Salah seorang yang ditahan yang disyaki pengganas
Kuala Lumpur: Sijil pelantikan ‘panglima’ kesultanan Sulu antara dokumen dirampas daripada enam termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal yang ditahan kerana disyaki pengganas dalam satu operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah, semalam.
Turut dirampas ialah kad keanggotaan kumpulan pengganas yang mereka sertai, beberapa dokumen berkaitan kesultanan Sulu serta beberapa senjata tajam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam, berkata, anggota polis ditahan itu dikenali sebagai Koperal Zainuddin Mislani.
Menurutnya, turut ditahan Abu Bakar Jayari@Alex, 60; anak Abu Bakar, Ilyasa Abu Bakar@Maharaja Omar; Kassim Ibrahim (disyaki pendatang tanpa izin) bersama isterinya, Sitti Nukah Abdul Lama, 56, dan Industan@Md Bustan Lumatang@Hindustan, 55.
Tangkapan terbaru oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ini susulan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas,” katanya.
Kota Kinabalu: Enam individu, termasuk seorang wanita yang dipercayai penceroboh Sulu ditahan dalam satu operasi khas polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, di sekitar daerah Kunak, awal pagi semalam.
Mereka yang terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang individu yang dipercayai berasal dari Filipina ditahan selepas didapati mempunyai kaitan dengan kesultanan Sulu yang cuba membuat tuntutan terhadap Sabah.
0 Comment "Updated!! Pencerobohan Di Kunak Sabah"
Post a Comment