Mesti Baca!! MH 370 Pendedahan ATSB Yang Mengejutkan!!



   Kajian Biro Pengangkutan Keselamatan Australia berhubung kehilangan Malaysia Airlines MH370 mendedahkan syarikat penerbangan hanya mencuba dua kali untuk menghubungi pesawat itu dalam tempoh enam jam ia didapati hilang daripada radar,  lapor portal berita Australia News, com.au hari ini.
Juruterbang veteran Qantas Richard Woodward berkata sekiranya krew trafik menara kawalan kerap melakukan percubaan panggilan telefon pada ketika itu sudah tentu Malaysia mendapat gambaran  lebih jelas di mana lokasi pesawat itu hilang.

"Jika mereka membuat panggilan kepada pesawat itu secara tidak langsung satelit log akan masuk dan menyebabkan ping pesawat bertindak balas.
"Ia akan memberi anda petunjuk dari stesen, gambaran lebih tepat arah lokasi pesawat dan tindakan itu membolehkan ping dikesan dengan mengecilkan pencarian," katanya.
     
   Firma satelit British Inmarsat dan penyiasat membuat perkiraan pencarian awal lokasi di Lautan Hindi bukan saja berdasarkan satelit automatik 'handshakes' yang dimulakan oleh stesen Inmrsat bawah tanah di Perth, juga panggilan telefon bawah tanah ke telefon satelit kokpit melalui stesen sama.
   
   Menurut portal itu, selepas panggilan terakhir juruterbang pada jam 1.22 pagi 8 Mac lalu, ia akan memberi tempoh beberapa jam lagi dan 17 minit sebelum kakitangan cuba membuat panggilan ke telefon satelit pesawat.
Tindak balas tidak diterima, dan tiada sebarang cubaan panggilan pada pesawat dibuat dalam tempoh lima jam. Hanya panggilan susulan dibuat pada jam 7.13 pagi di mana merupakan waktu bagi pesawat itu mendarat di Beijing.
   Mengulas mengenai perkara itu Woodward yang berpengalaman menguji penerbangan kapal 777 terkejut apabila mengetahui hanya dua kali cubaan telefon satelit dilakukan.
 "Sekiranya anda terputus hubungan dengan pesawat anda cuba membuat panggilan melalui frekuensi, anda semestinya akan cuba untuk menghubunginya melalui telefon satelit," katanya.
   Portal itu berkata, terdapat pelbagai prosedur kecemasan yang harus diaktifkan serta merta selepas menyedari hubungan dengan pesawat terputus, termasuk mengarahkan pesawat lain untuk terbang dalam 300 batu nautika.
   Woodward berkata, berdasarkan kepada pandangan ATSB mengenai kemungkinan berlaku hipoksia, atau kekurangan oksigen, menyebabkan semua di dalam pesawat terbunuh ketika ia terbang ke selatan, tiada apa yang dapat didedahkan apa sebenarnya berlaku selagi perakam suara kokpit tidak ditemui.
   “Semua perakam kokpit tidak akan dapat menemukan apa-apa kerana ia memadam dirinya setiap dua jam," katanya.
Pada masa sama beliau juga tidak menafikan kemungkinan berlakunya rampasan pesawat kerana sekiranya berlaku kebakaran juruterbang mempunyai masa untuk memakai topeng oksiden dan mengisytihar kecemasan 'mayday'.
  Katanya, ada kemungkinan juruterbang dikawal perampas pesawat namun melihat kepada situasi kesukaran untuk menembusi keselamatan pintu kokpit, ia lebih cenderung pada perbuatan anak kapal pesawat itu sendiri. 

0 Comment "Mesti Baca!! MH 370 Pendedahan ATSB Yang Mengejutkan!!"

Post a Comment