BARABEREH

BARABEREH


"SEMUA ORANG TAHU SAYA CENDERUNG KE ARAH SANA" - MUSTAFA KAMAL

Posted: 12 Sep 2014 06:54 PM PDT



KOTA BHARU - "Semua orang tahu, saya cenderung ke sebelah sana," komen ringkas pelakon Mustafa Kamal apabila ditanya mengenai kehadirannya pada majlis anjuran parti pembangkang.
Malahan, beliau tigak menganggap tindakannya itu suatu kesalahan kerana baginya masyarakat kini bersikap terbuka dan dapat menerima perbezaan pendapat dari segi politik.

"Perbezaan pendapat (politik) itu bagus. Kita tidak boleh menghukum orang lain semata-mata kerana orang itu berbeza pendapat dengan kita. Dalam Islam sendiri tidak salah jika berbeza pendapat untuk kebaikan," katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kunjungannya ke Kampung Geting, Pengkalan Kubor, tempat di mana PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, 25 September ini, malam Khamis.

Menjelaskan lebih lanjut, Mustafa, atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Mohd Daud, 52, berkata, beliau berada di Kelantan kerana ada urusan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun, anak kelahiran Kota Bharu ini berkata, urusan yang dimaksudkannya itu tidak mempunyai kaitan dengan PRK Pengkalan Kubor.

"Hari ini (Jumaat) sudah hari keempat saya di sini dan saya akan berada di sini beberapa hari lagi.

"Kebetulan malam tadi (Khamis) saya perlu ambil dokumen daripada seseorang yang berada di tempat PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding," katanya.

PINTU KE ALAM BUNIAN DIBONGKAR

Posted: 12 Sep 2014 06:45 PM PDT


"Pernah kami datang dengan kawan ke sini, kemudian dia kena rasuk. Tiba-tiba tenaga dia menjadi kuat sangat dan dia hendak terjun ke dalam tasik. Nasib baik kami enam orang, pegang dia," ujar sumber.


Kru 666 memasuki taman terbabit tepat pada jam 3 pagi.

"Di sebelah kiri itu, penduduk tinggal di kawasan sekeliling tasik kata, tempat pontianak selalu muncul. Kami memang tidak berani hendak pergi," jelas sumber kelihatan ketakutan.

'Sumber' informasi kami, 4 remaja berusia 21 tahun kami temui sewaktu menjalankan tinjauan berhampiran sekolah di Seksyen 24.

Razali kemudian memasang kamera perakam pergerakan infrared di kawasan dimaksudkan. Sementara itu Boy dan Atoi asyik menggunakan alat perakam audio parabolik bertujuan mengesan audio ganjil.




Saya berpeluang mengabadikan gelagat kru di lokasi.



Tidak dapat disangkal, suasana gelap dan sunyi agak menyeramkan namun keadaan itu tidak membataskan pergerakan semua kru.

Tujuan kami jelas, menyingkap fakta di sebalik pelbagai dakwaan menakutkan berhubung kehadiran entiti paranormal di kawasan riadah itu.


"Pernah beberapa kali, Mat Rempit melintasi round about dekat Masjid Shah Alam mendakwa beberapa kali ternampak pontianak berdiri di tepi jalan berhampiran hutan ini," dakwa sumber.

Saya mengingatkan sumber, alam ghaib itu wujud cuma kekadang cerita seram disebarkan di kalangan masyarakat lazimnya banyak ditokok tambah.

Tiba-tiba pada jam 3.43 pagi, saya terdengar suara Azree menjerit dalam kegelapan malam.

"Dapat gambar rumah! Dapat gambar rumah!"

Pantas semua kru berada berhampiran Azree mendekati ayah kepada dua anak itu untuk melihat hasil rakamannya.

"Jom bang, kita pergi ke tempat saya rakamkan gambar itu tadi," ajak Azree.

Saya teruja melihat gambar direkod menggunakan kamera Nikon D60 milik Azree.

Kami kemudian bergegas memanjat bukit di sebelah kiri jalan berhamapiran tasik diikuti oleh kru lain. Untuk rekod, beberapa lokasi di sekitar tasik didakwa 'perkampungan' entiti digelar orang bunian.

Sebaik tiba di pondok, berhampiran lokasi gambar dirakamkan, Adam bersuara.

"Tadi masa saya datang ke sini seorang diri, pohon buluh di kanan itu bergoyang kuat, saya pun SMS VJ dan minta Azree naik," jelasnya.


Seperti dijangka, kru Penyingkap Fakta, Jet, turut tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kawasan sekitar.

Razali kemudian pantas memasang kamera perakam pergerakan infrared dan lensa alat itu dihalakan ke arah lokasi sasaran.

"Mula mula tadi, saya rakamkan gambar ini," kata Azree.

"Abang tengok dua dahan kayu, v-shape di sebelah kiri rumpun buluh, tidak ada apa menarik. Lepas itu saya shoot lagi. Sebaik saya preview gambar, saya terkejut bang. Di tempat sama, macam ada frame pintu, kemudian kalau kita perhatikan secara teliti, macam ada entiti terbang keluar dari 'pintu' sama," terang Azree tenang.

Berikut gambar dimaksudkan oleh Azree dan sila klik imej untuk melihat butiran lebih jelas.


"Kalau kita tengok betul betul, macam ada pintu empat segi tetapi tidak mencecah tanah," tambah Azree.


Bandingkan gambar di atas dengan imej saya rakamkan pada jam 4.30 pagi tadi di lokasi sama dan teliti perbezaannya.


Setelah diteliti, visual 10 saat dirakamkan oleh kamera pengesan pergerakan infrared menunjukkan dua dahan kayu terbabit didapati bergerak beberapa saat sekaligus mengaktifkan kamera terbabit.

Apapun, 666 terbuka kepada komen pembaca berhubung gambar dirakamkan selagi penjelasan dilontarkan logik dan boleh diterima dek akal.

Saya percaya, gambar itu ganjil dan sukar diperolehi.

Mungkinkah imej itu memaparkan kepada kita pintu ke dunia lain?

Pintu ke alam bunian selama ini diperkatakan oleh masyarakat?

Sumbe www.mazidulakmal.com

SHAH RUKH KHAN BERHAJAT TUNAIKAN IBADAH HAJI SELEPAS DITEGUR AMIR KHAN

Posted: 12 Sep 2014 04:56 PM PDT



KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, Aktor Shahrukh Khan mengejutkan ramai pihak apabila secara terbuka mengakui berhasrat ingin menunaikan ibadah Haji.

Semuanya bermula selepas melihat rakan artisnya, Aamir Khan yang menemani ibunya iaitu Zeenat Hussain untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima itu dua tahun lalu.

Sebelum ini Aamir sendiri pernah mempersoalkan sebab utama mengapa Shahrukh Khan masih belum pernah menjejakkan kaki ke kota suci Mekah untuk ibadah Umrah atau Haji.

Menurut aktor berusia 49 tahun itu, ibadah Haji memang merupakan hajat terbesarnya meskipun belum berkesempatan untuk dilakukan.

"Saya teringin dan berhasrat untuk menunaikan ibadah Haji bersama anak lelaki saya Aryan dan Suhana. Mungkin saya perlukan sedikit masa untuk bersedia dan Insya Allah jika tiba waktunya saya akan tetap akan tunaikan apa yang dihajati," jelasnya ringkas.

Sebelum ini, bintang kelahiran New Delhi ini pernah dikritik hebat selepas mengaku hanya menunaikan solat buat pertama kali sewaktu ibunya meninggal dunia. Malah agamanya mula diragui selepas berkahwin wanita beragama Hindu iaitu isterinya sekarang, Gauri Khan. —Astro Gempak

KESUBURAN LELAKI BOLEH DILIHAT PADA JARI TANGAN

Posted: 12 Sep 2014 04:46 PM PDT


Cuba lihat pada jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak sama dengan orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza.

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak 'rahsia' tentang diri yang anda sendiri tidak menduganya lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.

Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikeI (buah zakarr).

Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikeI.

Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan.

Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikeI yang lebih besar.

Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikeI lebih kecil.

Kajian awal tersebut telah mengandaikan bahawa kadar atau nisbah jari kedua dan keempat mempunyai kaitan dengan sistem reproduktif.

Ini berasaskan pada penemuan bahawa gen Hox, yang membantu membentuk bentuk badan seseorang, mengawal perkembangan jari dan perkembangan alat sulit ketika peringkat embrio.

Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikeI ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan.

Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi.

Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta.

Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakarr mereka.

Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikeI dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikeI besar dan sebaliknya.

Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikeI, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara.


Apa lagi rahsia pada jari anda


Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut tertarik pada individu berlainan jantina.

Mengikut penemuan itu, wanita yang jari telunjuknya lebih panjang berbanding jari manis kemungkinan mempunyai semetri wajah yang lebih sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan.

Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yang jari manis mereka lebih panjang berbanding jari telunjuk kemungkinan besar lebih menarik di mata wanita.

Penemuan ini dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yang mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka menggunakan kamera digital.

Beliau menggunakan program di dalam komputer untuk mengetahui raut setiap wajah.

KANTOI, STESEN MINYAK PETRON PENIPU MAKAN DUIT PELANGGAN ! (VIDEO)

Posted: 12 Sep 2014 02:13 AM PDT


Diharapkan pengguna yang memuatnaik video ini memaklumkan kepada pengusaha stesen minyak terlibat supaya dia tahu bahawa tembelangnya sudah pecah jika benar ada cubaan menipu dan kembali membetulkan meter pam minyak ini.

Begitu juga sebaliknya jika insiden ini disebabkan meter pam minyak yang rosak, maka pengusaha stesen minyak mesti membaikinya dengan segera agar orang ramai tidak terus menjadi mangsa. -MYNEWSHUB

13 GAMBAR AWAL, SCHA, & LARA ALANA BERCUTI DI PERTH AUSTRALIA

Posted: 12 Sep 2014 02:14 AM PDT



Selamat bercuti kepada Awal, Scha dan Lara Alana. Jalan elok-elok terutamanya kesihatan si Lara itu. Kalau nampak tak sihat mungkin boleh berehat seketika. Apa pun, Lara Alana memang comel sangat-sangat. Geram dibuatnya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

SUMBER: BEAUTIFULNARA













BUDAK-BUDAK SEKARANG DAH ADA RELATIONSHIP DI FACEBOOK

Posted: 12 Sep 2014 01:28 AM PDT


Entah apa sudah jadi dengan budak-budak sekolah zaman sekarang. Mereka ni sengaja buat tak tahu atau memang tidak tahu benda-benda sebegini memang salah dibuat?

Lihat sahaja status kanak-kanak ini di laman sosial Facebook, siap letak status sudah berkhawin, malah komen yang ditulis macam dah laki bini.

Perkara sebegini amatlah menjelikkan. Siapa yang perlu dipersalahkan sekarang? budak berkenaan?ibubapa? teknologi? media?

ISTERI NEKAD TAMPAR, TENDANG, BOGELKAN PEREMPUAN SIMPANAN SUAMI (VIDEO)

Posted: 12 Sep 2014 01:22 AM PDT


Tidak cukup dengan menendang dan menampar, seorang isteri bertindak membogelkan seorang wanita yang dipercayai perempuan simpanan kepada suaminya.

Malang tidak berbau bagi wanita berkenaan apabila orang ramai yang menyaksikan aksi pergaduhan itu bertindak tidak mahu campur tangan dan hanya melihat sahaja perkara itu terjadi.


Lagi teruk, pergaduhan itu telah dirakam dan setiap detik memalukan bagi mangsa yang bernama Chang itu dirakam dan telah tersebar ke laman sosial.

Menurut apa yang dilaporkan, Chang telah menjalin hubungan sulit dengan lelaki yang bernama Liu, yang juga merupakan seorang suami kepada seorang wanita.

Chang dikatakan dengan beraninya membuat pengakuan mempunyai hubungan sulit kepada isteri Liu, dengan harapan isteri Liu akan bercerai dengan suaminya. Namun tindakan itu menjadi satu titik hitam dalam hidupnya, lapor SiakapKeli.com

GAMBAR DENGAN LOVE BITE DI PIPI ADIK NEELOFA TERSEBAR

Posted: 12 Sep 2014 01:06 AM PDT


Ameera, adik Pelakon dan pengacara cantik Neelofa memuat naik sekeping gambarnya yang ada bekas ciuman bibir merah dipipinya sekaligus menjadi tanda tanya peminatnya di laman sosial.

Setelah diselidiki, rupanya bekas ciuman tersebut hanyalah sekadar kesan mekap yang ditinggalkan Neelofa sebagai tanda betapa sayangnya dia terhadap adiknya.

Seharusnya inilah satu contoh terbaik bagi mengeratkan lagi silaturahim diantara adik-beradik.

GAMBAR TERKINI ALMY NADIA DENGAN BABY BUMP (5 GAMBAR)

Posted: 12 Sep 2014 12:25 AM PDT


Sejak disahkan hamil empat minggu pada 5 Julai lalu, baby bump Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, kini semakin jelas kelihatan dan saiz badannya pula semakin berisi.

Tahniah buat Almy dan suaminya, Fizz Fairuz. Kalau dikira usia kandungan bayi tersebut, ia sepatutnya sudah memasuki 13 minggu bulan ini, masa berlalu tanpa disedari


Aktres berusia 28 tahun itu ialah individu paling gembira kerana sejak berkahwin pada April lalu, rezekinya semakin murah dan tidak putus-putus. Sememangnya orang yang tabah menghadapi dugaan tentu akan mendapat keberkatan pada akhirnya.

Jom layan tiga keping gambar terkini Almy Nadia yang semakin berisi. Para jejaka di luar sana sudah tentu akan terpegun dan kagum.


SITI SARAH RESPON ADEGAN PANAS SHUIB DENGAN ZARINA ANJOULIE

Posted: 11 Sep 2014 11:32 PM PDT


Sumber oleh Astro Gempak

KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2014: Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin akui tidak terkejut selepas menonton sendiri babak suaminya, Shuib bersama pelakon Zarina Anjoulie dalam ketika tayangan perdana Amir & Loqman Pergi Ke Laut (ALPKL).

Siti Sarah berkata kepada Astro Gempak dia memahami babak itu dilakukan atas tuntutan filem dan mereka lakukan atas rasa professional.

"Semasa penggambaran dijalankan, Sarah dalam pantang anak pertama kami, Uwais Al-Qarni…Shuib telefon dan mengadu dia tertekan di set sebab ada babak susah yang dia nak lakonkan.

"Dia ada bagitahu ada babak dengan Zarina tetapi tidak memberitahu secara terperinci mengenai adegan dia dan Zarina. Saya setuju selepas itu.

"Semasa proses dubbing Sarah sedang mengandungkan anak kedua kami, Dzahira Talita Zahra, Sarah ikut Shuib dan menonton previu filem itu dan agak terperanjat.

"Masa tu memang memang saya membebel jugalah dan saya cakap kepada Shuib saya kata 'amboi, patutlah seronok pergi lokas'. Tapi, Shuib buat 'cool' sahaja. Dia tak marah Sarah pun.

"Lama-kelamaan, Sarah sejuk dan faham sendiri yang dia profesional bekerja. Jadi hari ini Sarah tak terkejut menonton adegan tersebut," cerita Sarah panjang lebar.

Menurut Sarah lagi, dia juga tidak ada rasa cemburu dengan babak itu, lebih-lebih lagi Zarina sendiri telah beberapa kali memohon maaf kepadanya.

"Berkali-kali Zarina Mohon maaf kepada saya ketika babak di antara dia dan Shuib dimainkan sebentar tadi.

"Jujur saya katakan, saya tidak merasa cemburu atau marah selepas menontonnya tadi. Zarina juga seorang gadis yang baik…Saya tak sangka dia bersungguh minta maaf," jelasnya lagi.

Amir & Lokman Pergi Ke Laut akan menjengah pawagam seluruh negara bermula 25 September ini. -Murai

YANA SAMSUDIN RESPON DAKWAAN JALANI PEMBEDAHAN MUKA

Posted: 11 Sep 2014 11:25 PM PDT

 
 Yana Samsudin 2014
Cantik. Semua wanita mahu kelihatan cantik. Ada yang sanggup menjalani pembedahan untuk memancungkan hidung, meruncingkan dagu dan macam-macam lagilah. Namun ada yang belajar teknik solekan, berdiet dan mengamalkan pemakanan sihat untuk kelihatan lebih jelita berbanding dahulu. Yana Samsudin yang kini kelihatan semakin jelita menjadi mangsa desas-desus dirinya membuat pembedahan kerana perbezaan wajahnya yang agak ketara jika dibandingkan pada awal kemunculannya dan masa kini.

Walaupun telah membuat penafian sebelum ini, desas-desus tersebut tidak mati sebaliknya makin bertiup kencang. Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung. Namun Yana memaklumkan yang penggunaan pendakap gigi telah menyebabkan perubahan berlaku pada wajahnya. Yana sendiri mengakui yang wajahnya ada perubahan namun pelakon ini menegaskan tidak pernah melakukan sebarang pembedahan. Kata Yana:-

Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.

Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu.

Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.

Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti.

Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas

Yana Samsudin 2011

Hmmmm. tak semestinya perubahan wajah berlaku kerana pembedahan. Banyak lagi punca ia boleh berlaku. Badan semakin kurus, buat 'facial' muka dan macam-macam lagi teknik tradisional. Apa pun, Yana nampak makin cantik sekarang ini. -BeautifulNara

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment