BARABEREH |
- #MH17: DATA AWAL KOTAK HITAM PESAWAT
- KANTOI, FIZZ FAIRUZ TAK BAYAR HUTANG RM15,000 ?
- AWAS! PENIPUAN DI PLUS HIGHWAY & BENGKEL KERETA DI TAMAN BUKTI TAMBUN
- 35 GAMBAR FESYEN & RAGAM SELEBRITI SAMBUT RAYA 2014
- KANTOI, TESCO SETIA ALAM JUAL PRODUK AYAM TEBUK (VIDEO)
- KANTOI, JAKEL JUAL BAJU ZIZAN RAZAK DOUBLE TAGGING ?
#MH17: DATA AWAL KOTAK HITAM PESAWAT Posted: 28 Jul 2014 07:42 PM PDT Kiev (Ukraine) – Data daripada kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine terdapat maklumat letupan berpunca daripada serangan roket yang mengakibatkan nahas pesawat penumpang itu, kata pegawai keselamatan Ukraine, semalam. Jurucakap Majlis Keselamatan Ukraine, Andriy Lysenko berkata, penyiasat antarabangsa mendapati data perakam penerbangan menunjukkan punca bagi kemusnahan pesawat itu akibat daripada penyahmampatan letupan roket yang besar. Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Russia yang mengawal lokasi nahas MH17. Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaru dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka 'sedang menunggu gambaran lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku'. Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, lapor AFP. |
KANTOI, FIZZ FAIRUZ TAK BAYAR HUTANG RM15,000 ? Posted: 28 Jul 2014 06:58 PM PDT Seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Linda membuat laporan polis terhadap Fizz Fairuz kerana gagal membayar semula hutang berjumlah RM15,000 yang dipinjam pada Oktober tahun lalu. Laporan polis itu dibuat kerana itu adalah jalan terakhir dan sebelum ini Fizz pernah mencabar mangsa untuk melaporkan perkara tersebut pada pihak polis setelah pelbagai usaha dan rundingan menemui kegagalan. "Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tetapi dia memberi alasan dan mengelak daripada melunaskan hutangnya," jelas Linda kepada Harian Metro. Menurut Linda, Fizz meminjam duit sebanyak RM15,000 untuk mengubahsuai rumah ibunya di Pahang. Namun sehingga kini, Fizz masih belum membayar lagi hutang berkenaan. Fizz juga dikatakan cuba mengelak dan memberikan pelbagai alasan. "Saya sudah beri peluang kepadanya secara baik tetapi dia nak perkara ini diperbesarkan," jelas Linda yang meminjamkan duit atas dasar persahabatan. Bagaimanapun, Fizz mendakwa dia telah memulangkan semua duit itu kepada pihak ketiga yang juga rakan Lindah dan tidak mahu diganggu lagi. Namun Linda masih tidak menerima wang yang dijanjikan itu dan mengesyaki satu pakatan berlaku di antara Fizz dengan pihak ketiga lalu membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju. Malangnya, tindakan Linda itu dikecam oleh orang ramai kerana dianggap sebagai cuba mengaibkan Fizz Fairuz di bulan Ramadhan ini. Kecewa dengan tuduhan itu, Linda tampil menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan mengaibkan Fizz, tetapi dia hanya inginkan wangnya dikembalikan seperti mana yang dijanjikan oleh Fizz sendiri. Linda juga menjelaskan, dia telah lama bertolak ansur dan kini dia amat memerlukan wang berkenaan untuk membantu ibunya. Linda meminta orang ramai yang tidak berada di tempatnya, usahlah membuat tuduhan liar. |
AWAS! PENIPUAN DI PLUS HIGHWAY & BENGKEL KERETA DI TAMAN BUKTI TAMBUN Posted: 28 Jul 2014 06:44 PM PDT
Kaedah memerangkap pelanggan : Meronda di lebuhraya PLUS bagi tujuan mendapatkan pelanggan yang mengalami kerosakan kenderaan. Menjanjikan kos pembaikan minimum. Apabila kenderaan telah masuk bengkel, mula menekan harga yang tidak masuk akal. Baru-baru ini seorang wanita dalam perjalanan dengan kereta melalui lebuh raya utara selatan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kampungnya di utara secara tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, dia terus berhentikan kereta di tepi jalan beberapa kilometer sebelum exit Tambun Batu Kawan. Apa wanita itu nak buat dia bukan reti apa pasal kereta. Dia menghubungi pihak PLUS dan hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba dia didatangi oleh dua orang budak melayu dengan kereta tunda menawarkan bantuan untuk memeriksa kereta tersebut. Katanya mereka dihantar oleh pihak PLUS, Setelah mendengar penjelasan mereka, Wanita tersebut memberi keizinan untuk memeriksa kereta dan budak melayu tersebut berkata kalau nak repair tak banyak. "RM300" saja termasuk kos tunda kereta. Kemudian mereka terus menunda kereta tersebut ke bengkel yang bernama Rong Cafe yang terletak di Taman Bukit Tambun. Di bengkel itu ada seorang mekanik india yang memeriksa kereta dan menyatakan hanya sedikit sahaja kerosakan yang berlaku. Wanita tersebut menghubungi rakannya untuk menghantar dia pulang. Keesokkan harinya mekanik india di bengkel tersebut menghubungi wanita tersebut dan mengatakan keretanya dah siap dan wanita tersebut perlu membuat bayaran sebanyak RM2730! Wanita tersebut telah tertipu dan didapati ramai juga yang telah menjadi mangsa penipuan bengkel kereta tersebut. Semoga anda diluar sana mengambil kisah wanita ini sebagai iktibar dan pengajaran supaya tidak terperdaya oleh bengkel kereta yang tidak berhati perut dan sentiasa mengambil kesempatan terutama dimusim perayaan. SILA SHARE supaya tiada lagi mangsa yang terkena. |
35 GAMBAR FESYEN & RAGAM SELEBRITI SAMBUT RAYA 2014 Posted: 28 Jul 2014 06:33 PM PDT Hari raya pertama, ramai yang berkongsikan gambar-gambar kemeriahan suasana hari raya di rumah masing-masing. Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan berkongsikan gambar-gambar hari raya pertama mereka dengan para peminat di laman sosial. Apa yang menarik perhatian kali ini, Amy Search dan Nabila Huda dikatakan telah berdamai setelah sekian lama dikatakan berselisihan faham berikutan dengan Nabila yang degil menerima teguran ayahnya. Tidak kurang juga, fesyen baju raya yang dipakai oleh Izara juga dikatakan tidak ubah seperti cik pontianak. Layan 35 gambar selebriti sambut raya pertama di bawah: |
KANTOI, TESCO SETIA ALAM JUAL PRODUK AYAM TEBUK (VIDEO) Posted: 28 Jul 2014 06:18 PM PDT 27 Julai yang lalu, seorang pengguna Facebook, Elena Putri telah memuat naik sebuah video 'panas' yang menunjukkan pasar raya Tesco menjual ayam yang tidak disembelih sebaliknya ditebuk. Tesco perlu segera menjawab permasalahan ini. Jika benar, pihak bertanggungjawab perlu ambil tindakan segera. Berikut caption video Elena Putri: "Orang nak raya, Tesco buat naya. Haa, ini tajuk yang sesuai untuk video ni. Al kisah family beli ayam untuk juadah raya 2014. Buka-buka plastik ayam, belek-belek ayam and masyaAllah! Ayam tebuk, adoiyai. Hampir-hampir bikin naya orang di hari raya. Perhatian semua umat Islam, jaga-jaga ayam yang anda beli. Yang ini kami beli di Tesco Setia Alam. Mohon sebarkan agar yang lain tidak terkono." |
KANTOI, JAKEL JUAL BAJU ZIZAN RAZAK DOUBLE TAGGING ? Posted: 28 Jul 2014 06:18 PM PDT 24 Julai yang lalu, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar sepasang baju raya Zizan Razak, Jakel di laman Twitter. Pengguna yang menggunakan nama AmyAgustin mendedahkan baju raya Zizan Razak yang dibelinya menggunakan Double Tagging. Biar betul? Gambarnya itu telah mendapat 1,038 tweet dan 188 Favorites. Namun ada sesetengah para pengguna Twitter mula mempersoalkan kesahihan gambar tersebut. Ada yang mendakwa AmyAgustin sengaja memburukkan nama Jakel dan juga telah dibayar untuk mencemarkan imej Jakel. Ditambah pula dengan tiada bukti resit, AmyAgustin terus dikecam. Sebelum ini, Jakel pernah diselar kerana menjual produknya dengan harga yang mahal tidak seperti yang diiklankan di kaca TV. (RUJUK SINI). |
You are subscribed to email updates from BARABEREH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment "BARABEREH"
Post a Comment