Lelaki Yang Menghantar Pizza Ini Ke acara penganugerahan Oscars Mendapat Tips Sebanyak RM3500.00

Seorang penghantar pizza di Los Angeles bernama Edgar Martirosyan mendapat rezeki melimpah  ketika mendapatkan wang tip sebesar 100 usd atau sekitar Rm3500

Semua bermula dari Edgar Martirosyan bertugas mengantarkan beberapa bungkus pizza ke sebuah tujuan yang tak biasa, iaitu ke acara penganugerahan Oscars, Minggu 2 Mac 2014.

Kemudian Edgar mengantarkan pizza pesanan tersebut ke Dolby Theatre, tempat penganugerahan Oscars digelar. Di sana, pembawa acara Ellen DeGeneres langsung menerima pizza itu dan dibagikan langsung ke para bintang yang hadir di sana.


Edgar Martirosyan-Ellen DeGeneres
Edgar mengantar pizza ke pentas Oscars dan diterima host Ellen DeGeneres yang mengajaknya membagikan pizza kepada hadirin

 Sehari setelah acara itu berlalu, Edgar diundang untuk hadir ke acara talk show "The Ellen DeGeneres Show". Di acara itulah Edgar menerima wang tip kejutannya.

Edgar Martirosyan-Brad Pitt

Pengantar Pizza ke Piala oscar
Edgar dibantu Brad Pitt dan Ellen membagikan pizza kepada Merryl Streep (berkacamata) dan Julia Roberts

DeGeneres mengatakan, dia melihat topi besar milik Pharrell Williams dan menggunakannya untuk mengumpulkan wang hingga 600 usd. Lalu dia menambah wang itu hingga genap 1000 usd.

Wang tip besar itu tentu menjadi kejutan tersendiri bagi Edgar yang bekerja di restoran pizza The Big Mama's & Papa's. Namun, Edgar mengatakan, dia sudah mendapatkan hadiahnya, iaitu mengantarkan pizza untuk Julia Roberts. "Dia perempuan idaman saya," kata Edgar mengomentari Julia Roberts.


(Daily Mail, AP, LA Times, NY Daily News)

0 Comment "Lelaki Yang Menghantar Pizza Ini Ke acara penganugerahan Oscars Mendapat Tips Sebanyak RM3500.00"

Post a Comment