ke Twitter sekiranya ia dilakukan oleh komputer yang memiliki alamat IP kerajaan Rusia.

Laporan bertajuk 'Russian government edits Wikipedia on flight MH17' itu juga mendakwa seorang pengguna internet dari Syarikat Penyiaran Televisyen dan Radio Rusia (VGTRK) telah menukar maklumat insiden tersebut di laman web Wikipedia versi bahasa Rusia.

Pengguna tersebut menambah "Pesawat terbabit (MH17) ditembak jatuh oleh tentera Ukraine" bagi menggantikan ayat asal iaitu "Pesawat ditembak jatuh oleh pengganas Republik Rakyat Donetsk menggunakan sistem peluru berpandu Buk, yang diterima daripada Rusia.".

MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media awal pagi Jumaat berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

#MH17: 4 GAMBAR JASAD MANGSA DIPINDAHKAN KE LOKASI RAHSIA

Posted: 20 Jul 2014 04:12 PM PDT


CEMAS!!! Jasad Mangsa MH17 Dipindahkan Ke Lokasi Rahsia? - Tweet seorang koresponden bebas dan penerbit berita di Ukraine, Volodymyr Solohub (gambar bawah) lewat malam ini menimbulkan persoalan yang menakutkan.


Dipercayai, jasad para mangsa MH17 telah mula dikeluarkan dari tempat kejadian dan dipindahkan menggunakan lori ke lokasi yang tidak didedahkan.

Pihak mana yang berbuat demikian tidak diketahui. Apa yang diketahui kawasan itu berada di bawah penguasaan pemberontak pro-Russia.

Apakah jasad akan dibawa ke Moscow?

Pemandu lori yang ditahan para pemberita juga memberitahu dia tidak pasti ke mana jasad-jasad berkenaan akan dibawa.


Dengan wilayah di mana kapal berkenaan yang dipercayai ditembak oleh kumpulan pemberontak pro-Russia terus bergolak, perkembangan terbaru ini pasti membimbangkan.

Pasukan penyiasat Malaysia juga belum dibenarkan masuk ke lokasi kejadian tetapi jasad mereka-mereka yang terkorban sudah mula dipindahkan.

Ini mungkin tindakan mahu memadam bukti.

Jika mereka boleh menembak kapal awam tanpa rasa bersalah, tidak mustahil mereka boleh memindahkan begitu sahaja semua jasad yang ada tanpa sesiapa dapat melihatnya lagi.

Harap itu tidak berlaku kerana para waris mangsa mesti mahu menatap wajah yang tersayang buat kali terakhir dan mahu mereka ditanam di kampung halaman sendiri.

Masa akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. – MyNewsHub

#MH17: SENARAI LENGKAP NAMA PENUMPANG & KREW PESAWAT

Posted: 20 Jul 2014 03:57 PM PDT

Di bawah adalah senarai nama penumpang dan anak kapal pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang terhempas di sempadan Ukraine - Russia pada 17 Julai 2014 (Jumaat).

Pesawat MH17 dipercayai ditembak oleh puak pemberontak yang tersalah sasaran kerana menyangka pesawat MH17 itu adalah pesawat yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin.
















#MH17: LUAHAN HATI KECEWA WANITA BELANDA TERHADAP SIKAP RAKYAT MALAYSIA

Posted: 20 Jul 2014 03:52 PM PDT


KETIKA wujud sebilangan masyarakat kita sibuk memperlekeh dan menyalahkan Malaysia Airlines di atas #tragediMH17, seorang wanita Belanda Sophia V Buuren tampil membuat teguran melalui status di Facebooknya.

Sophia, yang memuji keindahan negara ini, makanan serta senyuman dan kebaikan rakyat Malaysia, berpesan bahawa seharusnya kita berbangga dengan syarikat penerbangan negara bukannya bercakap negatif terhadap warisan negara ini.

Kata Sophia, rakyat Jerman atau Amerika Syarikat tidak akan mengutuk syarikat penerbangan mereka sendiri di FB jika berlaku seperti #tragediMH17 ini.

"Malaysia, anda adalah antara sebuah negara paling cantik di dunia cuma anda yang tidak nampak. Hargainya!"

Sophia V Bureen, thank you for the nice words about Malaysia but it is very sad indeed to know some Malaysians do not think like you do, they think the pasture on the other side of the fence is greener.

Malaysians are lucky to live in this beautiful and peaceful country. Some of them are not very appreciative and continue to condemn the country and the administration. Probably this is as a result of too much political brainwashing!
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI MH17 DI SINI

#MH17: KOTAK HITAM PESAWAT DITEMUI & DISOROK PUAK PEMISAH (2 GAMBAR)

Posted: 20 Jul 2014 03:43 PM PDT

Gambar yang kurang jelas dikongsikan oleh NBC menunjukkan seorang lelaki memegang kotak hitam yang ditemui di kawasan nahas pesawat MH17. Namun, tiada maklumat mengenai di mana kotak hitam itu berada pada masa ini. Meskipun ada yang mengatakan pegawai di dalam gambar tersebut adalah pegawai keselamatan Ukraine, namun Kerajaan Ukraine menafikan mereka menyimpan kotak hitam tersebut.

Nampaknya, ada pihak yang cuba memadamkan bukti. Sudahlah 196 mayat yang ditemui di'rampas' dan di bawa entah ke mana, kotak hitam pula disorok. Kotak hitam tersebut adalah hak Kerajaan Malaysia. Bukannya hak milik puak pemisah yang berkepentingan politk.


Namun, apa gunanya kotak hitam jika satu dunia sudah tahu nahas MH17 ini angkara siapa? Apa yang perlu sekarang ialah, Kerajaan perlu bertegas dan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan di atas nama Jenayah Antarabangsa.

#MH17: MAYAT MANGSA NAHAS PESAWAT #MH17 JATUH DARI LANGIT (VIDEO FOOTAGE)

Posted: 20 Jul 2014 03:36 PM PDT

 
Sebuah pesawat penerbangan Malaysia Airlines, MH17, yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal telah ditembak jatuh di sempadan Ukraine - Russia.

Kejadian tersebut didalangi oleh puak-puak pro-Russia yang sehingga kini masih belum tampil membuat penafian.




Menurut penduduk kawasan berlakunya kejadian tragis terbabit, mayat jatuh dari langit dan mendarat di halaman rumah dan malah ada yang jatuh ke dalam bahagian rumah.

Vice News ke kawasan nahas dan menemubual penduduk tempatan yang menjadi saksi pertama kejadian nahas yang melibatkan pesawat MAS, MH17. - My Media Hub

AMARAN! Bagi yang lemah semangat tidak disarankan menonton video ini.

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment