BARABEREH

BARABEREH


PUNCA GADIS MAUT KEPALA TERSEPIT LIF DI GERIK

Posted: 23 Jul 2014 05:49 PM PDT


Gambar seorang gadis maut selepas lif pemunggah barang menghempap kepalanya dalam kejadian di sebuah kedai ubat pada 7.20 petang kelmarin tersebar di media sosial.

Mangsa seorang remaja berusia 18 tahun, Noor Syarmila Abu (gambar) meninggal dunia di tempat kejadian pakibat pendarahan teruk di kepala.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan menjenguk ke bawah dari lif yang dinaikinya seorang diri di tingkat satu setinggi kira-kira 4.5 meter dan pada masa sama dia tertekan butang turun menyebabkan tengkuknya tersepit.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Bersia Lama semalam selepas dibedah siasat di Hospital Gerik.

Ibu mangsa Radziyah Khamis, 61 berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan adik beradik lain ketika mahu menunggang motosikal ke tempat kerjanya kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Sumber: FB Bomba Malaysia
Syarmila baru sebulan bekerja sambilan di kedai itu sebelum dia dijangka memasuki universiti pada September depan selepas menamatkan kursus matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak.

Mak cik terkedu sebaik mengetahui dia mengalami kemalangan itu pada jam 8 malam selepas diberitahu seorang saudara yang bekerja di kedai berhampiran.

Pada mulanya makcik menyangka hanya cedera ringan tetapi tidak sangka ia membawa maut, katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Radziyah berkata, dia terkilan kerana Noor Syarmila bukan saja tidak sempat berhari raya. Baju raya yang ditempah daripada kakaknya juga hampir siap, malah dia anak harapan keluarga belajar sehingga ke universiti.

Dia reda dengan kejadian yang berlaku beberapa hari menjelang ketibaan Aidilfitri.

5 GAMBAR PESAWAT TRANSASIA AIRWAYS TERHEMPAS, 47 PENUMPANG MAUT !

Posted: 23 Jul 2014 05:29 PM PDT

 
Pesawat Transasia Airways terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Taiwan semalam. 47 Penumpang dikhuatiri terkorban, manakala 11 disahkan selamat.

Menurut laporan agensi berita Taiwan, pesawat tersebut melakukan 2 kali percubaan untuk mendarat semasa cuaca ribut pada ketika itu. Xinhua melaporkan nahas itu berlaku di daerah Penghu.

Lagi gambar: 




#MH17: LUAHAN HATI WARTAWAN MALAYSIA, "HANYA KERANA SEORANG WARTAWAN TV SWASTA YANG RAKUS"

Posted: 23 Jul 2014 01:55 AM PDT


Terbaca satu status seorang wartawan di Facebook. Tidak hairanlah media Malaysia kurang mendapat gambar-gambar yang berkualiti di lokasi nahas MH17 hanya kerana seorang wartawan dari satu stesen tv swasta ini. Jika dibaca kenyataan wartawan ini, rasanya boleh tahu siapa kan?

Berikut luahan hati wartawan berkenaan:
Kerja sebagai 'Press' yang bertugas di luar negara terutama di kawasan 'disaster' lagi 'hostile' tidak boleh main redah saja.

Baru mendapat perkhabaran berkaitan sikap rakus seorang wartawan TV swasta (stesen berbayar) yang tidak ada nama dalam senarai rombongan rasmi Majlis Keselamatan Negara, cuba main redah.

Akibatnya, rakan wartawan media rasmi dari RTM dan BERNAMA terus dibatalkan 'access' masuk oleh pihak pemberontak.

Ini bukan soal nak cari scoop, ini soal mensabotaj usaha media rasmi mendapatkan bahan berita tepat untuk tatapan semua lapisan rakyat terutama keluarga mangsa MH17.

Semua orang tunggu berita RTM dan BERNAMA, dari budak tadika, budak sekolah, orang perseorangan, pemimpin tempatan, menteri, Perdana Menteri hinggalah taraf Sultan dan YDP Agong. - PENGADU

Kalau ikutkan pemerhatian My Media, ini kes kedua selepas kes yang pertama di mana Sharnaaz maki pembaca berita Astro Awani pasal MH17. 

TWEET ROMANTIK KHAIRY JAMALUDDIN DAN SYASYA MAHMUD, SO SWEET ~

Posted: 23 Jul 2014 01:37 AM PDT


Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin semenangnya seorang pemimpin yang romantik dan sporting. Beliau tidak mudah melatah dan meradang jika ada peminat yang cuba bergurau senda.

Buktinya, Khairy Jamaluddin atau lebih popular dengan panggilan KJ telah memuatnaik satu tweet berbentuk soalan kepada para pengikutnya mengenai lokasi di mana Sukan Komanwel tahun 2010 diadakan.

Tweet tersebut kemudian mendapat pelbagai respon dari orang ramai di laman sosial namun jawapan Syasya Mahmud antara paling mencuri tumpuan. Sumber

SCHA AL-YAHYA SELAMAT MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN, TAHNIAH !

Posted: 23 Jul 2014 01:24 AM PDT


Awal Ashaari memaklumkan isterinya, Scha Al-Yahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan menerusi akaun Instagram beliau.

"Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua," katanya di Instagram.

Tahniah buat Awal Ashaari & Scha Al-Yahya

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment