BARABEREH

BARABEREH


DETIK-DETIK SERAM BAYI DIBIAR MERANGKAK DI HUJUNG TEBING CURAM (3 GAMBAR)

Posted: 23 Sep 2014 01:51 PM PDT


Gambar yang mengejutkan, bayi yang dibenarkan merangkak dekat dengan pinggir tebing curam di Norway supaya ibu bapanya boleh mengambil gambar kenang-kenangan.

Pejalan kaki Fred Sirevag, yang merakam gambar ini berkata beliau tidak boleh percaya semasa melihatnya apabila dia menemui keluarga itu di tempat kejadian semasa perjalanan ke Preikestolen (Mimbar Rock), sebuah tebing curam yang mempunyai ketinggian 1,982ft. -DAIRISHARE


LELAKI DIPUKAU "CIK WAWA" DALAM SKYPE, VIDEO BOGEL DIRAKAM

Posted: 23 Sep 2014 07:15 AM PDT


Ampang: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita (Cik Wawa ) yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.

Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.

"Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.

"Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek," katanya.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik.

"Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan.

"Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai 'tebusan' bagi memastikan video itu dipadamkan," katanya. 

ABBY ABADI SCREENSHOT FARHAN KUTUK & GELARNYA SEBAGAI ABBY "ABABI"

Posted: 23 Sep 2014 07:05 AM PDT


Kalau hati sudah benci, pelbagai gelaran yang tidak masuk akal akan diberi kepada seseorang. Kasihan Abby Abadi. Sudahlah hutang tidak dibayar, kali ini Farhan menggelar dirinya Abby 'Ababi' pula. Pedih hati lebih-lebih lagi Farhan pernah bergelar suaminya. Pasti sedikit sebanyak hati Abby tercalar juga.

Malah Farhan juga dilihat cuba menjatuhkan maruah Abby Abadi dengan membuat tuduhan mengarut di status rakan bekas isterinya itu.


Abby juga menerusi akaun Instagram telah menerangkan dengan panjang lebar punca dirinya membawa hal ini kepada media. Sedih juga membacanya:-


Assalamualaikum…. FARHAN OH FARHAN….. Sy siarkan bersebab. Nak cari publisiti? Jauh sekali….. Publisiti utk apa? Sy nakkan hak Sy. Yg sudah tu sudah… ALLAH lebih tahu. Tapi utk hal yg berbangkit ini, Sy cal beratus kali.. msg jangan cakaplah… Sy sekadar dpt berbalas msg dgn bapa saudara dia. Mak Ayahnya pun langsung tak balas msg Sy. Peguam dah hantar surat, dah cal dia… polispun dah cal dia depan mata Sy, dia sekadar berjanji nk selesaikan.. tp 'Janji tinggal Janji'.

Dia guna Mak Saudaranya bincang dgn lawyer yg Sy lantik… dlm berpuluh ribu tu.. offernya RM20k je.. Nak ambil, taknak sudahhh! Mak Saudaranya kata….. Mudahnya… Macam kita pulak yg berhutang dgn dia… kan?

Beginilah, Sy mmg tak kuasa dah nk mencari atau msg/cal dia….. Sbb dia tak jawab pun. Sy penat nk turun naik mahkamah… lagi pulak bila dia tak beri kerjasama… tah bilalah nk selesainya…. (Wartawan cal jawab pulak ye? ) Sy cuma nk minta tolong: Ada kawan2 Farhan disini?

Buleh tak minta dia jumpa Sy kerana hujah2 balasnya tentang hak2 Sy ni lebih memalukan dia sebenarnya. Keluar semua taring dia ye… Nasihat Sy… selesaikanlah.. Jangan lah sbb nk tutup salah sendiri, burukkan Sy pula k. Ingat ALLAH banyak2 k. Maafkan Sy


Kasihan dengan nasib menimpa Abby Abadi.  Insya Allah akan ada jalan penyelesaiannya kelak BEAUTIFULNARA

RESPON AZWAN ALI "ABANG KESAYANGANNYA", AZMIN ALI JADI MENTERI BESAR SELANGOR

Posted: 23 Sep 2014 06:41 AM PDT


Pengacara TV Sensasi Azwan Ali enggan mengulas lanjut mengenai perlantikan saudara kandungnya, Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya tetap dengan pendirian, tidak mahu mengulas lanjut perlantikkannya menjadi Menteri Besar Selangor," katanya dihubungi Murai


Ketika ditanya, tiada sebarang nasihat untuk diberikan kepada Azmin Ali, dia dengan tegas menjawab 'no komen' dan tidak mahu juga mengulas lanjut.

Umum mengetahui, pelbagai kontroversi tercetus terutama hubungan adik beradik antara Azwan Ali dan Azmin Ali.

Sehingga kini tidak pasti adakah mereka sudah berbaik atau pun tidak.

DATIN PADUKA EINA AZMAN & SUAMI BERBULAN DI MALDIVES (8 GAMBAR)

Posted: 23 Sep 2014 12:28 AM PDT



Pergh~~~~~ Jernih yang amat air laut di Maldives ini. Memang patutlah orang kata kalau berbulan madu di sini memang terasa macam di syurga. Lebih-lebih kalau anda minat 'scuba diving'. Dapat tengok keindahan batu karang, ikan dan macam-macam lagi. Tentu Datin Paduka Eina Azman dan suami sedang menikmati saat indah berdua di sana. Seronoknya!!!

 Harap-harap balik nanti ada berita baik mengenai kehadiran orang ketiga. Lagi beberapa gambar romantik mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


ND LALA BELUM JELASKAN HUTANG RM 15K DENGAN DEN WAHAB

Posted: 23 Sep 2014 12:07 AM PDT


Hari ini hari bercerita mengenai hutang nampaknya. Kali ini, Den Wahab melahirkan rasa sedih dan kesalnya kerana wangnnya sebanyak RM15,000 yang telah dipinjam oleh ND Lala pada tahun 2000 sehingga ke hari ini masih belum dibayar lagi. Disebabkan sudah terlalu lama, Den Wahab kini berada di tahap malas nak mengharap dan memikirkan mengenai wangnya itu. Iyerlah, dah 14 tahun dah kot. Kalau pinjam kat along mahu dah cecah RM150,000 kena bayar balik termasuk dengan bunga.

Walaupun malas mahu berharap, Den Wahab tidak menghalalkan hutang tersebut. Kata Den Wahab menerusi Mstar Online:-

Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang. Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan.

Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji. Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya.


Menariknya Den Wahab juga melahirkan rasa tidak terkejutnya dengan kontroversi yang telah melanda anak ND Lala, Shila Amzah. Baginya itu perkara biasa buat mereka yang sudah berada di puncak. Kata Den Wahab lagi:-

Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung. Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah


Pastinya ND Lala ada sebab tersendiri untuk membiarkan hutangnya tidak berbayar kepada Den Wahab selama 14 tahun. Kalau nak diikutkan, pasti duit tersebut sudah ada lebih-lebih lagi dengan kejayaan anaknya mencipta nama di China. Sama-samalah kita nantikan penjelasan ND Lala mengenai hal ini. Agak sedih juga silaturahim dan hubungan persahabatan terputus kerana hal ini. Semoga ada jalan penyelesaian. beautifulNara

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment