Hati bapa mana yang tak tersentuh jika perihal anaknya seringkali menjadi isu. Begitu juga dengan Amy Search, meskipun berimej rock, perasaan seorang bapa itu masih tersemat kemas di dalam sanubarinya.
Mungkin dek kerana terlalu lama memendam perasaannya, Amy baru-baru ini dilihat telah mengeluarkan kata-kata kesat di laman Instagram anaknya, Nabila Huda.
“Pasal isu masuk Kristian dah buat jantung saya ibarat terhenti. Bila cakap pasal boyfriend pula, saya terus jadi hilang akal”. Itu adalah antara luahan hati Amy apabila ditemubual semalam mengenai kontroversi Nabila Huda.
Amukan Amy Search di laman Instagram Nabila Huda
“Saya agak fep up juga kenapa saya yang perlu jawab. Saya harap wartawan jangan tanya saya lagi pasal isu dia. Saya tak nak bila ada sahaja isu, wartawan datang cari saya.
Lepas ni tiada lagi sebarang kenyataan daripada saya. Bukan saya tak peduli, cuma saya tak nak orang tanya saya. Dia dah besar untuk jawab apa saja soalan orang tanya pada dia, apa yang dia buat.
Saya memang marah sebab soal agama memang sensitif. Memang saya yang buat komen dan status tu. Saya ambil tanggungjawab atas apa yang saya cakapkan. Sama ada public suka atau tak, terpulang. Bagi saya simple, jangan buat perkara yang boleh mendatangkan isu.”
Bagaimanapun, Amy memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah jika Nabila mahu bertemu dan duduk berbincang dengannya mengenai isu ini kelak.
Nama Nourish pula turut terjebak sama dalam konflik Amy-Nabila
Berkesempatan menemui isterinya, Nourish, kami pun terus bertanyakan adakah betul dakwaan sesetengah pihak mengatakan bahawa dia yang sebenarnya menulis komen dan status tersebut.
“Masa itu saya tiada dengan dia. Bila saya balik rumah hari Jumaat, saya terkejut tengok Abang Amy ada. Mata dia merah sangat.
Dia beritahu ada wartawan cakap Nabila diajak masuk Kristian dan dia pun sudah lihat gambar-gambar di Instagram.
Saya beri nasihat jangan komen apa-apa. Sekali rupanya dia dah komen di Instagram. Tapi, memang bukan saya yang buat.”
Nourish yang kelihatan semakin sebak apabila ditemubual turut memberitahu bahawa dia sedar akan perubahan ketara Amy apabila diajukan perihal Nabila, katanya lagi;
“Sebagai isteri yang duduk di rumah saya dapat tengok perubahan dia. Bila orang cakap pasal anak dia, dia banyak diam tapi sejak akhir-akhir ni dia banyak luahkan pada saya.
Saya nasihat dia dan cakap budak tu dah besar, bukan zaman dulu yang dia boleh diarah-arah. Sebagai ibu bapa kita kena banyak berdoa.”
Bagi kami, soal perbalahan ini hanya boleh diselesaikan jika mereka bertemu muka, sembang daripada hati ke hati. Kalau dibiarkan, makin melarat pula nanti kan?
sumber: http://www.ohbulan.com/
f
0 Comment "Amy Search: "Jantung Ibarat Terhenti, Hilang Akal!!" – Ini Luahan Hati Seorang Bapa Isu Nabila Huda.. "
Post a Comment