BARABEREH

BARABEREH


"AERIL & WAWA TAK LAYAK TANYA TENTANG BAYARAN TERTUNGGAK" - DAVID TEO

Posted: 10 Sep 2014 09:13 PM PDT


Betul juga penerangan daripada David Teo ini. Kalau sebelum ini Aeril Zafrel memaklumkan yang penerbit terkenal ini berhutang puluhan ribu dengannya, kali ini David Teo membalas kata-kata bekas anak didiknya itu dengan begitu jitu sekali. Terangguk-angguk kepala Abang Nara tanda sokongan kepada David Teo. Iyerlah, dah la langgar kontrak yang ditandatangani, lepas itu ada hati nak minta bayaran tertunggak pulak. Memang terbakar jugak hati dibuatnya.

Berkata kepada Mstar Online, David Teo memaklumkan yang Aeril dan Wawa tidak layak bertanyakan tentang bayaran tertunggak kerana telah pun melanggar kontrak. Kata David Teo:-

Kedua-dua mereka tidak mengikut kontrak dan menamatkan perjanjian serta-merta tanpa sebarang perbincangan dengan MIG. Sedangkan pihak kami meminta mereka datang untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut, tetapi baik Aeril mahupun Wawa, mereka buat tak endah sahaja.

Menerangkan pula mengenai kereta yang kononnya dicuri oleh pihaknya, David Teo berkata:-

Di MIG, saya mengamalkan konsep seperti pihak kerajaan buat bagi membantu golongan susah menerusi skim sewa beli di mana kami menyediakan rumah dan kereta buat para pelakon menerusi skim tersebut. Memandangkan Wawa tidak lagi membayar sewa kereta, maka kereta tersebut sudah semestinya dipulangkan kepada kami. Itu pun kami jumpa kereta itu selepas Wawa memberitahu tentang kehilangan kereta itu,

Walaupun macam-macam terjadi, saya masih lagi menganggap mereka sebagai anak-anak yang mahu membesar. Dan saya percaya setiap kesilapan yang dilakukan akan menjadi pengajaran. Begitu juga dengan mereka, yang masih lagi belajar tentang kehidupan.


Kata-kata terakhir daripada David Teo itu memang menyentuh perasaan. Walaupun dituduh macam-macam, David Teo masih tenang dan bersikap seperti seorang ayah. Respek!!! Semoga akan terbuka pintu hati kesemua pihak yang terlibat dalam kontroversi ini untuk bersua muka dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

GAMBAR ADEGAN PANAS SHUIB DAN ZARINA ANJOLIE

Posted: 10 Sep 2014 08:45 PM PDT

 
Pelawak kumpulan Sepahtu, Shuib mengakui terpaksa merahsiakan beberapa babak adegan panas dalam filem Amir dan Luqman Pergi Ke Laut bersama aktres seksi, Zarina Anjolie daripada pengetahuan isteri kerana takut mengguris hatinya.

Antara babak panas yang melibatkan dua pelakon hebat ini ialah ketika Luqman (Shuib) digoda oleh Balkish yang dilakonkan oleh Zarina.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 30, kesanggupannya menerima watak itu adalah atas persetujuan secara profesional dengan pengarah filem berkenaan, Mamat Khalid.

10 GAMBAR ARTIS GUNA PAKAIAN TAK SENONOH

Posted: 10 Sep 2014 08:28 PM PDT



Kita sedia maklum, aktres Filipina boleh dikatakan antara pelakon wanita paling daring dan seksi apabila tampil dalam drama dan filem.

Justeru apabila berlangsung majlis gilang gemilang untuk penggiat seni di sana pada Sabtu lepas, ia menjadi medan para aktres tampil dengan fesyen pakaian paling menarik dan menggiurkan.

Mereka kini berlumba-lumba menggayakan fesyen-fesyen yang terlampau mengalahkan aktres hollywood. Jom saksikan mereka di acara Star Magic Ball ke 8 pada tahun ini di bawah: -IDA SCRIPTERS









0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment