BARABEREH

BARABEREH


TIGA MAUT, BAYI HILANG KERETA DINAIKI TERJATUH KE DALAM GAUNG

Posted: 30 Jul 2014 08:03 PM PDT


TAWAU: Tiga orang maut manakala seorang bayi lelaki berusia satu tahun tujuh bulan hilang selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Sungai Kakano, Batu 9 Jalan Kalabakan-Keningau, dekat sini kelmarin.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian jam 8 malam itu dikenali sebagai Fatmawati Mustafa, 38, Riduan Sabtula, 47, Najar Abdul, 36, dan Mohd Ryan Firdaus yang dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, seorang lagi penumpang Megawati Mustafa, 30 yang turut menaiki kereta jenis Proton Saga itu terselamat.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata kejadian itu berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Keningau.

Beliau berkata, ketika sampai di tempat kejadian pemandu kereta terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan sebelum kenderaan terbabit terjunam ke gaung sedalam 25 hingga 30 meter sebelum terbalik di dalam sungai.

"Mayat ketiga-tiga mangsa itu dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat manakala usaha mencari bayi tersebut masih diteruskan oleh pihak bomba, kata Awang Besar dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan jam 8.16 malam dan tiba di tempat kejadian pada 10.06 malam.

"Satu operasi segera dilakukan bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dalam kereta. Kami mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa berikutan arus sungai yang deras dan terpaksa memotong pintu bagi memudahkan pasukan penyelamat mengeluarkan kesemua mangsa," katanya.

Katanya mereka turut dibantu Pasukan Bomba Sukarelawan Umas, polis dan kakitangan Klinik FELDA Umas.

Operasi dihentikan seketika pada jam 12.48 tengah malam dan disambung semula jam 8 pagi semalam bagi mengesan bayi yang hilang itu, katanya. -SayangSabah

NGERI, LELAKI CEDERA PELURU MELEKAT DI TENGAH DAHI !

Posted: 30 Jul 2014 07:42 PM PDT


Banting – Tiga lelaki ditahan selepas mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan senapang angin dalam kejadian di Jalan Jugra, di sini, petang semalam.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 31 tahun cedera di bahagian dahi akibat tembakan dilepaskan seorang daripada tiga suspek terbabit.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa bersama adik iparnya menaiki sebuah kereta sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.

"Mangsa duduk di bahagian penumpang belakang sebelah kiri kereta Honda City dipandu adik iparnya sebelum terdengar bunyi seakan-akan letupan.

"Sebaik menoleh ke belakang, pemandu kenderaan itu mendapati mangsa mengalami kecederaan dengan peluru di dahinya dan terus ke Hospital Banting untuk rawatan," katanya.
Mangsa masih dirawat di Hospital Banting dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan ketiga-tiga suspek berusia antara 24 hingga 34 tahun itu ditahan.

Menurut beliau, polis turut merampas senapang angin buatan sendiri yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.

Difahamkan, polis melakukan serbuan di sebuah premis perkhidmatan ekzos berdekatan kawasan kejadian.

Dalam serbuan itu, polis menemui selaras senapang angin termasuk beberapa komponen membuat senjata itu manakala tiga suspek yang ditahan untuk membantu siasatan adalah pemilik premis dan dua pelanggan, lapor Hmetro.

VIDEO PEGAWAI KANAN POLIS MAKI, LUDAH & CERCA PEGAWAI BAWAHAN TERSEBAR !

Posted: 30 Jul 2014 07:19 PM PDT



Aksi seorang Pegawai Kanan Polis bernama DSP Ravindhran Kutty Krishnan (PT C4I) IPK Selangor memaki hamun, meludah, mencerca Asp Ahmad Bin Mat Noor.

Beliau juga menanggalkan baju untuk mengajak Asp Ahmad bergaduh 1 by 1. Cermin meja pejabat Asp Ahmad dipecahkan manakala dinding serta peralatan dirosakkan.

Insiden ini berlaku depan mata Tuan KJKA Selangor. Perkara ini berlaku setiap hari dan mangsa adalah semua pegawai dan anggota bawahan. Anggota bawahan dipukul, ditendang serta diludah.

Bilakah perkara ini akan berakhir? Kezaliman dan penindasan yang membunuh kami setiap hari.  

