BARABEREH

BARABEREH


POLIS, RELA, JPAM DIDAKWA ROGOL WANITA BARU HABIS PANTANG (VIDEO)

Posted: 29 Sep 2014 05:33 PM PDT


Beberapa hari lalu media Malaysia melaporkan tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita warga asing.

Rujuk laporan berikut oleh Berita Harian:-

Polis tahan tiga anggota polis, JPAM, RELA disyaki rogol seorang wanita

SANDAKAN: Polis menahan tiga lelaki, masing-masing anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA kerana disyaki merogol seorang wanita di sebuah hotel, di sini, Isnin lalu.

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini pagi tadi, susulan laporan polis yang dibuat oleh wanita warga asing berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga suspek terbabit yang menjalankan rondaan di bandar ini dikatakan menahan wanita berusia 21 tahun itu untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, wanita itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri menyebabkan dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek sebagai syarat untuk dilepaskan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.

Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi di Sandakan, Isnin minggu lalu.

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.

Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula memperkatakan tentangnya.

Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.

Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi. Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dirembat sekali!

Masih ramai yang menggalas tanggung jawab diberikan dengan ikhlas kerana sayangkan negara dan malu untuk mencemarkan uniform yang mereka pakai dengan melakukan perkara tak sepatutnya.-ISUPANAZ


CERITA SEBENAR WANITA MILIKI 3 PAYUDARA

Posted: 29 Sep 2014 01:51 AM PDT


Beberapa hari yang lalu, gambar wanita memiliki 3 payu-dara ini menjadi viral di media sosial sekali gus mengemparkan seluruh warga bumi.

Wanita yang bernama Jasmine berasal dari Florida ini mendakwa dia telah menjalani pembedahan plastik yang bernilai $20,000 bagi menambah satu lagi payu-dara dengan alasan dia sudah bosan bercinta dengan lelaki.

Snopes.com, tampil mendedahkan Jasmine adalah seorang penipu setelah pihaknya membuat siasatan yang mendalam terhadap berita 3 payu-dara yang viral di internet.

Jasmine sebelum ini pernah membuat satu laporan polis pada awal bulan September mengenai kehilangan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa. Senarai barang yang hilang termasuk satu set payu-dara tiruan kembar 3'. Laporan itu diterima oleh media tempatan Tampa, 10 News dari pihak lapangan terbang tersebut.


Menurut Snopes lagi, pembedahan plastik mengambil masa berbulan-bulan untuk siap & gambar Jasmine dari bulan Disember 2013 tidak menunjukkan sebarang tanda dia menjalani pembedahan.

Jasmine sebelum ini juga pernah melakukan beberapa penipuan sehingga sebuah rumah urut menggelarnya 'Provider of Internet Hoaxes'.



Jasmine sebenarnya adalah seorang yang terdesak mahukan perhatian dari orang ramai. 

GAMBAR TUNANG KEITH FOO DENGAN TATU DI PAYUDARA

Posted: 29 Sep 2014 01:35 AM PDT


Siapa tak kenal Keith Foo, jejaka kacak dan pelakon terkenal menerusi drama popular Ariana Rose di TV3.

Sekeping gambar selfie Kim Raymond bersama Tunangnya mencetuskan kontroversi apabila beliau sengaja menampakkan tatu berbentuk bintang di atas payudaranya.

Ada peminat mengecam gambar tersebut kerana terlalu seksi dan ada pula yang berkata dia punya suka la sebab dia bukannya wanita muslim.

Apapun, memang cantik bakal isteri Keith Foo ni. Semoga sentiasa bahagia selalu.

GAMBAR SELFIE DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG & PEMAISURU JADI VIRAL DI FACEBOOK

Posted: 28 Sep 2014 11:52 PM PDT


Sweet! Tiada siapa yang menyangka di usia sebegini, baginda berdua tidak ketinggalan berselfie mengikut trend anak-anak muda zaman ini.

Gelagat DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 87, bersama DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, 61, yang sempat dirakam oleh jurugambar Jabatan Penerangan Malaysia ketika lawatan bagina berdua ke negara China baru-baru ini. 

PENCURI TELEFON BIMBIT DIBELASAH HINGGA MATI (VIDEO)

Posted: 28 Sep 2014 11:47 PM PDT


BUKIT MERTAJAM: Seorang penganggur cedera parah selepas dibelasah oleh orang awam kerana mencuri telefon bimbit (RM200) milik seorang pemandu lori, Jumaat lali, mati di Hospital Bukit Mertajam pagi tadi.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata, Ooi Sim Guan, 38, tidak sedarkan diri selepas dibelasah meninggal dunia pada jam 12. 40 pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi Jumaat lalu, mangsa menahan sebuah lori di tepi jalan Taman Sejahtera dan meminta untuk menumpang lori berkenaan ke Bandar Bukit Mertajam.

Pemandu lori, 33, dalam perjalanan ke Kulim membenarkan mangsa menumpang lorinya. Tetapi setelah beberapa kilometer, mangsa meminta untuk keluar dari lori berkenaan.

Tidak beberapa lama selepas lelaki itu keluar, pemandu lori sedar akan kehilangan telefon bimbitnya yang diletakan di compartment dashboard bahagian penumpang. Dia kemudianya berpatah balik ke Taman Sejahtera mencari lelaki itu tadi.

Pemandu lori itu berjaya menahan lelaki berkenaan berhampiran kawasan kedai dan berlaku sedikit perbalahan di antara mereka. Pemandu lori menemui telefon bimbitnya pada lelaki berkenaan menyebabkan dia dibelasah orang awam yang kebetulan melihat kejadian itu.

Rakaman di atas pula dirakam oleh seorang individu dan kemudian viral di laman Facebook.

Pihak polis telah menahan pemandu lori terbabit untuk membantu siasatan. Polis juga sedang menyiasat dan mencari beberapa individu yang terbabit dalam insiden itu dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

ACP Rusli Mohd Noor juga menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sehingga menyebabkan kecederaan terhadap suspek yang membawa kepada kematian boleh didakwa melakukan jenayah.

"Kami hargai tindakan orang awam dalam memberkas penjenayah tetapi jangan bertindak di luar undang-undang. Orang awam sepatutnya menangkap dan menyerahkan suspek kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.  -isupanaz.blogspot.com

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment