BARABEREH

BARABEREH


"ABANG ANGKAT TEMANKAN TDUR, THANKS MAMA SPORTING"

Posted: 13 Sep 2014 07:46 AM PDT


Haii..dah besar-besar pun nak orang temankan tidur jugak ke? Lelaki pulak tu...

Entah la apa yang adik ni fikirkan. Kalau dilihat pada statusnya, dia mengaku yang lelaki tu abang angkat dia. Dah nama abang angkat, mana boleh tidur sekali dik.

Lepas tu, dia juga tulis "mama yang sporting". Kalau betul la mama adik tak kisah tentang perkara ini, elok la dua-dua ni pergi masjid, belajar agama balik ataupun kahwin terus.

Kalau ada saudara mara yang kenal adik ni, tolong la yer nasihat sikit. Nak suruh ibu bapa nasihatkan, 2x5 je.

Bagaimanapun inilah dia trend remaja kita sekarang. Entah dari mana asalnya timbul trend-trend yang tidak sihat seperti ini. trend adik angkat, abang angkat, dan kakak angkat sebenarnya sudah lama wujud dalam masyarat kita yang mana kalau dilihat sangatlah tidak relevan.

Ramai diantara remaja-remaja kita seakan-akan menggunakan perkataan tersebut untuk merasakan lebih mesra tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan.

Jika kita perhatikan ia ibarat satu taktik untuk seorang individu tersebut untuk lebih mesra dengan lebih seorang selain dari kekasih mereka. Walhal pergaulan antara individu dengan pasangannya selagi belum sah kahwin adalah juga terbatas. ─ SiakapKeli.com

GAMBAR BEEGO & LINDA HASHIM BERBULAN MADU DI BALI (7 GAMBAR)

Posted: 13 Sep 2014 01:00 AM PDT



Romantis sungguh pengantin baru kita ini iaitu Beego dan Linda Hashim. Hujung minggu lalu, mereka berdua telah terbang ke Bali untuk menikmati bulan madu. Memang jelas terserlah kebahagiaan yang sedang meniti di dalam hidup mereka.Turut sama menemani pasangan pengantin baru ini ialah jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka, Ryaniez Moments Photography. Pastinya gambar-gambar romantis mereka ketika berbulan madu akan diabadikan oleh krew-krew hebat ini. Tak sabar hendak melihat hasil bidikan kamera mereka.




6 GAMBAR TERKINI INTAN LADYANA SELEPAS PUTUS CINTA DENGAN KAMAL ADLI

Posted: 13 Sep 2014 12:14 AM PDT

 
Umum mengetahui, hubungan cinta Intan Ladyana dan Kamal Adli yang dibina sejak empat tahun lalu kini sudah berakhir tanpa sesiapa mengetahui punca sebenar mereka berpisah.

Pelbagai spekulasi timbul selepas itu namun kedua-dua pelakon ini lebih suka mengambil keputusan berdiam diri. Mungkin bukan jodoh mereka untuk disatukan.

Apapun sebagai peminat, penulis masih mengharap penyatuan Intan Ladyana dan Kamal Adli dijinjing perkahwinan memandangkan tempoh bercinta selama empat tahun bukan jangka masa yang singkat, pasti banyak kenangan terindah sukar untuk dilupakan, tak gitu?

Jom layan enam keping gambar terkini Intan Ladyana yang amat ceria dengan hidup barunya tanpa teman lelaki baru.





MUHYDDIN TAK MAHU JAWAB, HISHAMUDDIN JAWAB BERITA PALSU

Posted: 12 Sep 2014 11:09 PM PDT


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan laporan berita Malaysia menawarkan kepada Amerika Syarikat menggunakan salah satu pangkalannnya untuk menjadi pusat mendarat pesawat pengintipan maritimnya.

"Tidak benar," katanya ringkas apabila soalan itu dibangkitkan di sidang akhbar di Tumpat hari ini.

Beliau enggan mengulas lanjut, hanya mengatakan laporan agensi berita antarabangsa Reuters itu palsu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menolak soalan itu, meminta pemberita merujuk perkara itu kepada Hishammuddin.

"Anda perlu tanya menteri pertahanan," katanya, lapor TMI.

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment