5 permainan video yang pecah rekod

Terdapat banyak permainan video yang dihasilkan di pasaran, tetapi hanya yang terbaik pernah memecahkan rekod dunia. Sekiranya anda terperanjat yang di antara permainan video pernah memecahkan rekod saya juga begitu. Saya sebenarnya bukan kaki gamer yang tegar, tetapi hasil pemerhatian saya sendiri ini merujuk kepada data-data yang terdapat di jaringan tanpa sempadan internet. Penemuan ini juga memeranjatkan saya dan saya kira saya patut kongsi ini bersama anda semua.

1. Grand Theft Auto V

grand theft auto 5
Nah, ini yang paling membuat saya teruja untuk menulis artikel ini. Terus terang saya katakan, saya bukan peminat tegar permainan video ini malahan versi terakhir permainan video ini pernah saya mainkan hanyalah Vice City. Permainan video ini berjaya memecahkan banyak rekod walaupun hanya beberapa minggu dipasarkan. Kalau anda hendak tahu, berikut adalah pencapaian utama permainan video ini dalam memecahkan rekod dunia;
• Trailer paling banyak ditonton untuk permainan video berkonsepkan action-adventure.
• Permainan video paling banyak dijual dalam masa 24 jam.
• Permainan video paling menguntungkan dalam masa 24 jam.
• Permainan video konsep action-adventure paling banyak dijual dalam masa 24 jam.
• Permainan video paling pantas mencapai jualan USD1 billion.
• Harta intelek paling pantas mencapai jualan USD1 billion.
Apa yang hebatnya beberapa rekod ini tidak hanya spesifik kepada permainan video malahan ianya melibatkan sektor hiburan secara keseluruhan. Penjualan GTA V mencapai tahap yang membanggakan adalah hasil kumpulan pemasaran mereka yang agresif dan kreatif. Bagi saya permainan video ini tidaklah sehebat mana.

2. World of Warcraft

world of warcraft
World of Warcraft akan menyambut ulangtahun ke-10 mereka tahun hadapan, dan dalam masa ini permainan video ini telah membuktikan yang ianya adalah   permainan video yang paling popular di dunia. Saya pasti walaupun anda bukan seorang kaki gamer anda pasti tahu tentang kewujudan permainan video ini-itu tandanya permainan video ini memang popular.
Sejak beberapa tahun ini penyertaan peserta dalam permainan video konsep MMORPG ini mencatatkan lonjakan yang tertinggi sejak 2010 WOW telah mencapai 12 juta pemain tetap yang mana tidak dapat dipecahkan mana-mana permainan video MMORPG yang lain lagi. Dan berikutan pencapaian ini WOW telah dianugerahkan rekod permainan video MMORPG paling popular oleh Guiness World Book of Record berdasarkan pada bilangan pemain yang ada. Walaupun bilangan pemain WOW semakin menurun pada hari ini, ianya masih berasa di tahap 8 juta pemain tetap.

3. Eve Online

EVE online
Sekiranya WOW dinobatkan permainan video yang paling banyak pemain tetap, Eve pula mencuri pingat atas bilangan pemain paling banyak dalam satu pelayan (server).
Ini yang membuatkan Eve Online berbeza dengan permainan video atas talian MMORPG yang lain kerana ianya hanya mempunyai satu pelayan (server) berbanding berbilang pelayan (server) pada permainan video MMORPG yang lain. Ianya juga satu kelebihan kerana semua pemain akan berkongsi persekitaran yang sama, ekonomi yang setaraf dan komuniti yang sama.
Pada awal May tahun lepas (2013) menyaksikan Eve Online memecahkan rekod mereka sendiri dan seterusnya juga memecahkan rekod permainan video atas talian MMORPG yang lain kerana Berjaya mempunyai bilangan pemain yang terbanyak dalam satu pelayan pada masa yang sama iaitu dengan jumlah 65,303 orang. Bilangan ini hampir sebanyak penonton bola sepak di stadium liga bola sepak Inggeris!

4. City Ville

city ville
Saya pasti anda semua tahu Farmville. Permainan video ini adalah antara aplikasi yang terdapat secara percuma menerusi Facebook. Dibangunkan oleh Zynga, sebuah syarikat yang terkenal dengan penghasilan permainan video kasual yang berkonsepkan sosial. Dan hasil dari kejayaan Farmville, sekual terbaru mereka Cityville dihasilkan.
Pada hari pelancaran, Cityville mencatatkan lebih 100,000 pemain. Dan dalam masa 2 minggu selepas itu pula ia mencatatkan peningkatan sehingga 26 juta pemain unik. Dan hasil pencapaian ini Cityville dinobatkan permainan video sosial paling pesat dimainkan. Selepas 50 hari pertama dilancarkan Cityville berterusan menarik minat pengguna Facebook dan jumlah dicatatkan hampir 61 juta pemain unik. Dan disebabkan itu Cityville juga menjadi aplikasi Facebook paling popular dimainkan.

5. Wii Sports

wii sports
Nintendo patut berterima kasih kepada kumpulan pembangun mereka yang menghasilkan Wii sports, jika tidak Nintendo pasti tidak berada ditempat mereka berada sekarang.
Wii Sports telah membuktikan konsep senaman juga boleh diterapkan pada permainan video. Konsep ini yang mana dilihat menyeronokkan juga mampu menyihatkan pengguna.
Berkonsepkan permainan sukan melalui pergerakkannya, Wii Sports telah Berjaya menarik perhatian jutaan gamers. Ingin tahu berapa banyak jumlah permainan video ini dapat dijual? Ianya terjual lebih 83 juta salinan diseluruh dunia!. Jumlah hampir 2 kali ganda penjualan permainan video terkenal Super Mario Bros.
Sungguhpun begitu rekod ini sering disangkal kerana Wii Sports didatangkan sekali dengan pembelian konsol Wii. Tapi jika di pikirkan semula ada kemungkinan juga pengguna memang mambeli Wii hanya kerana Wii Sports. Walau apa pun pendapat sang pendebat, untuk permainan video paling banyak dijual sepanjang masa.

Rumusan

Diharapkan dengan artikel ini pembaca dapat menambah lagi pengetahuan mereka dalam dunia gaming walaupun anda bukan seorang gamers. Industri permainan video tidak dinafikan membangun dengan pesat dan menguntungkan. Dan alasan bukan seorang kaki gamer tidak bermakna anda tidak perlu mengikuti perkembangan industri di dunia. Jumpa lagi di artikel yang seterusnya. Salam Deras!

0 Comment "5 permainan video yang pecah rekod"

Post a Comment