LONDON - Pemain Britain, Andy Murray diletakkan sebagai calon pilihan utama untuk memenangi Anugerah Personaliti Sukan Terbaik BBC 2013.
Murray menjadi pilihan selepas namanya dimasukkan dalam senarai 10 terbaik kelmarin.
Pemain kelahiran Scotland itu menamatkan penantian selama 77 tahun Britain untuk menjuarai gelaran perseorangan lelaki setelah menewaskan Novak Djokovic dari Serbia straight set pada final Kejohanan Tenis Wimbledon, Julai lalu.
Dia memenangi kejohanan tunggal daripada empat gelaran Grand Slam yang dipertandingkan di gelanggang rumput itu.
Agensi pertaruhan terbesar Britain, William Hill menanggap Murray sebagai pilihan utama untuk memenangi anugerah itu.
"Anugerah Personaliti Sukan Terbaik BBC 2013 sudah lama tidak dimenangi oleh pemenang gelaran juara Wimbledon. Jadi, Murray adalah calon pilihan utama untuk memenangi anugerah yang berusia 60 tahun itu," kata jurucakap Hill, Rupert Adams senarai pendek calon diumumkan.
Selain Murray, turut disenaraikan untuk anugerah ahli sukan lelaki dan wanita Britain itu adalah juara golf Terbuka Amerika Syarikat (AS), Justin Rose; juara lumba basikal Jelajah Perancis, Chris Froome dan joki kuda, Tony McCoy.
Calon-calon lain bagi anugerah yang diputuskan oleh undi awam itu ialah juara olahraga dunia, Mo Farah and Christine Ohuruogu; pelayar, Ben Ainslie; pemain kriket England, Ian Bell; bintang ragbi, Leigh Halfpenny dan atlet kerusi roda, Hannah Cockroft.
Rose menghadiahkan Britain gelaran juara pertama Terbuka AS sejak kejayaan cemerlang Tony Jacklin di Hazeltine pada tahun 1970.
Froome pula mengikut jejak langkah rakan sepasukan, Wiggins yang tidak berpeluang untuk mempertahankan gelaran itu kerana mengalami kecederaan selepas memenangi Jelajah Perancis, manakala McCoy yang memenangi anugerah BBC pada 2010 menjadi joki kuda pertama yang memenangi acara itu awal bulan lalu.
Undian akan dibuat pada 15 Disember depan di Leeds, utara England. - AFP
0 Comment "Murray calon pilihan utama"
Post a Comment