BARABEREH

BARABEREH


NEELOFA DISERANG DESIGNER MUDA GARA-GARA TIRU REKAAN HIJAB

Posted: 24 Sep 2014 07:09 PM PDT


Nampaknya kini sedang hangat diperkatakan tentang tudung Naelofarhijab yang dimiliki oleh pelakon terkenal Neelofa.

Melalui satu forum popoular di Malaysia, Cari.com.my, isu ini telah dipost oleh pengguna laman tersebut yang menggunakan nama miss_lavender.

Menurut apa yang ditulis oleh miss_lavender, tudung Naelofarhijab bukan idea original. Menurut kaji selidik yang dibuat oleh miss_lavender ini, pemilik idea asal tudung tersebut adalah seorang lelaki yang bernama Zharin Hariz yang membuka butik jenama Sastra Hijab.

Satu hari, Neelofa dan keluarga datang untuk membeli belah disana. Dan beberapa hari lepas, terbongkar sudah yang Neelofa bukan sekadar datang shopping ke kedai berkenaan, tapi juga turut 'shopping' idea tudung kedai itu! Berikut adalah keratan status oleh designer tersebut di FB.


Jadi, sebabkan bengang, si pemilik kedai aka designer asal rekaan tudung tu telah membuat teguran secara personal kepada Neelofa terlebih dahulu. Tapi, bukan sahaja teguran tu tak berbalas, si penegur tu siap di blok dari akaun Neelofa.

Oleh kerana buntu, designer itu tak ada pilihan lain selain 'mengattack' brand tudung NaelofarHijab. Dia juga turut menarik beberapa rakan designernya untuk sama-sama berjuang membela nasibnya.





Dari forum tersebut juga, miss_lavendar melontarkan beberapa pesanan kepada Neelofa :

pesanan KEPADA CIK NEELOFA....

1. Look like you are loosing some people of your fan.. Walaupun mungkin hanya seorang dua fan Neelofa dikalangan pengikut designer tersebut, but u need to appriciate every single person of you fan... this is not good for your carear.

2. Masa mula2 klua dekat industri, Neelofa pernah ada masalah dengan designer jugak kan.... kalau tak silap Nurita Harith sentap sebab Neelofa tak reti jaga baju dan tak appriciate tajaan beliau. Mungkin geng2 designer ada yang dah pangkah ngan Neelofa sebab tu walau modal tebal, tapi takde siapa nak bekerja sama.... nampaknya Neelofa ni kalau setakat nak bukak kedai, jadi distributor or jual baju lambak kat makcik makcik kat kampung, boleh la... but nak cipta jenama ekslusif nak lawan House of Doll, memang tak mampu... eh... (I bukan kipas mati miss fake)

3. Lopa, jangan ingan U are straight A in SPM, dan jgn ingat u menang dewi remaja, jangan ingat u dah bertudung... so u wanita dipuji semulia-mulia alam. Tolong jangan merosakkan imej wanita muslimah bertudung sopan santun kalau nak menipu ciplak design orang macam ni..

4. I yang merangkap pemilik butik, penggiat dalam industri fesyen ni nak nasihatkan, TOLONG guna kelulusan straight A SPM anda untuk mohon masuk universiti belajar design kelas fesyen jahit baju design baju/tudung.. jangan sesedap sesuka hati je menciplak design orang. Kalau dah suka sangat, dan nak jadi distributoor atau duta untuk bisness orang pun tolong lah ketuk pintu cara baik, mintak elok-elok. Producekan jenama sendiri base on your bakat, base on kepala otak bijak 10A kau tu. Dont be bimbo copy cat jer. Sia-sia je ko belajar susah susah dapat 10A. Tapi kepala otak nak buat design baju pun tak mampu. Neelofa, you are not Beauty with brain.

5. Neelofa, sila improve your PR skill... dan sila bergaul dengan intelektual fesyen. Kumpul banyak networking dari orang fesyen. Bukannya hang dok kumpul musuh.

Selain dari itu, dia juga turut memberi kata-kata semangat kepada designer idea asal tudung tersebut:

Dan kepada adik designer,
akak gitu... I want to see you fight your right. at least ko buatkan sampai neelopa kena hadap sembah mahayam buat press conference mintak maaf kat kau macam dia buat pada Anzalna dulu. Sila ajar orang yg sesuka hati ciplak hasil orang lain ni bahawa this is MALYSIA, not THAILAND or CHINA yang sesuka hati boleh copy & paste.

SITI NURHALIZA TEGUR SHILA AMZAH

Posted: 24 Sep 2014 06:00 PM PDT


 Memberi pendapat mengenai kontroversi yang melanda Shila Amzah, Datuk Siti menasihatkan penyanyi muda itu supaya berfikir lebih panjang sebelum membuat apa-apa kenyataan. Kata Siti:-
Siti sebagai kakak kepadanya di dalam industri, dia perlu sentiasa berfikir panjang dulu dengan sebarang tindakan yang dibuat. Artis dan media saling memerlukan. Mungkin apa yang berlaku ini, dia terlepas pandang. Kalau bukan dia yang tulis kenyataan sebegitu atau ada orang lain menulis pun, kena banyak kali fikir sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial. Hal ini membabitkan artis dan media. Di mana dia bermula pun dengan bantuan rakan media

Malah Siti juga turut sama menegur segelintir peminat fanatik Shila Amzah selepas dirinya difitnah. Kata Siti:-

Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini. Memang ada masa peminat mahu mempertahankan artis kesayangan mereka dengan apa cara sekalipun.

Cuma dalam isu membabitkan Shila (Amzah) ini, Siti tak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah. Siti komen balas itu sebagai peringatan dan teguran buatnya.

SIDANG MEDIA SHILA AMZAH BERTUKAR SERANGAN PERIBADI, GAGAL JERNIHKAN HUBUNGAN DENGAN MEDIA

Posted: 24 Sep 2014 05:38 PM PDT

Kredit foto Suhaizul Izhar.

Sidang media yang dianjurkan penyanyi Shila Amzah, 24, pada Rabu bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara penyanyi itu dengan pihak media berbahasa Melayu bertukar kepada serangan peribadi kepada segelintir pengamal media.

Bapa penyanyi itu, ND Lala menggunakan peluang tersebut menghentam beberapa wartawan dengan mengulas semula status-status di laman sosial peribadi mereka dan mempersoalkan kewajaran status tersebut dimuat naik.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah, 52, berkata, media melayu cuba membuat provokasi dan memainkan sentimen bangsa antara kaum Melayu dan Cina.

Walhal perkara tersebut dicetuskan sendiri oleh anaknya yang dulu dikenali sebagai Shila Tekno itu melalui laman Istagram bertarikh 15 September lalu.

"Anak saya Shila didakwa mengagungkan media berbahasa Cina dan menyelar tindakan media berbahasa Melayu yang tidak membuat liputan dan menyokong konsert pertamanya. Sebaliknya Shila menyindir media berbahasa Melaysia lebih cenderung membongkar cerita peribadi dan kontroversi mengenainya termasuk isu cinta berbanding liputan berkaitan kerjaya. Fitnah atau fakta? " ujarnya pada sidang media yang diadakan di Mega Music, Cheras.

ND Lala turut mempertikaikan pencapaian wartawan-wartawan tersebut yang kononnya tidak setanding jika dibandingkan dengan apa yang telah dikecapi oleh anak kebanggaannya yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia.

Penyanyi Era 90an itu turut berucap mengingatkan kepada tetamu yang hadir yang kebayakkannya terdiri daripada 90 peratus media berbahasa Cina itu beberapa kejayaan Shila yang patut diberi perhatian dan diingati.

Sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh wakil-wakil media itu juga dilihat tidak mendapat sambutan media-media utama berbahasa Melayu, sebaliknya dipenuhi oleh segelintir peminat fanatik penyanyi tersebut yang diberi peluang bersama-sama menyaksikan sidang media itu.

Setelah dua jam sidang media berlangsung dengan dikendalikan oleh bapanya, Shila akhirnya muncul pada sesi soal jawab.

Shila yang menafikan tentang konsert tersebut mendapat tajaan daripada sebuah syarikat perjudian menganggap ia sebagai satu fitnah buat dirinya dan keluarganya.

Tambahnya, dia sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang menyebut konsert sulung yang berlangsung pada 13 September lalu itu ditaja oleh syarikat judi.

"Saya sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang mendakwa konsert saya ditaja oleh syarikat judi. Itu betul-betul mencalar reputasi saya sebagai seorang yang berhijab dan pada ayah saya yang sentiasa menyokong budaya dan agama. Saya tak boleh terima langsung perkara tersebut.

"Kalau anda (pihak media berkenaan) tidak boleh menulis sesuatu yang baik tentang saya, lebih baik lah jangan menulis apa-apa. Kalau pun anda tak suka dengan saya, anda boleh cakap terus pada saya tapi jangan kaitkan dengan ibu bapa saya", jelasnya.

Sementara itu, mengenai tindakannya memuat naik semula (re-post) status seorang peminat di Instagram (@shilahamzah_photography) yang mempersoalkan kehadiran media Melayu pada konsert tersebut sehingga tercetusnya kontroversi ini, Shila berkata, dia mempunyai pendapat sama dengan peminat yang tidak dikenali itu.

Dalam pada itu, Shila yang mempertahankan pendirian yang dianggap berada ditempat benar itu mengakui hanya memohon maaf atas dasar dirinya lebih muda daripada pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

Namun dia menegaskan tidak sesekali memaafkan fitnah yang dilakukan terhadap dia dan keluarga.

Dia juga bersedia jika pihak media benar-benar mahu memulau atau boikot dari diberikan sebarang publisiti di media berbahasa Melayu.- TOGEHSEGAR

3 TANDA APABILA KUCING DATANG KEPADA KITA

Posted: 24 Sep 2014 08:07 AM PDT


Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,


Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua


Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga


Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Kredit: Ustaz Shukri Harun

WAJAH TERKINI STACY & ANAK ANGKATNYA, BEYYA

Posted: 24 Sep 2014 07:33 AM PDT


KUALA LUMPUR: Di laman Instagram, ramai golongan selebriti gemar berkongsi keletah anak mereka. Erra Fazira, Ning Baizura, Tomok, Nana Mahazan, Diana Rafar, Yasmin Hani antara yang sering memuat naik gambar atau video anak mereka melakukan aktiviti menarik atau memaparkan ekspresi comel.

Stacy sendiri juga sering kali memuat naik gambar anak angkatnya, Bella Valentina yang mesra dengan panggilan manja Beyya. Beyya yang akan genap tiga tahun pada Februari turut memiliki akaun Instagramnya sendiri di bawah nama @beyya1402.

Kini sudah menjadi aliran mewujudkan akaun anak selebriti dalam kalangan artis tanah air. Bagi Stacy menjadi ibu segera, tiada beza seperti wanita lain yang berstatus ibu dan bekerjaya pada masa sama.

"Untungnya saya bukan hari-hari kerja seperti mana ibu bekerjaya lain. Jadi pantang ada masa terluang, saya pasti manfaatkan bersamanya. Cuma kalau masa kerja, saya akan fokus sepenuhnya.

"Oleh kerana peminat serta pengikut saya di laman sosial meminati Beyya secara tak langsung, jadi sebab itu saya tak lokek berkongsi keletah dan gelagatnya. Saya bangga nak tunjuk perkembangan pertumbuhannya.

"Saya nak kongsi Beyya pandai belajar apa hari ini dan seterusnya. Selalunya kalau tak ada kerja seni, memang masa banyak dihabiskan dengannya sama ada di rumah atau mengunjungi pusat beli belah terdekat di rumah," katanya yang dipanggil Mummy oleh Beyya.

Ramai berpendapat, membela anak angkat bukan mudah dan Stacy sendiri tidak menafikan hal itu.

"Malah selepas jadi ibu segera, banyak perubahan dalam diri yang selama ini saya buat dan sekarang tidak buat lagi," katanya.

Mengenai kerjaya seni, Stacy sedang mempromosikan album ketiganya bersama sokongan Astro. Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 itu sedang mempromosikan single Patah.

Khabarnya selepas pernah berduet dengan Akim dan kumpulan Smash dari Indonesia, Stacy akan bergabung pula dengan Zizan Razak dan kumpulan Ungu. Stacy bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Semuanya masih dalam perbincangan dan belum ada kata putus," katanya. Laporan asal dari BERITA HARIAN

SPENDERMAN ! SUSPEK TUTUP MUKA GUNA "SPENDER" JADI BAHAN LAWAK

Posted: 24 Sep 2014 07:23 AM PDT


PETALING JAYA - Amat mengelikan hati. Gara-gara ingin menutup malu, beberapa suspek yang diiringi oleh pihak polis setelah selesai menghadiri satu prosiding perbicaraan di sebuah mahkamah disini hari ini dilihat 'menyembunyikan' wajah mereka menggunakan seluar dalam lelaki (spender).

Portal, Berita Harian hari ini memuat naik laporan bertajuk "Reman 15 Anggota, Pegawai Kastam Dilanjut Lima Hari" dimana foto yang disertakan bersama laporan tersebut telah menimbulkan unsur jenaka kepada ribuan pengikut portal berita tersebut.



Suspek yang ditahan berhubung kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam sehingga menyebabkan negara mengalami kerugian RM4 bilion dilihat menggunakan kaedah yang 'bijak' untuk menutup wajah mereka dengan menggunakan seluar dalam berjenama Renoma.

Tindakan mereka secara langsung telah mencuit hati ribuan pengguna dilaman sosial tersebut yang menyifatkan ia suatu tindakan yang sangat kelakar.

Bagaimanapun, segelintir pengguna dilaman sosial tersebut turut menasihati pengguna laman sosial yang lain agar tidak mengaibkan mereka memandangkan suspek masih belum diputuskan samada bersalah ataupun sebaliknya, lapor Malaysian Digest.

KEHIDUPAN BOB LOKMAN SELEPAS BERHENTI DARI DUNIA SENI

Posted: 24 Sep 2014 06:56 AM PDT


Selepas mengemparkan dunia seni tanah air apabila melakukan pengunduran semasa program Maharaja Lawak . Baru-baru ini , tinjauan terbaru bob Lokman merupakan salah seorang pelakon yang pernah membintangi banyak drama & filem. Semenjak meninggalkan dunia hiburan setelah berhijrah. Beliau telah mencuba berniaga secara kecil-kecilan.

BOB LOKMAN & 'WARONG SARAPAN PAGI MENU KELANTAN'NYA

Walau dinyatakan bahawa abg bob lokman masih boleh berlakon mengikut tatapan syarak dan tidak mendatangkan syak , namun pilihannya tetap kepada " tidak mahu lagi berada dalam dunia seni "

Dinyatakan lagi pendirian Bob Lokman , beliau bimbang kiranya hubungan dengan Allah tidak mampu dijaga . Biarlah dia menyara kehidupannya dan keluarga dengan cara yang lebih baik .

Kini , bob lokman lebih selesa bekerja dan mempunyai warung sendiri yang dibuka dari 6:30 pagi hinggalah ke jam 11 pagi untuk melayani para pelanggannya. BUKA SETIAP HARI, KECUALI JUMAAT.





Warongnya, di tepi jalan sahaja. Jika dari simpang 3 Sungai Plong (dekat Balai Polis), berada di sebelah kanan selepas beberapa kilometer. Jika dari simpang 4 Kuang, berada sebelah kiri, juga selepas beberapa kilometer. Warong abang Bob menyewa di warong cendol; 'ILIN CENDOL HOUSE'.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi abang Bob sendiri di talian; 0192825555.  sumber

ABBY ABADI BUAT SUPRISE SAMBUT HARI LAHIR BAKAL SUAMI, USTAZ KHAIRUL (3 GAMBAR)

Posted: 24 Sep 2014 06:23 AM PDT


Surprise!

Itulah ungkapan Abby Abadi ketika membuat kejutan majlis hari lahir untuk Ustaz Khairul Azli yang didakwa sebagai buah hatinya. Nampaknya, Abby seolah dapat melupakan sebentar apa yang berlaku antaranya dengan bekas suami mengenai isu hutang.

Malah di sebalik belon yang berbentuk hati itu, Abby kelihatan cukup gembira disamping Khairul. Iyalah... kalau bukan Abby yang buat kejutan, siapa lagi nak buat untuk Khairul ya tak? Itulah satu hati namanya. Heh.

Bukan apa, tetapi jika benar Khairul merupakan pilihan hati Abby, kami doakan semoga hubungan mereka kekal sampai ke jinjang pelamin hendaknya. Amin. sumber


KEMERIAHAN MAJLIS "BABY SHOWER" ROZITA CHE WAN (10 GAMBAR)

Posted: 24 Sep 2014 06:01 AM PDT



Diam tak diam, sudah hampir masanya untuk Rozita Che Wan dan Zain Saidin menimang cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup mereka. Pantas sungguh masa berlalu. Dapat dirasakan keterujaan mereka lebih-lebih lagi selepas menatap gambar majlis 'baby shower' yang telah dianjurkan oleh Che Ta dan Zain. Meriah sangat-sangat.

Kalau tak silap, bayi dalam kandungan Che Ta ialah 'baby girl'. Seronoklah menghias dan membeli baju untuk si comel itu kelak. 'Baby girl' nie banyak baju cantik-cantik dan banyak pilihan. Apa pun, pasti Che Ta rasa terharu dengan majlis 'baby shower'nya yang turut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan rapat seperti Dafi, Ayu Raudhah, Man Kajang dan ramai lagi.



Semoga segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Lagi gambar sekitar majlis 'baby shower' Che Ta dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar SysImage

SUMBER: BEAUTIFULNARA










BIADAB, PEKERJA PIZZA HUT GOSOK KEMALUAN DI ATAS PIZZA HUT !

Posted: 24 Sep 2014 02:14 AM PDT



Seorang pekerja yang bekerja di kaunter 'take away' telah dipecat dari pekerjaan kerana ditangkap menggosok kemaluannya di atas pizza yang ditempah oleh pelanggannya.

Polis berkata, Austin Michael Symonds, 18, berbuat demikian untuk membalas dendam kerana tidak berpuas hati dengan pelanggan tersebut yang menempah pizza 30 minit sebelum kedai pizza tersebut ditutup.
Aksi jijiknya itu bagaimana pun telah dilihat oleh pelanggannya.

Pegawai polis turut berkata yang remaja itu, yang bekerja di Pizza Papa Murhpy di Georgetown, Texas dengan serta merta memohon maaf dan berkata, "Saya benar-bena rminta maaf.. Itu adalah perbuatan bodoh ".

Pegawai berkata remaja itu, yang bekerja di Pizza Papa Murphy dalam Georgetown, Texas, dengan serta-merta meminta maaf, berkata: ". Man, saya benar-benar maaf Itu adalah bodoh."

Symonds telah ditahan dan didakwa sebelum dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $ 10,000.Seorang pekerja kedai tersebut memberitahu Austin Symonds yang telah dipecat oleh kedai berkenaan, lapor SiakapKeli.com

PEMILIK CCTV DALAM TANDAS KAFETERIA UIA UGUT SEBAR RAKAMAN SELEPAS KANTOI

Posted: 24 Sep 2014 02:11 AM PDT


Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes pemasangan kamera CCTV dalam sebuah tandas di kafetaria Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kamera itu ditanam di dalam dinding tandas berkenaan.

Berikut adalah kenyataan dari kelab Ma'ruf IIUM


Susulan dari kes tersebut, nampaknya individu yang memasang CCTV berkenaan tidak berpuas hati dengan pembongkaran tersebut. Menurut apa yang dilaporkan, individu tersebut mengugut untuk menyebar dan menjual video rakaman dari kamera tersebut. Mesej ugutan itu dapat dilihat ditulis di cermin dan juga pintu tandas.




Kelab Ma'ruf IIUM sekali lagi membuat kenyataan berkenaan isu terbabit di laman Facebooknya. Kelab itu meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bertanggungjawab itu:

PENGGUNA MERUNGUT IPHOHE 6 PLUS MUDAH BENGKOK (VIDEO)

Posted: 24 Sep 2014 01:28 AM PDT


KUALA LUMPUR: Beberapa pengguna iPhone 6 Plus merungut mendakwa bahawa peranti milik mereka itu telah bengkok, hanya beberapa hari sejak produk terbaharu keluaran Apple itu dilancarkan di pasaran.

Menurut laporan MacRumors, iPhone 6 Plus milik beberapa pengguna bengkok selepas diletakkan di dalam poket seluar mereka.

Salah seorang daripada pengguna telefon bimbit itu berkata ia bengkok selepas beliau membawa telefon itu seharian di dalam poketnya.

Imej iphone 6 Plus yang didakwa mudah bengkok - Sumber dari YouTube

"Saya meninggalkan rumah pada pukul 10 pagi dengan iPhone saya di poket depan seluar sebelah kiri.

"Saya memandu empat jam ke sebuah majlis perkahwinan, di mana saya duduk lama dan menari untuk dua ke tiga jam. Saya kemudiannya meninggalkan majlis itu pada pukul 2 petang dan memandu pulang selama empat jam lagi.

"Secara keseluruhan, iPhone 6 Plus itu berada selama 18 jam di dalam poket saya, di mana dalam tempoh itu kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk.

"Semasa saya meletakkannya di atas meja, saya terlihat imbasan iPhone itu di cermin yang ia (kelihatan) sedikit bengkok," kata pengguna itu.

Laporan itu turut berkata untuk mengelakkan peralatan itu daripada bengkok, pengguna digalakkan mengeluarkannya dari poket sebelum duduk atau membongkok. -astroawani

7 JENIS TRAFIK JAM DI MALAYSIA, PALING RAMAI SUKA NO. 7

Posted: 24 Sep 2014 01:05 AM PDT



Seringkali kita lihat jalan-jalan raya di Malaysia selalu mengalami trafik jam dimana kenderaan tersekat berjam-jam lamanya dan bergerak dengan kadar kelajuan yang sangat perlahan.

Tiada siapa mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya kan?

Tahukah anda kenapa kesesakan lalu lintas yang luar biasa berlaku di malaysia? Di bawah kami senaraikan 7 sebab sebenar.

1. Kesesakan disebabkan kenderaan rosak


Jika ada kenderaan yang rosak sama ada di tengah atau di bahu jalan, hanya ada satu sahaja penyelesaian bagi masalah ini, "towing"



2. Kesesakan disebabkan kemalangan

Kebanyakan kenderaan lain akan berhenti untuk memberi bantuan 'kononnya' tetapi ini secara tidak langsung menyebabkan kenderaan di belakang turut sama perlahan.



3. Kesesakan yang tiba-tiba muncul tanpa sebab

Pernahkah anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tapi anda tidak tahu puncanya? Secara ajaibnya ketika anda maju kehadapan , lalu lintas kembali lancar, itulah yang kami gelar "Kesesakan yang tiba-tiba muncul tanpa sebab"



4. Kesesakan disebabkan perayaan

Tidakkah anda berharap anda berada disebelah lorong?



5. Kesesakan disebabkan waktu pulang pekerja kerajaan

Kesesakan disebabkan oleh sektor pekerja awam yang mula memenuhi jalan raya seawal 4.00 petang.



6. Kesesakan disebabkan sektor swasta

Kesesakan disebabkan oleh sektor pekerja swasta yang kebanyakkan tamat waktu bekerja pada 5.30 petang.



7. Kesesakan demi 'mengelak jam'

Sering berlaku pada pukul 7.00 malam, kesesakan ini disebabkan anda memilih untuk pulang lewat bagi mengelak kesesakan lalu lintas 'lah sangat'



"TOLONG HORMAT SAYA" - LAGI LUAHAN AZWAN ALI

Posted: 23 Sep 2014 11:44 PM PDT


NAMA pengacara sensasi, Azwan Ali, tiba-tiba menjadi sebutan sebaik sahaja abangnya, Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Dikatakan bakal menumpang tuah abangnya itu, Azwan bukan sahaja meraih lebih populariti bahkan turut mencetuskan 'viral' di laman-laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Enggan mengulas mengenai kejayaan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor, Azwan bagaimanapun memohon agar semua pihak menghormati dirinya.

"Tolong hormat Azwan Ali!," tegasnya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Tambahnya lagi, situasi itu secara tidak langsung membenarkan perumpamaan 'mengangguk di air yang keruh' sedangkan sebelum ini dia tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa untuk berjaya.

"Semua pihak yang kecoh di alam siber, sebesar hama pun saya tidak hairan.

"Azwan Ali gah selama 27 tahun bukan kerana pertolongan mana-mana menteri besar," tegasnya.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Azmin, pengacara yang popular dengan tagline 'Ada Aku Kesah???' ini tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut.

"Saya tidak mahu komen apa-apa lagi. Setiap pendirian saya itu, sudah tentulah ada sebab musababnya.

"Tolong hormat pendirian saya," katanya lagi, lapor Sinar Harian.

PELAJAR SEKOLAH DIBAHAM HARIMAU DALAM ZOO (VIDEO)

Posted: 23 Sep 2014 11:32 PM PDT



Seekor harimau putih menerkam seorang pelajar sekolah dan membahamnya di sebuah zoo di New Delhi semalam.

Menurut laopran daripada Republika Online, saluran-saluran televisi menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pelajar lelaki tersebut ketakutan di dalam kandang yang menempatkan enam ekor harimau putih, bersama singa dan harimau kumbang. "Kami semua sangat terkejut," kata Pengarah Taman Zoo Kebangsaan Amitabh Agnihotri di ibu kota India, beliau menambahkan bahawa mayat pelajar tersebut akan dihantar untuk dibedah siasat.

Pelajar berkenaan kelihatan ketakutan sebelum maut diserang harimau putih tersebut. Gambar AFP, September 23, 2014.


"Harimau menerkam pelajar lelaki itu dan membunuhnya. Saya tidak jelas apakah dia melompat masuk ke dalam kandang atau tak sengaja tergelincir."

Pihak berkuasa belum memastikan apakah pelajar itu datang sendiri atau bersama teman-temannya. "Penghadang ini terlalu rendah dan nampaknya seperti harimau itu menyambar mangsa ke dalam kandangnya dan menerkam pelajar itu di lehernya," kata seorang saksi yang melaporkan kejadian itu pada pihak polis.

"Kami cuba melempar batang kayu dan batu ke arah harimau putih berkenaan namun gagal menyelamatkan mangsa," katanya dengan menambahkan harimau itu membunuh pelajar tersebut dalam tempoh kurang dari 10 minit.

Pada 2000 seekor harimau menerkam seorang lelaki di sebuah zoo di wilayah timur, Bengal Barat. Pada 2011, India memiliki 1.706 ekor harimau atau lebih dari separuh populasi yang terdapat di seluruh dunia.

SUAMI TERAJANG PEROGOL BERBOGEL SEDANG TINDIH BADAN ISTERI !

Posted: 23 Sep 2014 11:22 PM PDT

RUMAH milik Ahmad yang diceroboh, semalam. Gambar kecil, kain batik milik mangsa/Pic:Harian Metro
GOMBAK: "Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati," kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini.

Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek.

"Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.

"Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.

AKSI COMEL TAPI MELAMPAU GADIS DENGAN KUCING KESAYANGAN

Posted: 23 Sep 2014 09:36 PM PDT



Adalah normal bagi seorang perempuan mengambil gambar dengan binatang kesayangan mereka.
Tapi aksi awek cun yang ini membuatkan kami terpana seketika.

Ada unsur-unsur comel di situ tapi pada masa sama ermm.. agak terlampau jugak.


Apa pun memang untung jadi kucing tu. Tengok sajalah muka dia, reda je diperlakukan begitu kan?
Mesti kucing jantan ni.. – MYNEWSHUB

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment