BARABEREH

BARABEREH


NGERI, VIDEO SAMBUNGAN REMAJA INDIA DIBAHAM HARIMAU

Posted: 28 Sep 2014 08:10 PM PDT


Video seorang lelaki dibaham harimau di Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia.
Berdasarkan keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke dalam kandang harimau.


Berikut pula video sambungan selepas harimau tersebut membaham remaja india tersebut..ngeri.

7 GAMBAR SARIMAH IBRAHIM SELAMAT BERTUNANG, NIKAH 2 APRIL 2015

Posted: 28 Sep 2014 07:37 PM PDT

 
Pergh~~ Meriah, cantik dan awesome sangat-sangat majlis pertunangan Sarimah Ibrahim dan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang lebih mesra dengan nama Jamie. Majlis serba indah ini telah berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur. Sarimah kelihatan sangat cantik berseri-seri di hari bahagianya itu.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah sepakat memilih tarikh 2 April 2015 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Menurut Sarimah;

Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia ini sentiasa berubah.

Tapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti


Memang benar manusia sentiasa berubah dan tiada manusia yang sempurna. Kita berkahwin untuk melengkapkan diri dengan pasangan masing-masing. Semoga segalanya berjalan lancar buat Sarimah dan Jamie sehingga hari pernikahan kelak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. BEAUTIFULNARA


0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment