BARABEREH

BARABEREH


GAMBAR QI RAZALI

Posted: 31 Jul 2014 09:07 PM PDT



Antara yang menarik perhatian pada raya tahun ini adalah pasangan yang sering dilanda angin pasang tak lain tak bukan pasangan Qi Razali dan Nelydia Senrose. Alhamdulillah mereka dilihat masih lagi bahagia bergelar pasangan kekasih. Buktinya bila Syawal ini mereka berdua dilihat mesra apabila foto beraya bersama dimuatnaik di laman Instagram.

Di sebalik itu pula ada pihak serta peminat yang kurang berkenan dengan entri tersebut dan mendakwa melebihi batas pasangan kekasih.

Gambar yang masih ada di akaun Instagram milik Nelydia itu telah menarik para netizen memberikan hujah serta pandangan masing-masing dan tidak kurang juga yang memberikan kritikan pedas.

Terpulanglah kepada mereka mahu menilai. Tepuk dada tanya selera kan. Yang salah tetap salah tetapi setidak-tidaknya mereka tidak hipokrit kan? Walaupun tidak bersentuh kulit. -Murai.com

MEMALUKAN, RAKYAT MALAYSIA TAMPIL DENGAN HASHTAG #TOGETHERWEWIN SOKONG ISRAEL

Posted: 31 Jul 2014 07:40 PM PDT


Facebook World Zionist Organization melancarkan kempen dengan Hashtag Togetherwewin yang bertujuan mendapatkan sokongan dari seluruh dunia mengenai serangan mereka di Gaza. Umum tahu kita rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya serangan kejam puak zionis ni.

Tapi apa yang mengejutkan adalah dalam banyak-banyak gambar yang menyatakan sokongan tersebut, terdapat juga rakyat Malaysia menyatakan sokongan ke atas Israel ni. Mereka ini memalukan Malaysia. . Dalam komen gambar tersebut terdapat juga lagi 2,3 ekor rakyat Malaysia yang menyatakan sokongan terhadap Israel.  PAGE WORLD ZIONIST ORGANIZATION - ISRAEL

Untuk makluman, gambar ini telah pun dipadam.

UPDATE: AKHIRNYA FARISH MOHON MAAF, PADAM GAMBAR SELFIE DI KUBUR

Posted: 31 Jul 2014 07:06 PM PDT



KUALA LUMPUR – Selepas dikecam hebat oleh pengikut laman sosialnya gara-gara bergambar di atas kubur, pelakon dan pengacara, Farish Aziz, akhirnya membuat keputusan memadamkan foto berkenaan serta memohon maaf di atas tindakannya itu.

Farish bagaimanapun dalam permohonan maaf menerusi akaun sosial miliknya, semalam, tidak menyangka niat mengambil gambar 'selfie' di tanah perkuburan boleh mencetuskan kontroversi sedemikian rupa.

"Saya tidak menyangka niat berkongsi gambar meraikan Hari Raya disalah tafsir sehingga begitu sekali. Saya bagaimanapun menghormati teguran semua, dengan itu saya mengambil keputusan memadamkan gambar berkenaan.

"Bagi mereka yang berasa tersinggung dengan gambar itu, saya memohon maaf. Sekali lagi, saya tidak berniat hendak mempermainkan sesiapa mahupun soal agama. Maaf zahir dan batin," kata Farish di laman berkenaan.

Isnin lalu, tindakan Farish yang memuatnaik gambar diambilnya sendiri di tanah perkuburan dikecam teruk oleh pengikut laman sosialnya.

Mereka menyifatkan pengacara dan pelakon itu tidak menghormati adab menziarah pusara apabila memijak satu daripada kubur di situ. – Berita Harian

PELAJAR TEMUI AJAL AKIBAT TERLEBIH MAKAN KAMBING BAKAR

Posted: 31 Jul 2014 06:57 PM PDT


Alor Gajah – Keriangan sekumpulan bekas pelajar sekolah mengadakan perjumpaan Hari Raya sambil menikmati kambing bakar di tepi pantai, malam tadi bertukar kejutan menyedihkan apabila seorang daripada mereka sakit perut dan maut ketika dirawat di sebuah klinik di Masjid Tanah di sini, kira-kira 11 pagi ini.

Menurut sumber, Abdul Kader Joned, 45, anak bungsu dari sembilan beradik mengadu sakit perut dan pinggang selepas dikatakan makan terlalu banyak daging kambing bakar menyebabkan dia dihantar ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk rawatan.

Terdahulu, katanya, Abdul Kader menyertai satu perjumpaan bekas rakan sekolah menengahnya di pantai peranginan Pengkalan Balak dekat sini, malam tadi yang turut menyediakan kambing bakar.

Sumber itu berkata, Abdul Kader makan kambing bakar dalam jumlah yang banyak sebelum mengalami masalah sakit perut.

"Mangsa mengadu pada beberapa rakannya dan dihantar ke klinik berkenaan namun keadaannya semakin lemah dan kritikal.

"Dia disahkan meninggal dunia ketika dirawat tiga doktor di klinik berkenaan," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa didapati tiada rekod perubatan lampau dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan diklinik berkenaan.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. – Harian Metro 

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment