BARABEREH

BARABEREH


KANTOI, KAMAL ADLI MENIPU !

Posted: 02 Sep 2014 07:45 PM PDT



Dua hari selepas pengumuman oleh Intan Ladyana itu, Kamal Adli dilihat memuatnaik sekeping gambar bersama Intan Ladyana di akaun Instagram beliau dan ini menimbulkan persoalan diantara peminat sama ada mereka sebenarnya masih bersama.

"Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu," ulas Intan Ladyana tentang perkara ini.

Laporan mStar Online hari ini menyebut yang Kamal Adli meminta masa untuk berbincang dengan Intan Ladyana sebelum mengeluarkan kenyataan beliau. Namun, pihak perempuan menolak kemungkinan masih ada perkara yang mahu dibincangkan.

"Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir dan tiada apa nak dibincangkan lagi. Bagi saya itu hak dia untuk memuat naik apa juga gambar yang diinginkan," tambah Intan Ladyana turut mengulas gambar di Instagram.

LANA NORDIN "BERPATAH BALIK", TIADA LAGI HIJAB DI BADAN (6 GAMBAR)

Posted: 02 Sep 2014 06:44 PM PDT


Pada bulan Mac yang lalu, ramai peminat bergembira sakan apabila melihat Lana Nordin mula berubah ke arah yang lebih positif setelah mengerjakan umrah buat pertama kalinya bersama dengan rakan artis, Lisdawati.

Ramai juga yang mendoakan supaya Lana Nordin menutup aurat sepenuhnya. Namun, impian para peminat itu nampaknya tidak akan menjadi kenyataan buat masa ini.

Seorang forumer Cari, dia mendedahkan gambar-gambar terkini Lana Nordin yang dipercayai diambil ketika Lana Nordin dan rakannya berparti sakan di sebuah kelab hiburan di ibu negara baru-baru ini.

Gambar-gambar ini menimbulkan tanda tanya, apakan Lana Nordin benar-benar berubah? Sebelum ini Lana Nordin pernah mengeluarkan kenyataan media yang dia bersedia berubah ke arah yang lebih positif, lebih-lebih ketika bersama dengan Johan As'ari.

Nota Kaki: Achaner ni Pamela? Serabut...serabut..









PASANGAN CHELSEA & MANU YANG BAJET SWEET & TAK TAHU MALU (6 GAMBAR)

Posted: 02 Sep 2014 06:43 PM PDT



Gambar yang dikongsi di laman sosial ini kadang-kadang mengalahkan suami isteri. Malah pasangan yang sudah berkhawin pun segan melakukan aksi sebegini di depan orang ramai.

Contohnya dua mangkuk hayun ini yang perasan kiut agaknya berkongsi keintiman mereka walaupun memakai jersi bola yang berbeza.

Diharap anak muda tidak terikut-ikut dengan perbuatan mereka yang boleh memalukan diri sendiri - Darahidung.blogspot.com

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment