BARABEREH

BARABEREH


4 GAMBAR: IKAN PELIK DITEMUI TERDAMPAR DI SIMPANG MENGAYAU, KUDAT ?

Posted: 06 Aug 2014 08:10 PM PDT


Beberapa keping foto seekor ikan pelik yang menyerupai duyung jelmaan manusia viral di laman sosial sebentar tadi menimbulkan kekecohan orang ramai.

Ada pengomen yang mengatakan makhluk tersebut tersadai di tepi pantai Kudat, Sabah kerana kepenatan setelah berenang jauh dalam lautan dalam.

Sama ada gambar ini benar atau di edit, terpulang pada anda untuk menilai dan mempercayainya kerana bukan manusia sahaja yang menghuni bumi ini malah banyak lagi makhluk Tuhan lain yang kita tidak ketahui, Wallahu a'lam - Raisyyahrania.blogspot.com





PENDUDUK KAMPUNG GEMPAR, JUMPA KAIN KAFAN BENTUK "POCONG" & PERALATAN MAYAT

Posted: 06 Aug 2014 07:55 PM PDT


Ipoh – Penduduk Kampung Manjoi, di sini, gempar susulan penemuan kain kafan berwarna putih menyerupai bentuk 'pocong' serta beberapa kelengkapan mayat di dalam lubang mirip kubur sedalam dua meter di belakang sebuah rumah di Jalan Raja, di sini, pagi semalam.

Pemilik rumah, Noriasha Ahmad, 56, berkata, kain kafan serta kelengkapan itu ditemui di belakang rumahnya kira-kira jam 8 pagi, selepas dia melakukan pemeriksaan di sekitar rumah.

Menurutnya, dia meninjau kawasan sekitar rumah itu selepas suami Ahmad Tohar Kulup, 56, bertanya sama ada ada menanam apa-apa tanaman di belakang rumah sehari sebelum 'kubur' itu dijumpai.

"Saya yang tidak sedap hati terus meninjau kawasan sekitar dan terkejut selepas mendapati ia kubur. Malah, sebungkus plastik hitam berisi kapas dan kapur barus juga ditemui bersebelahan kubur itu," katanya.

Menurut Noriasha, dia segera menghubungi polis selepas meragui isi di dalam kubur berkenaan yang berkemungkinan ada mayat manusia. "Saya terus membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum dimaklumkan tidak ada mayat di dalam kubur itu," katanya.

"Memang kawasan sekitar rumah saya ini agak sunyi, namun kejadian penemuan kubur ini amat memeranjatkan saya. Saya juga bimbang jika perbuatan terkutuk seperti amalan 'menurun' atau ilmu hitam dilakukan di kawasan ini," katanya.

Pendakwah terkenal, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika dihubungi berkata, penemuan kubur bersama kelengkapan mayat itu berkemungkinan antara kaedah untuk membuang saka dan juga amalan ilmu hitam.

Menurut beliau, lazimnya perkara khurafat itu dilakukan waris terdekat pemilik saka terbabit untuk membuang saka supaya tidak diganggu kemudian hari.

"Bagaimanapun, dalam kes seperti ini jika baju yang ditemui bukan milik tuan rumah itu, dia tidak seharusnya berasa bimbang kerana ia tidak dituju kepadanya. Namun tuan rumah boleh mengamalkan ayat al-Quran seperti surah Al-Baqarah untuk mengelak gangguan," katanya.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan jam 9.15 pagi semalam dan hanya menemui kelengkapan pengebumian dan tiada mayat dijumpai.

"Barangan dijumpai termasuk beberapa kapas dan kapur barus serta sehelai kemeja yang belum dikenal pasti miliknya," katanya, lapor Hmetro.

BAYI 7 BULAN MENINGGAL DALAM KANDUNGAN

Posted: 06 Aug 2014 07:49 PM PDT


Mersing – Seorang lelaki terbunuh manakala adik iparnya terpaksa dibedah bagi mengeluarkan bayi tujuh bulan dalam kandungannya yang mati selepas kereta mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Tanjung Leman-Felda Tenggaroh di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Saifol Bahari, 35, yang memandu Proton Waja maut manakala penumpang iaitu adik iparnya, Siti Noraini Samad, 21, serta suami, Mohd Amran Awang Othman, 19, cedera parah.

Kemalangan turut menyebabkan pemandu Perodua Myvi, kakitangan Klinik Kesihatan Tenggaroh dikenali sebagai Kevin Tan Ken Shawn, 25, cedera parah.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila Perodua Myvi dipandu Kevin yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, hilang kawalan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Waja dipandu Saifol.

Pertembungan itu menyebabkan Saifol yang cedera parah di kepala dan dada, meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Mersing jam 10.30 pagi. Siti yang sarat mengandung anak sulung menjalani pembedahan bagi mengeluarkan mayat bayi dalam kandungannya.

Isteri Saifol, Salwaniza Samat, 26, berkata, dia baru berkahwin dengan Saifol 13 Jun lalu, dan belum sampai dua bulan hidup bersama, kini mereka sudah terpisah selama-lamanya, lapor Hmetro.

GAMBAR "MENGGIURKAN" ADIK NEELOFA JADI TRENDING DI LAMAN SOSIAL

Posted: 06 Aug 2014 07:15 PM PDT


Sekeping gambar yang tersebar menunjukkan Ameera tampak lebih matang dari usianya.

Gambar 'panas' Nur Ameera, adik kepada pengacara dan pelakon Neelofa menjadi bahan bualan ramai di media sosial apabila gambar berkenaan dimuat naik ke laman-laman hiburan.

Bagi peminat, mereka tidak menyangka Neelof mempunyai seorang adik perempuan yang sangat cantik dan jelita. Nur Ameera baru berumur 13 tahun dan kini berada di tingkatan 1.

Gambar yang agak mencolok mata berkenaan membuatkan sesetengah lelaki mata keranjang turut memberikan comment yang tidak senonoh.




Sumber gambar: TengokTVOnline

Dengan kecantikan yang dimiliki Ameera, pasti banyak syarikat-syarikat produksi mahupun kosmetik yang akan cuba menariknya menceburi dunia seni dan hiburan. 

TIADA BURGER PERCUMA DARI MCDONALDS, HARAP MAKLUM !

Posted: 06 Aug 2014 07:03 PM PDT



McDonald's Malaysia menafikan dakwaan syarikatnya akan memberikan burger percuma yang akan diedarkan ke masjid-masjid pada hari jumaat ini seperti yang tersebar di laman sosial.

McDonald's Malaysia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu dan ia dianggap sebagai fitnah yang sengaja mencemarkan imej McDonald's.

McDonald's menafikan membuat tawaran burger berharga RM1.00 seperti yang didakwa.

Penyebaran maklumat yang tidak berasas itu dipercayai datang dari status radio berbahasa Inggeris, Hitz.fm yang mengatakan McDonald's akan menawarkan burger secara percuma di masjid negeri terpilih pada hari jumaat di samping diskaun pembelian burger sehingga RM1 pada hari yang sama.

Bagaimanapun, Hitz.fm menafikan dakwaan status Facebook berkenaan milik mereka. - My Media Hub

p/s: dakwaan sudah tersebar. mudahnya masyarakat percaya pada suatu berita tanpa selidik 

"KO TU KERJA TUK ISRAEL !" -LUAHAN HATI PEKERJA MCDONALD'S DIHINA PEMBOIKOT ISRAEL

Posted: 06 Aug 2014 07:03 PM PDT


Assalamualaikum, saya Naimah. Salah seorang pekerja Mc'D Sabah.

Terlebih dahulu, saya mau tanya, apa perasaan kamu apabila digelar atau dikatakan sebagai 'Pekerja Israel'? Asal terjumpa orang,

"Ko tu kerja tuk Israel" atau

"Eh, pekerja Israel ko ni"

Sakit hati ka, suka ka atau pun gembira? Pernah rasa tangan kena pisau tajam? Yaa, begitu la yang saya rasa. Hati saya macam dihiris-hiris. Sakit bila dihina seperti itu.

Saya nak tanya lagi, Mc'D saja ka yang beri sumbangan sama Israel dan merupakan barangan Israel?

Cuba fikir sejenak, hanya kerana 1 Kenyataan yang mengatakan Mc'D Malaysia menyumbangkan berjuta-juta duit tuk Israel, jadi kamu hanya boikot Mc'D la?

Bagaimana dengan minuman Cola, produk keluaran Nestle dan sebagainya? Facebook dan laman sosial lain tu bukan kepunyaan Israel ka? Kenapa tak boikot sekali?

Kita punya akal dan fikiran yang waras telah diberikan oleh Allah s.w.t. Jadi berfikirlah dengan cara yang matang. Kita punya mulut yang sempurna, jadi janganlah sesuka hati menghina kami. Tetapi berdoa la agar SAUDARA SEISLAM KITA DI GAZA dilindungi daripada kekejaman rejim Zionis.

FIKIR LAA HATI DAN PERASAAN KAMI SEBAGAI PEKERJA

Kami hanya insan biasa yang ingin mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal. Demi Allah kami tiada niat untuk menyumbangkan duit kepada Israel.

Fikirlah sedalam-dalamnya.

BOIKOT SAMPAI PEKERJA STARBUCK DILUDAH ?

Posted: 06 Aug 2014 07:03 PM PDT


Orang nak boikot, dia pun nak boikot. Malangnya, cara dia nak boikot tu tak kena. Sampai pekerja Starbucks diludah. Inilah masalah sesetengah masyarakat Malaysia yang tidak konteks Boikot yang hanya mudah terikut-ikut yang akhirnya menampakkan kebodohan sendiri di alam nyata mahupun maya.

Shazwan Sazali, melalui Facebooknya menceritakan pengalamannya ternampak pemboikot barangan Israel meludah pekerja Starbucks di depan matanya.

Berikut cerita beliau:

Ni nak tegur rakyat Malaysia ni.

Tadi ternampak ada orang ludah pada pekerja Starbucks.

Hello, kita boikot produk Israel, bukan boikot pekerja kedai Starbucks, McD, etc. Depa bukan orang Israel, depa orang Malaysia. Kalau ye pun depa orang Israel, Islam tak ajar benda macam ni.

Tolong faham ye. Kawal sikit emosi tu. Hang ludah muka orang kerja Starbucks, Israel tak miskin pun, depa lagi suka.

GAMBAR PELAJAR ASRAMA DIBULI, DIBOGEL, & DIAIBKAN DI FB !

Posted: 06 Aug 2014 10:33 AM PDT



Tidak kiralah apa pun kesalahan mangsa buli di atas dia tidak sepatutnya diperlakukan begitu.

Tak cukup dengan mencederakan, pembulinya bertindak memasukkan pula gambar aib mangsa di laman sosial.

Begitu pun pemilik Facebook ini didapati sudah pun memadam akaunnya dipercayai selepas menyedari tindakannya ini mendapat kecaman ramai.


Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat seterusnya memberi hukuman setimpal terhadap pembuli muda ini kerana meskipun usianya masih mentah namun jika perbuatan sebegini tidak dikawal ia akan kembali melahirkan budaya buli di asrama.

Sepatutnya adik-adik yang suka membuli di luar sana ambil pengajaran daripada banyak kes buli yang berakhir dengan kematian mangsa seterusnya membawa mereka ke dalam jeriji besi sekali gus merosakkan masa depan sendiri. - MYNEWSHUB.MY

2 GAMBAR KLASIK ZIZAN KETIKA ZAMAN PERSEKOLAHAN

Posted: 06 Aug 2014 10:21 AM PDT

Sebut sahaja Zizan, semua mata akan beralih kepada Zizan Razak dan terus menenggelamkan Zizan Nin sedalam-dalamnya yang mana lebih awal dikenali dalam industri hiburan tanahair. Ini sama kes lah ni dengan Nabil Mentor yang terus tenggelam sejak kehadiran Nabil Raja Lawak. Jelas pelawak di Malaysia lebih mendapat tempat di hati peminat.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara popular di Malaysia.

Dilahirkan pada 15 April 1984 dan berasal dari Dungun, Terengganu, Zizan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Asal-usul Zizan mula dikenali selepas menjadi naib juara Raja Lawak musim pertama sebelum menempa nama melalui gandingan mantap bersama Johan melalui nama duo mereka, Jozan.

Di bawah ini adalah dua gambar Zizan Razak di alam perskolahan.



Agak-agak ketika ni adakah Zizan didampingi gadis-gadis comel seperti Emma Maembong? Krikk Krikkk... -OhMedia!

AFDLIN SHAUKI BAKAL BERGANDINGAN DENGAN HUGH JACKMAN (WOLVERINE)

Posted: 06 Aug 2014 01:50 AM PDT



Pengarah filem, Afdlin Shauki mungkin berpeluang untuk bekerjasama dengan Hugh Jackman yang anda lebih kenali sebagai pemegang watak Wolverine dalam siri filem X-Men selama ini dan berita ini timbul selepas pengarah itu ditugaskan untuk sebuah projek filem Sabah.

Afdlin Shauki akan bergandingan dengan pengarah Hollywood Roger Christian untuk filem yang akan mengisahkan tentang satu peristiwa hitam di Sabah ketika perang dunia kedua (World War II) yang lebih dikenali dengan nama Sandakan Death Marches.

Ribuan askar Australia dan Britain telah dipaksa oleh tentera Jepun berjalan kaki sejauh 140km daripada Sandakan ke Ranau yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu. Ramai telah terbunuh atau dibunuh dan hanya enam orang askar Australia yang terselamat.

Projek filem ini berada dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan belanja keseluruhan RM3 juta yang mana RM1 juta merupakan pembiayaan daripada kerajaan Malaysia dan selebihnya adalah dana FINAS sendiri.

Laporan The Star baru baru ini menyebut Hugh Jackman sudah ditawarkan untuk membawa watak utama filem ini walaupun belum ada kata putus dan pihak produksi menyasarkan Festival Filem Cannes 2016 sebagai platform pelancaran kelak.-ROTIKAYA

KANTOI, PASANGAN BAPA DAN ANAK KHALWAT SERENTAK DALAM RUMAH DICEKUP !

Posted: 06 Aug 2014 01:19 AM PDT


Melaka : Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman  lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa  Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu  tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun.

Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki  berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut.

Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.

Katanya, ketika pintu sebuah bilik diketuk ia dibuka remaja perempuan berkenaan dan apabila diperiksa menemui seorang lelaki berusia 18 tahun  menyorok di dalam almari. – Informasi Dot My

NORA DANISH ARTIS MALAYSIA PERTAMA DAPAT FOLLOWER 1JUTA DI INSTAGRAM !

Posted: 06 Aug 2014 01:20 AM PDT


Memang hebat betul penangan kecomelan Nora Danish ini apabila menjadi artis pertama mendapat follower Instagram sebanyak 1 Juta.

Nora Danish sememangnya popular di Intsagram dan sering berkongsi gambar terkini di laman sosial itu.

Selain cantik, Nora Danish juga semakin bagus dalam bidang lakonan apabila tampil cemerlang dalam filem terbaru seperti di dalam Becinta dan Pengantin Malam yang rata-rata memuji lakonan Nora Danish.

Ini kata Nora:

A good life is when u smile often, dream big, laugh a lot, and realize how blessed u are for what u have. Stop complaining! Life has thought me that respect, caring and love must be shared. Live life to the fullest. #syukur #1millionfollowers #noradanish

Tahniah!

12 GAMBAR KOLEKSI SELFIE BULU KETIAK MENJADI TREND DI CHINA

Posted: 05 Aug 2014 11:45 PM PDT

 
Kegilaan terbaru melanda ramai wanita China apabila mereka berlumba-lumba menayangkan ketiak selekeh dan berbulu kerana tidak dicukur.

Gambar ketiak masing-masing kini dilaporkan memenuhi laman sesawang Weibo yang berfungsi seperti Twitter di China bagi menyahut cabaran untuk peraduan selfie bulu ketiak.

Peraduan yang diumumkan melalui internet pada 17 Julai lalu itu berjaya menarik lebih 28.5 juta orang yang mula menyumbang ribuan gambar dalam tempoh lima hari.











KONTROVERSI BAJU PUTIH KETAT HANIS ZALIKHA

Posted: 05 Aug 2014 11:36 PM PDT


Hanis Zalikha, nama yang agak kurang kontroversi dengan penampilan bersahaja dan simple beliau.

Beliau yang juga seorang blogger dan kini begitu popular sebagai selebriti, kini menjadi perhatian masyarakat. Apa sahaja yang dipakai, dibuat pasti menjadi tumpuan.

Terkini, sekeping foto beliau yang dipercayai diambil dari laman Instagramnya telah dimuat naik oleh blogger Rotikaya. Seperti biasa, foto yang dimuatnaik oleh blogger kontroversi ini pasti ada sesuatu yang menarik perhatian.

Ternyata foto berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Foto tersebut menampilkan Hanis memakai sleeveless t-shirt ketat berwarna putih di atas sebuah bot. Dengan penampilan sedemikian, sudah pasti mengundang pelbagai reaksi...

Apa pula reaksi anda?



0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment