BARABEREH

BARABEREH


BONGKAR, AKTIVITI JANDA MUDA BUAT BISNES 'PENEMAN SOSIAL" KEPADA PEMANDU LORI DI KEDAH !

Posted: 29 Jul 2014 08:31 PM PDT


ALOR SETAR: Dengan bayaran antara RM30 dan RM100, segelintir  wanita berstatus janda dan isteri orang berusia 40-an, sedia menjadi teman sosial kepada pemandu kenderaan itu di negeri ini.

Difahamkan, kadar bayaran bergantung kepada tempoh masa mereka  mengikut pemandu lori. Wanita terbabit juga menawarkan khidmat seks  jika pelanggan sanggup menambah nilai kad prabayar telefon bimbit serta  menanggung makan dan minum mereka sepanjang perjalanan.

Perbuatan tidak bermoral drebar lori tanah dan kontena itu dilakukan  pada waktu malam di bangku belakang tempat duduk pemandu selepas  selesai menghantar barangan ke destinasi tertentu. Kebiasaannya mereka akan berhenti di tepi jalan atau lebuh raya.

Cermin tempat duduk belakang yang digelapkan selain kedudukan lori  yang lebih tinggi daripada kenderaan lain menyebabkan orang ramai tidak menyedari ada pasangan sedang 'beraksi' dalam kepala lori berkenaan.

Selain hubungan seks, pelacur lori turut melakukan seks oral kononnya  bagi mengelak pemandu lori mengantuk ketika memandu.

Kegiatan itu didedahkan seorang pemandu lori tanah dikenali sebagai Awang, 53, (bukan nama sebenar) yang mengaku pernah melanggan beberapa janda  dan isteri orang dalam tempoh sembilan tahun lalu.

Menurut Awang, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu selepas seorang rakan sekerja memberikan nombor telefon seorang janda yang pernah  dilanggannya.

"Tanpa berfikir panjang, saya menghubungi janda dikenali sebagai Ayu, 40-an, (bukan nama sebenar) dan dia menemani saya menghantar tanah dari Jitra  ke Kulim. Ayu pandai melayan menyebabkan saya ketagih untuk bersamanya, " katanya.

Menurutnya, jika menghantar tanah di luar daerah, dia menghubungi pelacur lori yang menunggunya di tepi jalan atau lebuh raya.

Awang yang bekerja sebagai pemandu lori sejak 27 tahun lalu berkata, ramai  janda dan isteri orang dilanggannya membuatkan hubungan bersama isterinya, Wati, 48, (bukan nama sebenar) menjadi renggang.

"Isteri saya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan dia langsung tidak  mengesyaki perbuatan itu kerana saya tidak pernah bermalam di luar. Dalam  tempoh sembilan tahun itu saya menjadi ketagih sehingga hubungan dengan isteri dan anak-anak terjejas.

"Saya langsung tak mengendahkan isteri serta anak ketika di rumah," katanya.

Awang yang kini sudah insaf dan bertaubat, mengakui layanan diberikan janda  dan isteri orang yang dilanggannya itu agak hebat.

3 GAMBAR: FARISH JAWAB KRITIKAN PEMINAT SELFIE DI #KUBURAN

Posted: 29 Jul 2014 08:18 PM PDT


Apabila Hari Raya menjelang tiba, acara melawat kubur ahli keluarga yang sudah pergi sudah menjadi kemestian bukan sahaja dari kalangan orang biasa malah golongan artis juga.

Begitupun, ada berita kurang enak didengar mengenai seorang pelakon, DJ radio dan pengacara terkenal, Farish Aziz yang dikatakan terlalu obses dengan selfie sehingga sanggup berselfie di dekat kubur.

Lebih teruk, rakannya yang bergambar bersama telah terpijak kubur keluarga lain yang berada berhampiran.

Susulan perkongsian foto selfie itu di laman Instagram peribadinya, Farish menerima teguran dan kritikan teruk dari sebahagian peminatnya. Apapun, beliau dan rakannya mungkin tidak mempunyai niat yang tidak baik dan sekadar berseronok.




KANTOI, 3 GAMBAR ADEGAN PASANGAN RABA KEMALUAN DALAM LRT !

Posted: 29 Jul 2014 07:50 PM PDT







KREDIT: MYHANGAT.BLOGPSOT.COM

SIAPA SANGKA DULU MAKNYAH, KINI BERGELAR PENDAKWAH

Posted: 29 Jul 2014 12:12 PM PDT

Sebelum dan selepas


Wajah Cikgu Erin ketika bergelar mak nyah. Sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kekal cantik.

PERNAH dihina sejak kecil hanya kerana memiliki naluri wanita mendorong Mohd Khairiri Mohamad Ramli memilih untuk meneruskan kehidupan dalam dunia mak nyah.

Lebih malang, dia pernah diperdagangkan sebagai pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun.

Namun, itulah kisah hidupnya selama hampir 18 tahun lalu. Kini bergelar guru, Khairiri mengisi masanya dengan aktiviti kemasyarakatan. Hasrat hatinya cuma satu, iaitu menjadi daie untuk menarik golongan mak nyah kembali ke pangkal jalan.

Bagi Khariri, perubahan yang dilakukan memerlukan kekuatan dalaman dan motivasi yang kuat.

"Apa yang penting kita perlu mempunyai niat untuk berubah. Pedulikan kata-kata orang kerana yang penting Allah tahu niat kita untuk berubah," katanya kepada mStar Online di Sekolah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Wajah Erin ketika bergelar mak nyah. Dia sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk kekal cantik.
Mengakui punca utama terjebak dalam budaya songsang ini kerana ceteknya pendidikan agama serta kesempitan hidup, dia bagaimanapun tidak mahu ianya terus membelenggu dirinya, sebaliknya bangkit untuk membawa perubahan.

"Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Namun saya akui apabila sudah ke universiti rakan sebaya turut mempengaruhi kita untuk lebih mengenali dunia mak nyah ini.

"Di sana saya mula berjinak-jinak dan mengambil suntikan hormon dalam usaha merealisasikan impian menjadi wanita yang cantik dan bersaing dengan rakan-rakan mak nyah yang lain," katanya mengimbas semula kisah silamnya itu.

Selepas beberapa kali dikecewakan oleh 'teman lelaki' yang sering mengambil kesempatan sebagai pemuas nafsu, Khairi atau lebih mesra dengan panggilan Erin akhirnya nekad untuk meninggalkan kehidupannya yang penuh dengan kemaksiatan itu.

"Sebenarnya pernah tiga empat kali saya cuba keluar daripada dunia mak nyah, namun kerana tak sanggup ubah penampilan diri dan potong rambut, saya kembali semula ke lorong.

"Akhirnya saya nekad untuk berubah sebab saya fikir sampai bila nak jadi begini. Saya hendak pengakhiran hidup yang baik. Saya mula fikir soal kematian dan saya hendak mati dalam keadaan yang bersih dan tidak mencurigakan," katanya.


Cikgu Erin bersama-sama dengan anak muridnya. Dia disayangi pelajar kerana sikap ramahnya. - Foto KAMARUL ARIFFIN/THE STAR.

Selepas berhijrah anak kelahiran Chemor, Perak ini mengakui bukan mudah kerana dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan yang cuba mempengaruhi supaya kembali ke dunia mak nyah.

"Saya harap perubahan kali terakhir ini akan kekal sampai bila-bila. Saya kini lebih menumpukan kepada usaha kepada kerja-kerja amal. Cita-cita saya untuk menjadi daie mendekati golongan mak nyah ini supaya dapat menarik mereka keluar daripada amalan songsang tersebut.

"Saya juga ada membuka Persatuan Kebajikan Darul Modahish. Di sini saya bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang tidak pergi ke sekolah agama dan mereka yang mempunyai masalah keluarga. Di sini mereka diajar mengenai ilmu fardhu Ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya yang hanya mengenakan bayaran serendah RM10.


Khairiri Mohamad Ramli (baju tajaan butik Najib) bersama dengan Hamidi.

Selepas berhijrah ke hidup yang lebih berpijak di bumi nyata, anak kelahiran Chemor, Perak ini mengakui ia bukan sesuatu yang mudah kerana dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan yang cuba mempengaruhi supaya kembali ke dunia mak nyah.

"Saya harap perubahan kali terakhir ini akan kekal. Saya kini lebih menumpukan kepada usaha amal, seiring cita-cita saya untuk menjadi daie bagi mendekati golongan mak nyah supaya dapat menarik mereka keluar daripada amalan songsang.

"Saya juga ada membuka Persatuan Kebajikan Darul Modahish. Di sini saya bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang ke sekolah agama dan dari keluarga bermasalah.

"Mereka akan diajar ilmu fardhu ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya yang mengenakan bayaran serendah RM10 sahaja.

Kegigihan Khairiri mendapat perhatian Guru Besar SK Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, Hamidi Shariff apabila beliau bertindak untuk tidak mendiskriminasikan golongan transgender, walaupun terkejut ketika kali pertama bertemu Khairiri.

"Saya pernah tanya dia (Khairiri) sama ada dia ini perempuan atau lelaki. Kalau lelaki saya mahu dia berpakaian seperti seorang lelaki," katanya yang terkejut apabila Khairiri memakai baju kebaya pada majlis menyambut kedatangannya sebagai Pengetua SK Kampung Idaman yang baharu pada 2010.

Hamidi berkata, dia sering menasihatkan guru-guru di sekolah tersebut agar melayan dia seperti seorang lelaki dan menyimpan hasrat untuk melihat Khairiri mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan hidupnya.

"Di sekolah ini tidak ada seorang pun guru yang kena marah. Saya lebih suka mendengar dan memberi nasihat, itulah pendekatan yang saya gunakan kepada semua guru-guru di sini," katanya kepada mStar Online di pejabatnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada cakap-cakap belakang yang mengatakan saya meberi 'muka' kepada Khairiri apabila saya beri peluang kepada dia mencuba bidang teater dan kesenian yang diminatinya.

"Kata-kata itu tidak benar, kerana semua guru boleh buat apa sahaja aktiviti yang mereka minat. Saya tidak pernah menghalang. Yang penting, pelajarnya tidak terabai. Dia pun sering membuat kelas tambahan percuma kepada pelajar-pelajar yang tidak ketinggalan," katanya. 

9 GAMBAR "WANITA SIMPANAN" DIBELASAH & DIBOGELKAN DI TEMPAT AWAM

Posted: 29 Jul 2014 11:58 AM PDT


Kejadian yang berlaku di China ini adalah kejadian terbaru selepas "frontier justice," di mana dua orang lelaki yang dibelasah hingga lembik selepas mencui.

Kali ini, seorang gadis di belasah oleh beberapa wanita kerana di dakwa menjadi perempuan simpanan.

Kejadian ini berlaku di luar sebuah kedai barangan elektronik Isnin lepas.


Wanita tersebut dibiarkan separuh bogel dab berlumuran darah

Gambar seterusnya menunjukkan penyerang cuba menarik rambut wanita berkenaan

Walaupun wanita ini dibelasah ditempat awam, orang ramai hanya mampu melihat begitu juga pihak berkuasa.

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment