Kemelut yang melanda antara Zizan Razak dan Marina Juki sememangnya mencuri perhatian orang ramai. Segalanya dikatakan bermula apabila Emma Maembong yang juga merupakan kekasih Zizan menyatakan hasrat untuk berundur daripada syarikat Wire Fame Entertaiment selepas pulang daripada bercuti di Amerika Syarikat. Rupa-rupanya ada sedikit salah faham yang berlaku ketika artis-artis Wire Fame bercuti di Amerika iaitu pada Februari lalu.
Kata Marina Juki menerusi Sinar Harian:-
Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang.Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama.Tapi kerana salah faham itu, saya dan Zizan tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera
Ramai suara-suara sumbang yang memberi pendapat Zizan telah banyak berubah setelah bercinta dengan Emma Maembong. Hmmmm. Tak pasti rasa begitu. Pastinya selaku seorang profesional, Zizan pandai membahagikan antara kerjaya dan percintaan. Takkanlah kerana seorang wanita nak bergaduh dan berselisih faham sampai ke tahap ini kan? Pasti ada jalan penyelesaiannya. Diharap perkara ini tidak berlanjutan ke mahkamah. Sama-samalah kita doakan.
0 Comment "Emma Maembong Punca Perselisihan Faham Zizan Razak & Marina Juki?"
Post a Comment