BARABEREH

BARABEREH


ANIS AL-IDRUS, PILIHAN SHARNAAZ AHMAD YANG SETERUSNYA

Posted: 16 Sep 2014 06:44 PM PDT

Berita kurang baik buat para gadis di luar sana yang menaruh hati pada Sharnaaz Ahmad. Hati pelakon kacak ini nampaknya sudah tertambat kepada seseorang. Gadis bertuah itu ialah Sharifah Anis Al-Idrus atau lebih dikenali dengan nama Anis Al-Idrus. Selain daripada berlakon, Anis juga dikenali di kalangan hijabsters kerana gaya tudungnya yang menarik.



Desas-desus percintaan mereka telah mula bertiup pada Ramadhan lalu apabila Sharnaaz dan Anis kedua-duanya berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman. Ketika itu Sharnaaz enggan mengulas mengenai status mereka, namun kali ini, Sharnaaz mengakui yang dirinya dan Anis semakin rapat. Kata Sharnaaz:-

Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab.

Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila 'berkomplot' membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu. Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilinganya




Ehem, ehem. Kalau kelaurga pun dah suka, jangan tunggu lama-lama. Kalau memang hati sudah berkenan, elok benarlah masuk meminang. Nanti lama-lama kang dikebas orang. Anis nie cantik orangnya. Pasti menjadi buruan ramai. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Sharifah Anis Al-Idrus dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Mstar Online.




GAMBAR AWEK BAJU KURUNG KANGKANG ATAS MOTOR DENGAN LELAKI

Posted: 16 Sep 2014 06:09 PM PDT



Tengok pakaian memang sah-sah orang Malaysia, bangsa Melayu beragama Islam.

Tapi kalau tengok perangai tak mencerminkan langsung ciri-ciri budaya, adat mahum pun iman kriteria tersebut.

Apa yang ada dalam fikiran si perempuan sampai sanggup beraksi begini atas motor agaknya.

Mungkin dia ingat orang akan nampak dia seorang yang ceria dan periang kot sedangkan hakikat sebenar nampak macam bohisa aja... -PilihanAnda

LELAKI BUAT TATU KALIMAH ALLAH (4 GAMBAR)

Posted: 16 Sep 2014 05:59 PM PDT


Tersebarnya empat keping gambar seorang lelaki dipercayai warga Indonesia bertatu kalimah Allah di badannya. Gambar yang diambil di Changi Interchange, Singapura itu mula viral semenjak 15 September. Tiada maklumat mengenai individu terbabit.

Menurut 'pendakwah bebas' di Facebook mendakwa, lelaki ini mungkin tidak reti membaca jawi dan hanya membuat tatu tersebut secara suka-suka. Namun, jika sebaliknya lelaki itu mungkin puak Syiah berikutan ada tatu 'Ali' di bahagian lehernya.

Di dalam Syiah, tidak wujud perkataan 'Muhammad'. Yang wujud dan menjadi kemegahan puak Syiah ini adalah, Hussin, Ali dan sebagainya. Dalam syahadah pun, puak Syiah menyebut perkataan 'Ali' yang menggantikan Muhammad.



Tinjauan di Facebook mendapati, ramai netizen yang melemparkan kata-kata yang kurang enak pada gambar-gambar berkenaan. Netizen dinasihatkan bersabar dan jangan terlampau emosi sehingga memalukan diri dan agama

CHEF WAN TEGUR PENGIKUT SALAHGUNA INSTAGRAMNYA UNTUK BERNIAGA

Posted: 15 Sep 2014 10:48 PM PDT



PETALING JAYA - Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan mendedahkan dia telah menyekat 10 pengikut laman sosial Instagram miliknya sehari yang mengambil kesempatan menggunakan platform tersebut sebagai tempat berniaga.

Chef Wan, 56, berkata ia berikutan komen berunsur iklan dan tidak bersesuaian itu telah menganggu privasinya yang mahu berkomunikasi dengan pengikutnya.

"Setiap hari saya terpaksa mengenal pasti dan menyekat peniaga yang menggunakan laman Instagram ini untuk tujuan berniaga. Lebih-lebih lagi akaun yang tidak mendedahkan identiti mereka yang cuba berselindung di sebalik dunia perniagaan masing-masing.

"Saya berbuat demikian memandangkan ia semakin menjadi-jadi dan menyukarkan saya untuk membaca komen-komen pengikut yang benar-benar jujur.

"Mereka (peniaga) sepatutnya menghormati privasi orang lain dan bukannya sesuka hati menyemakkan laman sosial orang lain dengan pelbagai iklan," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Isnin.

Ketika ini Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya iaitu @Chefwan58 mempunyai lebih 67,000 pengikut.

Terdahulu Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya telah menengur segelintir pengikut laman berkenan yang menjadikan akaun miliknya untuk memuat naik status perniagaan masing-masing.


Perkara itu menyebabkan rasa kurang senang Chef Wan yang terpaksa menyekat pengikut-pengikut berkenaan agar mereka tidak berterusan melakukan perbuatan tersebut.

Sementara itu, Chef Wan berkata, dia terpaksa bersikap jujur dan bercakap secara terus terang agar perkara ini menjadi pengajaran kepada pengikut lain.

"Saya tahu, apabila saya bersuara seperti ini tentu ramai yang tidak suka tetapi ini kebenarannya.

"Sejak akhir-akhir ini saya melihat media sosial lebih banyak memberi impak negatif sedangkan ia boleh menjadi satu perkara positif dalam memberikan inspirasi kepada orang lain.

"Kebanyakannya media sosial menjadikan manusia membuang masa, suka menjaga tepi kain orang, bergosip, buruk sangka dan lebih teruk lagi menyebarkan fitnah sana sini," ujarnya.

Bagaimanapun, kata Chef Wan, dia tidak akan menyahaktifkan akaun Instagram miliknya hanya kerana perkara itu kerana dia percaya masih lagi ada pihak yang menghargai setiap foto dan status yang dimuat naik di laman sosial berkenaan.

GOJEZ, TUBUH NENEK UMUR 58 TAHUN ! (3 GAMBAR)

Posted: 15 Sep 2014 09:49 PM PDT


Personaliti Taiwan Chen Meifen yang memakai bikini merah jambu ini mampu membuatkan mulut anda ternganga.

Tiada seiapa menyangka susuk tubuh mantap ini dimiliki oleh seorang wanita yang berumur 58 tahun. Tentu semua tertanya-tanya apakah rahsia Meifen mengekalkan tubuhnya persis anak dara itu!


Menurut Edushi.com, mereka mendapati bahawa rahsia kecantikan wanita ini bermula sejak dia masih muda.

Meifin mengamalkan cara pemakanan yang betul dan bersenam secara konsisten pada awal usiannya. Dietnya terdiri dari makanan kurang kanji serta mengamalkan makan beras perang. Apabila masak, dia menggunakan kurang minyak, kurang garam dan kurang gula.

Beliau juga berkata, untuk kelihatan muda, anda mesti mempunyai sikap dan minda orang muda, bukan pemikiran orang tua. Personaliti itu memiliki ketinggian 1.67m dan berat sekitar 55 kilogram.


Beliau mendedahkan bahawa selfie di bilik mandi it sebagai memenuhi permintaan oleh peminat dan rakan-rakannya.

Namun, Meifen masih mengatakan tubuhnya tidaklah begitu sempurna, dia masih mempunyai beberapa lemak di bahagian badan tetapi itu bukan satu masalah besar baginya.-MYNEWSHUB

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment