BARABEREH |
- ABBY ABADI UPLOAD VIDEO KEKASIH BARU ? (VIDEO)
- DIANA DANIELLE DIKRITIK GUNA BAJU NAMPAK BENTUK PAYUDARA
- ADIK NEELOFA SEKSI BUAT #ICEBUCKETCHALLENGE (VIDEO)
- BEKAS PELAKON KANAK-KANAK POPULAR KINI JADI PELACUR !
- AWEK TUDUNG BAWA CIVIC EG 200KM/J DI JAMBATAN PULAU PINANG ! (VIDEO)
- NEELOFA & RALINE SHAH DIIKTIRAF WANITA TERCANTIK DI RANTAU ASIA
- LAGI LUAHAN SI RARA YANG RIAK, DERMA RM8,000 SETIAP RUMAH ORANG MISKIN DI SABAH
- "MAS & AIRASIA HANYA UNTUK ORANG MISKIN" - LUAHAN RARA YANG RIAK
- SITI SALEHA DENGAN MUDAH DIPELUK LELAKI DALAM PARTI (6 GAMBAR)
ABBY ABADI UPLOAD VIDEO KEKASIH BARU ? (VIDEO) Posted: 06 Sep 2014 07:15 PM PDT Gagal 2 kali dalam perkahwinannya sebelum ini tidak menyebabkan Abby Abadi berputus asa untuk mencari cinta baru. Iyerlah, Abby pun masih muda dan cantik orangnya. Pasti ada jejaka di luar sana yang akan terpikat dengan bekas pelakon Gerak Khas ini. Terbaru menerusi satu gambar yang dikongsi di Instagram, Abby membayangkan yang dirinya seolah-olah telah menemui kekasih baru. Adakah Abby akan berkahwin sekali lagi dalam masa terdekat ini? Menariknya komen daripada rakan Abby iaitu Azza juga seolah-olah mengiyakan perkara ini. Namun kebenarannya hanyalah diketahui oleh Abby. Mungkin ia sekadar gurauan semata-mata. Sekali pandang, kacak juga jejaka yang bernama Ustaz Khairul Azli ini. Ada iras-iras bekas suami kedua Abby. Mungkin 'taste' Abby memang sebegini rupa. Apa pun kekacakan tidak penting. Yang penting hati yang tulus mencintai. Amboi. Kalau betul Abby sudah bertemu pengganti dan cintanya berbalas, harap kali ini biarlah betul-betul berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jangan gagal di tengah jalan lagi. Semoga Abby bertemu cinta yang sejati akhirnya. Sama-samalah kita doakan. BeautifulNara TONTON VIDEO DI SINI (DURASI 0:12) |
DIANA DANIELLE DIKRITIK GUNA BAJU NAMPAK BENTUK PAYUDARA Posted: 06 Sep 2014 07:14 PM PDT SEJAK berkahwin dan bergelar ibu, macam banyak pula kontroversi yang menghimpit pelakon Diana Danielle. Sebelum ini, Diana dilapor bergaduh dan tidak berbaik dengan ibu kandungnya dan terbaharu, pelakon cantik ini terpalit kontroversi apabila pakaian ketat yang dipakainya dikutuk sebilangan besar pengikutnya di laman sosial. Ramai yang menegur t-shirt berkolar berwarna putih yang dipakainya kelihatan sangat ketat sehingga menampakkan susuk payudaranya selain kesan pakaian dalam yang dipakainya. Ada juga yang memberikan komen seolah-olah Diana bertelanjang dengan penampilannya ketika menjadi artis jemputan untuk program Meletop kelolaan Nabil Ahmad dan Neelofa, Selasa lalu. Diharap Diana mengambil kira dan mempertimbangkan komen-komen positif yang diberikan, yang mana sesuai dengan imejnya kini yang sudah bergelar ibu kepada cahaya mata comel, Muhammad, lapor Mynewshub. |
ADIK NEELOFA SEKSI BUAT #ICEBUCKETCHALLENGE (VIDEO) Posted: 06 Sep 2014 07:12 PM PDT Adik kepada pengacara dan pelakon terkenal Neelofa, Ameera telah terjebak dengan satu sindrom yang kini sedang viral di laman sosial iaitu Ice Bucket Challenge. Menerusi video di bawah, adik Neelofa hanya memakai seluar pendek sehingga menampakkan dengan jelas pehanya. Diharap Neelofa boleh sedekahkan jubah abaya miliknya buat adiknya itu. TONTON VIDEO DI SINI (DURASI 0:12) |
BEKAS PELAKON KANAK-KANAK POPULAR KINI JADI PELACUR ! Posted: 06 Sep 2014 07:08 PM PDT Mumbai - Bekas bintang filem kanak-kanak Bollywood, Shweta Prasad telah ditangkap dalam serbuan polis selepas terlibat dalam bidang pelacuran. Shweta, 23, mengaku membuat pilihan yang salah dalam hidupnya dengan menjadi pelacur. Dia ditangkap di Hyderabad pada Ahad lalu, dan turut sama ditahan dalam serbuan itu ialah seorang ahli perniagaan Mumbai. Shweta terkenal selepas menjadi pelakon utama dalam filem Makdee yang diterbitkan pada 2002 ketika berusia 11 tahun. Dalam filem itu, Shweta menjadi kanak-kanak yang ditangkap oleh ahli sihir. Dia juga berjaya menggondol anugerah pelakon kanak-kanak terbaik bagi filem berkenaan. Shweta ditahan di Hyderabad pada Ahad lalu. Dalam kenyataannya kepada polis, dia mengaku menjadi pelacur selepas tidak mendapat tawaran filem hingga menyebabkannya kehabisan wang. "Ia merupakan pilihan yang salah yang dibuat untuk wang. Keadaan ini disebabkan kesukaran untuk saya meneruskan kehidupan seharian tanpa wang. "Apabila ada orang yang menggalakkan saya menjadi pelacur, saya melakukannya kerana wang. Terdapat ramai pelakon wanita yang bergelut dalam industri perfileman dan menjadi pelacur,'' katanya. Polis bagaimanapun menyifatkan Shweta sebagai mangsa dan telah dihantar ke rumah pemulihan/ Dalam masa sama individu yang telah mengekspoitasinya dengan menjadikan Shweta sebagai pelacur juga ditangkap. Shweta sebelum ini turut membintangi beberapa filem termasuk Kahaani Ghar Ghar Ki, lapor Mynewshub. |
AWEK TUDUNG BAWA CIVIC EG 200KM/J DI JAMBATAN PULAU PINANG ! (VIDEO) Posted: 06 Sep 2014 07:07 PM PDT Seorang awek cun telah memandu dengan kepantasan yang menakjubkan iaitu 200km/j di atas Jambatan Pulau Pinang telah tersebar di laman sosial. Jenis kenderaan yang digunakan tidak dapat dipastikan tetapi pemanduan laju hingga melanggar undang-undang ini dipercayai dilakukan ketika di Jambatan Pulau Pinang. Sebilangan orang mungkin berasakan tindakan awek ini cool tetapi ia sebenarnya bukan sahaja boleh membuatkan pelakunya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kerana membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. |
NEELOFA & RALINE SHAH DIIKTIRAF WANITA TERCANTIK DI RANTAU ASIA Posted: 06 Sep 2014 07:05 PM PDT Keduanya dinobatkan sebagai wanita tercantik di rantau Asia, sering kali menjadi pilihan utama sebagai duta produk dan pengacara, di samping menjadi igauan dan gadis idaman setiap jejaka yang memandang. Siapa yang dimaksudkan? Semestinya Puteri Indonesia, Raline Shah dan gadis idaman Malaysia, Neelofa. Sekali pandang, memang terserlah kedua-duanya ada iras satu sama lain. Bukan itu sahaja, malah kedua-duanya turut dikatakan mirip bidadari Victoria's Secret, Miranda Kerr. Kali ini kita bandingkan keduanya, bukan sekadar wajah jelita tetapi gaya dan personality. Siapa lagi mirip Miranda di sini? Bekas pemenang pertandingan majalah Miranda Kerr mula menempah nama ketika berusia 13 tahun, semasa beliau menang pertandingan modelling di Australia yang dianjurkan majalah Dolly pada tahun 1997. Neelofa merupakan pemenang Dewi Remaja manakala Raline Shah merupakan finalis Puteri Indonesia. Siapa lebih mirip Miranda? Neelofa Kaki Yoga Miranda memang terkenal dengan sifat gila senaman yoga beliau. Lihat sahaja sampai ke pose untuk modelling turut menerapkan pose yoga! Raline Shah pernah akui bahawa yoga mat merupakan peneman setia ketika pergi melancong. Bukan untuk dibuat alas tidur, tetapi semestinya untuk bersenam! Siapa lebih mirip Miranda? Raline Shah. Miranda belajar nutrisi dan psikologi kesihatan Model tetap pentingkan pelajaran dan bukan kerjaya di pentas peragaan sahaja. Tahukah anda bahawa Miranda pernah belajar nutrisi dan psikologi? Raline Shah pula miliki ijazah sarjana sains politik dan komunikasi manakala Neelofa belajar perdagangan antarabangsa dan pemasaran. Siapa mirip Miranda? Tiada. Bercinta dengan pelakon Ingat lagi bekas suami Miranda Kerr, pelakon kacak filem Lord of The Rings, Orlando Bloom? Memang Miranda mudah jatuh hati pada pelakon. Neelofa pernah dikatakan miliki hubungan dengan pelakon Hans Isaac manakala Raline Shah dikatakan menjadi rebutan hati para jejaka kelas atasan. Siapa lebih mirip Miranda? Neelofa. Model taraf antarabangsa Miranda Kerr pernah menjadi salah satu bidadari Victoria's Secret, dalam erti kata lain seorang duta untuk jenama antarabangsa. Siapa sahaja yang tidak kenal Victoria's Secret sebagai jenama pakaian dalam seksi? Raline Shah merupakan duta Pantene (siapa tidak kenal Pantene? Produk penjagaan rambut antarabangsa itu!). Siapa lebih mirip Miranda? Raline Shah. Jadi kesimpulannya, siapa lebih layak digelar Miranda Kerr rantau Asia? Sukar kita membuat keputusan. Sama sahaja keduanya. Berilah pendapat anda tentang siapa lebih sesuai dijadikan Miranda Kerr Asia. -selebritipop |
LAGI LUAHAN SI RARA YANG RIAK, DERMA RM8,000 SETIAP RUMAH ORANG MISKIN DI SABAH Posted: 06 Sep 2014 07:04 PM PDT Susulan dari luahan hati pertama Rara (BACA SINI), ramai netizen mengecam tindakan bongkaknya itu memandang rendah golongan miskin. Seolah-olah dirinya terlebih suci dan murni berbanding orang lain. Sedangkan kekayaan yang ada itupun bukan miliknya, tetapi bapanya. Luahan hati itu tidak terhenti di situ. Berikut adalah luahan hati kedua Rara yang bakal mencetus kemarahan rakyat Sabah di bawah: Lepas je balik dari Gaza, papa ajak Rara terbang ke Sabah naik Emirates sebab papa nak sedekah duit sikit dekat orang-orang Sabah yang miskin. Rara ikut je sebab Rara kan anak yang solehah. Rara akur dengan kehendak papa. Luahan hati Rara ini mendapat banyak respon negatif dari ahli Group Kaki Sporting! sendiri sehingga pihak admin terpaksa membuat segala post yang dimuat naik oleh Rara. |
"MAS & AIRASIA HANYA UNTUK ORANG MISKIN" - LUAHAN RARA YANG RIAK Posted: 06 Sep 2014 07:02 PM PDT Tidak pasti sama ada ini satu luahan gurauan atau perkara sebenar yang berlaku. Seorang pengguna Facebook, Eh Raa LakLaka IV berkongsikan luahan hatinya di Facebook Group Kaki Sporting! dengan perasaan bangga yang luar biasa memandang rendah MAS dan AirAsia yang didakwanya hanya untuk golongan miskin sahaja. Bukan itu saja, dia juga riak menyatakan hanya orang yang beriman seperti dirinya yang mampu datang ke Gaza. Baca luahan riak Rara di bawah: Alhamdulillah, prang kat Gaza dah tamat dah, papa kirim tiket kelas bisnes suruh Rara balik Malaysia. Papa cakap MAS dengan AirAsia untuk orang miskin yang tak mampu beli tiket kelas bisnes je. So papa suruh Rara naik Emirates, Rara sebagai anak yang solehah dan suci, Rara akur dengan kehendak papa. Sekarang dah pukul 1.60 pagi. Rara dah dkt Jordan, nak naik flight balik Malaysia. Ada abang jaga tiket ni ckp Rara cantik n ada nur kat wajah. Abang tu ambik gambar Rara pastu tunjuk kat Rara, masyaallah mmg wajah Rara ada nur. Bercahaya sampai satu airport silau. Kwn2 kat Malaysia yang tak kaya beriman macam Rara n x mampu dtg Gaza ni, Rara mohon kwn2 doakan Rara selamat sampai tau. Rara x sabar nak tunjuk dkt mama n papa betapa bercahayanya wajah Rara ni sebab Rara ada nur ^_^ Ish… ish… ish… Janganlah dimaki dan dihina manusia seperti ini. Semoga golongan manusia riak seperti ini bertaubat segera dengan kekayaan yang diberikan oleh Allah. Amin.. |
SITI SALEHA DENGAN MUDAH DIPELUK LELAKI DALAM PARTI (6 GAMBAR) Posted: 06 Sep 2014 06:53 PM PDT |
You are subscribed to email updates from BARABEREH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment "BARABEREH"
Post a Comment