Wanita kini menetap di Johor Bahru, Johor, 'Nani', 32 tahun, wajar berasa lega kerana tidak ditipu oleh penjenayah terbabit dalam parcel scam. Nani menghubungi saya melalui emel dan berkongsi sebahagian daripada kisah hampir memperdayakan dirinya.
Lelaki dikenalinya melalui laman sosial Twoo.com, Webb Beckham Donald mendakwa pernah menetap di Manchester, England.
Lihat profil palsu Webb, dicatatkannya, 'was in Machester' dan kononnya bertugas sebagai jurutera. Berdasarkan pengalaman, saya percaya, dia lelaki Nigeria menetap di negara kita.
Seperti dijangka, penjenayah komersil itu memberitahu Nani, dia telah menghantar bungkusan mengandungi pelbagai barangan berharga seperti wang tunai dan barang kemas. Kata Webb, bungkusan itu sepatutnya sampai di syarikat penghantar bungkusan pada 6 atau 7 Februari lalu.
Rujuk informasi di atas.
Apakah bakal berlaku sekiranya Nani terus melayan kehendak Webb?
Jika difikirkan secara logik, bungkusan samada dari luar atau dalam negara akan terus dihantar ke rumah penerima. Mengapakah dalam kes ini, bungkusan perlu disimpan oleh syarikat penghantar?
Jawabannya mudah.
Itu antara modus operandi untuk mereka menipu dan mengikis wang bakal mangsa.
Jika Nani mengesahkan bungkusan itu berada dalam simpanan syarikat penghantar bungkusan kepada Webb, rakyat Malaysia atau warga asing menyamar sebagai kakitangan syarikat penghantar bungkusan akan segera mengubungi Nani.
Tidak hairan, dalam kes ini, Webb tidak berputus asa bertanyakan status bungkusan dihantarnya.
Mujur Nani menyedari situasi sebenar.
Sabtu lalu, Nani dihubungi oleh seorang wanita menggunakan nombor 011-2618-2794 memaklumkannya mengenai bungkusan dihantar oleh Beck kononnya kini berada dalam simpanan syarikat. Jika Nani mengakui bungkusan itu miliknya, episod hitam pasti bermula.
Wanita tempatan itu dengan kerjasama Beck akan mendesak Nani untuk mendepositkan sejumlah wang kononnya untuk proses perlepasan cukai Kastam Diraja Malaysia.
Saya pernah memerangkap ahli sindiket itu, menggunakan nama Anthony Floyd dan merakamkan perbualan terbabit. Loghat lelaki Nigeria, masakan sama dengan loghat warga United Kingdom.
Cerita tidak akan dinoktahkan sekiranya RM2,500 dituntut itu didepositkan ke akaun peribadi itu.
Mengapa?
Kerana akaun bank peribadi itu sebenarnya milik wanita Malaysia bersekongkol bersama lelaki Nigeria. Mereka kemudian akan mendakwa kononnya wang dibayar oleh mangsa tidak mencukupi untuk menebus bungkusan daripada pihak kastam.
Mangsa bersifat tamak, memikirkan bungkusan mengandungi barangan bernilai jutaan ringgit, lazimnya akan terus memasukkan wang ke akaun sama. Akibatnya, sebilangan mangsa mengalami kerugian jutaan ringgit sebelum menyedari mereka diperdaya.
Kira-kira 2 tahun lalu, saya menemui teman wanita lelaki Nigeria di bawah. Saya berjanji tidak akan mendedahkan identiti wanita itu. Janji itu tetap saya kotakan.
Menurut wanita berstatus janda itu, teman lelakinya terbabit dalam parcel scam atau turut dikenali sebagai 'Nigerian scam'. Mereka tinggal di kondominium bersama 3 rakan teman lelakinya.
Setiap hari kumpulan lelaki Nigeria itu tidak lekang dengan komputer riba. Malah makan bersama komputer. Tugas mereka, menghantar ratusan emel secara rawak bertujuan cuba 'memancing' mangsa di alam maya melalui laman sosial. Lazimnya, untuk menarik perhatian bakal mangsa, penjenayah terbabit mengaku berkerja dalam bidang profesional dan menetap di United Kingdom. Walhal mereka merempat di negara kita, menggunakan visa pelajar tetapi tidak pernah menghadiri kuliah di kolej atau universiti swasta.
Hidup sebilangan mereka mewah, meraih wang hasil penipuan. Kekadang pendapatan bulanan mereka mencecah puluhan ribu ringgit. Teman wanita dikaburi dengan wang bertimbun sanggup menyerahkan tubuh untuk memenuhi nafsu seks lelaki Nigeria.
Sebaik wang didepositkan oleh mangsa ke dalam akaun bank teman wanita, wang itu dikeluarkan dan dihantar terus ke Nigeria. Wanita Malaysia diperalatkan hanya diberikan imbuhan di antara RM100 dan RM200 sahaja untuk satu transaksi berjaya.
Selalunya lelaki Nigeria mencari mangsa, wanita bertubuh gebu dan berpinggul lebar dan besar. Rupa paras tidak begitu penting buat mereka.
Melihat gambar dipaparkan, timbul pelbagai pandangan. Barangkali berada dalam dakapan lelaki Nigeria, satu kenikmatan buat sebilangan gadis dan wanita kita, tanpa mengira bangsa.
Gambar saya kongsikan, tidak pernah disiarkan oleh media cetak atau elektronik dan eksklusif untuk tatapan pembaca blog ini. Biarlah masyarakat tahu bagaimanakah realiti kehidupan antara penjenayah selama ini mengaut berbilion ringgit warga Malaysia.
Mungkin posisi di bawah antara kaedah senaman diamalkan oleh lelaki Nigeria untuk memastikan mereka sentiasa bertenaga.
Ketika unit kediaman mereka diserbu oleh polis, lelaki ini berjaya memboloskan diri.
Barangkali dia masih lagi bermastautin di Malaysia dan terus mencari mangsa. Apapun, pastikan anak gadis kita tidak berada dalam pelukannya.
0 Comment "AWASI ANAK GADIS ANDA!! SINDIKET LELAKI NIGERIA (GAMBAR EKSKLUSIF!!!)..SEBARKAN"
Post a Comment