BARABEREH

BARABEREH


VANIDA IMRAN JAWAB ISU PERCERAIAN DENGAN RASHIDI ISHAK

Posted: 01 Oct 2014 09:00 PM PDT


Pasangan ini juga dikatakan sering hadir ke majlis sendirian dan paling mengejutkan ada akhbar mendakwa mereka bakal bercerai.

Ini penjelasan terkini dari Vanidah Imran:

"Sampai sekarang saya tidak tahu daripada mana datangnya gosip itu dan ia membuatkan saya cukup bengang.

"Tambah pula terdapat laporan di media yang membuat andaian kronologi mengenai 'keretakan' rumah tangga kami, ia sangat mengarut,"

"Kalau orang nampak saya seorang di mana-mana majlis, ertinya, suami jaga anak di rumah, dan begitu juga jika ada yang melihat suami tidak berteman di majlis, bermakna saya pula menjaga anak-anak.

"Rasanya perkara seperti ini tidak perlu dibuat penjelasan kerana mana-mana ibu-bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah akan melakukan perkara sama seperti kami.

"Takkanlah, setiap malam saya perlu memuat naik foto kami di Instagram untuk membuktikan kami masih sebumbung?"

Itulah berita terkini dan perkembangan paling baru tentang isu ini. Semoga rumahtangga Vanidah Imran dan Rashidi Ishak semakin kuat dan sentiasa bahagia. -mStar-

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment