BARABEREH

BARABEREH


GADIS 17 TAHUN MAUT AKIBAT #ICEBUCKETCHALLENGE (VIDEO)

Posted: 24 Aug 2014 09:18 PM PDT



Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Mississippi telah menyahut cabaran 'Ice Bucket Challenge' yang sedang popular sekarang, tetapi satu kejadian tidak diingini telah berlaku ke atasnya.

Ice Bucket Challenge yang juga dikenali sebagai ALS Ice Bucket Challenge adalah satu aktiviti 'tagging' tagging dalam dunia sebenar dengan mencurahkan sebaldi air yang mengandungi ketulan ais di atas kepala si pencabar. Ianya juga salah satu aktiviti amal dengan menderma kepada kajian penyakit ALS.

Menurut laporan Dailybuzzline.com., gadis berkenaan telah menyahut cabaran tersebut dan merakam aktiviti tesebut di belakang rumah bersama adik disisinya.

Sepupu beliau, Shawn Oley pula berdiri di atas pelantar dengan baldi yang besar penuh dengan air dan bersedia untuk mencurah ke atas Nancy.

Malang tidak berbau, baldi berkenaan terlucut dari tangan Shawn dan menimpa kepala Nancy. Nancy kemudiaanya dikejarkan ke pusat kesihatan Universiti Misssissippi dalam keadaan kritikal.

Gadis malang itu kemudiaanya meninggal dunia akibat kecederaan parah dileher. Keluarga beliau berharap kejadian tersebut akan memberi kesedaran kepada yang menyahut cabaran tersebut, menurut sumber Pilihan Anda.com.

PASANGAN MASIH BELUM INSAF, DITANGKAP KALI KEDUA PUASKAN NAFSU DALAM KERETA

Posted: 24 Aug 2014 09:14 PM PDT

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik, walaupun sebelum ini iaitu pada 20 Februari lalu, mereka pernah ditangkap khalwat di dalam kereta, namun sepasang kekasih ini dilihat masih belum insaf apabila mengulangi perbuatan sama selepas ditangkap dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang dalam sebuah kereta, 30 April lalu.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral mereka menerima pembalasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga minggu serta denda RM4,700 dan sembilan bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Namun, difahamkan, kedua-dua mereka, Alwafi Embong, 27, yang bekerja sebagai mekanik dan pasangannya, Zamiratul Akma Mohamad, 25, seorang penasihat kecantikan terpaksa memilih untuk meringkuk di penjara selama sembilan bulan tiga minggu kerana gagal membayar denda.

Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan iaitu khalwat dan cuba melakukan persetubuhan luar nikah.

Bagi pertuduhan pertama, Alwafi yang berasal dari Tok Jiring di sini, dan Zamiratul yang berasal dari Kuala Telemong, Hulu Terengganu didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana melakukan khalwat.

Alwafi ditemui sedang tidur di tempat duduk belakang sebuah kereta, manakala pasangannya tidur di tempat duduk penumpang hadapan ketika serbuan dilakukan sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu jam 3.45 pagi pada 20 Februari lalu, di kawasan parkir KFC Batu Buruk di sini.

Ketika kejadian, pasukan penguat kuasa yang menerima maklumat awam mendapati sebuah kereta diletakkan di kawasan parkir itu dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka yang tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram, berada di dalam kenderaan tersebut.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh yang sudah bernikah empat hari lalu (21 Ogos 2014) masing-masing dikenakan hukuman denda RM2,400 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan kedua, pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang sebuah kereta, di hadapan sebuah rumah di Tok Jiring, kira-kira jam 1.50 pagi pada 30 April lalu.

Siasatan lanjut mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram dan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka masing-masing dikenakan hukuman tiga minggu penjara dan denda RM2,300 atau tambahan lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala tertuduh tidak diwakili peguam syarie, lapor Sinar Harian.

AWAL ASHAARI TERGURIS RAMAI KRITIK NAMA ANAKNYA "LARA"

Posted: 24 Aug 2014 07:49 PM PDT


Hati ayah mana yang tidak terguris apabila nama untuk anak kesayangan yang dipilih dipertikaikan oleh orang lain. Memilih nama bukan satu perkara yang mudah. Tanya mak ayah, tanya orang tua. Tup-tup bila orang kata nama anak kita tak 'best', tak baik makna dan sebagainya, memang boleh terbakar jiwa raga.

Menamakan anak mereka 'Lara', Awal Ashaari dan Scha Al Yahya menerima kritikan daripada peminat yang menganggap nama tersebut membawa maksud kedukaan atau kesedihan seperti dalam penggunaan 'duka lara'. Namun seperti yang telah dijangka oleh sesetengah pihak, pemilihan nama 'Lara' adalah bukan berdasarkan bahasa Melayu sebaliknya bahasa lain. Kata Awal:-

Itu adalah pilihan kami dan sudah tentu kami telah buat kajian sebelum memberikan nama tersebut dan ia membawa maksud yang baik dalam bahasa lain
Lara di dalam bahasa Sepanyol membawa maksud 'protection'. Orang Melayu terutamanya memang agak obses dengan menamakan anak dengan nama Arab/Melayu, namun sebenarnya nama dari mana-mana negara/bahasa boleh digunakan asalkan ia membawa maksud yang baik. Sama-samalah kita nantikan pendedahan yang akan dilakukan oleh pasangan suami ini di laman sosial mereka, bukannya secara ekslusif di Astro atau mana-mana media lain bak kata Awal:- beautifulNara

Selain media cetak dan elektronik kami juga tidak memberi hak eksklusif itu kepada mana-mana stesen TV dan akan menggunakan media sosial kami untuk memperkenalkan wajah dan nama penuh Lara kepada peminat. Setakat ini kami tidak ada membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak dan lebih selesa dengan cara itu lebih adil kepada semua pihak.

ULAMA MESIR KELUAR FATWA HALAL INTAI WANITA MANDI

Posted: 24 Aug 2014 07:38 PM PDT


KAHERAH: Seorang 'ulama' Mesir mengeluarkan fatwa menghalalkan lelaki mengintai wanita di bilik mandi.

Dalam kenyataannya di stesen televisyen al-Arabiya, Usamah Al-Qawsi berkata, jika seseorang lelaki benar-benar jujur dan mahu menikahi wanita terbabit, mereka boleh menyorok dan mengintai bakal isteri itu secara diam-diam.

"Perbuatan itu boleh diterima asalkan niatnya suci," katanya.

'Fatwa' Usamah itu kononnya dibuat berdasarkan kisah seorang sahabat Rasulullah.

Kata Usamah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika seseorang lelaki dapat melihat sesuatu yang akan membuatnya mahu menikahi seseorang perempuan, ia boleh dibenarkan.

Bagaimanapun kenyataan itu segera dikecam ulama serta kerajaan.

Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar berkata, sangat tidak boleh diterima jika lelaki mengintai wanita di bilik mandi walaupun tujuan akhirnya adalah untuk menikahi wanita tersebut.

"Di mana kemuliaan dan kewarasan Usamah membenarkan amalan mengintai wanita di bilik mandi?" katanya.

Mukhtar berkata, Islam melarang seseorang wanita menunjukkan aurat masing-masing kecuali untuk suami dan mahram.

Lelaki juga diharamkan melihat aurat wanita.

"Islam mengajar supaya umatnya bersopan.

"Jika fatwa Usamah diterima, apakah akan berlaku kepada anak-anak anda semua?" katanya. sumber

PASANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA KANTOI BUAT SEKS DALAM TANDAS SEKOLAH

Posted: 24 Aug 2014 07:26 PM PDT


Tenom : Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan se ks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan se ks.

"Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.

"Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan se ks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan se ks di dalam tandas sekolah berkenaan," katanya.

Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.

"Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan lapor Harian Metro.

4 GAMBAR KIM KARDASHIAN TANPA COLI

Posted: 23 Aug 2014 11:21 PM PDT

APABILA ORANG INDIA FASIH BERBAHASA KELANTAN

Posted: 23 Aug 2014 09:35 PM PDT


Di Kelantan, apabila berbicara tentang bukan melayu bercakap melayu, sudah tentu kita tertumpu kepada bangsa Cina di negeri tersebut.

Seperti sedia maklum, orang Cina di Kelantan sememangnya unik kerana kebolehan mereka berbahasa kelantan tanpa pelat bahasa Cina.

Tapi, pernahkah anda melihat orang India di Kelantan berbahasa loghat Kelantan? Disini kami kongsi satu video yang merakamkan bagaimana orang India Kelantan berbahasa Kelantan.

Amat menakjubkan kerana mereka bukan sahaja fasih, malah berkata "Melayu dan India bagaikan adik-beradik". Saksikan video ini, lapor SiakapKeli.com.

GURU HINA RAKYAT SABAH: USTAZAH NOR MASTURA SEDIA MOHON MAAF SECARA TERBUKA

Posted: 23 Aug 2014 09:23 PM PDT

Penempatan guru-guru dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak bukan perkara baru kerana ia dilakukan sebagai sebahagian daripada integrasi nasional

Ustazah Nor Mastura bersedia meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya yang dikatakan memperkecilkan kualiti intelek penduduk Sabah dalam posting di Facebook miliknya, baru-baru ini.

Guru agama di Sekolah Kebangsaan di Tenom itu juga kesal kerana membuat komen itu yang menyinggung perasaan warga netizen, yang mana pos itu dikongsi secara meluas di rangkaian sosial.

Beliau berkata demikian kepada wakil-wakil dari Kesatuan Guru Kerajaan Sabah dalam pertemuan mereka semalam.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Jame Alip berkata, mereka mengumpul laporan penuh mengenai komen yang dibuat ustazah itu dalam akaun Facebook miliknya untuk diserahkan kepada Kementerian Pelajaran tidak lama lagi.

"Saya sudah memberi taklimat kepada mereka (kementerian) berdasarkan laporan awal dan akan membuat siasatan lanjut perkara itu sebelum menghantar laporan penuh kepada kementerian.

"Kementerian mempunyai prerogatif untuk membuat keputusan sama ada mengambil tindakan atau jenis tindakan yang akan dikenakan terhadap guru itu," katanya.

Bagaimanapun, Jame menyifatkan perkara itu sebagai "bukan isu" kerana guru yang bertugas di sekolah-sekolah di Sabah masih rakyat Malaysia, tidak kira dari mana mereka datang.

"Penempatan guru-guru dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak bukan perkara baru kerana ia dilakukan sebagai sebahagian daripada integrasi nasional," katanya.

Jame menambah bahawa "hanya 10% dan 20% guru dari Semenanjung dan Sarawak, manakala selebihnya adalah guru tempatan yang bertugas di sekolah rendah dan menengah di Sabah". sumber

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment