[Video] Pakwe ‘SUMBAT’ Kekasih Dalam Lubang Tepi Jalan Selama Dua Hari! – DI bandar Haiku City, China, seorang lelaki bertindak kejam ke atas teman wanitanya dengan menolaknya memasuki satu lubang saluran bawah tanah secara paksa.
Perbuatan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Guo, kemudian terperangkap di dalam lubang sedalam 10 kaki itu selama dua hari setengah atau 60 jam sebelum diselamatkan orang ramai yang lalu lalang.
Wanita itu berjaya diselamatkan dan ditemui hanya memakai pakai dalam dan berkeadaan basah serta keletihan.
Mangsa dipercayai keletihan kerana sedaya upaya cuba memastikan kepalanya di atas permukaan air di dalam lubang berkenaan selama berpuluh-puluh jam.
“Saya tidak tidur pada malam pertama saya disumbat ke dalam lubang itu. Saya boleh melihat kegelapan di sekeliling saya, saya tahu saya tak akan mati jika saya terus melihat ke atas,” kata Guo.
Menurut Guo, dia pernah diserang oleh teman lelakinya itu pada 12 Disember lepas kerana hutang berjumlah ¥100,000 yuan (RM54,526) yang dipinjam oleh lelaki itu yang juga suspek perbuatan kejam berkenaan.
Suspek dilihat di dalam rakaman itu, sudah membuat persiapan awal membuka lubang berkenaan sebagai persediaan untuk memasukkan teman wanitanya.
Suspek berjaya ditahan kerana dakwaan cubaan membunuh, dan dia mengaku ke atas perlakuan jenayah kejamnya itu.
0 Comment "[Video] Pakwe ‘SUMBAT’ Kekasih Dalam Lubang Tepi Jalan Selama Dua Hari!"
Post a Comment