KEJAM, 2 GAMBAR MAYAT BAYI DIBUANG DALAM LUBANG TANDAS !

Posted: 30 Jul 2014 03:02 PM PDT


Hari ke 29 Ramadhan di kala umat Islam berada di hari terakhir puasa dan dalam persiapan menyambut hari raya dengan sibuk membeli-belah barangan keperluan di Pasar Awam Kuala Kangsar, mereka digemparkan dengan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati.

Gambar-gambar yang tersebar di laman sosial, mayat bayi malang itu dijumpai dalam keadaan menyayat hati di dalam tandas awam terbabit pada waktu pagi.


Alangkah kejamnya ibu bapa bayi berkenaan yang sanggup membunuh anak yang tidak berdosa ini.

PUNCA KEJADIAN MENGELUARKAN ASAP DI TANAH PERKUBURAN ISLAM JALAN AMPANG !

Posted: 30 Jul 2014 02:50 PM PDT


Kuala Lumpur – Disangkakan kubur mengeluarkan asap namun kegemparan yang berlaku hanya seketika apabila ia sebenarnya cuma dahan pokok yang terbakar dan jatuh menimpa beberapa kubur di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, semalam.

Sorang saksi Othman Abu, 48, berkata dia dan keluarganya datang ke tanah perkuburan itu kira-kira jam 9.20 pagi kerana ingin menziarahi pusara ibu mentuanya namun terkejut kerana mendapati tiga kubur yang jaraknya dianggarkan 20 meter dari kubur mentuanya itu mengeluarkan asap.

"Saya pergi lihat dan saya dapati pokok tersebut sudah hangus dijilat api serta dahan-dahan pokok tersebut turut tumbang dan menghempap dua kubur," katanya.

Othman memberitahu dia bersama dua lagi orang awam cuba memadamkan api di pokok itu sebelum merebak ke kawasan lain dan beberapa minit kemudian tiba bagi mengawal api di kawasan kubur berkenaan serta membersihkan dahan yang menghempap kubur itu.

Menurutnya, tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kubur lain.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada sampah yang dibakar secara terbuka yang dipercayai dilakukan sejak kelmarin.

"Apabila api kecil tidak dipadamkan maka ia boleh merebak sehingga menyebabkan sebatang pokok hangus dijilat api serta dahan pada pokok itu tumbang," katanya ketika dihubungi. - myMetro

3 RAKAMAN VIDEO KEJADIAN HURU-HARA DI SHELL LUNDANG, KOTA BHARU KELANTAN

Posted: 30 Jul 2014 02:42 PM PDT


Semalam beberapa video dan gambar-gambar tersebar di media sosial yang mana satu huru hara akibat salah faham telah berlaku di stesen minyak Shell di Lundang Kota Bharu.

Satu video dan gambar telah disebar di media sosial yang mana menunjukkan huru-hara dari akibat salah faham di stesen minyak Shell di Lundang, Kota Bharu.

Kes ini terjadi dikatakan bermula dari sekumpulan lelaki memasang mercun di stesen minyak berkenaan dan juga membaling mercun kepada kereta yang ada di stesen minyak tersebut.

Hal ini telah menimbulkan kemarahan pemilik stesen minyak terbabit kerana risau mercun tersebut boleh menyebabkan stesen minyak tersebut terbakar.

Oleh kerana marah, pemilik stesen tersebut menyembur kumpulan terbabit dengan penyembur kebakaran. Ini menyebabkan mereka naik berang dan mengejar pemilik stesen minyak terbabit sehingga ke dalam kedai lalu mencetuskan huru-hara dan merosakkan peralatan di stesen minyak berkenaan.

Walau bagaimanapun, ada juga sumber yang mengatakan pihak dari Stesen Shell yang memulakan hura-hara berkenaan dengan menyerang 7e yang berdekatan dengan stesen tersebut.

Berikut adalah video-video yang disebar oleh pengguna laman sosial :

Serangan di 7E oleh Tauke Shell



Rakaman CCTV Kejadian



Rakaman dari luar stesen


Banyak kerosakan yang berlaku termasuk kenderaan orang awam. Polis terpaksa dipanggil untuk menenangkan keadaan. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan - SiakapKeli.com 

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment